Ahad, 20 Mei 2018

PAULO RANGEL | MESIN GOL SEDIA GEGAR DARULAMAN

Paulo Rangel sudah berada di Alor Setar untuk memuktamadkan perjanjian menyertai pasukan Kedah.Kami memperoleh sumber melalui official media KFA.

Tapi ada beberapa perkara menarik boleh kita kongsi disini mengenai beliau.Seorang yang nakal tapi cukup tajam dalam naluri memburu gol.Ia bukan omong kosong dan anda boleh baca artikel penulis sediakan.

PENGALAMAN LUAS DI ASIA TENGGARA
PR9 bukanlah asing terutama di sekitat Asia Tenggara.Bermula bersama kelab gergasi Thailand iaitu Muangthong United.Di Malaysia pula,PR9 mulanya beraksi untuk Perak FA pada 2013 melalui kontrak pinjaman.Beliau tiba pada April iaitu jendela kedua perpindahan pemain Liga M.PR9 pantas menjadi perhatian terutama selepas meledak jaringan hatrick ketika Perak menumpaskan JDT 3-0.Namanya miniti dibibir peminat bola sepak tempatan.16 perlawanan,PR9 tamat dengan 11 gol.

Kembalinya ke Muangthong United tidak lama selepas Selangor menghidu peluang terbaik mendapatkan beliau.Sudah serasi dengan corak permainan Liga Malaysia,PR9 menjadi fenomena buat Red Giant selepas meledak 30 gol semusim.Hebat,cetusan beliau diatas padang digeruni lawan.Semua ini dilakukan dalam 35 perlawanan sepanjang musim.

Pada 2015,PR9 menyertai Terengganu (kini dikenali Terengganu FC 1).Mendapat sambutan meriah kerana pada penulis,Rangel ini dikira marquee player untuk pasaran Liga Malaysia kita.Dikenali dan populariti beliau tinggi.Di Terengganu,PR9 meneruskan momentum goalscoring machine beliau dengan menyumbat 16 gol hanya dalam 13 perlawanan sahaja.Hebat bukan.

2016 adalah musibah buat PR9.Beliau diperkenalkan sebagai bintang bersama JDT namun tidak melakukan satu pun penampilan bersama skuad utama itu.PR9 diturunkan ke JDT ll musim itu.Tapi berhadapan cabaran lebih mudah,tiada masalah apabila PR9 meledak 23 gol dalam Liga Perdana.Ternyata level PR9 bukan untuk kelas kedua.

KARIER PR9 DI MALAYSIA
93 PERLAWANAN
80 GOL

PR sempat kembali ke Brazil untuk bermain di Division Serie B dan Serie C selepas karier di Malaysia tamat.

Bermula 2018,PR9 menyertai Nakhotratchasima FC di Thai League 1.Sehingga setakat ini PR9 sudah meledak 5 gol dengan 1 jaringan hatrick dilakukan.

Dari nisbah jaringan diatas,tidak disangkalkan bahws PR9 memang prolifik,klinikal dan merupakan mesin gol sejati.Pernah memenangi Kasut Emas Liga Super 2014,PR9 ada rekod cemerlang untuk memikat mana² majikan baru beliau.

Cuma perbezaan watak beliau menjadi igauan kepada kita.Selepas bersama Perak secara pinjaman,PR9 bersama Selangor,Terengganu dan JDT dengan kesemua menawarkan kontrak 2 musim.Ia masuk akal kerana anda lihat konsistensi beliau serta stabiliti aksi beliau sangat baik cuma PR9 agak "nakal" diatas padang.Insiden menyiku lawan sehingga digantung 2 perlawanan,menyepak botol air kepada pembantu pengadil dan digantung 6 bulan serta penamatan kontrak beliau serta merta antara senario mewarnai karier PR9 di Malaysia.

KESIMPULAN
PR9 adalah mesin gol sejati.Selepas era Marlon Alex James,tidak ada pemain mampu melakukan ratio nisbah jaringan seperti PR9.80 gol di Malaysia sudah cukup mengegarkan hati penyokong Kedah yang jelas sudah tidak sabar menanti aksi debut PR9.

Pilihan penulis,PR9 calon tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan