Selasa, 22 Mei 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS11 | KEDAH JINAKKAN PAHANG

Kedah meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Pahang 2-0 malam tadi.Kemenangan ke-3 untuk Nidzam Adzha dari 6 perlawanan dan beliau masih merekodkan tanpa kalah sejak memimpin pasukan.

Jika anda terlepas perlawanan malam tadi,kami memyediakan laporan perlawanan disini.

Kedah terpaksa menggunakan 2 sahaja tenaga import ketika permulaan perlawanan.Sandro masih dibelenggu kecederaan manakala Alvaro Silva dibangku simpanan.NA sekali lagi tampil dengan sistem tanpa penyerang dalam formasi pasukan.

Jika kita melihat struktur kedudukan pemain,Andik Vermansyah merupakan pemain paling atas sekali untuk pasukan Kedah.Ia mirip peranan yang dimainkan oleh Akhyar Rashid tempoh hari ketika perlawanan bertemu Negeri Sembilan.Diposisi lain tiada perubahan dengan konsep Double Pivot masih dikekalkan dan flat dibahagian backline pasukan.

BABAK PERTAMA
Baik Kedah atau Pahang,kedua pasukan sukar mengatur serangan.Bagi pasukan Kedah,Andik jelas isolated dibahagian serangan.Sebagai pemain yang regular beroperasi dibahagian sayap,Andik gagal membentuk rangkaian kesefahaman bersama Liridon Krasniqi ketika beliau diletakkan sebagai false 9,adakala Andik agak jauh untuk menerima umpanan.Tidak menghairankan selepas 30 minit perlawanan,Andik kembali keposisi asal dan Baddrol ditolak ke tengah.Adakala Kedah seperti bermain False Attacking Midfielder.

Berbalik ke sistem Kedah,Kedah terkenal dengan kecerdasan wing attackers mereka tetapi dalam babak pertama sistem outwide Kedah juga tidak berjalan lancar.Baddrol dan Syazwan Zainon berada deep.Mereka membekalkan bantuan kepada fullback (trackback) dengan baik sekali tetapi dari sisi ofensif pasukan,Kedah gagal merencanakan serangan sebaik mungkin.Ini ditambah kegagalan Liridon membuat hantaran accurate dalam perlawanan.Liridon kerap kali kehilangan bola selain hantaran disekat lawan.Dalam babak pertama juga Kedah lebih play safe dengan kedua dua fullback tidak bermain menyediakan kelebaran pasukan (playing width).

Andik dan tempo pasukan.Kedah memang menerapkan kepantasan dalam sistem mereka namun depth support pasukan babak awal amat mengecewakan.Andik terpaksa menggunakan acceleration individu mengatasi 2,3 pemain dan ia hanya usaha yang sia².Kedah dilihat menggunakan prndekatan low tempo babak pertama dengan pemain diarah lebih kompak untuk menangani sistem high pressing lawan.

1-0
Individual specialist.Gol pemisah berlaku ketika separuh masa hampir ditamatkan.Kedah berjaya menjaringkan gol menerusi Baddrol Bakhtiar dan kita sedia tahu,Badd merupakan specialist dalam direct freekick ini.Untuk babak pertama,Kedah didepan menerusi kepakaran individu pemain.

BABAK KEDUA
Pahang lebih agresif babak kedua.Mereka bermula sangat baik tetapi dinafikan oleh ketangkasan Ifwat Akmal dipintu gol Kedah.Bagi Kedah,permainan sebenar hadir selepas kemasukan fresh leg Akhyar Rashid.Akhyar lebih berjaya membentuk communication bersama Liridon.Beliau gemar turun sehingga ke circle untuk memberi bantuan.

Dibabak kedua juga,Kedah tampak lebih ofensif dari babak pertama.Rizal dan Asri mula menyediakan width kepada serangan.Dibahagian pertahanan,mereka mengekalkan rentak baik dalam mengekang asakan lawan.Stabiliti midfield pasukan dari babak pertama juga diteruskan ke babak kedua.

Akram dan Abd Halim.Gandingan pivot berkembar ini sekali lagi menampakkan kematangan dalam persembahan mereka.Seorang ball winner dan seorang hold player.Kedah sebenarnya memenangi tactical battle di middle third jika kita lihat keseluruhan fasa perlawanan.

2-0
Deadly goal dari Liridon Krasniqi boleh kita simpulkan menutup cerita aksi fancy beliau malam tadi.Seperti penulis nyatakan diatas,kesefahaman diantara Liridon dan Akhyar lebih baik berbanding Liridon dan Andik.Mereka mencuri bola,melakukan break counter attack,mencipta space dan ketenangan Liridon menyempurnakan peluang.Jika kita lihat gerakan ini,gerakan inilah yang Kedah hilang untuk 45 minit awal perlawanan.Ia jelas menuntut kesefahaman tinggi.Workrate kena padu.

RUMUSAN PERLAWANAN
Perlawanan ini jelas perlawanan perbezaan ideologi dan falsafah.Ia perlawanan tactical battle yang menarik,cuma tempo serta intensiti perlawanan terutama babak pertama agak soft dari kedua dua pasukan.Kedah berjaya menghasilkan gol menerusi kelebihan individu dan counter attack.Ini perancangan pasukan Kedah dan ia berhasil.Bagi pasukan Pahang,kelemahan penyudah serta isu fitness pemain baru mereka antara faktor kegagalan Tok Gajah beraksi cemerlang.Mereka ada peluang,ada mencipta gerakan tetapi disiakan.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN
- Ifwat Akmal Che Kassim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan