Khamis, 24 Mei 2018

BANGUNKAN SISTEM FALSE 9 ATAU KEMBALIKAN SENTUHAN PENYERANG?

BANGUNKAN SISTEM FALSE 9 ATAU KEMBALIKAN SENTUHAN PENYERANG?

Kedah baru sahaja melengkapkan perpindahan penyerang Paulo Rangel ke pasukan.Dengan kemasukkan PR9,adakah Kedah bakal kembali ke sistem orthodox seperti sedia kala iaitu menggunakan seorang NO9 spot sebagai prolifik golascoring untuk pasukan? atau Kedah akan meneruskan identiti False 9?

Isu ini menarik kerana Kedah dilihat semakin mantap menerusi sistem tanpa penyerang utama ini.Uniknya sistem ini asalnya adalah plan B pasukan Kedah.Tan Cheng Hoe,Ramon Marcote dan Nidzam Adzha semuanya meletakkan sistem False 9 sebagai 'backup' plan kepada pasukan.

Terus kita skip kepada musim ini,Kedah mengalami kemerosotan beraksi selepas menggunakan seorang penyerang (NO9 spot) kerana Pablo Pallares jelas sekali pemain yang gagal musim ini.Hal ini mrnyebabkan RM terpaksa diketepikan dan NA step up sebagai jurulatih baru.Berlalu 6 perlawanan,Kedah beraksi agak baik dengan rekod 3 menang dan 3 seri tanpa mengalami sebarang kekalahan.

Kedah sebenarnya membangunkan pasukan melalui 2 pendekatan ini dalam sistem False 9

1- Tempo
2- Depth Support

Tempo
Dalam lineup False 9,Akhyar Rashid,Andik Vermansyah dan Sandro Mendonca adalah 3 nama setakat ini menggalas cabaran sebagai False 9 pasukan.Dalam 3 pemain ini,Sandro paling secocok (semasa) diikuti Akhyar Rashid dan Andik Vermansyah baru percubaan pertama.Dalam sistem False 9 Kedah musim ini,Kedah banyak memperbaiki aspek teknikal pemain dan taktikal pasukan dan paling utama tempo pasukan.Sandro misalnya,sangat struggle apabila bermain role NO10 kerana menuntut Sandro melakukan beban kerja yang lebih besar.Kerap kali Sandro agak lambat melakukan movement atau support walaupun ia tugasan asal beliau,faktor usia mungkin membataskan aksi beliau sebagai NO10 tetapi anda lihat jika Sandro sebagai False 9,Sandro lebih baik.Melakukan roaming ketika hilang penguasaan kemudian beliau ada killer instinct yang lebih baik berbanding Akhyar atau Andik.Satu lagi tambahan adalah komunikasi kuat diantara beliau dan Liridon.Liridon merupakan type Total Midfielder.Beliau mampu mengisi mana² posisi tengah samada NO8,NO10 atau NO6 sekalipun.Kedah memperbaiki tempo permainan mereka setakat ini.Jika kita imbas,Kedah sangat efektif dengan penggunaan tempo tinggi terutama 45 minit pertama.Dengan adanya speedy winger,tiada masalah Kedah menukar konsep strikerless mereka.

Depth Support
Kedah juga memperbaiki aspek ini.Pemain seperti bek sisi akan menyediakan kelebaran (width) sementara wingers akan membekalkan servis di wide area.Paling utama Kedah memansuhkan sistem NO10 pasukan dan membangunkan sistem Pivot Berkembar.Liridon kekal sebagai NO8 pasukan tetapi lebih bebas,beliau tidak perlu untuk memikirkan defensive duty sebaliknya fokus utama adalah through passes atau killer passes.Dengan kebolehan accurate yang ada,Liridon tampak lebih selesa dalam sistem False 9.Pendekatan zonal marking untuk backline dipertingkatkan walaupun masih ada beberapa weakness perkara itu tapi untuk 6 perlawanan masih ok,2 clean sheets serta bolos 7.

KEDAH DENGAN LONE NO9
Purata Gol Penyerang

Selepas era emas Marlon Alex James,Kedah sebenarnya telah menghabiskan masa bertahun lamanya untuk mencari penganti setaraf beliau namun disimpulkan gagal.Ini antara rekod penyerang pasukan

Vedran Gerc @ Gero
11 penampilan / 6 gol
Alan Guc
15 penampilan / 14 gol
Billy Mehmet
26 penampilan / 23 gol
Chidi Edeh
26 penampilan / 18 gol
Shane Smeltz
20 penampilan / 11 gol
Ken Ilso Larsen
35 penampilan / 25 gol
Pablo Pallares
7 penampilan / 3 gol

Kedah sebenarnya mengambil masa agak lama untuk mendapat rentak dalam penggunaan penyerang.Balik ke musim 2016,Kedah menghabiskan semusim dengan pendekatan sistem targetman.

Masih ingat Carlos Kahe atau Thiago Agusto atau Shane Smeltz?.Mereka semua bermain dalam type targetman samada lone atau berkembar.

Selepas dikaji selidik,Kedah akhirnya berjaya adaptasi sistem penyerang dalam taktikal 4-2-3-1 moden iaitu pada 2017 dimana Kedah membawa masuk seorang goal poacher sensasi Denmark Ken Ilso.Ilso pada mulanya agak sukar bermain bersama pasukan namun selepas Kedah mengubah mobiliti transisi mereka dibahagian tengah,Ilso meledak gol demi gol.Seorang poacher memerlukan pengorbanan keseluruhan rakan sepasukan untuk beliau berjaya dan Kedah perbaiki itu pada 2017.

Ketibaan Paulo Rangel mungkin masa yang tepat atau tidak tepat.Teori ini berdasarkan perkara diatas.PR9 tidak dinafikan ada aura prolifik seperti pernah saya katakan,beliau dalam masa 4 tahun berjaya merekodkan 80 gol bermakna semusim ratio beliau mencecah 20 gol.Itu statistik individu PR9.Ternyata Kedah boleh kita simpulkan melabur dengan bijak kali ini.

Bagi pasukan Kedah,mereka mungkin sudah selesa membangunkan False 9 sebagai DNA pasukan.Lihat sahaja senarai goalscorers pasukan,Sandro diikuti Liridon Krasniqi kedua mereka bukan penjaring tulen tetapi menyerlah dalam sistem ini.

RUMUSAN
NA mungkin sudah ada Plan A atau Plan B selepas ini untuk pasukan Kedah.Mungkin Plan A kembali bermain fluid football atau direct football dan Plan B Kedah ber'False 9.

Kemasukkan Paulo Rangel mungkin memberi variasi kepada serangan pasukan.Kedah mungkin kembali ke sistem 4-2-3-1 atau 4-1-4-1.Akhyar dan Andik boleh kembali ke posisi asal,tak lupa Syazwan Zainon dan Baddrol Bakhtiar.Liridon kembali sebagai kotak ke kotak (Box To Box) dan penggunaan lone pivot.Mungkin akan ada satu masalah iaitu sistem NO10 pasukan.

Jika Plan False 9,Sandro saya rasa Kedah boleh terus bangunkan beliau sebagai False 9 sekurang kurang untuk musim ini.Jika beliau kembali ke NO10,saya tidak yakin Sandro akan dapat mengekalkan rentak cemerlang seperti beliau bermain False 9.Begitu juga Liridon,jika Kedah kembali ke lone pivot,saya juga tidak yakin Liridon mampu kekalkan rentak beliau.Akram lebih baik dalam sistem Double Six berbanding lone pivot manakala Amirul Hisyam lebih selesa sebagai halfback.

Pilihan anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan