Jumaat, 1 Jun 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS13 | KEDAH DIAIBKAN

Selepas 7 perlawanan tanpa sebarang kekalahan,Kedah akhirnya diaibkan oleh pasukan Melaka United dihalaman sendiri.Tambah perit,ia kemenangan Sang Rusa selepas 7 perlawanan.

Adakah ini persembahan terburuk pasukan Kedah?

PERMULAAN
Jika kita imbas permulaan pasukan dalam 7 rekod tanpa kalah dibawah pimpinan NA,Kedah menggunakan formasi sistem tanpa penyerang (False 9) tetapi satu perubahan drastik berlaku pada malam tadi dengan Kedah memulakan permainan dengan formasi 4-2-3-1 bererti Kedah kembali membariskan seorang penyerang.

Sebaik wisel bermula,Kedah bergerak dalam 4-1-4-1.ST17 sebagai lone pivot sementara Liridon/Sandro sebagai Double NO8.Paulo Rangel sebagai NO9 spot.Andik dan Baddrol sebagai Winger manakala barisan pertahanan dikekalkan.

NA membuat keputusan merehatkan Akram Mahinan dan Syazwan Zainon.

BABAK PERTAMA : SISTEM KEDAH ROSAK ATAU TIDAK AKTIF?
Berdasarkan 45 minit awal pertama,Kedah mula mengubah transisi kepada 4-1-4-1 selepas Melaka menggunakan mirroring tactical untuk perlawanan semalam.

Kedah dilihat tewas dalam penguasaan kawasan tengah bermula wisel pertama.Terdapat banyak kelemahan utama pada pasukan malam tadi.

1- Sistem Pivot Rosak
Jika kita imbas balik dalam siri 7 perlawanan lalu,NA meletakkan kekuatan interior midfield melalui sistem Double NO6 untuk pasukan.Berbalik perlawanan malam tadi,NA seperti membuat satu uji kaji dengan merehatkan 2 DM regular dan memasukkan seorang pemain yang mempunyai weakness dalam defensive sebagai DMF.Akibatnya Kedah tempang dizon 5 (Defensive Third) pasukan.Tiada interception,tiada tackling tiada tracking,tiada dirty work keatas NO10 lawan,tiada shielding kepada CB dan tiada watak ball winner dizon 5.Ini point pertama Kedah gagal dominan midfield center semalam.

2- Sistem Double NO8 Gagal Cipta Penyambung
Masih di circle center pasukan.Kedah menurunkan Liridon dan Sandro sebagai NO8 berkembar,tapi apa yang diterjemahkan sangat mengecewakan especially kepada Paulo Rangel dibahagian atas.Adakah mereka sudah lupa bagaimana untuk generate sistem serangan?.Mereka kehilangan bola,gagal menguasai bola sekaligus gagal mencipta link kepada penyerang ataupun winger di byline.Sepanjang 90 minit,hanya 8 percubaan tepat,satu persembahan "lemau" disajikan.

3- Sistem Winger Fancy
Sistem Winger juga kembali dibangkitkan dalam formasi ini.Kedah telah melatih pemain bermain Side Midfielder dalam 7 perlawanan lalu dengan lebih fokus bermain byline atau mencipta situasi 2v1.Tetapi semalam perubahan sistem kembali kepada Winger merujuk kepada pemain sayap moden.Andik jelas sekali outplayed sementara Baddrol out of positioning.Apa yang mereka cuba lakukan dalam 45 minit pertama sukar ditafsirkan.Tiada larian ofensif seperti diagonal run atau cubaan melakukan crosses malah lebih banyak overplay dengan membuat hantaran² lemah.

BABAK KEDUA : KEDAH TIADA URGENCY
Kedah cuba menambah baik pasukan dengan kemasukan Akram Mahinan dan Akhyar Rashid.Akhyar ditolak kepada shadow manakala Baddrol mengemudi barisan tengah bersama Akram dan ST17.Liridon mengambil posisi NO10.Kedah kini bermain 4-3-1-2.

Secara taktikalnya,Kedah cuba atau ada effort tapi belum cukup untuk mencari gol.Erti kata Kedah tiada urgency dalam perlawanan.

Urgency adalah menuntut pasukan untuk melakukan perubahan segera.Kecerdasan atau kesegeraan.Akhyar masuk dan cuba untuk often gets foul,itu ciri Akhyar dan percubaan itu gagal untuk semalam.Saya tak cakap itu salah kerana Akhyar ada pace dalam acceleration dia carrier bola.Cuma fokus dia hanya untuk itu sahaja.

Akram masuk satu perkara positif.Kedah mengambil keputusan meraih stabiliti penguasaan dibahagian tengah tapi malangnya Liridon atau Baddrol gagal mencipta killer passes.

PR9 isolated dalam perlawanan ini.Tidak banyak boleh beliau lakukan walaupun kita tahu dia ada instinct finishing.Dengan konsep man marking,lawan mudah patahkan setiap attempt serangan pasukan Kedah.

RUMUSAN PERLAWANAN
Kedah berhak tewas dalam keadaan aib malam tadi.Bermula minit pertama,Kedah langsung tiada karakter seperti 7 perlawanan lalu.

Disini Kedah perlu satu solution dalam aliran permainan.Adakah anda perlu bermain False 9 atau guna NO9?Kita dapat lihat Sandro sangat teruk malam tadi sekembali keposisi tengah manakala Liridon gagal membuka ruang lebih selesa untuk dia bergerak.

Permilihan pemain utama juga perlu Kedah perbaiki.Kedah seperti beruji kaji pada malam tadi dan cuba memberi peluang kepada pemain yang struggle seperti ST17,Andik dan Alvaro untuk raih composure mereka,ia tidak berhasil dengan mereka terus lesu dalam persembahan.

Jelas sekali ini bukan pasukan Kedah yang cemerlang dalam 7 perlawanan lalu.Terlalu lemah secara keseluruhannya.

Menjelang aksi bertemu pasukan paling bermasalah iaitu Kelantan nanti,Kedah ada peluang untuk menebus kehampaan malam tadi tetapi NA perlu tegas dalam beberapa aspek.

Sabtu, 26 Mei 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS12 | KEDAH TERUS KONSISTEN

Kedah menewaskan Selangor untuk mencatat kemenangan ke-6 musim ini.Selepas 12 perlawanan,Kedah mengumpul 21 mata dan berada diposisi ke-5 Liga Super.

PERMULAAN
Kedah memulakan perlawanan dengan membuat 4 pertukaran dari lineup pasukan yang menewaskan Pahang tempoh hari.Ariff Farhan,Alvaro Silva,Amirul Hisyam dan Sandro kembali kedalam pasukan.Bintang baru pasukan Paulo Rangel hanya dibangku simpanan.Melihat sistem rotation pasukan,saya percaya NA melihat sudut mengekalkan fitness secara berpasukan untuk perlawanan ke perlawanan.Kedah sekali lagi mempertaruhkan sistem False 9 untuk permulaan.

KEDAH KONSISTEN 45 MINIT
Kedah seperti kita sedia maklum semakin meningkat baik dalam permainan atau keputusan perlawanan.Kedah yang turun dengan motivasi 6 perlawanan tanpa tewas terus konsiten biarpun menggunakan lineup berbeza.

Sebaik bermula perlawanan,Kedah lebih
composure berbanding lawan.Kedah turun dengan expectation dengan bersabar mengatur serangan.

Selangor bermula dengan cubaan agresif melalui direct football mereka.Mereka bermain mencari fokal point Rufino dan bermain out wide dalam melancarkan serangan.Tetapi setakat itu sahaja mereka mampu lakukan.

Kedah pula selesa bermain possession dan merampas bola sebelum melancarkan break attack.Dalan 10 minit,Kedah mendapat 2 attempt on target.

Sebelum kita menyentuh bab gol,terlebih dahulu kita bicara sistem pertahanan pasukan.Kedah masih mengekalkan konsep berorientasikan zon marking.Walaupun Kedah berjaya mengekalkan tifak bolos babak pertama,sistem Kedah masih longgar melalui communication diantara 2 CB pasukan walaupun lawan gagal meledak gol pada fasa awal.Alvaro beberapa kali gagal membaca gerakan Rufino dengan baik dan Rufino beberapa kali melepasi Syawal dan Alvaro,namun dikecewakan depth support mereka yang sangat lemah.

Bagi pertarungan duel,mungkin tiada masalah namun dari mengawal blind sidr run Rufino atau off ball movement beliau,2 CB perlu lebih alert dimasa akan datang.Ia ancaman berbahaya.

Dibek sisi kanan pula,Rizal Ghazali juga 2 kali ditewaskan bek kiri lawan dan sekali lagi,Selangor kekurangan support di final third.Rizal seorang yang ada fizikal strength padu namun agak sukar mengawal pemain graviti rendah yang memiliki pace.

1-0
Namun dalam keghairahan lawan memburu gol,high defensive line mereka mengundang padah apabila SZ22 mudah membuat satu crossing lambung tepat kepada Baddrol.Kredit kepada SZ22 keraba beliau sebenarnya ada 3 option dalam pergerakan beliau iaitu low crosses atau cut back atau crossing lambung.

BABAK KEDUA

2-0
Kedah sepatutnya berterima kasih kepada SZ22 dalam perlawanan semalam.SZ22 sangat baik dalam diagonal run sebelum menerima bola dan sekali lagi dia mencipta situasi 2v1 sebelum membuat decision.Untuk gol kedua,SZ22 melakukan low crosses yang sangat sukar ditangani lawan.Akhirnya kesilapan lawan dihukum Liridon.Ia gol ke-7 The Maestro musim ini.

KENDURKAN PERMAINAN
Kedah seperti biasa akan cepat berada comfort apabila didepan dan itu sebenanrnya bukan masalah besar selagi pasukan mrngawal tempo.Tapi ia bermasalah apabila anda sit deep dan terus menerus melakukan silly foul atau dirty work di zon 5 (defensive third).Kedah sering memberi lawan spirit untuk bangkit melawan dan ini sesuatu yang pada saya berisiko besar.Kita sudah pasti tidak mahu peristiwa 3-3 bertemu N.Sembilan berulang lagi.

Kedah boleh mengawal composure dengan cuba bermain possession atau counter back pressing dengan bermain dengan jarak dekat.Dengan kelebihan 2 gol,Kedah boleh tidak perlu terlalu menyerang,tetapi mentality dominant keatas lawan perlu diteruskan.

RUMUSAN
Kedah berhak menang perlawanan ini.Kedah sangat konsisten pada keseluruhan permainan cuma ada serba sedikit lagi "penyakit" lama mereka.Debut agak baik dari PR9 walaupun bukan scoreline.Amirul Hisyam sangat lemah malam tadi,tewas dalam perebutan bola selain tidak memberi impak pada shielding,beliau adalah NO6 dan bermain Double Six tapi Kedah tak ubah seperti hanya bermain lone pivot shaja.

PEMAIN PILIHAN
- Syazwan Zainon

Khamis, 24 Mei 2018

BANGUNKAN SISTEM FALSE 9 ATAU KEMBALIKAN SENTUHAN PENYERANG?

BANGUNKAN SISTEM FALSE 9 ATAU KEMBALIKAN SENTUHAN PENYERANG?

Kedah baru sahaja melengkapkan perpindahan penyerang Paulo Rangel ke pasukan.Dengan kemasukkan PR9,adakah Kedah bakal kembali ke sistem orthodox seperti sedia kala iaitu menggunakan seorang NO9 spot sebagai prolifik golascoring untuk pasukan? atau Kedah akan meneruskan identiti False 9?

Isu ini menarik kerana Kedah dilihat semakin mantap menerusi sistem tanpa penyerang utama ini.Uniknya sistem ini asalnya adalah plan B pasukan Kedah.Tan Cheng Hoe,Ramon Marcote dan Nidzam Adzha semuanya meletakkan sistem False 9 sebagai 'backup' plan kepada pasukan.

Terus kita skip kepada musim ini,Kedah mengalami kemerosotan beraksi selepas menggunakan seorang penyerang (NO9 spot) kerana Pablo Pallares jelas sekali pemain yang gagal musim ini.Hal ini mrnyebabkan RM terpaksa diketepikan dan NA step up sebagai jurulatih baru.Berlalu 6 perlawanan,Kedah beraksi agak baik dengan rekod 3 menang dan 3 seri tanpa mengalami sebarang kekalahan.

Kedah sebenarnya membangunkan pasukan melalui 2 pendekatan ini dalam sistem False 9

1- Tempo
2- Depth Support

Tempo
Dalam lineup False 9,Akhyar Rashid,Andik Vermansyah dan Sandro Mendonca adalah 3 nama setakat ini menggalas cabaran sebagai False 9 pasukan.Dalam 3 pemain ini,Sandro paling secocok (semasa) diikuti Akhyar Rashid dan Andik Vermansyah baru percubaan pertama.Dalam sistem False 9 Kedah musim ini,Kedah banyak memperbaiki aspek teknikal pemain dan taktikal pasukan dan paling utama tempo pasukan.Sandro misalnya,sangat struggle apabila bermain role NO10 kerana menuntut Sandro melakukan beban kerja yang lebih besar.Kerap kali Sandro agak lambat melakukan movement atau support walaupun ia tugasan asal beliau,faktor usia mungkin membataskan aksi beliau sebagai NO10 tetapi anda lihat jika Sandro sebagai False 9,Sandro lebih baik.Melakukan roaming ketika hilang penguasaan kemudian beliau ada killer instinct yang lebih baik berbanding Akhyar atau Andik.Satu lagi tambahan adalah komunikasi kuat diantara beliau dan Liridon.Liridon merupakan type Total Midfielder.Beliau mampu mengisi mana² posisi tengah samada NO8,NO10 atau NO6 sekalipun.Kedah memperbaiki tempo permainan mereka setakat ini.Jika kita imbas,Kedah sangat efektif dengan penggunaan tempo tinggi terutama 45 minit pertama.Dengan adanya speedy winger,tiada masalah Kedah menukar konsep strikerless mereka.

Depth Support
Kedah juga memperbaiki aspek ini.Pemain seperti bek sisi akan menyediakan kelebaran (width) sementara wingers akan membekalkan servis di wide area.Paling utama Kedah memansuhkan sistem NO10 pasukan dan membangunkan sistem Pivot Berkembar.Liridon kekal sebagai NO8 pasukan tetapi lebih bebas,beliau tidak perlu untuk memikirkan defensive duty sebaliknya fokus utama adalah through passes atau killer passes.Dengan kebolehan accurate yang ada,Liridon tampak lebih selesa dalam sistem False 9.Pendekatan zonal marking untuk backline dipertingkatkan walaupun masih ada beberapa weakness perkara itu tapi untuk 6 perlawanan masih ok,2 clean sheets serta bolos 7.

KEDAH DENGAN LONE NO9
Purata Gol Penyerang

Selepas era emas Marlon Alex James,Kedah sebenarnya telah menghabiskan masa bertahun lamanya untuk mencari penganti setaraf beliau namun disimpulkan gagal.Ini antara rekod penyerang pasukan

Vedran Gerc @ Gero
11 penampilan / 6 gol
Alan Guc
15 penampilan / 14 gol
Billy Mehmet
26 penampilan / 23 gol
Chidi Edeh
26 penampilan / 18 gol
Shane Smeltz
20 penampilan / 11 gol
Ken Ilso Larsen
35 penampilan / 25 gol
Pablo Pallares
7 penampilan / 3 gol

Kedah sebenarnya mengambil masa agak lama untuk mendapat rentak dalam penggunaan penyerang.Balik ke musim 2016,Kedah menghabiskan semusim dengan pendekatan sistem targetman.

Masih ingat Carlos Kahe atau Thiago Agusto atau Shane Smeltz?.Mereka semua bermain dalam type targetman samada lone atau berkembar.

Selepas dikaji selidik,Kedah akhirnya berjaya adaptasi sistem penyerang dalam taktikal 4-2-3-1 moden iaitu pada 2017 dimana Kedah membawa masuk seorang goal poacher sensasi Denmark Ken Ilso.Ilso pada mulanya agak sukar bermain bersama pasukan namun selepas Kedah mengubah mobiliti transisi mereka dibahagian tengah,Ilso meledak gol demi gol.Seorang poacher memerlukan pengorbanan keseluruhan rakan sepasukan untuk beliau berjaya dan Kedah perbaiki itu pada 2017.

Ketibaan Paulo Rangel mungkin masa yang tepat atau tidak tepat.Teori ini berdasarkan perkara diatas.PR9 tidak dinafikan ada aura prolifik seperti pernah saya katakan,beliau dalam masa 4 tahun berjaya merekodkan 80 gol bermakna semusim ratio beliau mencecah 20 gol.Itu statistik individu PR9.Ternyata Kedah boleh kita simpulkan melabur dengan bijak kali ini.

Bagi pasukan Kedah,mereka mungkin sudah selesa membangunkan False 9 sebagai DNA pasukan.Lihat sahaja senarai goalscorers pasukan,Sandro diikuti Liridon Krasniqi kedua mereka bukan penjaring tulen tetapi menyerlah dalam sistem ini.

RUMUSAN
NA mungkin sudah ada Plan A atau Plan B selepas ini untuk pasukan Kedah.Mungkin Plan A kembali bermain fluid football atau direct football dan Plan B Kedah ber'False 9.

Kemasukkan Paulo Rangel mungkin memberi variasi kepada serangan pasukan.Kedah mungkin kembali ke sistem 4-2-3-1 atau 4-1-4-1.Akhyar dan Andik boleh kembali ke posisi asal,tak lupa Syazwan Zainon dan Baddrol Bakhtiar.Liridon kembali sebagai kotak ke kotak (Box To Box) dan penggunaan lone pivot.Mungkin akan ada satu masalah iaitu sistem NO10 pasukan.

Jika Plan False 9,Sandro saya rasa Kedah boleh terus bangunkan beliau sebagai False 9 sekurang kurang untuk musim ini.Jika beliau kembali ke NO10,saya tidak yakin Sandro akan dapat mengekalkan rentak cemerlang seperti beliau bermain False 9.Begitu juga Liridon,jika Kedah kembali ke lone pivot,saya juga tidak yakin Liridon mampu kekalkan rentak beliau.Akram lebih baik dalam sistem Double Six berbanding lone pivot manakala Amirul Hisyam lebih selesa sebagai halfback.

Pilihan anda?

Selasa, 22 Mei 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS11 | KEDAH JINAKKAN PAHANG

Kedah meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Pahang 2-0 malam tadi.Kemenangan ke-3 untuk Nidzam Adzha dari 6 perlawanan dan beliau masih merekodkan tanpa kalah sejak memimpin pasukan.

Jika anda terlepas perlawanan malam tadi,kami memyediakan laporan perlawanan disini.

Kedah terpaksa menggunakan 2 sahaja tenaga import ketika permulaan perlawanan.Sandro masih dibelenggu kecederaan manakala Alvaro Silva dibangku simpanan.NA sekali lagi tampil dengan sistem tanpa penyerang dalam formasi pasukan.

Jika kita melihat struktur kedudukan pemain,Andik Vermansyah merupakan pemain paling atas sekali untuk pasukan Kedah.Ia mirip peranan yang dimainkan oleh Akhyar Rashid tempoh hari ketika perlawanan bertemu Negeri Sembilan.Diposisi lain tiada perubahan dengan konsep Double Pivot masih dikekalkan dan flat dibahagian backline pasukan.

BABAK PERTAMA
Baik Kedah atau Pahang,kedua pasukan sukar mengatur serangan.Bagi pasukan Kedah,Andik jelas isolated dibahagian serangan.Sebagai pemain yang regular beroperasi dibahagian sayap,Andik gagal membentuk rangkaian kesefahaman bersama Liridon Krasniqi ketika beliau diletakkan sebagai false 9,adakala Andik agak jauh untuk menerima umpanan.Tidak menghairankan selepas 30 minit perlawanan,Andik kembali keposisi asal dan Baddrol ditolak ke tengah.Adakala Kedah seperti bermain False Attacking Midfielder.

Berbalik ke sistem Kedah,Kedah terkenal dengan kecerdasan wing attackers mereka tetapi dalam babak pertama sistem outwide Kedah juga tidak berjalan lancar.Baddrol dan Syazwan Zainon berada deep.Mereka membekalkan bantuan kepada fullback (trackback) dengan baik sekali tetapi dari sisi ofensif pasukan,Kedah gagal merencanakan serangan sebaik mungkin.Ini ditambah kegagalan Liridon membuat hantaran accurate dalam perlawanan.Liridon kerap kali kehilangan bola selain hantaran disekat lawan.Dalam babak pertama juga Kedah lebih play safe dengan kedua dua fullback tidak bermain menyediakan kelebaran pasukan (playing width).

Andik dan tempo pasukan.Kedah memang menerapkan kepantasan dalam sistem mereka namun depth support pasukan babak awal amat mengecewakan.Andik terpaksa menggunakan acceleration individu mengatasi 2,3 pemain dan ia hanya usaha yang sia².Kedah dilihat menggunakan prndekatan low tempo babak pertama dengan pemain diarah lebih kompak untuk menangani sistem high pressing lawan.

1-0
Individual specialist.Gol pemisah berlaku ketika separuh masa hampir ditamatkan.Kedah berjaya menjaringkan gol menerusi Baddrol Bakhtiar dan kita sedia tahu,Badd merupakan specialist dalam direct freekick ini.Untuk babak pertama,Kedah didepan menerusi kepakaran individu pemain.

BABAK KEDUA
Pahang lebih agresif babak kedua.Mereka bermula sangat baik tetapi dinafikan oleh ketangkasan Ifwat Akmal dipintu gol Kedah.Bagi Kedah,permainan sebenar hadir selepas kemasukan fresh leg Akhyar Rashid.Akhyar lebih berjaya membentuk communication bersama Liridon.Beliau gemar turun sehingga ke circle untuk memberi bantuan.

Dibabak kedua juga,Kedah tampak lebih ofensif dari babak pertama.Rizal dan Asri mula menyediakan width kepada serangan.Dibahagian pertahanan,mereka mengekalkan rentak baik dalam mengekang asakan lawan.Stabiliti midfield pasukan dari babak pertama juga diteruskan ke babak kedua.

Akram dan Abd Halim.Gandingan pivot berkembar ini sekali lagi menampakkan kematangan dalam persembahan mereka.Seorang ball winner dan seorang hold player.Kedah sebenarnya memenangi tactical battle di middle third jika kita lihat keseluruhan fasa perlawanan.

2-0
Deadly goal dari Liridon Krasniqi boleh kita simpulkan menutup cerita aksi fancy beliau malam tadi.Seperti penulis nyatakan diatas,kesefahaman diantara Liridon dan Akhyar lebih baik berbanding Liridon dan Andik.Mereka mencuri bola,melakukan break counter attack,mencipta space dan ketenangan Liridon menyempurnakan peluang.Jika kita lihat gerakan ini,gerakan inilah yang Kedah hilang untuk 45 minit awal perlawanan.Ia jelas menuntut kesefahaman tinggi.Workrate kena padu.

RUMUSAN PERLAWANAN
Perlawanan ini jelas perlawanan perbezaan ideologi dan falsafah.Ia perlawanan tactical battle yang menarik,cuma tempo serta intensiti perlawanan terutama babak pertama agak soft dari kedua dua pasukan.Kedah berjaya menghasilkan gol menerusi kelebihan individu dan counter attack.Ini perancangan pasukan Kedah dan ia berhasil.Bagi pasukan Pahang,kelemahan penyudah serta isu fitness pemain baru mereka antara faktor kegagalan Tok Gajah beraksi cemerlang.Mereka ada peluang,ada mencipta gerakan tetapi disiakan.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN
- Ifwat Akmal Che Kassim

Ahad, 20 Mei 2018

PAULO RANGEL | MESIN GOL SEDIA GEGAR DARULAMAN

Paulo Rangel sudah berada di Alor Setar untuk memuktamadkan perjanjian menyertai pasukan Kedah.Kami memperoleh sumber melalui official media KFA.

Tapi ada beberapa perkara menarik boleh kita kongsi disini mengenai beliau.Seorang yang nakal tapi cukup tajam dalam naluri memburu gol.Ia bukan omong kosong dan anda boleh baca artikel penulis sediakan.

PENGALAMAN LUAS DI ASIA TENGGARA
PR9 bukanlah asing terutama di sekitat Asia Tenggara.Bermula bersama kelab gergasi Thailand iaitu Muangthong United.Di Malaysia pula,PR9 mulanya beraksi untuk Perak FA pada 2013 melalui kontrak pinjaman.Beliau tiba pada April iaitu jendela kedua perpindahan pemain Liga M.PR9 pantas menjadi perhatian terutama selepas meledak jaringan hatrick ketika Perak menumpaskan JDT 3-0.Namanya miniti dibibir peminat bola sepak tempatan.16 perlawanan,PR9 tamat dengan 11 gol.

Kembalinya ke Muangthong United tidak lama selepas Selangor menghidu peluang terbaik mendapatkan beliau.Sudah serasi dengan corak permainan Liga Malaysia,PR9 menjadi fenomena buat Red Giant selepas meledak 30 gol semusim.Hebat,cetusan beliau diatas padang digeruni lawan.Semua ini dilakukan dalam 35 perlawanan sepanjang musim.

Pada 2015,PR9 menyertai Terengganu (kini dikenali Terengganu FC 1).Mendapat sambutan meriah kerana pada penulis,Rangel ini dikira marquee player untuk pasaran Liga Malaysia kita.Dikenali dan populariti beliau tinggi.Di Terengganu,PR9 meneruskan momentum goalscoring machine beliau dengan menyumbat 16 gol hanya dalam 13 perlawanan sahaja.Hebat bukan.

2016 adalah musibah buat PR9.Beliau diperkenalkan sebagai bintang bersama JDT namun tidak melakukan satu pun penampilan bersama skuad utama itu.PR9 diturunkan ke JDT ll musim itu.Tapi berhadapan cabaran lebih mudah,tiada masalah apabila PR9 meledak 23 gol dalam Liga Perdana.Ternyata level PR9 bukan untuk kelas kedua.

KARIER PR9 DI MALAYSIA
93 PERLAWANAN
80 GOL

PR sempat kembali ke Brazil untuk bermain di Division Serie B dan Serie C selepas karier di Malaysia tamat.

Bermula 2018,PR9 menyertai Nakhotratchasima FC di Thai League 1.Sehingga setakat ini PR9 sudah meledak 5 gol dengan 1 jaringan hatrick dilakukan.

Dari nisbah jaringan diatas,tidak disangkalkan bahws PR9 memang prolifik,klinikal dan merupakan mesin gol sejati.Pernah memenangi Kasut Emas Liga Super 2014,PR9 ada rekod cemerlang untuk memikat mana² majikan baru beliau.

Cuma perbezaan watak beliau menjadi igauan kepada kita.Selepas bersama Perak secara pinjaman,PR9 bersama Selangor,Terengganu dan JDT dengan kesemua menawarkan kontrak 2 musim.Ia masuk akal kerana anda lihat konsistensi beliau serta stabiliti aksi beliau sangat baik cuma PR9 agak "nakal" diatas padang.Insiden menyiku lawan sehingga digantung 2 perlawanan,menyepak botol air kepada pembantu pengadil dan digantung 6 bulan serta penamatan kontrak beliau serta merta antara senario mewarnai karier PR9 di Malaysia.

KESIMPULAN
PR9 adalah mesin gol sejati.Selepas era Marlon Alex James,tidak ada pemain mampu melakukan ratio nisbah jaringan seperti PR9.80 gol di Malaysia sudah cukup mengegarkan hati penyokong Kedah yang jelas sudah tidak sabar menanti aksi debut PR9.

Pilihan penulis,PR9 calon tepat.

Ahad, 13 Mei 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS10 | KEDAH RAIH 3 MATA DI PAROI

Pasukan Kedah berjaya melepasi cabaran getir di Paroi malam tadi dengan membawa pulang 3 mata penuh selepas memcatat kemenangan 2-1 keatas tuan rumah.

Untuk perlawanan malam tadi,Nidzam Adzha terpaksa membuat beberapa rombakan selepas kehilangan khidmat penjaring utama pasukan Sandro Mendonca,Arifd Farhan dan Andik Vermansyah.Dalam kesebelasan utama juga menyaksikan Alvaro Silva diketepikan bagi memberi laluan kepada Syawal Nordin dan Khairul Helmi sebagai pertahanan tengah.Asri Mardzuki mengisi posisi left back pasukan.

BABAK PERTAMA
     Kedah mempertaruhkan sekali lagi sistem tanpa penyerang.Akhyar Rashid diletakkan sebagai penyerang palsu dalam sistem false 9 pasukan.Liridon Krasniqi bermain sebagai advance playmaker dalam perlawanan ini.Sebaik wisel bermula,Kedah berjaya mengucar-kacirkan sistem lawan yang sama sekali gagal membendung sistem tanpa penyerang ini.Lawan telah membuka ruang terlalu besar dan kerap kali 2 CB mereka meninggalkan posisi.

Percaturan Kedah berhasil seawal minit ke-8 selepas Liridon Krasniqi mudah meledak jaringan hasil umpanan Akhyar Rashid.Dalam perlawanan ini,Kedah banyak bergantung kepada pace yang dimiliki oleh Akhyar dan nyata servis yang dilakukan amat memberansangkan kepada pasukan.Akhyar menjadi fokal point kepada pasukan dibabak pertama.

Sejurus Akhyar meledak gol ke-2 selepas itu hasil umpanan Akram Mahinan,Kedah terus garang memburu gol namun dinafikan aksi bertenaga penjaga gol lawan.

Dalam babak pertama,ketenangan central area mengawal keadaan selain depth support yang baik memberi kelancaran atau fluiditi kepada pasukan terutama fasa serangan.

BABAK KEDUA
     Bersambung dibabak kedua,Kedah mendapat satu peluang terbaik namun gagal disudahkan Liridon.Selepas itu Kedah menurunkan tempo permainan dengan lebih banyak mengisi kawasan sendiri.

Percaturan sit deep and counter attack ini sudah agak sinonim dengan Kedah terutama bermula babak kedua.Kedah seperti perlawanan sebelum ini sering mematikan mood dengan lebih awal.Pergerakan bersahaja diselangi beberapa taktikal foul.Imbas kembali perlawanan lalu dimana Kedah banyak melakukan silly error ketika aktifkan mood bertahan.

Peluang ini digunakan N.Sembilan mengatur plan serangan lebih tersusun.Mereka lebih composure dan mengunakan pendekatan pressing the ball.Mereka berhasil menjaringkan gol melalui Flavio Beck melalui satu rembatan deras.Sekali lagi Kedah gagal mencatat clean sheets biarpun beraksi sangat baik babak pertama.

Dalam babak kedua,kelihatan juga pemain pasukan Kedah tampak sedikit keletihan.Ia mungkin faktor Kedah masih defisit didepan namun sikap sebegini harus dipupus jika Kedah mahu tampil maju kedepan.

Sistem pertahanan Kedah adalah zon marking dan menangani situasi set piece dengan sistem man marking namun masih ada sedikit kelemahan dan boleh diperbaiki lagi.Sejak clean sheets dengan Selangor,Kedah bolos setiap perlawanan dan ia masalah serius pasukan.

PEMAIN TERBAIK
Kami memilih Akhyar Rashid pemain terbaik untuk Kedah.Bermain sangat baik melalui kepantasan (pace and acceleration) dan ability dribbles nyata menjadi watak utama pasukan malam tadi.

Selasa, 1 Mei 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS8 | KEDAH SALAH LANGKAH

Perlawanan LS8 malam tadi menyaksikan Kedah terpaksa berputih mata dari memungut 3 mata penting selepas hanya mampu meraih keputusan seri bersama Negeri Sembilan.Ikuti laporan perlawanan disediakan.

PERMULAAN
    NA membuat beberapa rombakan kesebelasan utama dengan kembalinya khidmat Liridon Krasniqi dan Akram Mahinan diposisi midfield pasukan.Asri Mardzuki menjadi pemain ke-3 beraksi left back pasukan selepas Ariff Farhan diketepikan.Pergantungan perlawanan keatas Rizal Ghazali memberi peluang kepada Mr.Gamble,Syazwan Tajuddin mengisi posisi bek kanan pasukan.Syazwan telah beraksi sebagai CB,DM dan RB musim ini.

KEBERKESANAN SISTEM TANPA PENYERANG
     Sebaik wisel bermula,Kedah tidak memberi sedikit ruang kepada pelawat terutama barisan pertahanan mereka.Jika diperhatikan pada babak pertama,Kedah lebih fluid dalam aliran 4-1-4-1 dengan Andik Vermansyah bermain sebagai pemain paling atas buat Kedah.Dalam tempoh 10-15 minit Kedah mencatat hampir 4 percubaan tepat.Kedah mencipta sebanyak mungkin peluang dan menghasilkan 3 gol pada babak ini.Untuk rekod,NA menggunakan False 9 dalam kesemua 3 perlawanan beliau dan satu pujian,ianya sangat positif dan berhasil.

ORGANISASI PELAWAT RAPUH
Kita dapat melihat kerapuhan sistem organisasi pelawat dari circle tengah sehingga kebarisan pertahanan mereka.Dengan lawan yang dilihat tidak mempunyai plan lebih baik mengekang Kedah,Kedah berjaya mengekploitasi keadaan dengan baik.Kesimpulan babak pertama,Kedah lebih baik dengan teamplay yang tersusun manakala N.Sembilan gagal untuk settle down mencari cara membanteras serangan Kedah.

KEDAH TIDUR BABAK KEDUA
        Pablo IN,Andik OUT.Babak kedua bermula dengan Kedah menukar 360 darjah tempo perlawanan.Tiada pressuring dari pemain malah pasukan melepaskan penguasaan bola dengan mudah.Pelik tapi benar,itulah terjadi malam tadi,Kedah seperti sudah tidak mahu bermain bola selepas didepan dengan 3 gol.Kita simpulkan Kedah bertindak shut down semua sistem mereka.

Masalah utama Kedah sekali lagi isu commanding sistem zonal mereka.Jika kita imbas gol N.Thanabalan pada babak pertama,kita sudah melihat kerapuhan posisi bek sisi kanan pasukan agak ketara.Ketika Kedah terleka 'tidur' sejak babak kedua bermula,Velez meledak gol cantik untuk lawan hasil serangan disebelah kanan pasukan Kedah.Dimana kedudukan pertahanan?

Ball watching bukanlah asing dengan pertahanan Kedah dan jika babak pertama pelawat mengalami masalah defensive error,kini masalah itu bertukar kepada Kedah.Kesilapan demi kesilapan akhirnya dihukum pelawat.Untuk judge Khairul Helmi,penulis rasa anda sendiri boleh tentukan.

RUMUSAN
      Kedah perlu menyalahkan diri sendiri kerana kegagalan meraih keputusan positif dilaman sendiri.N.Sembilan ada melakukan perubahan taktikal merujuk kepada sistem mereka pada babak kedua tetapi point terbesar adalah kesilapan pasukan terutama babak kedua.Kedah dilihat terlalu mengambil mudah cabaran pada babak kedua dan untuk malam tadi penulis merasakan NA gagal melakukan turning dalam isu substitute.Arahan mengendurkan tempo perlawanan memakan diri.Dengan keputusan ini,Kedah semakin sukar untuk mencabar kejuaraan dan paling utama mengecewakan peminat especially yang hadir malam tadi.



Jumaat, 27 April 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS7 | KEDAH DAN TERENGGANU SAMA LIAT

Perlawanan ke-7 buat pasukan Kedah malam tadi berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Terengganu FC.Dengan keputusan itu,Kedah masih kekal diposisi ke-6 dalam carta Unifi Liga Super.Ikuti laporan perlawanan kami sediakan.

KEDAH TAMPIL DENGAN TAKTIKAL BERDISPLIN
    Kedah menurunkan kesebelasan terbaik seperti ketika menentang Selangor dengan hanya Akram Mahinan diketepikan dengan posisi beliau diambil alih Amirul Hisyam manakala Liridon Krasniqi masih menjalani satu pergantungan perlawanan.Tiada perubahan dari segi posisi dan taktikal pasukan dengan NA masih menerapkan sistem tanpa penyerang utama dan penguasaan bola dalam strategi pasukan.

Sebaik wisel bermula,kedua pasukan melancarkan serangan tetapi berbeza ideologi.Kedah lebih bersabar mengatur plan serangan manakala Terengganu lebih bersifat direct football dalam serangan.

Terengganu bermain dengan corak direct dan hantaran long ball mencari targetman Akani Sunday tetapi yang lebih berbahaya adalah movement dari Bruno Suzuki.Beliau banyak menjadi nadi pergerakkan lawan cuma komunikasi mereka agak weakness.Pujian adalah kepada Abd Halim Saari,beliau tenang dan berkeyakinan ketika memiliki bola.Amirul nampak lebih pressure dan agak lambat membuat decision.

Kedah lebih kepada mengekalkan shape pasukan dan composure dengan displin yang tinggi.Pemain banyak diarahkan tidak meninggalkan posisi terutama ketika pasukan hilang penguasaan.Bahagian middle adalah perkara penting kepada Kedah dengan peranan Double Six perlu menjadi ball winner untuk pasukan.Satu benda Kedah telah perbaiki adalah menyediakan kelebaran dalam serangan.Benda ini banyak Kedah hilang dalam perlawanan awal dahulu.Rizal dan Ariff bertindak playing width ketika Andik Vermansyah dan Syazwan Zainon melakukan gerakan cut inside dari byline.Sandro yang bermain sebagai penyerang palsu berjaya manipulasi backline lawan.Lawan nyata keliru untuk melakukan marking cuma kekurangan depth ketika menyerang mengagalkan Kedah memburu gol.Penulis ulang sekali lagi,sistem false 9 ini itulah tujuan dia,menarik CB keluar zon selain menyediakan semaksimum peluang.Kita dapat lihat Andik menjadi third man running ketika Sandro jauh di circle center.Tapi kelemahan sistem false 9 adalah hadirnya DMF yang bersifat darah panas iaitu sebagai Destroyer.Destroyer akan follow ja kemana False 9 berada.

GOL TERENGGANU
   Untuk perlawanan malam tadi,sistem zonal marking bahagian pertahanan masih nampak kelemahan.Kita ketahui sedikit sahaja kealpaan atau error yang dilakukan pasti dihukum dan itulah yang terjadi pada backline pasukan.Orientasi zonal tak selari selain kegagalan NO6 pasukan melakukan shielding telah membenarkan lawan mencipta gol pertama.Dari awal lagi Partibalan kerap mengatasi Ariff melalui pace yang beliau ada dan pada gol itu sekali lagi beliau berjaya menceroboh blok pertahanan dengan kepantasan beliau.Disini kesalahan 2 pemain boleh kita simpulkan iaitu LB tidak alert dalam sistem zonal dan NO6 gagal melakukan dirty work atau tactical foul.

NA TWEAKS TAKTIKAL
     Pendekatan pertama dibabak kedua adalah perubahan taktikal.Jika babak pertama Kedah tampak selesa maintain possession dan positioning,babak kedua NA membawa Akhyar masuk sebagai bantuan untuk koridor serangan.Hasilnya adalah backline lawan mula berpecah.Ia satu trickery cantik untuk Kedah lebih membuka permainan.

Fungsi Syazwan Zainon babak kedua lebih menarik.Beliau bertukar tempat dengan Sandro manakala Baddrol diarah mengisi flanker.Syazwan bukanya out of positioning seperti kata Shebby sebaliknya kerana kebolehan beliau mengisi mana² attacking line adalah sebab kenapa NA berikan tugasan free role kepada beliau.Disini kita tahu kebolehan Syazwan delay atau melakukan layoff ketika terima bola dan kecepatan beliau release bola itu sangat penting.Baddrol lebih spesifik dalam hantaran jarak dan itu sebab Baddrol diarah beroperasi dibahagian sayap kanan.

GOL KEDAH
     Kredit trio Syazwan-Sandro-Baddrol.Kesefahaman mereka sangat tinggi jika kita lihat gerakan gol ini.Syazwan bermain satu dua bersama Sandro dan kepantasan release bola dilakukan dan Sandro juga melakukan assist yang baik kepada Baddrol.Baddrol juga lebih tenang walaupun ada challenge cuba dilakukan pertahanan lawan.Simply Badd kita simpulkan.Badd sentiasa alert dan pantas jika bola menghampiri D box.

KESIMPULAN PERLAWANAN
    Keputusan seri ini adalah fair untuk kedua pasukan.Kedah lebih memetingkan displin manakala Terengganu meletakkan kesegeraan dalam permainan.Kedua pasukan bermain pressing yang tinggi menjadikan perlawanan menarik.Terengganu lemah dalam memenangi bola manakala Kedah lebih kepada kesalahan individu.

MOTM BHK
- Abd Halim Saari

Jumaat, 13 April 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS6 | KEDAH RATAH SELANGOR

Aksi Unifi Liga Super 2018 diteruskan untuk pasukan Kedah malam tadi dengan melayan kunjungan pasukan Selangor di Darulaman.Ikuti laporan perlawanan disediakan.

STABILITI PASUKAN KEDAH
Selepas berehat hampir 27 hari tanpa perlawanan kompetitif,pasukan Kedah menampilkan mutu permainan lebih segar malam tadi.Ketua jurulatih baru Kedah,Nidzam Adzha menggunakan pendekatan keselesaan pemain untuk memikul tugas dalam perlawanan.Beberapa perubahan dilakukan dengan Syazwan Zainon kembali kebarisan utama dan Abd Halim Saari kembali membarisi kesebelasan berikutan pergantungan perlawanan dihadapi Liridon Krasniqi.

PERMULAAN
NA menurunkan kesebelasan dalam formasi 4-3-3 dengan Baddrol Bakhtiar diberi free role disokong oleh sistem pivot berkembar yang diisi oleh Abd Halim dan Akram Mahinan.Agak menarik selepas NA merehatkan Pablo Pallares dengan meletakkan Sandro Mendonca yang kita sedia maklum adalah tipikal NO10 kepada posisi NO9 spot.Disini Sandro sebagai role penyerang palsu (False9).Kembalinya Syazwan Zainon memang tepat pada masanya selepas pemain ini kurang mendapat tempat sebelum ini.Hanya department backline NA kekalkan.

INTENSITI TINGGI
Disini anda perlu memahami terdahulu apa itu intensiti perlawanan.Intensiti merujuk kepada tahap kecerdasan pasukan samada dalam fasa serangan mahupun bertahan.Jadi bagaimana Kedah beraksi dengan intensiti tinggi?malam tadi kita dapat melihat keupayaan sebenar pemain dalam menjalankan tugas masing².Samada ketika Kedah menyerang atau bertahan.Kedah sangat pantas melancarkan serangan dan pantas melakukan compactness ketika bertahan.Aksi intensiti tinggi dipamerkan Kedah sama sekali tidak memberi ruang buat Selangor bernafas dalam perlawanan malam tadi.Bayangkan 90 minit,Red Giant hanya mampu melakukan 1 attempt on target kekubu Kedah.

Kedah juga sebenarnya banyak memanfaatkan peluang dan weakness dari pasukan Selangor.Baddrol yang beraksi lebih bebas banyak membuat hantaran direct dan Sandro pula bijak meloloskan diri.Dapat kita lihat keupayaan Sandro melakukan roaming ketika off ball dan beliau akan segera membentuk atau mencipta situasi 2v1 ketika on ball.Boleh disimpulkan Sandro adalah titik fokal kepada pasukan malam tadi.

Kerajinan Sandro drop deep sehingga ke centre circle banyak membantu pemain sayap pasukan lebih lancar dalam gerakan di wide area.Hasilnya Kedah berjaya exploit sistem bek sisi lawan beberapa kali termasuklah 3 dari 4 gol malam tadi.

KESIMPULAN
Persembahan pasukan Kedah sangat impressive pada kali ini.Ianya mungkin keselesaan pemain beraksi dibawah pressure.Bahagian pertahanan paling cantik menerusi organized tersusun manakala bek sisi lebih berdisplin.Kedah bermain dengan lebih bersabar mencipta peluang dan memanfaatkan peluang dengan baik.

MOTM : Sandro Mendonca

Ahad, 18 Mac 2018

KENAPA AWANG HITAM PILIHAN PEMINAT | 5 SEBABNYA

KENAPA PENYERANG KULIT HITAM PILIHAN PEMINAT KEDAH | 5 PERKARA INI MUNGKIN JAWAPANNYA

Penyokong tegar Kedah sering kali membangkitkan isu ini selepas beberapa penyerang kemarau gol dan jentera serangan pasukan tumpul.Ini terbukti menerusi kajian ketika Alen Guc,Vedran Gerc,Carlos Kahe,Ken Ilso malah Pablo Pallares ketika ini dilihat gagal menjadi ikon pada peminat hari ini.Jadi kenapa dan apa sebabnya mereka mahukan penyerang berkulit hitam ini?Lihat sahaja benchmark ditinggalkan Marlon,kemana sahaja beliau diangkat Raja Gol,Mesin Gol kerana jasanya yang berjaya di Kedah.88 gol dalam 2 musim,itu gila.

   Terdapat beberapa sebab serta faktor boleh kita huraikan disini mengapa penyerang berkulit hitam lebih menjadi pilihan selera penyokong di Malaysia berbanding penyerang import dari Latin atau Eropah.

1| PHYSICAL STRENGTH
Secara umum,jika kita melihat pemain kulit hitam,kita sudah dapat membayangkan susuk tubuh yang besar,tinggi dan gagah sekaligus peminat percaya kemampuan fizikal strength mereka 2x lebih ganda dari pemain tempatan.Ianya tepat dan ramai manager di Malaysia mencapai KPI mereka dengan 'bantuan' awang hitam ini antaranya Azraai Khor,B Stahianatahan dimana pasukan mereka diangkat terbaik pada era mereka selepas muncul juara contohnya tapi jangan lupa ada yang gagal contohnya MPPJ yang pernah gagal dengan Newton Ben Katanha,De Paula ketika di Selangor antara contoh kegagalan sistem big center forward ini.

2| STATS AWANG HITAM DI MALAYSIA
Ianya bukan hari ini dibuktikan malah hampir sedekad lalu Liga Malaysia terbukti berjaya dengan kehadiran awang import berkulit hitam ini.Lihat sahaja Perlis FA dizaman kemuncak mereka menjadi kuasa besar Liga tempatan,gandingan Zacharia Simunkonda bersama Philimon Chipeta manakala Kedah dengan Marlon Alex James.Tak lupa dominasi pasukan Pahang menerusi kehebatan Dickson Nwakame.Mereka semua meninggalkan statistik rekod menakjubkan bersama pasukan masing².

3| BENCHMARK MARLON ALEX JAMES
Tiada siapa boleh meragui Marlon adalah pemain import terbaik sepanjang zaman bagi Kedah dan mungkin tersenarai 10 pemain paling berjaya di Malaysia.Marlon Alex James mencetak 40 gol semusim pada 2007 kemudian 48 gol musim 2008.Hanya 2 musim Marlon merekodkan 88 gol dan itu belum kita ambil kira koleksi trofi beliau hadiahkan kepada pasukan.6 kejuaraan dalam 2 musim,jadi anda bayangkan sendiri fenomena apa yang beliau tinggalkan untuk Hijau Kuning.Satu penanda aras yang sangat tinggi.

4| TIPIKAL GAYA PENYERANG KLASIK
Hari ini kita sudah sedia maklum mengenai subjek role dalam bola sepak.Bagi posisi penyerang sahaja terdapat Goal Poacher,Targetman,Deeplying Forward,False 9,Complete Forward dan sebagainya.Jadi bagaimana gaya orthodox atau klasik ini.Kalau kita mengikut teori hari ini,klasik bermaksud seorang penyerang baka NO9 tetapi versi klasik atau lama,mereka juga tapi bersifat darah panas,bersifat lebih agresif,keras dan robust dalam permainan.Semuanya adalah mengikut acuan Liga Malaysia sebenarnya.Di Malaysia,pemain lebih fizikal amat sukar diatasi terutama barisan pertahanan local.Lihat sahaja Marlon atau Dickson memperkotak-katikan barisan pertahanan Liga Malaysia.Sebab itu penyerang kulit hitam adalah option pertama bagi manager local yang mengambil pendekatan bola lambung sebagai kaedah mereka dalam pasukan.

5| BUDAYA TARGETMAN
Pengulas sering kali berkata penyerang adalah targetman.Adakah ia 100% tepat?sudah tentu tidak.Targetman bagi penyerang adalah tipikal NO9 bersaiz fizikal dan kuat,memiliki pertarungan udara yang baik,shooting first rate boleh mencapai 9/10 accurate mereka.Kenapa saya kata bukan semua NO9 adalah targetman?ini kerana anda tidak boleh panggil Totti sebagai targetman jika dia bermain sebagai penyerang kerana beliau bukan seorang penyerang sebaliknya Treqaurtista,sama jugak pemain sehebat Messi bermain di zon paling atas dalam pasukan,adakah dia NO9 atau targetman?tidak..Messi akan dipanggil False9.Tapi ini semua tidak berlaku dan mungkin masih baru untuk difahami semua kolompok peminat sebabnya kita sudah terbiasa dengan sistem penyerang adalah targetman.

KESIMPULAN
   Pengalihan taktikal bola sepak daripada sistem klasik 2-3-5 kepada 4-4-2 dan dikembangkan kepada 4-2-3-1 hari ini tidak selaras dengan pendekatan di Liga Malaysia.Peminat hari ini lebih mahukan instant success iaitu kejayaan segera kerana kita sering kali dihantui kejayaan sejarah silam.Ya betul kita pernah memiliki one of the greatest awang import kulit hitam di Malaysia tapi harus ingat juga bola sepak kini menuju perubahan kemodenan.Contoh pasukan Kedah,kita sebenarnya bermula kosong dari 2013,kita sudah terkubur selepas era tanpa import malah menghuni bottom 3 Liga Perdana pada satu ketika,tapi bagaimana kita bangkit?kita kembali diasuh oleh DNA baru bola sepak moden oleh TCH.Tapi itu juga mengambil masa untuk mencapai revolusi itu,TCH sendiri mengambil hampir 3 tahun untuk menjadikan pasukan Kedah kembali digeruni.Berbalik kepada isu penyerang,Kedah baru mempraktikkan sistem penyerang bukan versi targetman selama 2 musim,cuma pilihan musim ini tampak sedikit lemah dan dek kerana itu RM sendiri pernah menyatakan kepada Pablo supaya menjadi penyerang Liga Malaysia bukannya penyerang bermain teknikal dan taktikal.Pablo sendiri harus perbaiki banyak aspek daripadanya untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan di Malaysia,itu kemahuan peminat Kedah sebenarnya.

Jadi adakah memiliki Big Center Forward baka awang hitam mampu menjamin jalan penyelesaian kepada masalah ketumpulan jentera serangan di Kedah?

Sabtu, 17 Mac 2018

LAPORAN PERLAWANAN | KEDAH TERSINGKIR SAINGAN PIALA FA 2018

Perjuangan kita dalam Piala FA terhenti di Pusingan Ke-3 malam tadi selepas tewas 0-1 kepada Pahang.Apa yang dapat kita lihat malam tadi,pasukan Kedah memilih tampil lebih berhati hati berbanding Pahang yang meninginkan kemenangan dalam 90 minit.

PERMULAAN
  RM memilih 4-4-1-1 untuk pertembungan ini.Baddrol Bakhtiar kembali disenaraikan dalam kesebelasan mengisi posisi Andik Vermansyah.Akhyar Rashid turut bermula sebagai starting diposisi sayap kiri.Lain² posisi dikekalkan seperti perlawanan lalu.
   Pahang merehatkan Chan Vathaka untuk perlawanan ini dengan Wan Zahrulnizam masuk sebagai pemain utama dalam formasi 4-4-2 mereka.Lain² posisi dikekalkan seperti perlawanan menentang Negeri Sembilan tempoh hari.

BABAK PERTAMA
   Kedah menerapkan 4-4-1-1 rigid dalam perlawanan ini.Flat 4 dibahagian tengah manakala Sandro sebagai NO10 dan Pallares sebagai NO9.Permainan Kedah sekali lagi lebih berhati-hati (soft) terutama 45 minit awal.Dengan mengamalkan konsep rigid yang bermaksud statik,pemain Kedah dilihat gagal membentuk combination play lebih tersusun.Banyak pergerakkan teamplay terbatas dengan hanya satu percubaan tepat sepanjang babak pertama melalui Sandro.

Sistem NO10 dan NO9 rosak
   Jika kita mengimbas kembali perlawanan malam tadi,kita dapat melihat kebatasan 2 sistem iaitu Advance Playmaker dan Center Forward yang gagal mengekalkan possession difinal third.Ini berbeza dengan Pahang yang lebih agresif serta fluid semasa mereka melancarkan serangan balas memasuki final third pasukan.Sandro gagal menjadi konduktor kepada Pallares sementara Pallares pula first touch pun sudah mengecewakan peminat.Ini ditambah dengan positioning mereka outplayed dan kelihatan isolated dalan perlawanan.

Combination Play Winger dan Fullback
    Kedah juga tidak membekalkan support atau depth semasa melancarkan serangan.Fullback tidak banyak membuat larian progresif keatas atau shuttle run bagi memberi width kepada pasukan semasa menyerang.Ini juga salah satu faktor link-up pasukan tidak terjadi.Kedah telah menghabiskan masa dengan pergerakan fancy,overplay individual pemain sendiri.Ini memudahkan fullback lawan Matthew Davies dan Faisal Rosli mengawal malah 2 fullback masih sempat melakukan larian overlap ketika Pahang menyerang.

BABAK KEDUA
    Babak ini lebih baik dari segi attempt apabila Kedah berjaya mencipta sehingga 3-4 percubaan tepat dibabak kedua.Cuma permainan Kedah masih dalam tempo sederhana malah mengejutkan commentators yang berkata Kedah sepatutnya menggunakan tempo pressing selepas ketinggalan 0-1.

Percubaan Syazwan Zainon,Farhan Roslan Kedalam Pasukan
    Ada satu chances melalui larian cut in oleh Wan Kapet sebelum reflect bola beliau sempat dikuis Helmi Eliza yang berada dalam prestasi kemuncak beliau.Namun kemasukan 2 pemain ofensif minded ini tidak dapat menterjemahkan hasil juga kerana Kedah tiada sentuhan urgency yang diperlukan.

KESIMPULAN
   Pasukan Kedah boleh membuat post mortem keatas penilaian mereka sendiri sepanjang 6 perlawanan dilalui dan checkup balik prestasi individual dalam pasukan.Kedah masih belum mencapai perfect performance malah telah tewas 4 dari 7 perlawanan,sesuatu yang serius dikem Hijau Kuning.Kredit kepada barisan pertahanan yang berjaya membentuk garisan lebih kompak.

Jumaat, 16 Mac 2018

SHOPPE PIALA FA | PAHANG vs KEDAH

Kedah akan bertandang ke Stadium Darul Makmur esok untuk aksi Pusingan Ke-3 Shoppe Piala FA 2018 bertemu Pahang FA.Ikuti previu perlawanan disediakan oleh penulis kami.

     Ulangan perlawanan akhir musim lalu.Rata² peminat sudah mula teruja sebaik kedua pasukan diundi bertemu bagi Pusingan Ke-3 Shoppe Piala FA musim ini.Pahang dan Kedah merupakan finalis musim lalu dimana Kedah keluar sebagai juara baru Piala FA 2017 selepas menumbangkan Pahang 3-2 di Shah Alam.

Namun untuk musim 2018,terdapat banyak perubahan baik untuk pasukan Pahang atau Kedah.Pertembungan dijangka sengit selepas kedua pasukan membuktikan ketajaman dalam Liga Super selepas kedua pasukan menjaringkan 10 gol setakat ini,cuma Kedah dilihat agak lemah dibarisan pertahanan dengan memcatat bolos tertinggi 12 gol berbanding Pahang hanya 2 gol.Pahang dilihat mempunyai karakter hebat dibahagian pengempur mereka selepas Forkey Doe dan Patrick Cruz sudah menjaringkan 7 gol bersama manakala Kedah lebih variasi dalam mencipta gol apabila mencatatkan 6 pemain berbeza posisi sebagai penjaring gol.Untuk previu perlawanan,kita imbas beberapa statistik menarik diantara kedua dua pasukan disini.

Statistik Pasukan 2018
Pahang FA
Liga Super - NO2
Jaringan - 10
Bolos - 2
Menang - 3
Seri - 1
Tewas - 1
Top Scorer - Forkey Doe / 4 gol

Kedah FA
Liga Super - NO7
Jaringan - 10
Bolos - 12
Menang - 2
Seri - 0
Tewas - 3
Top Scorer - Liridon Krasniqi,Pablo Pallares / 3 gol

Previous Meeting
Pahang FA (2) Kedah FA (1)
Kedah FA (3) Pahang FA (2)
Kedah FA (4) Pahang FA (1)
Kedah FA (0) Pahang FA (3)*
Pahang FA (1) Kedah FA (1)

*Merujuk kemenangan 1-0 Kedah keatas Pahang dibatalkan dan Pahang diberikan kemenangan percuma 3-0.

Ramalan Kesebelasan Utama
Pahang FA : 4-4-2
Helmi Eliza,Mattew Davies,Afif Aminuddin,Muslim Ahmad,Faizal Saari,Norazam Azih,Safuan Baharudin,Faizal Halim,Mamadou Sumareh,Patrick Cruz dan Forkey Doe

Kedah FA : 4-1-4-1
Ifwat Akmal,Rizal Ghazali,Syawal Nordin,Alvaro Silva,Ariff Farhan,Akram Mahinan,Liridon Krasniqi,Baddrol Bakhtiar,Andik Vermansyah,Syazwan Zainon,Pablo Pallares.

SHOPPE PIALA FA 2018
Pahang mengetepikan ATM FA dengan jaringan 2-1 pada perlawanan Pusingan Ke-2 awal Mac lalu sementara Kedah terpaksa menunggu minit 119 untuk menjinakkan Negeri Sembilan di Darulaman untuk meraih kemenangan mutlak 1-0.

Selasa, 13 Mac 2018

PERANAN NO6 PASUKAN KEDAH | PADA ANDA,SIAPA LEBIH LAYAK MENGISI NO6 PASUKAN?

ROLE NO6
(Siapa Yang Layak Mengisi)

Hari ni kita kupas isu peranan NO6 pasukan dan ini diambil kira percaturan RM yang akan meletakkan sekurang kurangnya 1 DM dalam kesebelasan utama pasukan.Setakat ini sudah 4 pemain beraksi sebagai NO6 pasukan.Baddrol Bakhtiar,Akram Mahinan,Amirul Hisyam dan Abd Halim Saari.

TUGAS DAN KEPERLUAN NO6
Terlebih dahulu kita kena mengenal pasti tugas serta keperluan untuk role ini supaya kita tidak celaru terutama untuk membezakan NO6 dan NO8.

Tugasan
⚫membaca serangan pihak lawan
⚫memintas hantaran
⚫jika gagal memintas, membentes dan merampas bola

Keperluan
⚫Awareness
Kesedaran amat penting samada ia sudut visi mahupun taktikal.Memiliki awareness adalah untuk pemain tahu apa perlu buat samada transisi bertahan ataupun menyerang.
⚫Shielding
Keperluan untuk melindungi.DM pada asasnya adalah pemain yang akan melindungi barisan pertahanan atau NO8 sewaktu mereka bersama didalam sistem Double Pivot.
⚫Quality
Kualiti amat penting,termasuk mengawal,membuat hantaran atau melakukan bentesan sekalipun (tactical fouls).Kualiti juga dilihat dari sudut hantaran samada jarak atau dekat.
⚫Positioning
Dalam istilah posisi pula,keperluan disini menuntut seorang DM untuk statik dalam orientasi berpasukan.Mereka juga yang akan membuka ruang,mengawal ruang melalui kedudukan mereka diatas padang.

TYPE DM ERA KINI
Ada pelbagai pula type seorang DM mengikut arus masa bola sepak kini.Dibawah kita perhalusi satu persatu

Regista - Ada yang mengatakan Regista adalah DLP tapi menerusi falsafah Jonathan Winston didalam buku The Inverted Pyramid,beliau menerangkan Regista is more aggressive berbanding seorang DLP.Agresif disini bermaksud mereka melakukan kerja lebihan dari DLP.Mereka melakukan recovery runs apabila fullback melakukam transisi menyerang,mereka menjadi pembekal disemua sektor.Memudahkan untuk difahami,mereka melakukam kerja 'hybrid' iaitu kerja seorang Holding Midfield dan kerja DLP.Baka ini masih kurang di Malaysia secara umumnya dan hampir tidak ada.

Deeplying Playmaker - DLP seperti Regista tetapi versi klasik.Ia masih dipakai sehingga hari ini.Bersifat lebih statik tetapi visi mereka yang hebat.Mempunyai kepakaran bermain hantaran samada jauh atau jarak (pinpoint passes).DLP adalah tipikal menyerang dari bawah,juga ofensif minded.

Destroyer - Jika pemain yang selalu digelar keras atas padang,beliau sesuai sebagai Destroyer.Pemain yang akan melakukan dirty work dikawasan beliau atau sewaktu melindungi pertahanan.Tipikal ini sering digunakan sebagai man marking terutama NO10 lawan.

Halfback - Pemain yang akan menjadi extra kepada barisan pertahanan pasukan.Sekiranya pasukan kehilangan bola,halfback akan turun mengemudi barisan pertahanan bagi membentuk shape berlima.Ia bertujuan memadatkan (compactness) pasukan.Tipikal ini lebih defensif minded.

Anchorman - Sebenarnya Anchorman bukan hanya untuk DM tetapi boleh juga untuk seorang CB pasukan.Memiliki kekuatan fizikal menerusi susuk tubuh dan kekuatan (strength) semasa memenangi bola.Selalunya tipikal ini akan menggunakam keseluruhan fizikal termasuk badan,tangan,kaki untuk menang penguasaan.Juha defensif minded.

ZON SEORANG DM
Jika kita membedah padang,terdapat 18 zon kesemuanya dan zon bagi seorang DM adalah zon 5 ataupun dikenali defensive third atau zon 14 bagi pihak lawan.Kesemua DM akan beroperasi secara asasnya disitu dan terpulang kepada type yang jurulatih mahukan samada seorang ofensif atau defensif.

NO6 KEDAH,PENTINGKAH?
NO6 dipasukan Kedah adalah sangat penting jika kita melihat pendekatan apa yang dipertontonkan oleh RM setakat ini.Fungsi mereka bukanlah untuk mencipta nama selaku penjaring tetapi mengekalkan shape pasukan dan bertindak utama sebagai pusat untuk pasukan menyerang ataupun settle down.Jika kita perasan,kehadiran Akram Mahinan banyak membantu pasukan lebih bersedia (settle down) dalam 2 perlawanan sebelum ini.Dia lebih tenang tetapi agresif.Tipikal Kedah lebih gemarkan lone pivot ataupun dipanggil single pivot.Amirul Hisyam adalah backup atau depth kepada Akram sekiranya tiada perubahan taktikal semasa perlawanan manakala Abd Halim Saari lebih kepada NO8 iaitu pure midfield.Lebih selesa bergerak kedepan berbanding melakukan tugas defensif.Baddrol Bakhtiar adalah DLP yang ada dalam pasukan Kedah.Badd ada vision melalui hantaran,kawalan serta teknik shooting,kelemahan Badd adalah awareness dalam fasa bertahan,Badd kadang² terlalu gopoh melakukan tackling,harus ingat pemain berada dizon 5,amat risiko memberikan sepakan bebas dikawasan sedemikian.

ST17 adalah pilihan admin walaupun beliau belum memulakan permainan sebagai seoarang DM.Syazwan bermain 3 perlawanan kesemuanya sebagai CB.Kenapa admin memilih beliau?ia adalah kerana kemampuan beliau sebagai holding player,ada fizikal strength,ada kebolehan hantaran seperti dia buktikan sewaktu sebagai CB.Mungkin ada weakness sedikit dari segi shielding atau tackling tapi beliau bagi admin pilihan sesuai sebagai partnership kepada Liridon Krasniqi.Peranan ini bukan baru untuk beliau,pernah memikul tugas ini pada 2014 lalu sewaktu Kedah mengejutkan ramai pihak sehingga ke Separuh Akhir biarpun dari Liga Perdana ST17 adalah versi Anchorman untuk pasukan Kedah.

Apa pula pilihan hangpa?

Sabtu, 10 Mac 2018

TEWAS 3 DARI 5 PERLAWANAN | DIMANA SILAPNYA?

Baru selesai menonton full match perlawanan antara Kedah vs KL Hawks tadi.Ada beberapa talking point untuk kita review  disini.Actually permainan berpasukan Kedah masih sama kalau kita perasan dalam dalam 4 perlawanan sebelum ini.Walaupun Kedah mengubah formasi beberapa kali untuk permulaan musim ini.

4-3-3 (3 kali)
4-2-3-1 (2 kali)

Dalam game semalam,Kedah memulakan permainan dengan 4-2-3-1 selepas Pablo kembali mengisi zon 17 pasukan.Ia berbeza dari perlawanan terakhir lalu (Piala FA) walaupun Sandro juga diletakkan sebagai NO9 tetapi Sandro lebih roaming (mengisi zon 14/17) dan ia dipanggil Deeplying Forward.Posisi lain seperti kebiasaan sebelum ini.

WEAKNESS PASUKAN
Pertama kita harus memahami apa itu weakness sebab ia jelas sekali memberi kesan kepada keseluruhan teamplay pasukan.Kat sini saya ada beberapa pendapat peribadi mengenai kelemahan berpasukan kita.Ia dirangkumkan dari perlawanan LS1 sehingga LS5.

1) Sistem Zonal Marking
Sistem zonal marking adalah sistem berasaskan kawalan zon atau box.Dalam perlawanan malam tadi,pertahahan Kedah sangat exposed.Kedah mengamalkan zonal-marking dan beraksi digarisan tinggi.Ia bertujuan kita mudah untuk memenangi bola sekaligus 2 CB boleh bertindak sebagai extra frontman dalam sistem build up.Tapi apa yang dipertontonkan jelas defensive line kita bermasalah.Tiada commanding jelas diantara satu sama lain dan paling ketara out of positioning.Fullback mungkin diberikan kredit dari sudut attacking run tapi dari sudut trackback masih lemah.Sementara 2 center half pasukan perlu lebih communication.Tak perlu kita bicara sapa ball winner,sapa ball playing or sapa perlu commanding.Partnership mereka nampak banyak kelemahan.

2) Wing Attackers
Dari beberapa perlawanan lalu,winger pasukan sangat kurang menyediakan servis.Saya pernah berkata,tidak bermakna kita memiliki pacey winger,kita akan bermain high tempo atau pace yang pantas.Winger kita sekali lagi overplay,too wide dan jelas kurang kreativiti.Imbas kembali game sebelum ini,masalah sama kerap berlaku.Mungkin kita rindukan gandingan Baddrol dan Kapet dalam pasukan.Dalam artikel Akhyar,Farhan dahulu saya pernah memberi pendapat kenapa Badd-Kapet adalah pilihan core untuk pasukan.Perlawanan semalam jelas winger tidak dapat menghubungkan.Mereka lebih selesa bergerak solo,ini dinamakan overplay.Tiada penetrating run dilakukan.Ia agak mengecewakan.

3) Sistem NO10
Sandro adalah pemain terbaik untuk mengisi role ini tapi apa jadi jika beliau tidak perform?Ia jelas sekali membantutkan serangan pasukan.Kita cuma ada Liridon Krasniqi sebagai penyambung link-up yang terputus.Harus ingat Liridon generate bermula dari pivot berkembar.Dia tidak akan setiap masa berada di poket zon seperti NO10.Sistem NO10 adalah supplier utama kepada NO9 dan itu Kedah tidak ada.Sandro ada effort dari teknikal shooting dan though passes,kita tak nafikan tapi sudut tugasan utama beliau,saya simpulkan dia gagal sebagai NO10 malam tadi.

4) Chances Opportunity
Dalam perlawanan semalam,ada sekurang-kurang 5-6 peluang untuk kita kill game tapi kita gagal.Benda ini dah berlaku beberapa kali sebelum ini,imbas kembali menang keatas Pknp,menang keatas N9 semuanya kita gagal menghukum lawan dengan lebih awal.Tidak lupa juga kegagalan menerusi set piece,belum ada membuahkan hasil.Ini semua mampu mengubah fasa perlawanan sekiranya kita lebih sharp dalam mengunakan peluang yang ada.

5) Starting Eleven,Substitute
Berbeza musim lalu,musim ini Kedah dilihat amat struggle untuk membentuk kesebelasan utama pasukan.Sebenarnya kita memiliki squad depth yang boleh kategorikan mantap sehingga nama² besar hanya dijadikan bench warmers sahaja termasuk 4 pemain belum sentuh lagi bola.Mungkin isu kecergasan,mungkin isu rotation.Untuk substitute pula,saya merasakan RM perlu lebih berani ketika melakukan decision.Jika diperhatikan,hanya sekali RM gamble dalam formasi dari isu substitute ketika menentang Perak.Selalunya pergantian oleh RM adalah mengisi posisi yang sama dan ia jelas hanya memberi kebaikan dari sudut fresh leg dan kekalkan teamplay pasukan tapi tidak secara taktikal.Maksud disini samada nak masuk untuk all out attack atau memadatkan compactness berpasukan.

RUMUSAN
Isu seperti formasi dan sentuhan klinikal oleh penyerang nampak ada perubahan cuma kesefahaman pasukan perlu ditingkatkan lagi.Dalam perlawanan malam tadi,kita dihukum oleh silly error individual.Berdasarkan sasaran besar pengurusan musim ini,mistake² sebegini sepatutnya tidak harus berlaku seperti ball watching,hilang penguasaan bola dikawasan sendiri.Kita meningkat mengenai sokongan depth untuk bahagian serangan tetapi kita terdedah dalam fasa bertahan.Diharap pasukan segera mengatasi masalah² sebegini untuk perlawanan akan datang.

Ahad, 4 Mac 2018

LAPORAN BULANAN PASUKAN | FEBRUARI

Bagaimana prestasi bulanan pasukan Kedah serakat ini?Berikut adalah statistik penilaian pasukan Kedah bagi bulan Februari.

PERLAWANAN
Kedah telah mengharungi 5 perlawanan secara terus menerus melalui 2 kejohanan iaitu Liga Super (4) dan Piala FA (1).Dari jumlah tersebut,Kedah beraksi 2 kali di laman sendiri manakala 3 ditempat lawan.

Menang - 3
Seri - 0
Tewas - 2

JARINGAN,BOLOS
Sepanjang 5 perlawanan,Kedah merekodkan 8 gol serta bolos 8.Disini disertakan senarai penjaring pasukan

Liridon Krasniqi - 2 gol
Baddrol Bakhtiar - 2 gol
Pablo Pallares - 1 gol
Sandro Mendonca - 1 gol
Ariff Farhan - 1 gol
Akhyar Rashid - 1 gol

Catatan Clean Sheets
Ifwat Akmal - (1)
Ifwat beraksi 3 perlawanan,bolos 5 gol.
Asri Muhammad - (1)
Asri beraksi 2 perlawanan,bolos 3 gol.

BANTUAN GOL
Seramai 3 pemain mencipta bantuan gol.5 gol lagi dikira peraturan direct-goal

Sandro - 1 assist
Baddrol Bakhtiar - 1 assist
Syazwan Zainon - 1 assist

Penalti - 2
Open-Play Goal - 3

JUMLAH PEMAIN
Kedah mendaftarkan 28 pemain untuk musim 2018.Seramai 22 pemain telah diturunkan sepanjang 5 perlawanan.Rizal Ghazali mengungguli catatan dengan beraksi kesemua 5 perlawanan.6 pemain masih belum melakukan debut musim 2018.

JUMLAH KAD (LIGA SUPER SAHAJA)
Seramai 8 pemain telah menerima kad dalam 5 perlawanan.Ini pecahan pemain menerima kad kuning dan kad merah

Kad Kuning - 11
Kad Merah - 1

Liridon Krasniqi - 1 kuning/1 merah
Sandro - 2 kuning
Akram Mahinan - 2 kuning
Syazwan Tajuddin - 2 kuning
Ariff Farhan - 1 kuning
Rizal Ghazali - 1 kuning
Alvaro Silva - 1 kuning
Amirul Hisyam - 1 kuning

Ahad, 11 Februari 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS3 | PKNP 0 KEDAH 1

Kedah mencatat kemenangan penting selepas menewaskan Pknp Fc 1-0 dalam aksi di Stadium Negeri Batu Kawan.Ikuti sorotan laporan perlawanan disediakan.

PERMULAAN
Kedah pimpinan RM sekali lagi membuat 4 pertukaran dalam kesebelasan utama apabila memasukkan kembali Khairul Helmi sebagai center half mengantikan Syawal Nordin.Norfiqrie Abd Talib pula melakukan debut pertama beliau diposisi bek kiri pasukan.Turut membuat penampilan pertama adalah Abd Halim Saari yang kembali selepas hampir semusim tersisih manakala Andik Vermansyah juga membuat debut pertama selepas 2 hari diperkenalkan kepada peminat.RM meletakkan formasi 4-2-3-1 untuk lineup pasukan.

Abu Bakar Fadzim menggunakan formasi 4-4-2 untuk kali ke-3 musim ini.Meletakkan 2 CB bertubuh sasa Nikolov dan Ritus,Pknp turut menyenaraikan Franklin yang bertugas sebagai Defensive Midfielder.Menyenaraikan 2 pemain sayap meningkat naik iaitu Irwan dan Hafiz Ramadan.Yeon Gisung bergandingan bersama Aliff dibahagian hadapan.

BABAK PERTAMA
Dalam babak pertama,kita dapat melihat kedua dua pasukan tampil lebih berhati hati.Serangan balas antara kedua pasukan boleh disimpulkan 50-50.Kedah lebih mengancam ketika melancarkan serangan menerusi kepantasan Akhyar dan Andik.Menerusi perlawanan semalam,jelas Baddrol memainkan peranan Box To Box midfield dengan beliau berada diserata padang.Pendekatan hantaran lambung dilakukan Baddrol agak baik kerana accuracy hantaran beliau boleh dikatakan 90% tepat.Bergandingan bersama Halim,jentera midfield Kedah lebih direct dalam tempo permainan.Walaupun mempunyai pemain peranan NO10,Kedah tidak banyak menggunakan pendekatan hantaran pendek malah Sandro boleh dikategorikan terasing (isolated).

Kedah juga tampil bertenaga dalam perlawanan ini merujuk kepada intensiti permainan berpasukan.Dengan kepantasan speedy winger kita yang kerap menggunakan pace untuk menewaskan lawan,Kedah mencipta beberapa peluang terbaik namun dikecewakan penyudah yang agak tumpul oleh Pablo dan Sandro.Boleh imbas beberapa bola delivery kiri dan kanan dicipta Akhyar dan Andik.

Bahagian pertahanan Kedah masih mengekalkan konsep zonal marking.Kembalinya Keon dalam kesebelasan nyata memberi kesan positif.Adanya 'suara' memimpin backline menyusun strategi sementara Rizal dan Norfiqrie lebih menggunakan strength untuk memastikan lawan gagal eksploitasi baisan belakang.

BABAK KEDUA
Ketika Pknp mengubah pendekatan highline dibarisan backline mereka,Kedah dilihat sukar untuk memasuki final third.Pknp bijak mencipta compactness dalam perlawanan ini.Kedah juga membuat sedikit perubahan terutama kedudukan pemain sayap untuk bergerak lebih bawah sedikit.

RM mengarahkan Andik dan Akhyar untuk lebih drop deep dalam memastikan Kedah memenangi penguasaan dan hasilnya larian solo Andik Vermansyah dari kawasan sendiri memecah unit kompak lawan sehingga ke kotak penalti sebelum 1 delivery crossing tepat kearah Pablo namun cubaan Pablo dinafikan sebelum bola rebound itu disudahkan Akhyar dengan sempurna.

Berbaki 5 minit perlawanan,Kedah lebih berdisplin dalam bertahan dengan kemasukan Amirul dan Akram sebagai Double NO6 untuk memastikan unit bertahan lebih kompak.Namun kita dapat melihat Kedah masih weakness dalam aerial challenge apabila Pknp hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan tepat Gisung.Mujurlah aksi fingertip save dari Muhd Asri menafikan gol Pknp sekaligus 3 mata buat Kedah.

KESIMPULAN
Ini mungkin masih bukan permainan terbaik pasukan namun kesungguhan pemain dan jurulatih untuk mencatat kemenangan haruslah dipuji.Kedah tampil lebih bertenaga dari 2 perlawanan sebelum ini.Kemasukkan Andik Vermansyah nyata suntikan moral pasukan dengan pemain sensasi Indonesia itu banyak memberi servis (linking up) kepada barisan serangan.Boleh kita lihat cara movement beliau,shielding body beliau dan acceleration dipamerkan.Apapun tahniah kepada pasukan,3 mata amat bermakna dalam misi memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

MOTM : Andik Vermansyah

Sabtu, 10 Februari 2018

PREVIU LS3 | PKNP FC vs KEDAH

Perlawanan ke-3 Unifi Liga Super 2018 diantara Pknp FC menentang Kedah FA akan berlangsung petang ini di Stadium Batu Kawan,Pulau Pinang.Ikuti previu perlawanan disediakan oleh kami.

PERSIAPAN PASUKAN
Kedah telah tewas dalam 2 perlawanan sebelum ini pasti bertekad meraih keputusan positif petang ini untuk kembali memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta Liga Super.Melihat kepada persiapan pasukan Kedah,penulis menjangkakan akan ada sedikit rombakkan dibahagian tengah pasukan selepas Liridon Krasniqi digantung 1 perlawanan.RM mempunyai beberapa option pemain untuk mengisi kekosongan posisi Liridon iaitu Badroll Bakhtiar,Abd Halim Saari,Hanif MdZahir serta Akram Mahinan boleh menampung kekosongan itu.Begitu juga barisan pertahanan,kelibat Alvaro Silva yang menjalani latihan penuh sedikit melegakan peminat ekoran Kedah telah bolos 5 gol dalam 2 perlawanan.

Berita trending tentang kemasukan Andik Vermansyah nyata sedikit sebanyak memberikan suntikan moral kepada kem pasukan menjelang aksi petang nanti Bekas superstar pasukan Selangor itu dijangka berada dalam list 18 pemain petang ini.

Pknp FC juga mahu bangkit selepas tewas 0-3 kepada JDT minggu lalu.Anak buah Abu Bakar Fadzim ini berjaya membuka kempen musim ini dengan meraih kemenangan 1-0 keatas Negeri Sembilan.Mereka juga mendapat suntikan semangat selepas kapten pasukan yang juga penyerang utama Shahrel Fikri juga telah sembuh selepas terlepas 2 perlawanan pertama.

REKOD PERTEMUAN
Kedah dan Pknp bertemu sebanyak 2 perlawanan sebelum ini iaitu dalam pertandingan Piala FA musim lalu.

Pknp 1 Kedah 0
Kedah 6 Pknp 1

Dalam perlawanan tidak rasmi pula,Kedah juga menang keatas Pknp

Pre Season 2017
Kedah 2 Pknp 1
Pre Season 2018
Kedah 2 Pknp 0

MENJELANG SEPAK MULA
Kedah perlu memperkemaskan beberapa aspek jika berhajat mahu kutipan mata penuh.Ini ekoran prestasi bawah par dipamerkan pasukan agak merisaukan.Beberapa pemain masih belum mendapat rentak terbaik.Selain itu,Kedah juga dilihat perlu memperbaiki corak permainan berpasukan mereka.Permainan soft mungkin antara faktor pasukan gagal untuk bermain pada tahap intensiti yang tinggi.

Mengenai Pknp,mereka sudah membuktikan keupayaan mereka untuk bersaing dalam kancah tertinggi musim ini selepas memungut 3 mata dari 2 perlawanan.Pknp sebuah pasukan yang cukup compactness dengan memiliki teamwork yang baik.

Rabu, 7 Februari 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS2 | KEDAH 1 PERAK 3

Kedah terpaksa menelan kekalahan ke-2 musim ini selepas dibenam Perak 1-3.Tambah perit kekalahan ini dilaman sendiri dihadapan hampir 10,000 penyokong.Disini kami seperti biasa,berkongsi sedikit kupasan perlawanan malam tadi.

KEDAH BUAT ROMBAKAN
Melihat kesebelasan utama pasukan malam tadi,ramai diantara kita agak terkejut dengan lineup utama pasukan.RM mengambil pendekatan rotation dengan membuat 4 pertukaran dari perlawanan pertama lalu.Dalam kesebelasan malam tadi,menyaksikan kelibat Akhyar Rashid selain Mohd Asri Muhammad,Syawal Nordin dan Amirul Hisyam memulakan permainan.Masih meletakkan 4-2-3-1 sebagai teras kepada pasukan.

BABAK PERTAMA YANG LESU
Untuk 45 minit pertama,ternyata Kedah beraksi dibawah par dan soft (lembut) didalam pertemuan ini.Kat sini ada 2 pertanyaan oleh penulis,pertama lack of fitness?lack of creativity?.Perak jelas mendominasi permainan dengan penerapan permainan lebih agresif.Kedah juga dilihat terlalu bergantung kepada Liridon Krasniqi untuk plan serangan namun Perak terus lock Liridon mengambil pendekatan man-to-man marking keatas beliau.Menyentuh sedikit taktikal Perak,mereka meletakkan 2 pivot berkembar sebagai NO6.Seorang untuk dirty work dan seorang untuk ball winner.Bagi Kedah,peranan NO6 digalas Amirul gagal memberi perlindungan (shielding) kepada Liridon.Ini juga memaksa Sandro untuk drop deep membantu mereka.Disini juga dapat kita melihat Pablo Pallares tersisih (isolated) akibat lack of support dari teammates.

Dari babak pertama juga,kita dapat melihat Kedah cuba build up mencipta serangan dari bawah.ST17 bertindak extra frontman cuba memberi servis memulakan build up pasukan namun sering kali melakukan error passes.Kedah juga bergelut untuk retention bola selepas Perak tampil agresif dan pressing.Boleh imbas gol pertama oleh Gilmar dimana Perak mudah merampas bola sebelum 1 thunderbolt tepat kearah gol.

Selain itu,masalah ketara backline adalah pertarungan udara dan komunikasi diantara satu sama lain.Beberapa kali fullback iaitu Rizal dan Ariff terpaksa mengisi space yang lopong.Dalam aerial duels pula,penulis meletakkan 80% dimenangi Perak terutama Gilmar.Commentator juga ada menyebut bagaimana pertahanan Kedah boleh membiarkan Gilmar terlalu comfort dan mereka seperti ala² latihan set piece.Jelas sekali itu weakness Kedah pada perlawanan malam tadi.

KEDAH TINGKATKAN INTENSITI
Sebaik babak kedua bersambung,Kedah terus tampil lebih pantas (pacey) dengan meningkat intensiti permainan pasukan.Barulah kita dapat melihat beberapa gerakan lebih kemas dan tersusun terutama gandingan Ariff dan Akhyar.Nanum demikian flexibiliti permainan masih lemah.Erti kata lain permainan fluid Kedah masih sederhana.

Selepas kedudukan 1-1,pemain Kedah agak emosi sehingga berlaku beberapa tactical foul yang sia² termasuklah Liridon yang 'termakan' dirty work oleh Leandro Dos Santos.Menerusi 1 set pieces,Perak didepan sekali lagi.Jika kita lihat sepakan curling Nazrin Nawi malam tadi,ia jelas mengelirukan penjaga gol.Sekali lagi ada 2,3 pemain Perak melompat jauh lebih tinggi dari pertahanan pasukan.Jika bola itu tidak terus menjunam sekalipun,sudah tentu bola itu mudah ditanduk.

Selepas gol tersebut,Kedah terpaksa gamble keseluruhan taktikal dengan Zafuan Azeman masuk.Namun usaha Kedah bermain long ball diminit akhir hanya memakan diri.Taktala backline push up,pemain Perak mudah melakukan break attack sebelum counter pantas untuk gol ke-3.

KESIMPULAN
Penulis tidak mahu terlalu mendalam membahaskan taktikal pasukan kerana pada penulis,Kedah masih tiada ketetapan kesebelasan utama lagi berdasarkan 2 perlawanan liga.Terdapat beberapa isu seperti miscommunication,awareness and sense  positioning contohnya menjadi titik weakness secara berpasukan.Bagi individual effort pula,jika bertemu JDT Ifwat Akmal menjadi best performer untuk Kedah,malam tadi penulis memilih Akhyar Rashid sebagai best performer bagi Kedah.Pendekatan terdekat adalah mengharapkan RM segera mengenal pasti kesebelasan pasukan seterusnya menyusun strategi lebih ampuh bermula perlawanan Sabtu ini

SPEEDY KEMBAR TUNGGU PELUANG | AKHYAR RASHID DAN FARHAN ROSLAN

AKHYAR DAN FARHAN | SPEEDY WINGER "KEMBAR" TUNGGU PELUANG

Akhyar Rashid dan Farhan Roslan adalah 2 pemain sayap memiliki teknik hampir serupa.Kedua dua bertubuh kecil dan gemar menggunakan pace untuk mengatasi opponent.2 pemain berbakat ini juga ada nickname dicipta segelintir peminat iaitu Neymar Kedah dan Messi Kedah.Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan gelaran tu sebab ia terlalu jauh untuk disamakan terutama kualiti TAPI aku mengambil pendekatan sudut positif iaitu ia lebih kepada motivasi kepada mereka berdua kerana nama Neymar dan Messi boleh dikatakan idola diseluruh dunia.Hampa tak caya,hampa search Messi Indonesia,Messi Thailand,Messi Myanmar.Itu semua tak lebih sebagai sumber inspirasi bagi mereka.

Ok berbalik kepada Akhyar dan Farhan ni,kita sedia maklum Kedah memang gemarkan serangan menggunakan kemahiran wing attackers.Dalam konsep ini juga,Kedah sudah tidak menggunakan breed wings orthodox ala² David Beckham.Hampa sedia maklum Winger ini lebih offensive dan era moden kini muncul lebih banyak option seperti Wing Forward atau Inverted Winger

DiKedah,posisi sayap dimanapoli oleh Baddrol dan Syazwan Zainon.Jadi apa kelebihan mereka berbanding duo speedy ini?Kat sini aku bentang 5 pendapat peribadi untuk kita kongsi.

*PENGALAMAN
Pengalaman diraih menerusi kekerapan pemain tersebut bermain dan level mana dia sudah sampai.Jelas disini,Badd dan Kapet jauh lebih kaya pengalaman berbanding Akhyar dan Farhan.Kedua mereka adalah national teams squad (regular).Akhyar dan Farhan juga mewakili negara tapi masih kurang kaps berbanding Badd dan Kapet.

*KONSISTEN
Sudut ini juga lebih dilihat dari kekerapan minit permainan.Semakin kerap bermain,peratus konsisten juga boleh meningkat.Badd sudah hampir sedekad dan bersama Kapet pula,sejak 2014 mereka mendominasi bahagian sayap.Syafiq Ahmad,Syazuan Hazani,Fiqry Mat Isa,Wan Rambo,Hattapon Bun,Syazuan Asyraff,Faizal Sepet dan Syamim Alif Mohd Sobri antara pemain sayap yang 'cuba' mencabar posisi namun terkandas dek prestasi kurang konsisten.

*VERSTYLE
Badd dan Kapet juga mempunyai sedikit advantage berbanding duo speedy ini.Kita pernah melihat Badd beraksi sebagai CM/DM manakala Kapet pernah beraksi sebagai NO10.Kelebihan mereka beraksi di posisi berlainan juga satu faktor kuat mereka masih core player bagi Kedah.Ia juga memudahkan ketua jurulatih 'gamble' pasukan sekiranya keadaan terdesak.

*FIZIKAL
Badd dan Kapet dilihat mempunyai kelebihan fizikal berbanding duo speedy ini.Kegunaan susuk fizikal bukan sahaja dalam fasa serangan malah fasa bertahan (trackback) walaupun kedua mereka perform agak 'lemau' semasa pertemuan menentang JDT baru² ini.Senang kata offensive dan defensive perlu ada stabiliti.

*FINISHING
Pada aku sudut ini tight jika nak compare.Tapi aku masih yakin Badd dan Kapet lebih baik dalam decision making terutama timing untuk meledak jaringan.Badd juga specialist direct freekick dan long range attempt manakala Kapet kita sudah sering dipertonton jaringan curling beliau selain sumbangan besar assist beliau setiap tahun.Akhyar dan Farhan juga baik dalam sudut ini.Akhyar pernah membuktikanya ketika mewakili Malaysia manakala Farhan sering kali menjadi game changer bagi Kedah.Ia sangat tight,jadi aku boleh katakan comparison mungkin hanya 80/100.

Akhyar,Farhan Senjata Rahsia
Memiliki kepantasan dalam melancarkan serangan,kedua duo ini masih aset penting pasukan.RM sendiri mengakui beliau memerlukan kedua duo ini kerana kepantasan mereka mampu menghasilkan sesuatu terutama dalam fasa all out attack.Mereka juga diperlukan dikala pasukan meningkatkan intensiti permainan.Kekuatan pemain bertubuh kecil pula terletak kepada acceleration serta larian trickery mereka dan jangan lupa pemain bergraviti rendah lebih baik dalam penguasaan bola dikaki.

Mungkin satu hari kita akan melihat kedua wonderkid ini sebagai firstE untuk pasukan Kedah?

Sabtu, 3 Februari 2018

LAPORAN PERLAWANAN LS1 | JDT 2 KEDAH 1

Kedah terpaksa akur dengan kekalahan pertama pada aksi sulung malam tadi ditangan JDT selepas tewas 2-1 dalam aksi pertama Liga Super musim ini.JDT juga merampas kembali trofi Piala Sumbangsih daripada Kedah yang juga juara bertahan.Kami menyiapkan sedikit kupasan laporan perlawanan disini.

KESEBELASAN
Kedah membuat kejutan menerusi kelibat kapten pasukan Baddrol Bakhtiar yang membarisi posisi tengah bersama Liridon Krasniqi.Posisi Baddrol pula diisi pemain meningkat naik Hidhir Idris.Dibahagian pertahanan,RM terpaksa melakukan 'gamble' apabila kehilangan Alvaro Silva.Syazwan Tajuddin dimasukkan bergandingan bersama Khairul Helmi.Rizal dan Ariff kekal sebagai bek sisi.Melengkapkan barisan utama adalah Syazwan Zainon,Sandro serta Pablo Pallares.

BABAK PERTAMA
Diatas kertas,Kedah membariskan formasi kebiasaan 4-2-3-1.Gandingan Back-4 diikuti Double NO8 (fasa awal).Meletakkan 2 pemain sayap dan Sandro sebagai NO10.Pablo mengisi center forward.

Kedah menerapkan permainan agak soft disetiap posisi.Tempo pace permainan ditahap sederhana.Lebih banyak menunggu menerima ancaman sebelum cuba melancarkan serang-balas.Berhadapan lawan yang agak agresif serta menerapkan taktikal high-pressing,Kedah terlalu membuka ruang lawan memiliki penguasaan bola disetiap sudut.Dapat kita lihat pertahanan Kedah bertungkus lumus mengawal bahagian bawah.Permainan mendatar Kedah juga memudahkan lawan menukar corak serangan beberapa kali setiap kali mereka memegang bola.

Wing Attackers Rosak
Isu ini agak explained sebenarnya.Sejak dari awal kelibat winger Kedah agak isolated dan tenggelam malah lawan mudah up drive melakukan overlapping dikiri dan kanan.JDT bermain digarisan tinggi sementara Kedah melakukan diagonal passes yang sia².Tiada shielding dari segi trackback juga salah satu faktor bahagian fullback diasak teruk.

Dibahagian middle pula,penggunaan double NO8 juga meninggalkan gap yang besar.Beberapa kali defensive third dieksploitasi lawan dan mujurlah pertahanan dan penjaga gol beraksi cemerlang.

Hanya miscommunication lawan memberi kita kegembiraan apabila Sandro bijak membuat 1 loop hole melepasi backline lawan sebelum klinikal finishing dari Pablo menghasilkan gol buat Kedah.Kredit juga kepada Hidhir yang terus memberi pressure kepada GK lawan sehingga dia melakukan clearance liar.

BABAK KEDUA
NO6 masuk untuk menstabilkan bahagian tengah pasukan.Sistem organized sedikit diperbaiki.Selepas lawan mendapat gol ke-2,barulah Kedah mula menekan gear dengan kemasukkan Farhan Roslan.Permainan Kedah ditingkatkan menerusi pace tinggi dengan mencipta beberapa peluang.Cuma kekurangan Kedah adalah pada decision making dalam hantaran terakhir.Sandro sebenarnya perlu segera release bola lebih awal tatkala Liridon diberikan man-to-man marking.Boleh dilihat beberapa kali beliau loose ketika mengawal bola.

KESIMPULAN
JDT ternyata lebih bersedia dari segi pemain dan taktikal mereka.Bagi Kedah,penulis berbangga dengan prestasi barisan backline pasukan,sangat baik menangkis ancaman lawan walaupun kita tewas.Penulis juga percaya RM akan cuba mencari kesesuaian dalam masa terdekat.Mungkin kemasukkan ball winner?mungkin penekanan aspek hantaran dan kedudukan jarak antara pemain adalah penambah-baikkan kepada pasukan Kedah.

Jumaat, 2 Februari 2018

PREVIU LS1 PIALA SUMBANGSIH | JDT FC vs KEDAH

Esok merupakan pembukaan kempen Liga Super 2018 dengan tumpuan pastinya kepada pertemuan JDT menentang Kedah.Perlawanan ini bukan sahaja menjanjikan pungutan mata malah juga membabitkan perebutan trofi Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2018.Untuk isian previu perlawanan ini,kami cuba gariskan sudut persiapan kedua dua pasukan menjelang aksi esok.

KEDAH FA
Bagi Kedah,persediaan pasukan tampak mantap walaupun persiapan pasukan untuk mendapatkan kuota Asean masih belum dimuktamadkan.Berdasarkan persembahan pre-season di dalam dan luar negara,pasukan Kedah dilihat mencapai objektif utama iaitu pendedahan taktikal berpasukan.Perkara ini diakui sendiri oleh ketua jurulatih pasukan Kedah,Ramon Marcote yang nyata berpuas hati dengan kombinasi pemain senior dan junior pasukan.Kita imbas kembali keputusan perlawanan membabitkan Kedah.Kedah mencatat 3 menang,3 seri dan 1 tewas.

PERSELA (2) KEDAH (2)
PERSIJA (1) KEDAH (1)
MADURA UNITED (2) KEDAH (2)
KEDAH (2) PKNP (0)
PENANG (1) KEDAH (2)
KEDAH (1) SUPHANBURI FC (3)
KEDAH (2) UKM FC (0)

JDT FC
Pasukan JDT juga dilihat membuat persiapan rapi dengan menyenaraikan 5 pemain kuota import disusuli beberapa pemain naturalisasi didalam skuad utama.JDT dibawah kendalian Ulises Morais masih dikategorikan pasukan terkuat menerusi kelengkapan pemain setiap posisi dimiliki.Berdasarkan persembahan pre-season,JDT mencatat 4 menang,1 seri dan 1 tewas.JDT juga tewas kepada Muangtong United 5-2 dalam aksi kelayakkan ACL.

JDT (5) JDT II (0)
JDT (2) TERENGGANU II (0)
JDT (4) MITRA KUTRA (0)
ARMY UNITED (0) JDT (1)
CHOBURI FC (1) JDT (1)
PORT FC (1) JDT (0)

MUANGTONG UNITED (5) JDT (2)

REKOD PERTEMUAN
JDT ternyata lebih baik dalam 5 perlawanan terakhir kedua dua pasukan diambil kira.

Final Piala Malaysia 2017
Kedah 0 JDT 2

Liga Super 2017
Kedah 0 JDT 0
JDT 1 Kedah 1 (Piala Sumbangsih 2017)

Liga Super 2016
JDT 5 Kedah 0
Kedah 1 JDT 1

MENJELANG KICKOFF
Kali terakhir pertemuan,jelas JDT menguasai pemainan menerusi penekanan gegenpressing mereka terapkan dalam taktikal mereka.Morais gemarkan possession and attacking.Mereka juga menerapkan kaedah pressure kepada Liridon Krasniqi.Ia terbukti berhasil apabila penekanan individu keatas key player Kedah dirantai.Bagi Kedah pula,sudah pasti segala kelemahan sudah diperbaiki sebaik mungkin untuk pertemuan ini.Ayuh Kedah,kita pertahan kejuaraan musim lalu!!

Jumaat, 26 Januari 2018

PREVIU PASUKAN KEDAH FA MUSIM 2018

Pasukan Kedah boleh dikatakan 90% bersedia menjelang musim baru 2018.Kedah sudah memiliki Ramon Marcote selain merekrut 2 pemain import baru iaitu Alvaro Silva dan Pablo Pallares untuk digandingkan bersama Liridon Krasniqi dan Sandro Mendonca.Hanya kuota Asean sahaja Kedah masih belum melengkapkan senarai.

DNA KEDAH - PEMAIN MUDA
Jika musim lalu Kedah menyenaraikan 5 pemain bawah usia 23 tahun,musim ini Kedah sekali lagi tampil dengan pendekatan yang sama.Apa yang lebih menarik,Kedah masih mengekalkan tradisi pasukan iaitu menaikkan beberapa lagi muka baru bagi cabaran musim 2018.4 pemain musim ini seperti Asri Muhammad,Norfiqrie Abdul Talib,Zulfahamzie Tarmizi dinaikkan pangkat ke skuad utama bersama Zafuan Azeman yang kembali menyarung jersi pasukan selepas 1 musim bersama Perlis.Turut menjalani latihan pre season bersama pasukan adalah Mohd Hidhir dan Akmal Azmi.Mereka bakal bersama seorang lagi bintang muda sensasi Mohd Akhyar Rashid musim ini.

KEY PLAYER KEKAL
Sesuatu yang penting bagi pembinaan pasukan menjelang musim baru adalah kekalnya beberapa tonggak utama seperti Baddrol Bakhtiar,Syazwan Zainon,Rizal Ghazali,Ifwat Akmal serta tonggak paling berpengaruh Liridon Krasniqi.Kejayaan Kedah mengekalkan "core" player ini sangat penting terutama selepas Kedah melepaskan 7 pemain musim lalu ke pasukan lain.Dengan kekalnya mereka juga memudahkan RM dan NA menyusun strategy.

GANDINGAN RM-NA
Jika rekod lalu diukur,RM tiada masalah bersama pasukan Kedah kerana barisan pasukan boleh dikatakan masih 80-90% mirip pasukan 2015 cuma bezanya adalah musim 2015 Kedah boleh disimpulkan penjanaan semula dari bawah berbanding ketika ini,status Kedah yang diangkat antara pasukan elit dalam Liga M.Kombinasi bersama Nidzam Adzha dijangka mampu memberi harapan kepada peminat pasukan musin ini.Jika Ramon cemerlang pada 2015,Nidzam pula membawa pulang 1 trofi musim lalu kepada Kedah.Ini rekod 6 perlawanan persahabatan pasukan dibawah kendalian mereka

Persela 2 Kedah 2
Persija 1 Kedah 1
Madura 2 Kedah 2
Kedah 2 Pknp 0
Penang 1 Kedah 2
Kedah 1 Suphanburi 3

RUMUSAN
Pasukan Kedah sudah bersedia pada pengamatan kami.Seperti diatas,hanya import kuota Asean sahaja belum dilengkapi.Persediaan pasukan dari sudut pasaran perpindahan pemain atau sudut latihan nampak menyakinkan dan kerja keras cuma diharap Kedah mampu menyegerakan komunikasi antara pemain menjelang sepak mula 3 February nanti.Bagi keputusan perlawanan persahabatan pula,ia bukan kayu pengukur kekuatan pasukan sebaliknya ia lebih kepada persiapan pasukan dari sudut teknikal dan taktikal secara berpasukan.