Ahad, 30 Julai 2017

PREVIU PIALA MALAYSIA KE-5 | KEDAH vs UiTM

Perlawanan Piala Malaysia untuk perlawanan ke-5 kumpulan C akan berlangsung esok menemukan Kedah menanti kunjungan pasukan Uitm FC di Stadium Darulaman,Alor Setar.Ikuti previu perlawanan disediakan kami.

KEDAH - UITM
- Mengimbau kembali perlawanan matchday 2 Piala Malaysia lalu dimana Kedah membelasah Uitm 5-0 di Stadium Uitm.Turun dengan reputasi gah sebagai gergasi Liga Super,Kedah ternyata tahap terbaik pada perlawanan itu.Mendominasi perlawanan sebelum memenangi perlawanan dengan agak mudah.Tapi itu merupakan cerita perlawanan kedua kumpulan,adakah kita akan berjaya melakar kemenangan besar lagi?

TEAM NEWS
KEDAH - Ketua jurulatih pasukan,Nidzam Adzha mungkin menarik nafas lega selepas kebanyakkan core player bebas dari kecederaan.N/A melalukan beberapa rotation sistem pada 2 perlawanan terdahulu namun pasukan masih mampu menanh dengan jumlah besar.Membelasah Kelantan 5-0 sebelum Melaka United 6-2.Jadi depthness pasukan Kedah agak mantap ketika ini.Berita baik lagi,Farhan Roslan juga telah kembali berlatih sementara Syafiq Ahmad juga fit untuk perlawanan ini.Bintang meningkat naik,Akhyar Rashid antara teenagers yang menjadi siulan peminat setia Kedah selepas aksi memberansangkan sewaktu membenam Melaka tempoh hari.

UITM FC - Pasukan kendalian Wan Mustafa ini melakukan kejutan selepas membenam Kelantan 2-0 tempoh hari.Uitm juga dijangka kembali menurunkan kapten pasukan mereka iaitu Afif Asyraf dan Onorionde Kugehegbe yang diketepikan pada perlawanan lalu.Uitm FC berada ditangga ke-6 Liga Premier setakat ini.Mereka menjaringkan 40 gol dalam semua pertandingan dan bolos 35 gol.

FORM GUIDE (LAST 5 PREVIOUS)
Ini adalah ratio prestasi semasa kedua-dua pasukan dalam 5 perlawanan terakhir dicatatkan.

Kedah - S-K-M-M-M
Uitm - K-K-K-M-M

TACTICAL BRIEF
KEDAH - Tidak banyak untuk diperkatakan mengenai taktikal N/A,jika anda sering ikuti previu kami,penulis ada menerangkan falsafah N/A dalam 4-1-4-1.Ia modus operasi menggunakan 2 box-to-box sebagai arkitek generate serangan pasukan.Kedah juga memiliki 2 pacey wingers yang begitu berbahaya ketika melancarkan serangan.Tugas menjaringkan gol pasukan tidak terarah kepada penyerang tunggal dan itu keunikkan pasukan Kedah.Ken (20 gol),Sandro(13 gol) dan Badd (11 gol).Purata gol Kedah telah mencecah 73 gol setakat ini.

UITM FC - Wan Mustafa gemar menggunakan 5-4-1 sebagai sistem teras mereka.Ia adalah taktikal defensive by units sambil menerapkan counter-attack sebagai senjata utama.Mereka akan mengerakkan 4 pemain midfielder sebagai sokongan kepada penyerang tunggal mereka Akani Sunday Wasiu yang setakat ini meledak 20 gol juga.Ketika kehilangan bola,mereka membentuk chain of 5 dalam sistem rangkaian bek berlima.

DETIK SEPAK MULA
- Penulis yakin Kedah mengambil pendekatan MENANG dalam misi kali ini kerana tiket Suku Akhir masih belum muktamad sepenuhnya walaupun mengumpul 9 mata.Berbaki 2 perlawanan,hanya kemenangan dapat menjamin slot 8 terbaik buat Kedah sekaligus menjuarai Kumpulan C.Uitm dijangka mengekalkan formasi bertahan apatah Kedah sudah meledak 11 gol dalam 2 perlawanan terakhir.

SANDRO MENDONCA | ANALISIS PERSEMBAHAN SANDRO SETAKAT INI

Sandro Mendonca kembali menjadi nadi utama pasukan Kedah dalam beberapa siri perlawanan terakhir ini.Selain bijak generate serangan bersama pasangan Liridon Krasniqi,Sandro juga dalam diam telah meledak 13 gol musim ini buat Kedah.

GOALS - 13
ASSIST - 7

Menerusi jumlah diatas,Sandro nyata diprestasi kemuncak ketika ini.Bagaimana Sandro boleh berubah mendadak?

SANDRO merupakan seorang breed (baka) pemain NO10 traditional dalam erti kata lain enghanche dalam bahasa latin.Enghanche adalah bermaksud seperti cangkuk.Namun dibawah acuan Nidzam Adzha,Sandro telah diberi kebebesan atau lebih free dalam tugasannya dengan bertindak sebagai roaming playmaker atau REGISTA.Ini menjadikan Kedah meletakkan 2 pemain berperanan dalam sistem NO8 iaitu Liridon dan Sandro dalam formasi 4-1-4-1.

APA PERBEZAAN ENGHANCHE KEPADA REGISTA
Seperti kita menyedari,Sandro agak isolated ketika beraksi sebagai role NO10 sejak dari acuan TCH lagi.Sebagai klasik NO10,Sandro sukar mencari space yang selesa buat dirinya kerana sistem bolasepak kini yang lebih gemar meletakkan sekurang-kurang seorang NO6 dalam pasukan. Ia mungkin tidak bermasalah kepada pemain yang memiliki pace yang baik atau seorang yang fix vision. Dengan Sandro menjangkau usia 34 tahun,agak sukar beliau adapatsi role itu selain beliau agak vulnerable berhadapan pemain jenis robust.

SANDRO MENJADI REGISTA
Dengan memiliki klinikal finishing terutama outside the box,N/A lebih gemarkan Sandro roaming dari hanya statik di zon 14.Anda lihat Sandro lebih drop deep dalam menrencanakan serangan dan itu dalam konteks Box To Box (role utk NO8).Mempunyai duel adalah idea terbaik dari N/A.Sandro di pair bersama Liridon sebagai Double NO8.Sandro ditugaskan menjadi regista iaitu beroperasi jauh dari pemain tengah defensif lawan.Sandro dan Liridon juga akan memastikan kawalan penguasaan bola akan sentiasa dimiliki pasukan Kedah.

Memiliki finishing yang baik.Hasilnya Sandro meledak 13 gol kebanyakkan dari outside D box.Tugasan lama Sandro pula masih enghanche iaitu ala-ala magnet menarik NO6 atau stopper keluar dari backline.Ia bertujuan membuka plan supaya playing width dan membiarkan halfspace kurang gangguan.Ia masih dilakukan terutama ketika Sandro telah melakukan running ke poket zon.

RUMUSAN
- Kredit harus diberikan kepada N/A yang mengambil pendekatan lebih secocok buat skuad Kedah.Masih mengutamakan possession dalam permainan nanun N/A mahukan plan lebih elaborate iaitu terperinci disetiap zon.

Sabtu, 29 Julai 2017

LAPORAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA KE-4 | KEDAH GARANG MEMBENAM MELAKA

Perlawanan Piala Malaysia kumpulan C malam tadi menyaksikan Kedah sekali lagi merakam kemenangan besar selepas mengatasi Melaka United 6-2 di Stadium Hang Jebat.Kedah kini mengumpul 9 mata berbaki 2 perlawanan kumpulan.Ikuti laporan perlawanan disediakan.

KEDAH TERLALU UNGGUL BUAT MELAKA,MELAKA LACK OF PACE
- Kedah menurunkan beberapa pemain 'fresh leg' untuk pertemuaan ini.Fakri Saarani,Syazwan Tajuddin,Akram Mahinan dan Fitri Omar kembali membarisi skuad utama pasukan.Nidzam Adzha Yusuf mempertaruhkan sekali lagi formasi 4-1-4-1 untuk Kedah.Pada babak pertama perlawanan,Kedah jelas menguasai sepenuhnya perlawanan ini.Percaturan Liridon dan Sandro sebagai double Box To Box pasukan amat berkesan sekali.Fakri dan Baddrol masih kekal sebagai wingers dan Akram sebagai lone pivot atau NO6 pasukan.Ken kekal sebagai role No9 moden.

Kedah memulakan tempo game dengan intensiti tinggi menerusi pace permainan tinggi serta fluiditi terutama di zon 14.Berbanding Kedah,Melaka mengalami masalah besar selepas mereka keluar dari sistem asal iaitu 4-3-3 dengan mencuba 4-4-1-1.Ia jelas mengundang bencana apabila pasukan Melaka kerap lack of pace dalam gameplay mereka.Mereka juga gagal mencipta kompak (compactness) padat serta lambat closing down ketika pasukan Kedah memiliki pacey winger di byline. Hanya 4 minit,Kedah sudah didepan menerusi Fakri Saarani yang bijak melakukan penetrate dari halfspace ke poket zon sebelum 1 rembatan padu menerjah jaring.

Kedah juga ada sedikit masalah miscommunication selepas 2 kali berlaku keadaan kelam kabut diantara backline dan goalie.Selepas gol terikat 1-1,Kedah mula memberi masalah kepada tuan rumah menerusi sistem gegenpressing dikiri dan kanan.Sandro meledak gol menerusi direct freekick sebelum gol ke-3 menerusi rembatan beliau yang reflection pemain lawan.Akram menambah derita tuan rumah menerusi half-volley lewat babak pertama.4-1.

KEDAH KENDURKAN ASAKAN,MELAKA CUBA DIRECT FOOTBALL
- Ia perkara biasa selepas selesa mendahului 4-1.Kedah mengendurkan intensiti permainan dengan lebih maintain possession dan gemar menunggu Melaka menyerang.Boleh dikatakan permainan fancy Kedah agak berbahaya kerana jelas 10 minit awal babak kedua,Melaka menekan Kedah sehingga gol ke-2 terhasil.

Namun selepas itu,Kedah tidak memberi sebarang ruang kepada tuan rumah lagi.Ken Ilso menambah derita tuan rumah menerusi gol ke-5 Kedah menerusi 1 rembatan deras kepenjuru gawang.Ia juga gol ke-20 of season bagi beliau.Kemasukkan Akhyar Rashid benar-benar memberi masalah kepada lawan selepas larian pantasnya sering kali menjadi sasaran lawan (tactical fouls).Akhyar meledak gol sulung (senior gol) selepas bijak membuat cut inside sebelum menerima umpanan Ken Ilso dan mudah menewaskan penjaga gol lawan untuk kemenangan mutlak Kedah 6-2 keatas Melaka.

KEDAH PIMPIN KUMPULAN C
Kemenangan ini jelas memberi amaran bahawa juara bertahan ini sudah bersedia melangkah keperingkat 8 terbaik selepas ini biarpun masih memiliki 2 perlawanan untuk ditamatkan.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- KEN ILSO

Jumaat, 28 Julai 2017

PREVIU PIALA MALAYSIA KE-4 | MELAKA vs KEDAH

Perlawanan Piala Malaysia berlangsung malam ini untuk perlawanan ke-4 peringkat kumpulan.Kedah bakal berkunjung ke Hang Jebat untuk bertemu Melaka United.Ini bakal menjadi pertemuaan ke-4 buat kedua dua pasukan.Ikuti previu perlawanan disediakan penulis.

HEAD TO HEAD 2017
- Penulis terus memulakan previu kali ini dengan rekod pertemuaan kedua-dua pasukan bagi musim 2017.3 pertemuan sebelum ini semuanya dimenangi Kedah.

Liga Super Pusingan Pertama
Kedah 4 Melaka United 0

Piala Malaysia Pusingan Pertama
Kedah 2 Melaka United 0

Liga Super Pusingan Kedua
Melaka United 2 Kedah 4

Kedah telah merekodkan 10 gol keatas Melaka dalam 3 pertemuan sebelum ini dan bolos 2 gol.

FORM GUIDE (LAST 5 PREVIOUS)
Ini pula prestasi semasa kedua dua pasukan setakat ini melalui 5 perlawanan terakhir mereka.

KEDAH - M-S-K-M-M
MELAKA - K-K-M-K-M

TEAM NEWS
KEDAH
- Kedah dijangka menurunkan kesebelasan terkuat selepas kesemua pemain dalam kondusi terbaik.Hanya Ifwat Akmal,Syafiq Ahmad (doubtful) manakala bintang meningkat naik Akhyar Rashid sudah kembali jalani latihan.

MELAKA UNITED
- Melaka pasti mengharapkan sentuhan Mario Simic selepas pemain yang sertai Melaka pada pintu perpindahan kedua itu sudah meledak 6 gol setakat ini.Tambah menarik kesemua gol beliau diledakkan di Stadium Hang Jebat.

TACTICAL BRIEF
KEDAH - N/A melakukan tactical tweaks yang sangat berkesan pada pertemuan menentang Kelantan tempoh hari.Menggunakan 2 roaming playmaker sebagai kunci serangan,Kedah juga mengharapkan ketajaman Ken Ilso untuk merobek kubu lawan selepas pemain itu sudah mengumpul 19 gol buat Kedah.

MELAKA - Eduardo Almeida masih meletakkan 4-3-3 sebagai teraju utama MU.Pada perlawanan terakhir mereka,pemain tengah Norhakim Isa antara watak utama kebangkitan mereka.Lincah dan kreatif,beliau pemain harus diawasi Kedah.Dibahagian serangan,Fauzi Roslan dan Felipe dijangka mengisi wing forward dan Simic sebagai targetman.

DETIK SEPAK MULA
- Kedah dan Melaka jelas mahukan 3 mata pada perhitungan ini.3 pasukan terikat dengan 6 mata selepas 3 perlawanan namun Kedah sedikit tanpa tekanan selepas agak selesa dicarta Liga Super manakala Melaka berhadapan ujian getir untuk kekal di Liga.

Rabu, 26 Julai 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER 18 | KEDAH BENAM KELANTAN

5-0 cerita di Darulaman malam tadi menyaksikan Kedah merakam kemenangan bergaya mengatasi Kelantan.Kemenangan ini menyaksikan Kedah kekal ditangga ke-2 manakala Kelantan hanya 3 mata dibezakan dengan zon penyingkiran.Ikuti sorotan laporan perlawanan disediakan.

PERMULAAN PASUKAN
- Kedah yang kembali diperkuatkan 2 dari 5 tonggak Malaysia B22 kelihatan ampuh dengan kesebelasan terbaik pilihan N/A.Ariff Farhan dan Amirul Hisyam kembali kedalam pasukan.Dibarisan simpanan,depthness pasukan Kedah juga mantap.Kedah memulakan permainan dengan formasi 4-1-4-1 menerusi gandingan Liridon dan Sandro (Double NO8) sementara Amirul lone pivot. Baddrol dan Syazwan sebagai wing attackers dan Ken Moden NO9.

- Kelantan memulakan aksi dengan formasi 4-2-3-1 dengan Sharizan dibahagian penjaga gol.Abou Bakr (SS) dan Khairul Izuan (CF).Menggunakan 2 wing forward dan 2 Double No6.

PERLAWANAN INTENSITI TINGGI
- Pada babak pertama perlawanan, Kedah memulakan rentak dengan intensiti tinggi terutama bahagian middle third pasukan. Nyata kehadiran Amirul memberi advance kepada sistem Kedah.Bertindak.sebagai deeplying midfielder, Amirul sangat aktif dikawasan paling bawah bagi posisi tengah.Lihat sahaja pergerakkan Liridon dan Sandro malam tadi yang sempurna.NO6 bukan hanya shielding tetapi mereka menstabilkan positioning pasukan. Kedah mengasak bertalu talu sebelum Ariff Farhan meledak gol hasil lorongan Liridon.Strategi Kedah menyegerakan hantaran sangat baik.Sayzwan betul-betul mengaktifkan zon halfspace dan hampir meledak 1 gol manakala Badddol agak terasing.Ken sangat baik sebagai NO9 baka moden dan adakala beliau switch kepada False 9.Lihat role beliau drop deep sehingga ke circle halfway.

Kelantan terlalu awal switch sistem mereka.Selain tidak kompak,mereka terlalu lambat turun kebawah.Mereka cuba menyaingi Kedah dengan menukar kepada 4-3-3 hasilnya mereka membuka space besar dan selesa buat Kedah.

KEDAH 2-3-5,KELANTAN TERKEDU
- Ini fasa menarik untuk ulasan.Kedah terlalu garang babak kedua.Tiada sedikit ruang dibenarkan kepada lawan.Dengan Kelantan membiarkan Gomis keseorangan dibahagian DM,Kedah mengaktifkan serangan kesusuk penjuru (diagonal). N/A mengarahkan Kedah menggunakan type long range passing yang membuatkan backline lawan lemas.Baddrol yang agak isolated (terasing) pada babak pertama mula menonjol walaupun hampir 3 kali clear cut chances dari beliau.

N/A SWICTH OFFENSIVE MODE

2 ofensif fullback dikerah menerusi byline (menerusi type Defensive Winger) dan 2 wing attackers diletakkan mengisi halfspace.2 box to box pula roaming poket zon iaitu zon 14.Ken berfalse 9.Overall Kedah overloaded zon 14 lawan dengan berjaya.Ia gerakan 2-3-5 sempurna pasukan Kedah.Asakan maksima memaksa Kelantan bertungkus lumus terutama penjaga gol mereka yang beraksi baik (7,8 saves).Deretan gol menerusi Ken Ilso (2 gol) dan Sandro (2 gol) melengkapkan malam gemilang Kedah.Kredit juga kepada barisan pertahanan Kedah yang mudah mematahkan serangan lawan.

KESIMPULAN
- Ia satu lagi keberkesanan taktikal N/A membawa Kedah meraih kemenangan besar menerusi persembahan memukau setiap pemain.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Ken Ilso Larsen

Selasa, 25 Julai 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER 18 | KEDAH vs KELANTAN

Liga Super diteruskan lagi memasuki perlawanan ke-18.Kedah akan menanti kunjungan Red Warrior di Darulaman.Ikuti previu perlawanan disediakan penulis kami.

Penulis - Don Krul Izham

THE RED EAGLE vs THE RED WARRIOR
- Pertembungan ini sangat menarik biarpun kedua-dua pasukan kelihatan agak selesa dikedudukan Liga.Kedah mahu menamatkan Liga diposisi kedua terbaik manakala Kelantan dilihat mungkin mengambil peluang untuk merehatkan beberapa pemain sebagai persiapan lebih kepada saingan Piala Malaysia.Musim 2017 kedua-dua pasukan telah bertemu 2 kali yang kedua-dua berlangsung di Kota Bharu.Kedah menang pada perlawanan pertama Liga Super dan tewas pada perlawanan pertama Piala Malaysia tempoh hari.

TEAM NEWS
KEDAH - Kedah mendapat berita baik selepas 5 tonggak Malaysia B22 kembali menyertai pasukan namun hanya 2 pemain menjalani latihan penuh iaitu Amirul Hisyam dan Ariff Farhan sementara Syafiq Ahmad,Ifwat Akmal dan Akhyar Rashid masih progress recovery.

KELANTAN - Selepas kembalinya Zahasmi Ismail kembali menerajui pasukan,ada impak positif dari kem pasukan.Abou Bakr adalah tonggak utama pasukan diserangan bersama Khairul Izuan yang bertindak dummy runners role.Khairul Izuan telah meledak 4 gol setakat ini manakala Abou Bakr dengan 3 gol.Khairul Fahmi atau Apek dijangka kekal diketepikan ekoran kecederaan selain Badri Radzi.Kelantan juga mendapat kembali sentuhan Daniel Asyraf.

FORM GUIDE (LAST 5 PREVIOUS)
- Pasukan Kedah berjaya mencatat kembali kemenangan moral selepas membenam cabaran Pulau Pinang tempoh hari.Ini prestasi semasa pasukan Kedah

Posisi - No 2
- M-M-S-K-M

- Pasukan Kelantan masih dalam proses kebangkitan selepas mengalami kejatuhan teruk selepas Liga bersambung.Ini prestasi semasa pasukan Kelantan

Posisi - No 9
- K-K-K-M-K

TAKTIKAL KEMUNGKINAN
KEDAH
- Kedah dijangka menurunkan kesebelasan terbaik selepas kesemua bebas kecederaan dan pergantungan.N/A mungkin meletakkan Sandro dan Liridon sebagai key pasukan.Amirul dijangka kembali sebagai No6 pasukan.Tiada perubahan ketara dijangka diserangan mahupun pertahanan. Khairul Helmi,Zac Anderson,Syawal Nordin serta Syazwan Tajuddin semuanya mampu occupy posisi CB pasukan.

KELANTAN
- Zahasmi Ismail mempunyai beberapa option seperti 4-3-3,4-2-3-1 atau 4-4-2.Gomis dijangka kekal sebagai destroyer no6 manakala Indra dan Ben 10 mungkin bergerak aktif di byline.Khairul Izuan adalah titik fokal mereka.Pacey forward itu menjalankan tugas dengan agak baik.Kepulangan Daniel Asyraf mungkin memberi Kelantan variasi serangan.

DETIK SEPAK MULA
Kedah memerlukan kemenangan untuk terus menekan JDT biarpun secara realistiknya agak mustahil namun kedudukan ke-2 adalah sasaran utama.Bagi Kelantan, mereka perlu mencari keserasian serta momentum terbaik sebagai persiapan kempen Piala Malaysia yang menjadi sasaran utama mereka.

Sabtu, 22 Julai 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER 17 | KEDAH MENANG AKSI DERBI

Perlawanan Liga Super ke-18 malam tadi menyaksikan Kedah menumpaskan Pulau Pinang 2-0 dalam aksi derbi utara di Stadium Batu Kawan.Dengan kemenangan itu,Kedah kekal dikedudukan ke-2 manakala Pulau Pinang kekal dikedudukan tercorot Liga.Ikuti laporan perlawanan dari kami.

PERMULAAN PERLAWANAN
Kedah memulakan perlawanan dengan formasi 4-14-1 dengan merehatkan beberapa tonggak seperti Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari.Fakri Saarani,Syawal Nordin,Zac Anderson kembali memulakan aksi `starting` selepas diketepikan perlawanan lalu.3 trio utama,Liridon-Sandro-Ken diturunkan dalam kesebelasan utama.

Zainal Abidin Hassan menurunkan kesebelasan utama sewaktu Penang menang keatas Melaka United tempoh hari.Turun dengan formasi 4-1-4-1 juga,ZAH meletakkan Mark Hartmann sebagai targetman manakala Faiz Subri dan Nigel sebagai inside forward.

PENANG KOMPAK DALAM BERTAHAN,KEDAH KUASAI PERMAINAN
Kedah seperti perlawanan yang lalu jelas menguasai perlawanan dengan baik.Kali ini permainan Kedah lebih tersusun terutama bahagian backline yang lebih cepat release bola berbanding perlawanan terdahulu.Liridon kerap berlegar di halfspace untuk menjadi titik permulaan serangan.Disini kredit harus diberikan kepada Liridon kerana usaha itu sekaligus meringankan beban Hanif yang beraksi lone pivot.Hanif sangat baik dalam kawalan bola dan beliau juga bijak layoffs ketika Liridon dan Sandro mencari sudut sesuai menerima hantaran.Berbalik kepada serangan Kedah,Liridon dan Sandro kerap kali cuba ekploitasi zon 14 namun tergendala kerana lawan juga sangat kompak.Penang akan tweaks 5-4-1 ketika menerima ancaman.Banyak hantaran through ball Kedah mudah dipatahkan.Beberapa cubaan jauh juga tidak membuahkan hasil.Fakri agak loose dalam permainan.

Penang sesekali mengancam Kedah menerusi counter attack melalui wide area.Faiz dan Nigel menjadi titik serangan mereka namun kekurangan support mencukupi membataskan serangan tuan rumah.

KEDAH OFFENSIVE MODE,PENANG LOOSE POSITIONING
Kedah terus melancarkan serangan dan selepas sejam perlawanan,Ken Ilso menyudahkan peluang terhidang susulan bola rebound.Ia hasil situasi freekick oleh Sandro sebelum itu dan Ilso mudah menewaskan penjaga gol lawan untuk 1-0.

Baddrol yang masuk mengantikan Fakri terus menjaringkan gol ke-2 untuk Kedah.Situasi bermula selepas Kedah berjaya menarik pertahanan lawan keluar positioning selepas mendahului 1 gol.Ken yang bertindak sebagai decoy lebih menyerlah pada babak kedua.Menyedari Penang cuba meningkat intensiti mencari gol penyamaan,serangan balas Kedah berjaya menghasilkan gol kedua hasil lorongan Ken Ilso kepada Baddrol.

FARHAN ABU BAKAR ONFORM
Kedah juga patut berterima kasih kepada penjaga gol Farhan Abu Bakar selepas aksi cemerlang pemain itu.Beberapa kali menang situasi 1v1 sekaligus berjaya menghalang gawang beliau dibocori.Beliau juga tampak semakin yakin selepas melalui 3 perlawanan berterusan.

Kejayaan malam tadi menyaksikan Kedah berjaya menamatkan kemarau tanpa kemenangan keatas Penang di laman lawan sejak 2010.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Ken Ilso Larsen

Rabu, 19 Julai 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER 17 | PERHITUNGAN DERBI UTARA

Kedah dan Penang akan berentap lagi dalam perlawanan diklasifikasikan derbi untuk wilayah utara pada Sabtu ini.Ia juga merupakan perlawanan ke-18 Liga Super 2017.Ikuti sedikit previu perlawanan disediakan

Penulis - Don Krul-Izham

DERBI UTARA
Derbi utara ini antara derbi local popular di Malaysia.Ia merujuk kepada lokasi geographic yang berdekatan antara satu sama lain.Bagi peminat Penang mahupun Kedah,pertembungan ini dilihat satu pertemuan adik abang namun mahukan 'throne' sebagai jaguh diutara tanahair.

Menerusi bola sepak,kemeriahan derbi cukup sentimental bagi kedua-dua penyokong pasukan.Baik Kedah atau Penang, kejayaan pasukan amatlah didahagakan sebagai kebanggaan penyokong.

KEDAH FA - 19 KEJUARAAN
PENANG FA - 9 KEJUARAAN

BERITA PASUKAN
KEDAH FA - Kedah masih kekal tanpa khidmat 5 tonggak yang mewakili skuad Malaysia B22.Selain itu,Kedah terpaksa melupakan khidmat Abd Halim Saari (acl),Farhan Roslan (doubtful),Abdul Hadi (doubtful). Beberapa pemain yang baru cergas pula masih off form dan mencari rentak kembali ke prestasi.
PENANG FA - Sanna Nyassi diberitakan mengalami kecederaan hamstring dan Jafri Firdaus Chew bersama skuad Malaysia B22.Berita baik adalah Penang mengekalkan 2 tonggak Malaysia B22 tahun iaitu Kumaahran dan Syamer.

FORM GUIDE (LAST 5 PREVIOUS)
KEDAH FA - K-M-M-S-K
Kedah masih tidak konsisten dalam 5 perlawanan terakhir.Tewas kepada Perak dan Kelantan selain menang keatas Melaka (2 kali) dan seri bertemu Selangor. Kedah bolos 9 gol dari jumlah itu dan 10 gol dijaringkan.

PENANG FA - K-S-S-K-M
Penang masih kekal ditangga terbawah Liga Super dan bergelut untuk kekal di Liga Super.Berbaki 5 perlawanan terakhir,mereka perlu menang semua baki perlawanan.

TACTICAL BRIEF
KEDAH FA
- Kedah masih ada isu characters sebenar mereka.Kedah masih kekal formasi 4-2-3-1 dan tweaks kepada 4-1-4-1.Ini rentetan dibawah acuan NA setakat ini.Masalah backline exposed sering kali gagal mencari jawapan kepada penyelesaian.Zac agak loose dalam 2 game terakhir beliau manakala Khairul Helmi,Syawal Nordin atau Syazwan Tajuddin masih terumbang ambing.Zonal marking Kedah berterabur dan miscommunication.Dibahagian serangan,Kedah nampak sharp dan klinikal.Ken Ilso sudah 16 gol manakala Sandro dan Liridon turut menjadi penyumbang gol pasukan.Overall upfront line sudah baik.

PENANG FA
- Penang ada banyak isu untuk diulaskan sebenarnya tapi saya fokus kepada taktikal berpasukan mereka.Sejak 3 pertemuaan terakhir mereka,ZAH menggunakan 2 formasi berasingan iaitu 4-4-2 dan 4-1-4-1.Kemasukkan speedy forward Nigel Dabinyaba banyak membantu mereka.Faiz Subri juga turut kembali ke wing attackers seperti kebiasaan.Mark Hartman adalah pemain yang wajib Kedah man-to-man marking.Gemar meledak dari luar kotak penalti dan seorang yang bijak curve bola dengan baik.Kumaahran antara wonderkid mereka yang baik.Lincah dan passion beliau menjadikan beliau berbahaya ketika Penang melancarkan counter-attack.

WE'RE RIVAL NOT ENEMIES
- Pesanan penulis,sokonglah bola sepak dengan penuh harmoni sekalipun ia pertembungan derbi.Hentikan hooligans atau keganasan.2 perlawanan terakhir menyaksikan 2 kad merah dilayangkan tapi itu cerita atas padang,tak perlu kita lebih² dari penyokong kepada penyokong.Perang poster,perang troll mungkin hiburan untuk kita lihat atmosphere derbi lebih menarik namun jangan berlebihan.

Selamat Berhari Derbi Warga Utara

Sabtu, 15 Julai 2017

FARHAN ABU BAKAR | KEMBALI BANGKIT DEMI KEDAH

FARHAN ABU BAKAR IN ACTION
________________________________________
Farhan Abu Bakar kembali menggalas tugas selaku penjaga gol utama pasukan berikutan ketiadaan Ifwat Akmal (national duty) dan Abd Hadi Hamid (injury).Kali terakhir Farhan beraksi adalah ketika Kedah seri menentang PKNS (4-4) dalam aksi thriller di Shah Alam.

Selepas itu nama bekas penjaga gol Harimau Muda ini tercicir dalam kesebelasan 18 pemain untuk setiap perlawanan.Farhan diletakkan sebagai 3rd goalkeeper pasukan Kedah dibelakang Ifwat dan Hadi.
________________________________________
FARHAN COMEBACK

Farhan kembali diberi peranan utama sebagai benteng akhir dalam aksi rivalries menentang Selangor. Ini merupakan aksi ke-2 beliau sebagai pemain utama selepas menentang Sarawak pada awal February lalu.Dibayangi konflik bersama penyokong Kedah,kelibatan beliau menjadi tumpuan penyokong yang terlalu pressure untuk melihat aksi terbaik anak muda ini.Reputasi gah sebelum kembali ke Kedah antara faktor selain silly errors (terutama musim 2016) lalu menyaksikan beliau gagal memenangi kepercayaan penyokong pasukan.

Aksi tangkas dan menyakinkan diberi pada pertemuaan malam tadi.Beberapa fingertips dari beliau dalam menyelamatkan sesekali cubaan berbahaya Selangor wajar mendapat pujian biarpun dibolosi 1 gol.Farhan juga mendapat tepukan setiap kali menyelamatkan gol dan ia merupakan satu react yang baik daripada penyokong kepada pemain.Motivation will come when you on form.Farhan boleh sebenarnya untuk bangkit namun bukan menerusi kelemahan mental beliau atau makian penyokong tetapi atas pendirian beliau sendiri untuk menerima segala pujian atau cacian.
________________________________________
INSIDEN PENJAGA GOL DIKRITIK
- Ia bukanlah isu jika kita melihat diperingkat lebih besar seperti di eropah contohnya.Ada beberapa insiden atau kejadian berlaku untuk kesalahan dari penjaga gol namun mereka bangkit sekaligus kembali mendapat pujian.

Situasi 1 | Gigio Donnarumma
- Penjaga gol berusia 18 tahun ini antara wonderkid future bola sepak dunia khususnya Italy.Gigio membuat kesilapan pada perlawanan menentang Juventus dimana bolos mudah sepakan Mario Pjanic.Beliau menerima kritik teruk selepas itu.

Montella kepada Gigio
"Gigio harus tenang.Peminat berhak mengkritik beliau kerana kritikkan dari mereka (penyokong) dan apabila anda tampil baik pujian juga dari mereka.Beliau masih muda dan harus banyak mempelajari dan saya rasa beliau mampu buat lebih baik (mengenai gol) semalam."

Situasi 2 | Loris Karius
- Karius melepaskan 3 gol bodoh dari kata² commentator perlawanan selepas Liverpool bergelut mencatat kemenangan 4-3 keatas Bournemouth pada Dicember 2015 lalu.

Jurgen Klopp kepada Karius
"Apabila anda melakukan kesilapan,anda akan dikritik.Ya itu adalah asam garam anda sebagai pemain bola.Disitulah kita melihat attitude dan character anda sebagai pemain.Ia (silap) boleh berlaku pada sesiapa atau bila² masa sekalipun dan anda harus bounce back bagaimana anda mengatasi hal itu.Anda kaji kesilapan anda dan practice untuk progress kembali."

Jelas 2 situasi diatas mengambarkan CARA BAGAIMANA jurulatih elit eropah menerima kritikkan dan cara mengatasi kritikkan.Ia adalah hak penonton dan pemain perlu tahu untuk kembali bangkit mengatasi kesilapan mereka.Kita tidak boleh mengurangkan kritikkan mereka dengan berkelakuan 'koyak' atau merajuk sebaliknya persembahan terbaik pemain akan menutup pengkritik itu sendiri.
________________________________________
FARHAN SEMAKIN MATANG

Melihat aksi semalam boleh dikatakan 70% lebih baik dari penampilan terakhir beliau yang lalu.Itu satu progress yang baik untuk seseorang yang dilabel tidak membantu pasukan sebelum ini.Penulis yakin Farhan bijak membuat decision untuk memilih mana tepat buat beliau disamping terus konsisten sebaik mungkin.

Penyokong.Without fans,football is nothing. Ayat ini adalah maksud bertapa besar erti seorang penyokong namun harus penulis tekankan kita tidak boleh terlalu emosi dalam mengeluarkan kenyataan terutama isu² serta maruah seseorang.Sebagai penyokong fanatik sekalipun,kita kena sedar batas kita terhadap pemain biarpun pemain itu errors-prone dalam aksinya.Kritik dan cacian adalah 2 cabang sangat berbeza.Anda perlu bijak mengenali itu.Kita boleh mengkritik (opinion masing²) namun ia mestilah kena dengan cara dan berketepatan dengan situasi.

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER 16 | KEDAH DIIKAT SELANGOR

Kedah terpaksa berpuas hati selepas diikat Selangor 1-1 dalam aksi Liga Super ke-16 semalam.Keputusan ini menyaksikan Kedah kekal ditangga ke-2 carta Liga Super.Ikuti sedikit laporan perlawanan dari kami.

PERMULAAN
- Kedah menggunakan formasi 4-2-3-1 sebelum switching 4-1-4-1 selepas itu.Farhan Abu Bakar tampil selaku benteng terakhir selepas kali terakhir beraksi pada perlawanan menentang Pkns di Shah Alam.Hanif Mad Zahir,Asri Mardzuki,Syazwan Tajuddin juga bermula sebagai starting lineup pasukan.Kehilangan 10 pemain dari 26 pemain berdaftar digantikan 5 tonggak pasukan Piala Presiden.

- Seperti Kedah,Selangor turut kehilangan 5 tonggak utama pasukan melalui 3 pemain menjalani pergantunggan dan 2 national duty.Menggunakan formasi 3-5-2 sistem operasi mereka.

KEDAH TIADA URGENCY, SELANGOR KOMPAK DALAM POSITIONING
- Kedah seperti biasa memulakan permainan dengan cuba menerapkan pace tinggi menerusi serangan wing attackers Syazwan dan Baddrol.Apabila menyerang,Kedah akan switch kepada 4-1-4-1 dengan Sandro akan deep sedikit untuk bersama Liridon Krasniqi manakala Haniff ditugaskan shielding space yang ditinggalkan erti kata lain sebagai holding midfielder. Selangor terpaksa merombak formasi mereka kepada 3-5-2 dari kebiasaan 3-4-3 ekoran menyedari kekuatan Helang Merah adalah di circle halfway.P Maniam meletakkan 5 pemain menerusi 3 central midfield dan 2 wingback sementara upfront meletakkan gandingan Rufino-Forkey Doe sebagai sistem N09 berkembar.

Gambaran awal kedua-dua pasukan seimbang namun Selangor lebih kompak dan berdisplin dalam setiap positioning mereka.Kedah pula cuba generate plan menerusi Liridon Krasniqi bertindak box to box pasukan.Menerapkan hantaran pendek,Kedah lebih selesa bergerak flexible disetiap arah.Baddrol,Syazwan kerap kali keluar dari wide area ketika Asri atau Rizal melakukan overlapping. Selangor juga lebih maintain position.Lihat ketika Kedah melancarkan serangan,pertahanan mereka membentuk chain of 5 iaitu rangkaian bek berlima.

Selangor break the death lock
- Selangor memanfaatkan setiap peluang mereka ada.Mereka memperoleh 1 set piece dan dalam masa beberapa saat backline Kedah terleka,1 turning oleh Veenod memecah blok pertahanan sebelum mudah menewaskan Farhan Abu Bakar.Miscommunication juga antara penyebab gol tersebut kerana goalie mungkin boleh keluar awal jika benteng gagal melakukan clearance dengan baik.

Kedah reacts
- Namun selang 15 minit,Kedah menyamakan kedudukan menerusi 1 curve oleh Ken Ilso Larsen,ia juga gol ke-16 peribadi beliau musim ini.Menerusi 1 sepakan penjuru,Baddrol pantas melakukan tap kepada Ilso dan dari luar kotak penalti,Ilso menjunam bola tepat kepenjuru gol Selangor.

KEDAH INTENSITI TINGGI,SELANGOR PARK THE BUS
- Memasuki babak kedua,Kedah meningkatkan intensiti menerusi serangan bertalu-talu kekubu Red Giants.Selangor lebih selesa sit deep dan menunggu Kedah datang dan cuba cut off segala connection link namun Kedah masih berjaya memecahkan tight blok mereka.Buktinya beberapa chances dicipta namun dikecewakan penampilan cemerlang penjaga gol lawan Norazlan Razali.Norazlan beberapa kali melakukan fingertips menepis bola keluar.Cubaan Kedah menerusi lays out wing attacker juga menemui jalan buntu selepas mudah dipatahkan barisan pertahanan Selangor.

Defensive Mode dan strategi lambatkan permainan.
- Isu melambatkan permainan atau tidak fairplay ini adalah penyakit bagi mana² pasukan yang tidak inginkan kemenangan.Ia lebih popular di Malaysia berbanding Liga besar lain.Namun ia juga merupakan tactical ugly plan sama seperti tactical fouls dan sebagainya.Jelas Selangor lebih selesa drop deep di fasa defensive third mereka untuk bertahan ke minit akhir.

KESIMPULAN
- Kedua dua pasukan melakukan perang tactical battle menarik menerusi satu offensive dan 1 pihak defensive. Kedah masih kekurangan kualiti kecairan terutama di final third (decision making) dan beberapa isu marking space ketika menerima ancaman.Selangor lebih bernasib baik menerusi defensive mode mereka yang kebal bertahan.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Baddrol Bakhtiar

Khamis, 13 Julai 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER 16 | KEDAH vs SELANGOR

Aksi Liga Super (Matchday 16) bakal berlangsung malam esok dengan pertembungan musuh era 90an diantara Kedah menentang Selangor.Ikuti previu perlawanan disediakan penulis kami.

KEDAH DAN SELANGOR
- Kedah dan Selangor merupakan nama besar ketika era 90an lalu dan perlawanan membabitkan kedua² pasukan ini sentiasa dianggap epik dan nostalgia.Siapa boleh melupakan detik 80,000 penonton membanjiri SSA pada 1994?kejayaan Kedah melengkapkan "Doublr Treble" menewaskan Selangor dan Misi 33 Selangor dilengkapkan dengan menewaskan Kedah?.Itu semua rentetan membabitkan pertembungan rivalries kedua² pasukan.Aura 2 pasukan ini di Malaysia cukup sentimental dikalangan peminat kedua² pasukan.

KEDAH MAHU PERKUKUH KEDUDUKAN,SELANGOR MAHU CABAR KEDUDUKAN KE-2 TERBAIK
- Secara matematiknya,Kedah masih berpeluang memintas JDT namun harapan sangat tipis apatah pasukan Selatan itu tampak konsisten berbanding Kedah.Bagi Kedah,mengekalkan kedudukan ditangga ke-2 boleh dianggap successful mission selepas sekadar ditangga ke-3 musim lalu.Kedah juga telag mencapai objektif sasaran utama iaitu AFC qualified jadi penulis tidak merasakan kegagalan merampas Liga Super adalah kegagalan.
- Bagi Selangor, bekas juara 2 kali Liga Super ini juga mengharapkan konsistensi dalam 7 siri perlawanan terakhir ini.Mereka masih dikedudukan ke-4 Liga setakat ini namun tetap berpeluang mengejar Kedah ditangga ke-2.Kembalinya Amri Yahya dan Andik Virmanshah selain Rufino Segovia sebagai import baru,Selangor nampak lebih fresh dalam permainan dengan mencatat 3 menang dan 1 seri selepas rehat sebulan (4 perlawanan).

KEDAH-SELANGOR NEWS
- Kedah bakal kehilangan 6 tonggak untuk pasukan Malaysia B22 selain 2 pemain menjalani pergantunggan perlawanan (Akram Mahinan dan Fitri Omar).Farhan Roslan doubtful dan Abd Halim Saari kekal diketepikan.4 pemain pasukan Presiden dipanggil Nidzam Adzha iaitu Akmal Azmi,Asri Muhammad,Faiz dan Aminuddin masing² diposisi penjaga gol,pertahanan,pemain tengah dan serangan mengisi kekosongan.

- Selangor kehilangan Syamim Safari dan Adam Norazlin untuk Malaysia B22 dan pergantungan Andik Virmansyah yang menerima kad merah pada perlawanan terakhir bertemu Perak.

PLAN TAKTIKAL
- Nidzam Adzha setakat ini masih mengekalkan kestabilan skuad dengan formasi 4-2-3-1 sebagai keutamaan selain keberanian beliau melakukan tactical tweaks dalam beberapa siri perlawanan seperti 3-6-1,4-1-4-1.

P.Maniam menggunakan 3-4-3 sebagai regular taktikal pasukan Selangor musim 2017.Taktikal ini kurang menjadi diawal musim namun kini tampak seakan ampuh bersama Selangor.3-4-3 semasa offensive dan 5-3-2 semasa defensive.

PEMAIN TUMPUAN
Kedah - Baddrol Bakhtiar.Pemain lagenda Kedah ini telah meledak 10 gol setakat ini musim 2017.Baddrol juga mencipta 2 assist.Vice captain pasukan Kedah ini berada dalam prestasi terbaik setakat ini.

Selangor - Francis Forkey Doe.Pemain ini kembali bersama Red Giant selepas musim 2013.Musim ini Forkey Doe telah menyumbat 8 gol untuk Selangor dan beliau juga baru pulih dari kecederaan panjang.Gandingan bersama Rufino Segovia tampak lebih segar dan sharp didepan gawang lawan.

Rabu, 12 Julai 2017

MARKET VALUES PEMAIN KEDAH | HARGA PEMAIN KEDAH DI TRANSFERMARKET COM

Menerusi laman web transfermarket.co.uk (Liga Malaysia).Ini adalah sumber dari laman web tersebut oleh pundits mereka dan nilai pasaran adalah dalam euros (€).

Pasukan Kedah FA dinilai pada harga €3juta euros diperingkat global menerusi 26 pemain didaftarkan untuk musim 2017.Kedah ditangga kedua dibelakang pasukan JDT (€4.5 juta euros).

SENARAI 5 PALING MAHAL
- Liridon Krasniqi | 24 Tahun | €550,000
Liridon Krasniqi ditangga pertama dengan nilai €550,000.Nilai beliau melonjak dari €220k dari tahun 2016 ke 2017.Harga 2016 adalah €330k.

- Ken Ilso Larsen | 30 Tahun | €425,000
Ken Ilso ditempat kedua senarai pemain termahal dengan nilai €425k nilai pasaran.

- Baddrol Bakhtiar | 28 Tahun | €300,000
Baddrol pemain local termahal dikem Kedah.Nilai Badd meningkat sebanyak €50k dari nilai €255k ke €300k.

- Sandro | 34 Tahun | €255,000
Sandro ditangga ke-4 dengan nilai semasa €255,000.Nilai Sandro jatuh dari €300k.

- Zachary Anderson | 24 Tahun | €213,000
Zac Anderson ditangga ke-5 dengan nilai €213k ketika ini.Nilai Zac juga jatuh dari nilai €255k.

SENARAI MARKET VALUE PEMAIN KEDAH
Liridon Krasniqi - €550,000
Ken Ilso Larsen - €425,000
Baddrol Bakhtiar - €300,000
Sandro - €255,000
Zac Anderson - €213,000

8 PEMAIN DIANGGAR NILAI €64,000
- Ifwat Akmal
- Khairul Helmi
- Rizal Ghazali
- Akram Mahinan
- Fitri Omar
- Amirul Hisyam
- Syazwan Zainon
- Fakri Saarani

- Syawal Nordin (€43,000)
- Syafiq Ahmad (€43,000)
- Ariff Farhan Mad Isa (€43,000)

*NOTA
- Sumber ini diperoleh daripada transfermarket.co.uk dan dianggarkan oleh pundit mereka.

Selasa, 11 Julai 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER 15 | KEDAH BANGKIT BENAM MELAKA

Perlawanan Liga Super ke-15 berlangsung malam tadi menyaksikan Kedah mencatat kemenangan bergaya 4-2 mengatasi Melaka United dilaman lawan.Lebih menarik kemenangan itu membolehkan Kedah kini melonjak ke tangga ke-2 carta Liga Super namun masih 9 mata dibelakang JDT.Ikuti sorotan laporan perlawanan disediakan penulis kami.

MELAKA TERAP COUNTER-PRESSING,KEDAH BERMASALAH DI BLOK RENDAH.
Kedah memulakan permainan dengan formasi 4-2-3-1 kali ini.Nidzam Adzha melakukan 5 rotation pemain dari kesebelasan utama menentang Uitm FC tempoh hari.Abd Hadi,Fitri Omar,Zac Anderson,Akram Mahinan dan Syazwan Zainon semua bermula sebagai starting malam tadi.Gandingan Akram-Amirul sebagai "Double NO6" sebagai shielding kepada NO8 Liridon Krasniqi.Melaka menurunkan kesebelasan utama mereka menerusi 4-3-3 sama seperti bertemu Kelantan tempoh hari.

Kedah bermula dalam pace yang agak neutral dalam menangani asakan Melaka yang lebih terapkan counter-pressing dalam corak serangan.Melaka juga mengamalkan hantaran direct passing dan cuba ekploitasi wide area.Kedah agak lambat settle down dan banyak hantaran tergesa-gesa dilakukan.Passing accuracy pasukan agak ketara kali ini mujurlah Liridon Krasniqi menyelesaikan masalah.Liridon kerap kali dipaksa hold bola sebelum membuat hantaran.Mario Simic meledak jaringan menerusi 1 hantaran silang dari sebelah kiri pasukan Kedah sebelum Liridon mencipta assist diluar jangkaan melepasi backline lawan dan Baddrol menyudahkan gol penyamaan Kedah.

Melaka sekali lagi didepan selepas backline Kedah agak "tidur" menerima asakan.1 through passes mudah melepasi kawalan dan Simic mudah menewaskan Zac dalam 1v1 situation sebelum menewaskan Abd Hadi.Garisan tinggi yang diatur agak vulnerable dan sering hilang komunikasi dengan mudah.Kedah bangkit sekali lagi menerusi wonderful assist dari Syazwan Zainon kepada Baddrol untuk gol ke-2 Kedah.Menerusi gerakan Liridon yang berjaya melepaskan diri daripada DM lawan sebelum hantaran kearah Syazwan yang sebelum itu agak isolated diposisi kiri.Syazwan membuat hantaran luar biasa dan ia antara assist tercantik setakat ini.

BADDROL TITIK FOKAL KEDAH,MELAKA BUKA SPACE BESAR
Nidzam Adzha mengarahkan backline menerusi 2 CB lebih deep.Seperti babak pertama,Liridon adalah gameplan pasukan selain Kedah menggunakan pacey wing attacker sebagai senjata.Kelincahan Syazwan disebelah kiri bermain 1,2 bersama Ken Ilso sebelum Syazwan masuk ke D box untuk meledak gol namun dijatuhkan oleh penjaga gol lawan.Akram pula yang agak loose pada babak pertama tampil menyudahkan peluang terhidang untuk gol ke-3 Kedah.

Melaka mula terasa bahang dan mengasak bertalu-talu kubu Kedah menerusi kepungan zon 14 (overload zon 14) dan mereka mencipta beberapa peluang namun Abd Hadi dan barisan pertahanan lebih fokus pada babak kedua.Zac Anderson antara pemain terbaik dibabak kedua dengan 3 clearance dan 2 interception tepat.Ketika sedang asyik menyerang,Melaka membuka space agak besar di width dan Baddrol bijak meloloskan diri sebelum hantaran silang beliau disambar Asri Mardzuki untuk gol ke-4 pasukan Kedah dimasa kecederaan.Pada ketika itu terdapat 3 pemain Kedah menanti bola daripada Baddrol dalam situasi 3v1.Gol tersebut memusnahkan saki baki perjuangan Melaka sementara Kedah bangkit 2 kali untuk menempa kemenangan.

KESIMPULAN
Kedah beraksi baik pada babak kedua menerusi positioning lebih baik menerap asakan lawan.Liridon merupakan satu-satunya pemain mempunyai accuracy hantaran selain menjadi punca kebangkitan pasukan.Baddrol Bakhtiar seperti biasa,sudut kecil atau ruang sukar sudah cukup untuk beliau meledak jaringan ke-10 peribadi.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Baddrol Bakhtiar (2 gol/1 assist)

Isnin, 10 Julai 2017

RETRO KEDAH | CHE HISHAMUDDIN HASSAN

RETRO KEDAH | CHE HISHAMUDDIN HASSAN

Siapa masih ingat kelicikan pemain berjersi 21 ini.Sangat pantas menerusi larian deras beliau dan penyudah tajam didepan gawang,nama beliau masih segar meniti dibibir peminat Kedah.

Penyerang dari Kelantan ini merupakan bekas pengempur Kedah pada tahun 2002.Speedy forward ini lebih dikenali 'super subs' ketika Kedah memiliki rangkaian trio Rafdi Rashid-Akmal Rizal-Liew Kit Kong dikesebelasan utama pasukan.Ketika Kedah menjaringkan 2 gol ketika aksi Separuh Akhir Piala FA,beliau salah satu penjaring gol sebelum Kedah tewas 2-3 kepada Pulau Pinang dalam aksi berlarutan sehingga ke sudden death.Didalam kejohanan Liga Perdana 2 (kini Liga Premier), Che Hishamuddin menjaringkan 6 gol serta membantu Kedah layak ke saingan Piala Malaysia (tiket juara liga perdana 2).Pada Piala Malaysia pula,Che Hishamuddin meledak 3 gol dan Kedah ke Separuh Akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Selangor.

Keseluruhan musim,Che Hishamuddin meledak 10 gol musim 2002 dalam 3 pertandingan.

#CheHishamuddin21

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER 15 | MELAKA vs KEDAH

Selepas 2 perlawanan awal Piala Malaysia berlangsung,perlawanan Liga Super 2017 diteruskan esok dengan Kedah berkunjung ke Hang Jebat Stadium bertemu Melaka United.Ikuti previu perlawanan dari penulis kami.

KEDAH-MELAKA DIMOMENTUM TERBAIK
Kedua-dua pasukan baru sahaja bertemu pada 2 minggu lalu selepas rehat sempena cuti Aidilfitri dengan Kedah menang 2-0 keatas Melaka di Darulaman dalam saingan Piala Malaysia.Biarpun pentas kali ini berbeza,namun kedua-dua pasukan dilihat pada tahap terbaik selepas menang dalam perlawanan terakhir dengan jaringan agak selesa.Kedah menumpaskan Uitm FC (5-0) manakala Melaka menewaskan Kelantan (3-0).Perlawanan ini dijangka sengit dengan prestasi kedua-dua memuncak.
----------------------------------------------------------------------
KEDAH-MELAKA NEWS
Mengikut sumber dari official Persatuan Bola Sepak Kedah-KFA,beberapa pemain yang tidak beraksi tempoh hari antara pemain yang berkemungkinan dalam kesebelasan utama.Ia mungkin rotation selection yang agak mencabar namun ia juga peluang buat pemain-pemain ini kembali mendapat form selepas berehat lebih lama.Zac Anderson antara pemain yang lama diketepikan ekoran kecederaan.Nidzam Adzha kembali membariskan kesebelasan dalam 4-2-3-1 berbanding 4-1-4-1 ketika bertemu Melaka.Jadi percaturan apa yang akan Kedah guna pakai?ia salah satu cabaran besar buat Melaka.

Dikem Melaka,jurulatih mereka Eduardo Almeida menggunakan kesebelasan 4-3-3 ketika membenam cabaran Kelantan.Jika perlawanan lalu Melaka ada isu di bahagian circle middle third mereka,kali ini mereka dilihat mendapat solution terbaik selepas 3 midfield mereka ditahap terbaik.R Surendren kapten pasukan juga kembali dalam kesebelasan selain Fauzi Roslan (speedy forward) diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama.Mario Simic kekal sebagai targetman pasukan mereka.
---------------------------------------------------------------------
PRESTASI SEMASA PASUKAN
Kedah meraih 4 kemenangan dari 5 perlawanan terakhir mereka.Ini prestasi semasa Kedah

Menang-Menang-Kalah-Menang-Menang

Melaka masih kurang konsisten dalam baki 5 perlawanan terakhir mereka.Ini prestasi Melaka

Seri-Kalah-Seri-Kalah-Menang
-----------------------------------------------------------------------
PEMAIN TUMPUAN
KEDAH - Ken Ilso Larsen.Pemain sensasi Denmark ini dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Kedah.15 gol musim ini membuktikan ketajaman penyudah beliau pasti ditagih memburu gol pasukan.

MELAKA - Mario Simic.Pemain ini struggle pada pertemuaan di Darulaman namun pemain bertubuh sasa ini berjaya menjaringkan gol dalam 2 perlawanan selepas perpindahan jendela kedua.Baru memasuki 3 perlawanan,Simic meledak 2 gol dalam 3 perlawanan.

Ahad, 9 Julai 2017

AH HOE DAN NIDZAM ADZHA | COMPARISON STATS

Dalam perbincangan kali ini,penulis kami mengutarakan "comparison stats" diantara current manager dan past manager pasukan Kedah FA.Namun disini kami tekankan kami lebih cenderung berkongsi hal² contribution mereka kepada pasukan Kedah.Kedua-dua mereka juga telah memberikan HADIAH BESAR kepada pasukan dengan membawa kejuaraan trofi kepada peminat Kedah.

Seperti sedia maklum pasukan Kedah kini bermula direvolusi oleh percaturan Tan Cheng Hoe ketika musim 2014 lalu dijendela kedua perpindahan Liga Malsysia.Ah Hoe mengantikan David Mitchell untuk baki saingan Liga Perdana manakala Nidzam Adzha memulakan tugas caretaker berkuat-kuasa pada 29 April lalu selepas Ah Hoe dilepaskan kepada Harimau Malaya.

SUMMARY
Kehadiran Ah Hoe bagaikan sinar baharu bola sepak Kedah yang suram selepas terkandas di Liga Perdana sejak 2013 lagi.Bagaikan aura baru,bola sepak Kedah mencetus kebangkitan mendadak selepas Ah Hoe memancu pasukan terutama pada 2015 menerusi gandingan bersama Ramon Marcote.Siapa sangka Kedah melayakkaan diri kepentas akhir Piala Malaysia dari Liga Perdana?kejuaraan Liga Perdana dengan persiapan sederhana?kita tidak boleh menafikan bahawa usaha Ah Hoe sangat besar dan kredit harus diberikan kepada beliau.

Nidzam Adzha juga bukanlah asing dikalangan peminat Helang Merah.Bekas tonggak pasukan Kedah ini sudah 6 tahun melalui pengalaman selaku jurulatih.Bermula pasukan Presiden Kedah sebelum mengantikan Wan Jamak (krisis pergangtungan) sebelum kembali ke jawatan assistant head coach.Banyak ilmu ditimba beliau menjadikan beliau semakin mendapat sentuhan tersendiri.2017 merupakan buah tangan sulung buat Nidzam Adzha selepas Kedah merangkul kejuaraan Piala FA 2017 selain pembukaan kempen Piala Malaysia dengan baik.

THEORY PHILOSOPHY
Kedua-dua mereka mempunyai teori falsafah tersendiri walaupun dari segi method atau system masih acuan mengikut rentak pasukan Kedah.Gameplan mementingkan accuracy hantaran dalam permainan masih dikekalkan.

AH HOE PHILOSOPHY TACTICAL
- Dibawah acuan Ah Hoe,Kedah sememangnya menggunakan pendekatan konsep free flowing football iaitu permainan memerlukan kecairan dalam membentuk serangan.Pada permulaan beliau,Ah Hoe mahukan intensiti pasukan Kedah dalam winning possession kerana baginya pasukan yang mempunyai possession lebih berupaya memecah kubu lawan.Idea ini diterapkan menerusi susunan 4-2-3-1 dan berjaya.Namun permulaan hambar 2016 menyaksikan Kedah gagal mencari seorang targetman yang baik.Pendekatan wing attackers penetrate halfspace diguna pakai dan tactical tweaks kepada konsep formasi 4-4-2 membuahkan hasil sehingga Kedah juara Piala Malaysia 2016.

Gambaran Taktikal Ah Hoe
4-2-3-1
- Meletakkan 2 CB menerusi gandingan ball winner dan ball playing sebagai teraju dan dibantu 2 offensive fullback.Wing attackers menerusi sistem modern bukanya side midfielder orthodox.2 pivot berkembar (NO6 dan NO8) dan seorang pemain NO10 modern dibelakang penyerang NO9.Sistem ini mahukan penguasaan dominasi di zon 14 sebagai key area.

4-4-2
- Meletakkan 2 CB masih sama iaitu ball winner dan ball playing dan 2 offensive fullback.2 pemain NO8 berkembar bersama wing attackers juga dalam sistem modern.Di upfront line,meletakkan seorang false 9/poacher dan seorang decoy atau dummy.Wide area adalah strategi titik fokal serangan utama.

N/A PHILOSOPHY TACTICAL
- Nidzam Adzha pada mulanya dilihat meneruskan acuan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe namun dalam perlawanan pertama beliau sudah berani keluar dari falsafah Ah Hoe.Imbas kembali separuh akhir pertama menentang Terengganu,ketika Kedah buntu mencari gol,Nidzam melakukan tweaks kepada 4-4-1-1 counter fast attack.Ia berhasil biarpun hanya 1 gol.Percaturan beliau untuk overloaded kawasan blok rendah lawan sangat baik.Pendekatan possession diketepikan dan direct passing diterapkan untuk membentuk connection dibahagian atas.Kedah menekan Terengganu bertalu-talu sehingga membuahkan hasil.Ia juga berjaya pada separuh akhir kedua.Cuma pada perlawanan akhir Nidzam mahukan Kedah lebih kompak dalam sistem pertahanan dan menerapkan defensive mode lebih awal.Ianya mungkin faktor perlawanan akhir (Menang atau anda kehilangan segalanya).N/A kini mula mempunyai vision tersendiri dengan pendekatan 4-1-4-1 dan ia tampak berhasil dengan meledak 7 gol tanpa sebarang bolos.

Gambaran Taktikal N/A
- 4-2-3-1
Meletakkan 2 CB masih beroperasi sama iaitu ball winner dan ball playing dan 2 offensive fullback.N/A masih meletakkan sistem NO6 dan NO8 sebagai teraju circle middle.Dibawah N/A,Sandro lebih efektif menerusi sistem klasik NO10.Klasik NO10 atau enghanche tidak memerlukan seorang pacey player sebaliknya kesegeraan release bola dengan secepat mungkin.Sistem poacher masih sinonim bersama Kedah dan adakalanya menukar False 9 mengikut kesesuaian taktik.Sama seperti Ah Hoe,N/A mahukan dominasi di zon 14.

- 4-1-4-1
Ia antara sistem attacking ofensif berani dari N/A.Meletakkan lone pivot yang akan sentiasa retain possession beliau sambil shielding kepada 2 Box To Box gandingan Liridon/Sandro untuk tampak lebih segar.Tiada bebanan pada sistem NO8 seperti sebelum ini.Dibawah 4-1-4-1 ini,N/A gemarkan seorang penyerang memiliki kemampuan memenangi penguasaan bola dan kedalam (deeper) berbanding sistem NO 9 biasa.Ia boleh kepada False 9 atau Decoy NO9 atau Trequartista.Yang penting hold,create the space.

PERCENTAGE PERFORMANCE
Ah Hoe telah melalui 15 perlawanan pada 2017 dan rekod keseluruhan adalah 106 perlawanan dengan 56 menang,24 seri dan 26 tewas.

2017
Jumlah Perlawanan - 15
Menang - 8 perlawanan
Seri - 5 perlawanan
Kalah - 2 perlawanan
Rekod Tanpa Kalah - 23 perlawanan
Jumlah Gol - 32 gol
Jumlah Bolos - 20 gol
Kejayaan - Piala Liga Perdana,Piala Malaysia,Piala Sumbangsih

Nidzam pula melalui 8 perlawanan setakat ini sebagai tempoh era beliau.

2017
Jumlah Perlawanan - 8
Menang - 6
Seri - 1
Kalah - 1
Rekod Tanpa Kalah - 5 perlawanan
Jumlah Gol - 23 gol
Jumlah Bolos - 9 gol
Kejayaan - Piala FA

CONCLUSION
- Penulis menekankan ia hanyalah satu comparasion untuk kita lihat dari sudut contribution mereka kepada pasukan dan bukanlah melihat siapa lebih baik.Kedua dua memiliki vision serta philosophy tersendiri dan sebagai peminat kita sentiasa menyokong apa jua kebaikan kepada pasukan Kedah khususnya.

Sabtu, 8 Julai 2017

10 STREET MOVES LIRIDON KRASNIQI | RAJA RABONA MALAYSIA

MAESTRO OF DARULAMAN | RAJA RABONA DI MALAYSIA

Sejak menyertai Kedah pada April 2015,Liridon Krasniqi telah menghasilkan 24 assist serta meledak 23 gol setakat ini.Jelas rekod tersebut menunjukkan kehebatan beliau dalam menjadi arkitek pasukan Kedah.Sentiasa menyajikan aksi skillful beliau diatas padang seperti gerakan 'street moves',beliau pantas menjadi idola buat peminat bola sepak di Malaysia.

Beraksi sebagai tonggak tengah Helang Merah,aksi beliau sentiasa menjadi perhatian melalui gerakan memukau diatas padang.Tak hairan jika apa beliau lakukan sepantas kilat menjadi trending atau viral di Malaysia.Sebagai NO8 dalam sistem bernombor atas padang,kualiti yang ada pada Mat Don jelas banyak membantu Kedah dalam beberapa musim kebelakangan ini.

KEJUARAAN DIMILIKI
Sejak sertai Kedah juga,Liridon memenangi 4 trofi dalam karier beliau selain 1 award individual menerusi Pemain Import Popular 2016.

- Piala Liga Premier 2015
- Piala Malaysia 2016
- Piala Sumbangsih 2017
- Piala FA 2017

Selain terkenal gerakan memukau rabona,Liridon turut pernah melakukan 10 trick dalam permainan beliau.Jom kita imbas 10 gerakan menarik beliau pertontonkan kepada kita

10 GERAKAN SKILL INDIVIDU LIRIDON
- Rabona
- Nutmeg
- Rainbow Flick
- Flip Flap
- Sombrerito Flick
- Backheel pass
- No look pass
- Step over
- The Roulette
- The Cruyff turn

ANALISIS STATISTIK KEDAH SETAKAT INI | GOALSCORERS DAN ASSIST

Pasukan Kedah telah merekodkan 55 gol setakat ini dalam keseluruhan 23 perlawanan musim 2017.14 perlawanan membabitkan Liga Super,7 perlawanan Piala FA dan 2 perlawanan Piala Malaysia (sehingga setakat ini).Penulis kami Don Krul Izham membuat analisis statistik pasukan Kedah setakat ini untuk goalscorers dan assist.6 fakta nombor patut anda tahu.Liga Super (29 gol) diikuti Piala FA (19 gol) dan Piala Malaysia (7 gol).

FAKTA 55 GOL
Seramai 9 pemain berbeza Kedah terlibat dalam penghasilan kesemua gol Kedah sehingga kini (selain 3 gol sendiri pihak lawan).Ini senarai pecahan Goalscorers pasukan Kedah menghasilkan 55 gol.

Ken Ilso Larsen - 15 Gol
Sandro Mendonca - 9 Gol
Baddrol Bakhtiar - 8 Gol
Liridon Krasniqi - 6 Gol
Syafiq Ahmad - 5 Gol
Farhan Roslan - 4 Gol
Fitri Omar - 2 Gol
Zac Anderson - 2 Gol
Syazwan Zainon - 1 Gol
*Gol Sendiri - 3 Gol
----------------------------------------------------------------------
FAKTA 38 ASSIST
Seramai 13 pemain berbeza Kedah terlibat dalam penghasilan bantuan gol atau assist untuk gol pasukan Kedah.Ini senarai ranking assist dicatatkan.

Liridon Krasniqi - 9 Assist
Sandro Mendonca - 6 Assist
Syafiq Ahmad - 5 Assist
Ken Ilso Larsen - 3 Assist
Syazwan Zainon - 3 Assist
Fitri Omar - 3 Assist
Baddrol Bakhtiar - 2 Assist
Fakri Saarani - 2 Assist
Zac Anderson - 1 Assist
Abd Halim Saari - 1 Assist
Rizal Ghazali - 1 Assist
Ariff Farhan Isa - 1 Assist
Farhan Roslan - 1 Assist
----------------------------------------------------------------------
FAKTA 3 FREEKICK
3 pemain menjaringkan gol menerusi direct-freekick atau sepakan percuma.

Sandro Mendonca - vs Selangor
Baddrol Bakhtiar - vs Perak
Fitri Omar - vs Pknp
----------------------------------------------------------------------
FAKTA 3 PENALTI
Kedah menghasilkan 3 Gol menerusi sepakan penalti.

Baddrol Bakhtiar - vs Kelantan
Sandro Mendonca - vs Pkns
Liridon Krasniqi - vs Pknp
-----------------------------------------------------------------------
FAKTA 3 GOL SENDIRI
3 pemain pelawat menghasilkan jaringan sendiri untuk pasukan Kedah (own goal)

vs Kuala Lumpur (Piala FA)
vs Pknp (Piala FA)
vs Uitm Fc (Piala Malaysia)
-----------------------------------------------------------------------
FAKTA 8 GOL PADANG
Seramai 6 pemain berbeza Kedah telah menghasilkan gol padang.Gol ini tidak hadir menerusi bantuan gol sebaliknya dikira effort pemain itu.

Syafiq Ahmad - 2 gol padang
Sandro Mendonca - 2 gol padang
Liridon Krasniqi - 1 gol padang
Ken Ilso Larsen - 1 gol padang
Zac Anderson - 1 gol padang
Fitri Omar - 1 gol padang
_________________________________________
KESIMPULAN
Kedah menghasilkan 55 gol dalam 3 pertandingan berbeza melalui 38 bantuan gol,3 sepakan percuma,3 sepakan penalti,3 gol sendiri dan 8 gol menerusi bola padang.

Khamis, 6 Julai 2017

PREVIU PERLAWANAN PIALA MALAYSIA | UITM FC vs KEDAH FA

Perlawanan ke-2 Piala Malaysia 2017 akan berlangsung malam esok di Uitm Stadium.Kedudukan terkini carta kumpulan C memyaksikan Kedah ditangga kedua selepas menang 2-0 keatas Melaka United manakala Uitm ditangga ke-4 selepas tewas 1-3 kepada Kelantan.Ikuti sedikit previu perlawanan disediakan oleh penulis kami.
_________________________________________
Kedah dan Uitm FC pernah berentap sebanyak 6 perlawanan sebelum ini back to back ketika Kedah disaingan Liga Premier lalu.Bermula 2013 sehingga 2015,Kedah merekodkan 3 menang dan 3 seri keatas pasukan The Lions ini.Namun 2017 merupakan cabaran baru buat kedua-dua pasukan.Kedah selaku juara bertahan Piala Malaysia dan telah memenangi 2 kejuaraan musim ini (Piala Sumbangsih dan Piala FA) manakala Uitm FC boleh berbangga pasukan universiti pertama bertanding disaingan berprestij ini menerusi tiket 5 kedudukan terbaik Liga Premier.

KEDAH NEWS
- Pasukan Kedah pasti menyambut baik dengan berita kehadiran semula 3 tonggak utama Helang Merah dalam misi memburu 3 mata dilaman lawan.Ken Ilso,Zac Anderson dan Rizal Ghazali dikatakan cergas untuk pertemuan ini.Nidzam Adha turut mengekalkan 5 pemain Malaysia B22 untuk sementara bagi menjalani 2 lagi pertemuaan iaitu menentang Uitm (esok) dan Melaka (11 Julai) sebelum melepaskan mereka.

UITM NEWS
- Pasukan ini tidak dijangka melepasi qualified pada mulanya namun membuktikan kesungguhan mereka dalam memberi cabaran musim ini.Mengekalkan konsep dengan beberapa pemain terdiri daripada pelajar Uitm sendiri,skuad Tha Lions turut diperkuatkan tenaga import musim 2017.Kehadiran Akani Wasiu dan Do Dang Hyun dilihat senjata ampuh mereka dan fakta pasukan Uitm musim ini adalah mereka pasukan paling banyak menjaringkan gol di Liga Premier dengan 31gol setakat ini.
_________________________________________
FORM GUIDE (5 PERLAWANAN TERAKHIR)
Kedah
Menang-Menang-Menang-Kalah-Menang

Uitm
Seri-Menang-Kalah-Kalah-Kalah
_________________________________________
PEMAIN TUMPUAN
- Sandro merupakan pemain paling perform setakat ini untuk Kedah.Baik dalam formasi 4-2-3-1 atau 4-1-4-1,kelibat beliau memberi banyak masalah kepada lawan menerusi skill dan teknik.Gemar bergerak menerusi triangular movement dan switching gameplan kepada lebih ofensif.
- Akari Wasiu adalah complete forward untuk Uitm FC.Pantas,bijak mengelecek serta berkekuatan diudara (aerial challenge).Terbukti dengan ledakan 14 gol musim ini.
_________________________________________
HEAD TO HEAD

Kedah 3-1 Uitm
Uitm 2-2 Kedah
Kedah 1-1 Uitm
Uitm 1-3 Kedah
Kedah 1-1 Uitm
Uitm 0-2 Kedah

Selasa, 4 Julai 2017

LAPORAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA | KEDAH LANGKAH KANAN MISI PERTAHAN GELARAN

Perlawanan pertama Piala Malaysia 2017 berlangsung malam tadi menyaksikan Kedah bangkit melupakan kekalahan lalu dengan membenam cabaran Melaka United 2-0 di Darulaman.Ikuti sorotan laporan perlawanan disediakan.
_________________________________________
KEDAH TWEAKS 4-1-4-1,MELAKA TERAP DIRECT ATTACKS
Persembahan Kedah jauh berbeza berbanding perlawanan lalu terutama dengan kembalinya tonggak Baddrol Bakhtiar kedalam skuad.

Percaturan Taktikal
Nidzam Adha meletakkan Syafiq Ahmad sebagai teraju utama upfront line memberi lebih variasi terutama one two touch di final third.Kembalinya Badd menyaksikan beliau berpasangan bersama Syazwan Zainon sebagai wingers.Sandro dan Liridon diarahkan bermain box to box sementara Amirul Hisyam sebagai lone pivot shielding kepada mereka berdua.Ariff Farhan Isa disenaraikan sebagai bek sisi ofensif berikutan aksi mantap tempoh hari.Kedah menukar sistem formasi 4-2-3-1 kepada 4-1-4-1.

Kedah memulakan permainan dengan pace yang tinggi menerusi serangan out wide.2 Box To Box,Sandro dan Liridon sangat cemerlang ketika circulation middle third menyaksikan cabaran Melaka meletakkan Joon (DM) terkapai kapai menahan asakan.Menerusi pacey winger Syazwan,Kedah beberapa kali memecahkan blok rendah pelawat namun dikecewakan penyudah kurang komunikasi satu sama lain sehingga ledakan Sandro meletakkan Kedah didepan.

Pada perlawanan kali ini juga,kita dapat melihat selain pergerakkan out wide attack,Kedah lebih berdisplin ketika bertahan menerusi shielding yang dilakukan wingers ketika Kedah hilang penguasaan.Itulah pendapat penulis mengatakan "trackback dan defensive by units".Tak lupa ketangkasan Syawal Nordin bersama Khairul Helmi dalam menangani penyerang lawan Simic yang bertindak sebagai targetman dalam sistem 4-1-2-2-1.Mereka cemerlang dalam melakukan 3 perkara

interception
aerial challenge
offside trap
-----------------------------------------------------------------------
KEDAH KEKAL POSSESSION, MELAKA TWEAKS 4-4-2
Kali ini Nidzam Adha tidak mengaktifkan defensive mode sekalipun mendahului.Gol Baddrol merupakan gol mematahkan semangat lawan yang tepat masanya terutama selepas pelawat memasukkan 2 pemain baru.Deretan peluang dicipta namun Kedah agak lemah dalam finishing terutama mischance oleh Liridon.Syafiq Ahmad turut mempamerkan aksi agak baik sebagai dummy runner dengan kerap memberi bantuan selain mengucar-kacirkan pertahanan lawan yang tidak kompak.Sandro dilihat telah mencapai prestasi kemuncak dengan kekuatan fizikal dan tiada lagi isu fitness.
=================================
Kemenangan ini memberikan Kedah motivasi penting terutama selepas dikejutkan Perak tempoh hari.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Sandro Mendonca

Isnin, 3 Julai 2017

PREVIU PERLAWANAN PIALA MALAYSIA | KEDAH vs MELAKA UNITED

Piala Malaysia 2017 membuka tirai malam ini menyaksikan Kedah selaku juara bertahan akan melayan kunjungan Melaka United di Stadium Darulaman.Ikuti previu disediakan.
---------------------------------------------------------------------
NEWS
Kedah berkemungkinan mendapat kembali beberapa khidmat pemain utama selepas Baddrol Bakhtiar,Zac Anderson, Khairul Helmi dan Farhan Roslan kesemuanya turun jalani latihan secara penuh kecuali Ken Ilso dan Rizal Ghazali.Abd Halim Saari kekal diketepikan ekoran kecederaan panjang.

Melaka United membuat tranformasi besar besaran dengan pengambilan 8 pemain baru dengan 5 pemain tempatan dan 3 pemain import.Mencatat beberapa keputusan positif dalam siri persahabatan,Melaka United mencatat seri dalam perlawanan terbaru menentang Pkns di Shah Alam.
-----------------------------------------------------------------------
FORM GUIDE LAST 5 PREVIOUS
Kedah merekodkan

Seri-Menang-Menang-Menang-Kalah

Melaka merekodkan 

Seri-Seri-Seri-Kalah-Seri
-----------------------------------------------------------------------
HEAD TO HEAD

Kedah merekodkan 5 kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir bertemu Melaka United.Kedah menjaringkan 18 gol tanpa melepaskan sebarang gol.

Sabtu, 1 Julai 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER 14 | DEFENSIVE ERROR BUAT KEDAH TEWAS

Selepas rehat 6 minggu,aksi Liga Super 14 berlangsung malam tadi dan Kedah tewas 2-3 kepada Perak di Darulaman.Ia kekalahan pertama Kedah di Darulaman musim ini.

PERMULAAN
- Kem Kedah diaelubungi tempang apabila krisis kecederaan menghantui beberapa tonggak utama.Tiada Zac Anderson, Ken Ilso,Baddrol Bakhtiar dan kecederaan lewat Rizal Ghazali menambah derita Kedah selepas kehilangan Farhan Roslan dan Abd Halim Saari sebelum ini.Kedah membariskan formasi 4-2-3-1
- Bagi Perak,mereka menurunkan kesebelasan terbaik termasuk 2 pemain import baru iaitu Gilberto Filho dan Leandro dalam formasi 4-4-2.
----------------------------------------------------------------------
30 MINIT 0-1
Ketika gol dijaringkan,Kedah hanya beraksi dengan 10 pemain selepas Khairul Helmi dikeluarkan kecederaan namun ia bukan alasan untuk kita menutup aksi longlai pertahanan.Defensive error dari minit pertama lagi dan memaksa Ifwat melakukan beberapa saves sebelum tewas pada minit ke-30.Ia bukan mengenai silly errors oleh Syazwan Tajudin yang tergelincir namun kebocoran left space yang ketara.3,4 kali pemain sayap Nasir Basharuddin melepasi bek sisi kiri Kedah sebelum sentuhan minit ke-30 menghasilkan gol.

0-2 KEDAH TERUS ALPA
Perak menghukum lagi kelalaian benteng pertahanan menerusi gol kedua.Kedah membuka ruang sangat besar diantara DM dan 2 CB selain tiada shielding oleh wingers kepada 2 pertahanan memudahkan Perak mengatur serangan.Begitu banyak hantaran through ball menyelusup masuk ke blok rendah pasukan Kedah.Tiada komunikasi baik diantara Syawal bersama Syazwan Tajuddin yang bermainan garisan tinggi.
--------------------------------------------------------------------
HILANG KAREKTER
Sekali lagi percaturan Kedah mengundang risiko ketika CB out DM in.DM asal Akram ditolak ke RB manakala RB asal ke CB.Kedah kehilangan karekter (lost character) pada posisi fkanker.Tiada kombinasi baik juga winger dan bek sisi dalam membentuk serangan out wide iaitu sisi serangan kekuatan Kedah.2 assist tercipta untuk Kedah menerusi 2 hantaran lintang yang baik sayangnya Fakri gagal menterjemahkan aksi baik.Positioning beliau totally out.
________________________________________
KEDAH BANGKIT 2 KALI
Ketika Sandro dan Liridon Krasniqi bangkit mengejar kedudukan,Kedah menampakkan semangat luar biasa.Hardworking kedua² mereka gagal diterjemahkan pemain muda bersama untuk mengikat Perak.Pujian juga harus diberikan kepada Ariff Farhan serta Akhyar Rashid yang tampil agak baik sebagai substitute.

Kehilangan beberapa tonggak utama sangat menjejaskan rentak pasukan Kedah namun dari sudut taktikal,Kedah perlu lebih aggresif terutama bertemu pasukan high-pressing seperti Perak.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Sandro Mendonca