Khamis, 29 Jun 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER KE-14 | KEDAH vs PERAK

Perlawanan Liga Super kembali Sabtu ini dengan Kedah akan melayan kunjungan Perak dalam aksi ke-14 Liga Super 2017.Jom kita lihat sedikit previu menjelang sepak mula.
_________________________________________

MID SEASON BREAK
Kedua-dua pasukan telah berehat selama sebulan dan telah menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan.Ini keputusan friendly match kedua-dua pasukan

KEDAH - 2 perlawanan dengan 1 kemenangan dan 1 seri.

PERAK - 5 perlawanan dengan menang kesemuanya.

TEAM NEWS
KEDAH
- Helang Merah adalah satu-satunya pasukan yang tidak membuat perubahan pada pintu perpindahan kedua lalu.Kedah sebaliknya hanya memanggil 4 pemain dari skuad Presiden Kedah untuk menjalani latihan bersama pasukan utama.Beberapa tonggak juga pulih dan cergas kecuali kondisi Farhan Roslan (50/50) dan Abd Halim Saari (ACL).

PERAK
- Perak aktif dalam pasaran kedua ini.Mehmet kembali mendapat khidmat Leandro Santos iaitu bekas pemenang Piala Malaysia 2015 bersamanya di Selangor.Menyertai tonggak tengah itu adalah seorang lagi bekas pemain Liga Super Kelantan dan Sarawak iaitu Gilmar Da Silva sebagai penyerang. ________________________________________

FORM GUIDE
KEDAH
- Juara Piala FA ini semakin serasi dengan corak caretaker iaitu Coach Nidzam dalam beberapa siri perlawanan sebelum rehat.Kedah dalam momentum terbaik jika prestasi semasa diambil kira.Kehadiran beberapa tonggak utama seperti Amirul Hisyam,Fakri Saarani,Ariff Farhan Md Isa dijangka melengkapkan pasukan Kedah yang mempunyai depthness serba lengkap.

- Menang-Seri-Menang-Menang-Menang

PERAK
- Perak masih dalam proses experiment dalam kajian taktikal mereka.Dengan kemasukan Gilmar sebagai targetman dan Leandro sebagai NO8,Mehmet dijangka mengekuatkan sistem tengah pasukan dengan cubaan merantai pergerakkan arkitek Kedah iaitu Liridon Krasniqi.Perak mencatat 5 menang dalan 5 aksi persahabatan dan ini pula 5 perlawanan akhir Liga Super mereka.

- Seri-Kalah-Seri-Seri-Seri
________________________________________

PERTEMBUNGAN 2017
Menerusi 2 perlawanan,Kedah ternyata pasukan lebih dominan keatas Perak diatas kertas.Dalam kedua-dua perlawanan di Ipoh,Kedah mencatat 1 menang dan 1 seri dengan jaringan 3 gol keatas Perak manakala Perak tewas 1 dan seri 1 dengan jaringan 1 gol keatas Kedah.

Piala FA Pusingan Ke-3
Perak 0 Kedah 2
Liga Super
Perak 1 Kedah 1

Perlawanan kali ini mungkin sedikit berbeza dari percaturan taktikal Mehmet Durokovic selepas 2 pertemuan gagal mencatat kemenangan.Bagi Kedah,kejayaan menjuarai Piala FA adalah tonik terbaik untuk sepak mula pusingan ke-2 Liga Super dan bermulanya misi mempertahankan Piala Malaysia 2017.