Isnin, 29 Mei 2017

REPOST ARTICLE | DEFINISI WINGBACK DAN DEFENSIVE WINGER

Wingback dan Defensive Winger adalah 2 peranan yang persis serupa namun berlainan identiti.Dalam artikel ini,penulis mengambil contoh situasi di Premier League untuk kita melihat perbezaan dua posisi ini.

1) Wingback - Ia adalah kegunaan dari pecahan sistem formasi 3-5-2 pada era 1980an dahulu dan poular masa kini dan ia berhasil kecuali berhadapan taktik biasan.Selalunya setiap pasukan yang menggunakan wingback kerana mereka punyai wingback sejati.Wingback sejati adalah sangat berbeza fungsinya dari bek sisi ofensif iaitu fullback (sideback).Tempat operasi adalah di wide area.

Kelemahan ketara apabila wingback kehilangan structure,gap besar dan lawan akan tekan melalui situasi itu.Wingback lebih fluid dan jika anda melihat persembahan Moses dan Alonso di Chelsea,mereka banyak memberi bantuan ketika serangan mahupun bertahan.Ketika Chelsea menentang Spurs dan tewas 2-0,kedua-dua wingback 'keletihan' kerana beberapa faktor

1)Taktik Biasan Lawan.
2)Kekurangan bantuan sebab Pivot juga dirantai.
3) Defensive Third terancam.

Namun jika berhadapan lawan cenderung menggunakan back 4,Chelsea tiada masalah kerana pada dasarnya Chelsea memiliki kelebihan ketika memberi pressuring (5 ketika bertahan) dan (4 ketika ditengah).Chelsea diambil contoh kerana mereka adalah JUARA Liga Perdana Inggeris 2017.

2)Defensive Winger - Lama benar tidak mendengar istilah ini.Sir Alex Ferguson pernah menggunakan Park Jing Sung di Manchester United untuk posisi ini.Ia lebih fluidity berbanding side midfielder orthodox ala-ala David Beckham.Tempat operasi mereka seakan wingback namun sedikit deep sedikit berbanding wingback.

Mereka akan digerapkan kesuluruh padang.Mereka akan berada dalam kotak penalti jika diserang dan cover ketengah ketika midfield naik.Mereka juga akan melancarkan serangan lebih kerap.Secara basic ia seakan wingback namun mereka lebih efektif sebenarnya.Mereka memerlukan work rate sangat tinggi kerana tugas utama mereka adalah "perlindungan" baik ketika serangan atau bertahan.Manchester United era Alex Ferguson adalah pasukan yang BRRJAYA dalam pratikkan sistem Defensive Winger.

Ia sedikit kupasan perbezeaan Wingback dan Defensive Winger.

TRIVIA : Brazil digelar kuasa besar bola sepak ketika praktikkan defensive winger era 70an dahulu.

REPOST ARTICLE | SWEEPER KEEPER

APA YANG DIMAKSUDKAN SWEEPER KEEPER

SWEEPER-KEEPER | TEKNIK PENJAGA GOL YANG PENONTON TIDAK SEDAR

Anda mengenali Manuer Neuer?penjaga gol hebat Germany dan FC Bayern Munich?yang sudah memenangi pelbagai kejuaraan samaada Liga Domestik (Bundesliga),Uefa Champions League,DFB-Pokal,World Cup.Apa yang menarik tentang dia?dia hanyalah penjaga gol sahaja bukan?luangkan masa anda 2 minit untuk membaca dibawah 👇

Manuel Neuer merupakan GK no 1 terbaik didunia ketika ini.Mengapa beliau dianggap terbaik?mari kita melihat game style "style of play" beliau.Neuer merupakan contoh terbaik "Sweeper-Keeper".

BIOGRAFI SWEEPER-KEEPER
Pada era 1950an,penjaga gol Hungarian Gyula Grosisc antara penjaga gol terawal dalam sejarah sebagai Sweeper-Keeper.Beliau lebih gemar melakukan hantaran dari kawasan dalam dari melakukan sepakan terus ke upfield.Baginya memulakan hantaran bermula dari bawah lebih tepat.Penyerang hebat Hungary ketika itu,Ferenc Puskas juga turun kebawah untuk mengutip bola dari hantaran Grosisc sebelum mengatur plan.Seorang GK perlu mempunyai beberapa kelengkapan seperti :-

1)Memahami Plan/Taktikal

2)Tenang dan Komunikasi

3)Stamina

4)Yakin Dalam Membendung Situasi

5)Latihan Kawalan

PERANAN SWEEPER KEEPER
Berbalik kepada Neuer dan Sweeper-Keeper.Sweeper-Keeper bermaksud seorang penjaga gol + sweeper (seorang pertahanan terakhir).Beliau juga termasuk dalam plan taktikal pasukan.Mereka akan lebih fluid berada dibelakang barisan pertahanan.Erti kata lain beliau menjadi pertahanan ke-5 pasukan beliau.Neuer adalah GK yang mempunyai kelebihan dalam kawalan bola,dribble dan mampu menjadi seorang "permulaan" kepada sesuatu serangan (distribution).Sweeper-Keeper seseorang yang terlibat dalam serangan,menerima bola dan melakukan hantaran melepasi 'outside' kawasan 18 yards.

Perkara biasa jika anda melihat Neuer keluar dari zon selesa beliau (comfort zone) iaitu keluar dari garisan depan gol beliau (6 yards) dan bergegas menghalang mana-mana penyerang yang berjaya melepasi perangkap offside (offside trap).Sweeper-Keeper sentiasa berlegar perkarangan itu dan juga akan cuba menyapu ancaman,mengekalkan possession,melakukan hantaran ke halfway line (center cricle) atau "diagonal passes".

NEUER CONTOH TERBAIK
Pada World Cup 2010,Neuer mencipta 1 assist kepada Miroslav Klose untuk gol menentang England dan pada World Cup 2014,Neuer melengkapkan 244 passes.Untuk menjadi Sweeper-Keeper bukanlah satu perkara mudah dan ia juga bukan sekadar gimik persembahan diatas padang.Melihat Neuer diposisi tengah padang ketika pasukan beliau menyerang,beliau sebenarnya termasuk dalam plan atau strategi.Tak menghairankan beliau pernah berkata beliau mungkin boleh beraksi sebagai Center-Back di Division 3 dengan kebolehan unik beliau.

Salah satu punca kenapa Libero atau Sweeper (Stopper) sudah tidak diperlukan dalam bola sepak moden.Dengan keberkesanan dalam penggunaan Sweeper-Keeper ini,pasukan akan memiliki bukan 10 tetapi 11 pemain diatas padang.

REPOST ARTICLE | DEFINISI TREQUARTISTA

TREQUARTISTA FANTASISTA (10 IS THE MAGIC NUMBER )
Seperti namanya trequartista atau fantasista yang diambil dari bahasa ITALIAN yang secara asasnya bererti 'Three-Quarter' bermaksud adalah seorang pemain yang dilabel sebagai trequartista bertugas tepat berada dibelakang striker.Mengapa menggunakan bahasa Italy?kerana pemain jenis ini sering digunakan oleh pasukan-pasukan dari negara Azzurri.

FORMASI UNTUK TREQUARTISTA
Modus operasi yang sering digunakan trequartista adalah pada formasi 4-4-2 (diamond) dan 4-3-1-2 dimana 1 role adalah trequartista.Mengenai kenapa pada tajuk diatas penulis meletakkan "10 is The Magic Number" kerana kebiasanya seorang trequartista biasanya menggunakan number 10.

CONTOH TREQUARTISTA
Italy merupakan pengasas lahirnya trequartista.Mereka melahirkan beberapa bintang yang menyinar menjadi seorang trequartista.Lahirnya bintang seperti Roberto Baggio,Alesandro Del Pierro,dan Francisco Totti.Portugal dan Brazil juga pernah melahirkan trequartista seperti Rui Costa (Portugal) dan Kaka (Brazil).Pada era sepak bola moden kini,sukar ditemui pemain yang boleh menjadi seorang trequartista sejati kerana kebanyakan pasukan menggunakan formasi 4-2-3-1.Formasi ini telah melahirkan attacking midfielder versi moden yang lebih dikenali "Role No10" dan juga formasi 4-3-3 sekarang ini yang popular dengan False9.Apa itu False9?penulis akan bahas diartikel selanjutnya.

PERBEZAAN TREQUARTISTA DENGAN PLAYMAKER,FALSE9 ATAU SECOND STRIKER
Secara umumnya trequartista mempunyai beberapa perbezaan dari playmaker, false 9 atau second striker (segunda punta).Syarat untuk menjadi seorang trequartista adalah memiliki kemampuan visi yang sangat baik,bijak mengendalikan dan mengatur permainan seperti seorang playmaker tapi yang membezakan adalah trequartista memiliki kebolehan meledak gol dan lebih bebas dan berubah (Freedom and Fluid) bergerak di area ‘three quarter’.Jadi trequartista boleh beraksi sebagai playmaker dalam pasukan tetapi seorang playmaker (role no10) tidak dapat menjadi seorang trequartista.Contohnya Kaka(trequartista) dan Mesut Ozil (Playmaker).Anda melihat kenapa Kaka tidak bersinar di Real Madrid ,kerana Madrid lebih memakai formasi 4-2-3-1  dengan seorang playmaker yang berada dibelakang penyerang diapit dua winger.Apakah trequartista tidak boleh dipadankan dengan seorang playmaker? jawapannya boleh.Contoh AC Milan era Carlo Ancelotti dengan formasi 4-4-2 diamond(4-1-2-1-2) dengan Andre Pirlo sebagai deep-lying playmaker Seedorf sebagai klasik playmaker bersama Genarro Gattuso serta Kaka/Rui Costa sebagai trequartista.Seorang trequartista mahupun false 9 sama-sama harus memiliki kemahiran menjaringkan gol yang baik seperti seorang penyerang.
Perkara yang membezakan diantara trequartista dan penyerang kedua pula (Shadow) adalah trequartista boleh bertukar menjadi seorang playmaker.Contoh disini antara Del Piero (trequartista) dengan Neymar/Robinho sebagai (Second striker).

1 PASUKAN MILIKI 2 TREQUARTISTA
Jika ditanya apakah mungkin dalam satu pasukan mempunyai DUA trequartista? jawapanya ADA.Pasukan Italy pada saat Totti,Cassano dan Del Piero ada dalam satu pasukan.Ketika itu mereka lebih sering bergantian.Jika Totti memulakan maka Del Piero diletakkan substitute kecuali salah satu dari mereka ada yang diberi tugas sebagai playmaker atau second striker.Begitu pentingnya trequartista dalam satu pasukan suatu ketika dahulu tetapi diera moden peranan trequartista seolah olah tenggelam.Mungkin dipengaruhi oleh trend formasi pasukan yang lebih sering menggunakan formasi balance seperti 4-2-3-1 dan 4-3-3.

KELEMAHAN TREQUARTISTA
Disebalik kekuatan dan kemahiran juga terdapat kelemahan pasukan yang menggunakan trequartista.Ia adalah kerana pasukan lawan (opponent) akan menjadi trequartista target utama untuk dimatikan.Jika seorang trequartista tidak dapat menjalankan tugas beliau dengan baik,permainan pasukan tidak akan berjalan seperti diharapakan.

TREQUARTISTA adalah satu magic yang semakin pupus dizaman bolasepak moden.Keberanian Pep Guardiola membentuk Lionel Messi kembali menjadikan trequartista kembali dikenali.Selain Messi contoh terbaik pernah kita melihat adalah Francesco Totti

Rabu, 24 Mei 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER KE 13 | HATRICK KEN BENAM TTEAM

Kedah menewaskan TTeam 3-0 dalam aksi ke-13 Liga Super malam tadi.Ketiga-tiga gol diledakkan Ken Ilso Larsen pada babak pertama perlawanan.Dengan kemenangan ini,Kedah mencatat 24 mata namun kekal ditangga ke-3 Liga.Berikut laporan perlawanan disediakan.

KEDAH
- Kedah menurunkan kesebelasan utama seperti perlawanan akhir lalu kecuali kemasukkan Syafiq Ahmad untuk Stazwan Zainon (injury).Nidzam meneruskan sistem utuh 4-2-3-1 dalam operasi pasukan.
TTEAM
- Dalam percubaan pasukan TTeam ini,Rahmad Dermawan mencuba formasi 3-4-3 dalam sistem kali ini.Dengan meletakkan 4 midfield dan 3 up frontline untuk menguasai middle third menerusi direct football.

KEDAH PADA TAHAP INTENSITI TINGGI,TTEAM OUT POSITIONING
- Babak 45 minit adalah cukup simple bagi Kedah menoktahkan kedudukan 3-0.Kedah seperti biasa akan setup build-up dari bawah dan kuncinya adalah Liridon Krasniqi.Bertemu lawan yang cuba adaptasi sistem agak baru memudahkan Kedah menguasai permainan.Kecairan wide Kedah banyak memberi masalah kepada sistem back-3 pelawat.Cubaan membentuk shape chain of 5 mereka berterabur terutama dibek sisi kanan mereka.Syafiq Ahmad mudah melakukan trickery menyusup masuk ke halfspace menerusi kombinsi bersama Sandro,mereka mencipta situasi 2v1 untuk isolated sistem bek bertiga lawan dan hanya 11 minit,Kedah didepan.Bermula dari arkitek pasukan Liridon,hantaran beliau kepada Ken yang bijak bermain wall passes bersama Syafiq sebelum 1 cutback disudahkan Ken Ilso.

Berbalik strategi TTeam yang mahukan kuasai middle third dan terapkan serangan menerusi wide,mereka jelas out of positioning.Mobiliti Wingback mereka berterabur dalam ofensif mahupun defensive. Ia jelas exposed sistem pertahanan bertiga mereka yang diasak bertalu-talu.

Minit ke-15 Kedah menambah gol menerusi Ken Ilso yang menerima hantaran tepat Sandro.Hanya tapping dilakukan untuk gol.Simple.Gerakan Liridon sekali lagi mengatasi 2 pivot lawan membuat hantaran kepada thirdman running Sandro sebelum beliau (Sandro) menerusi skillful beliau mengatasi pertahanan untuk assist kepada Ken.Gol ke-3 juga dari sudut sama,Syafiq meloloskan diri masuk ke halfspace sebelum lorongan kepada Ken Ilso.

Ken Ilso Larsen.Selain ledakan hatrick,apa yang mahu saya katakan adalah potensi gol scoring beliau.Tidak perlu space besar atau sudut lebih selesa,80% accuracy ledakan beliau tepat.

ISU SUBSTITUTE,KEDAH PERLU LEBIH PEKA
- Kedah membuat pertukaran double pada minit ke-67.Sebelum itu 1 pertukaran terpaksa dilakukan disebabkan kecederaan Ifwat Akmal.Ia jelas berisiko kerana permainan masih berbaki 30 minit.Kedah memasukkan Syazwan Tajudin dan Fakri Saarani sebagai fresh leg namun masih kekal dengan modus operandi yang sama.Kehilangan Ken Ilso pada minit 75 agak mendebarkan kerana Kedah diasak bertalu-talu sehingga wisel penamat.

Kedah berjaya memenangi perlawanan dengan intensiti serta pace permainan yang baik pada babak pertama.Ketajaman Ken Ilso adalah punishers kepada sistem ekperimen pelawat.

Selasa, 23 Mei 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER KE-13 | KEDAH vs TTEAM

Esok satu lagi perlawanan Liga Super akan berlangsung membabitkan Kedah melayan kunjungan TTeam untuk aksi ke-13 musim ini.Berikut previu perlawanan disediakan

KEDAH DI MOMENTUM TERBAIK
- Kedah kini kembali kelandasan terbaik mereka selepas meraih kejuaraan domestik kedua Sabtu lalu dengan membenam Pahang 3-2 untuk kejuaraan Piala FA.Selepas diambil alih oleh Nidzam Adha Yusuf,skuad Helang Merah ini tampil bergaya dengan menjaringkan 11 gol dalam 4 perlawanan dan bolos 6 gol.
TTEAM REHAT PANJANG
- Disebalik kejayaan Kedah di Piala FA,anak buah Rahmad Dermawan jelas mempunyai rehat yang cukup untuk berdepan Kedah.Kali terakhir mereka beraksi adalah pada 26 April lalu.Rumours mengatakan mereka semakin hampir melengkapkan perpindahan kedua ini dengan kembalinya Makan Kanote yang tidak disambung kontrak akibat kecederaan.

REKOD PERTEMUAN
- Kami imbas 5 perlawanan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan ini.

TTeam 5 Kedah 0
Kedah 0 TTeam 1
Kedah 1 TTeam 0
TTeam 0 Kedah 2
TTeam 4 Kedah 1

PRESTASI SEMASA
- Ini pula form guide atau prestasi semasa pasukan Kedah dan TTeam.
Kedah
- Seri-Menang-Seri-Menang-Menang

TTeam
- Kalah-Kalah-Seri-Menang-Menang

PEMAIN TUMPUAN
- Pertembungan menarik 2 pemain sayap iaitu Baddrol Bakhtiar dan Mohd Nor Hakim Hassan.Kedua-dua mereka telah mengumpul 5 gol dalam Liga Super namun secara keseluruhan Baddrol telah menjaringkan 7 gol musim ini.

Baddrol Bakhtiar | 29 Thn
- 7 gol
Norhakim Hassan | 25 Thn
- 5 gol

Mampukah Kedah membalas dendam kekalahan 0-5 lalu?menarik untuk disaksikan

Ahad, 21 Mei 2017

UBI KITA TUAI HASIL | KESABARAN KEDAH TUAI HASIL

UBI KITA TUAI HASIL | KESABARAN TUAI KEJAYAAN

Hanya kesetiaan Baddrol Bakhtiar mulanya jadi tonik kebangkitan Kedah.Dari skuad EMAS dulu,Badd,Keon dan Hadi saja yang STAY bersama.Kedah bukan pasukan KAYA untuk membina empayar menggunakan wang namun kita berupaya menuai hasil sedikit demi sedikit dari satu titik penjanaan semula.Bermula 2010-2013 pemain silih berganti sehingga 1 projek dibuat pada 2013 iaitu "Projek 3-5 Tahun Pasukan".Lahirlah beberapa permata baru dicungkil untuk projek itu.Mulanya agak TENAT biarpun di Liga Premier.Ia masih belum capai sasaran realistik namun beberapa pemain menunjukkan mereka layak ke step berikutnya.

Pemain Projek Fasa Satu | 2013-2014 | Bawah 23 Tahun
- Fiqry Mat Isa (Release)
- Syawal Abdullah (Sold)
- Hattapon Bun An (Sold)
- Wan Shukri (Sold)
- Wan Hussain (Unknown)
- Syamim Alif (Unknown)
- Khairul Ehsan (Unknown)
- Muhaimin Mohamad (Sold)
- Redzuan Ramlee (Unknown)
- Syazwan Zainon
- Rizal Ghazali
- Hanif Dzahir
- Syafiq Ahmad
- Farhan Roslan
- Syazwan Tajudin
- Osman Yusuf

Masuk part seterusnya dimana kita Champion Liga Premier 2015,Kedah meneruskan projek ke fasa berikutnya dengan extermination projek HM C dan Kedah sangat mendapat faedah dari sudut itu.Lahir generasi fasa kedua

Pemain Projek Fasa Kedua | 2015-2017 | Bawah 23 Tahun
- Farhan Abu Bakar
- Ifwat Akmal Che Kassim
- Asri Mardzuki
- Syawal Nordin
- Amirul Hisyam
- Ariff Farhan Mad Isa
- Raphi Azizan (Loan)
- Akhyar Rashid
- Syazuan Asyraf Mattew (Sold)

Apakah Hasilnya
- Kedah telah CHAMPION dalam beberapa siri kejuaraan Malaysia.Bermula dari bawah Liga Premier 2015,Kedah melengkapkan kabinet mereka setakat ini dengan Piala Malaysia 2016 diikuti Piala Sumbangsih 2017 dan Piala FA 2017.Cabaran dan liku sebahagian dari pementasan projek ini.Kehilangan KETUA PROJEK YB DSMM diikuti kehilangan pengasas METHOD Ramon Marcote kemudian kehilangan pula HEAD COACH Tan Cheng Hoe adalah asam garam dalam projek ini.

Sabtu, 20 Mei 2017

LAPORAN PERLAWANAN AKHIR PIALA FA | KEDAH JUARA PIALA FA 2017

Kedah akhirnya muncul juara Piala FA edisi ke-27 ini dengan menewaskan pasukan Pahang 3-2 dalam aksi mendebarkan di stadium Shah Alam malam tadi.Berikut laporan perlawanan

LINEUP PASUKAN
- Kedah tidak membuat perubahan dari senarai pemain ketika Separuh Akhir (2) lalu dengan mengekalkan 100% barisan yang sama.Dengan formasi 4-2-3-1 dari Nidzam Adha.
- Pahang membuat kejutan dengan menyenaraikan Yamil Romero pertama kali dalam kesebelasan utama.Dengan formasi 4-1-4-1 dari Dollah Salleh.

KEDAH BRILLIANT TEAMWORK,KIKO INSA BUAT PAHANG MERANA
- Kedah bermain baik pada babak pertama secara keseluruhan.Ada beberapa part pemain kelihatan agak gugup terutama Akram Mahinan dan beberapa pemain mudah kehilangan penguasaan bola.Erti kata lain Kedah pada fasa 10-15 pertama gagal mencari rentak sebenar.Selepas itu keadaan baik pulih dan KEDAH SETUP GAME PLAN
- Kedah bermula dengan sistem cut inside untuk penetrate halfspace yang dilihat sangat luas dibiarkan lawan.Liridon banyak shielding Sandro yang dilihat agak tight battle pada permulaan sebelum beliau menjadi extra susulan kad merah kepada Kiko.
- Pahang bermula dengan pressure dan pressing agak baik.Apabila Kedah menguasai bola,mereka segera menutup ruang dari berlaku through passes dari Kedah.Kiko Insa sebagai lone pivot (bersendirian sebagai NO6) ditugaskan KHAS man-marking Liridon namun pemain ini sangat mudah dimanipulasi dan insiden kad merah adalah jelas.Tiada sokongan kuat dari Syamim dan Romero buat beliau hilang radar (disconnection)
- GOL KEN ILSO menjadi pencetus kepada dominasi Kedah disetiap positioning selepas itu.Ia hasil mobiliti pasukan yang sering menukar arah dan kelancaran (fluiditi) pasukan yang berjaya memecah zon 14.Walaupun Kedah banyak mengunakan kepantasan raja sup sap Syazwan Zainon diwide area,beliau sangat buas malam tadi,GOL BADDROL hadir menerusi titik halfspace kegemaran beliau.Namun kelekaan dalam menangani clearance sekali lagi masalah Kedah dan hasilnya Pahang merapatkan jaringan GOL Woon untuk tamat babak pertama 2-1.

KEDAH AKTIF BERTAHAN,PAHANG YANG LUAR BIASA
- Ia agak sedikit mengejutkan apabila Kedah mengubah 100% mode dari balance kepada totally defending pada babak kedua.Ia mungkin ia adalah final namun debaran 45 minit sangat panjang dan terlalu awal.
- Bagi Pahang,nothing to loose dan mereka mengubah transisi 4-4-1 dengan baik sekali.Sumareh adalah titik serangan mereka.Lihat sahaja beliau mengatasi 2,3 pemain Kedah dan pemain Kedah terpaksa melakukan tactical fouls kepada beliau dek kepantasan beliau.
- Kedah cuba sebolehnya retain possession untuk mengaktifkan mode bertahan ini.Namun permainan fancy dan terapan positioning agak berterabur selain kesilapan mudah hilang bola menyebabkan lawan mengasak bertalu-talu.Ini salah satu sebab BUKAN MUDAH BERTAHAN dalam bola sepak.Anda perlukan unit sangat displin bukan mengharapkan PERTAHANAN sahaja clear that ball.
- Quick counter untuk GOL BADDROL pada fasa 60-75 minit permainan.Ternyata kemasukkan fresh leg Syafiq Ahmad mengubah tempo lesu Kedah untuk kembali bertenaga.Syafiq bijak melarikan bola kiri kanan untuk membuka space buat Ken Ilso mencipta assist ke-2 beliau.Badd sekali lagi,bukanlah malam terbaik beliau tetapi ditempat yang betul dan masa sesuai,Badd meledak lagi.
- Pahang cuba menekan Kedah sehingga ketiupan terakhir namun Kedah keluar sebagai Juara baru Piala FA 2017.

KESIMPULAN
- Ia adalah FINAL.Dari sudut taktikal pasukan,Kedah agak kucar kacir namun ia realistik kerana Kedah sangat alpa dalam beberapa perlawanan terakhir.Kedah sangat bermasalah dalam pertarungan aerial duel challenge dan masalah dalam communication untuk clearance.Namun mereka pamerkan menteliti sang juara.Pujian kepada barisan pertahanan bertungkus lumus menyelamatkan gawang Kedah.
- Pahang cukup menarik biarpun hanya 10 pemain sahaja.Mereka ada squad depth yang baik.Mungkin jikalau Joseph Kalang Tie,Ashaari Samsudin dan Norazam Asih dimasukan awal,setup mereka akan lebih tajam kerana mereka ini ada character diperlukan.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- KEN ILSO LARSEN (2 assist/1 goal)

Jumaat, 19 Mei 2017

KOMUNITI HIJAU KUNING | BANGKIT KITA BERSATU

Esok adalah hari ditunggu-tunggu tiba.Warna hijau kuning akan sekali lagi memeriahkan perlawanan akhir namun persoalannya mampukah kita bersatu bersama sebagai komuniti hijau kuning?

Perlawanan Akhir tahun lalu kita agak "tenggelam" biarpun kita sebenarnya memenuhi hampir 70% penonton berbanding penyokong pasukan lawan.Tapi kenapa kita tidak berupaya bersatu?

Mahukah kita bangkit bersama malam penentuan ini esok?adakah kita masih sama iaitu hadir,menonton dan kagum melihat senario penyokong lawan?adakah kita gerun melihat semangat penyokong lawan?

Kita memiliki beberapa kelompok penyokong namun kita tiada kesepakatan dalam membentuk gandingan bersama.Sudah tiba masa kita mengubah senario itu dan kita sama² bersatu menjadi PEMAIN KE-12 demi pasukan Kedah.Lupakan seketika persatuan kelab penyokong dan kita bangun bersama dibawah panji Hijau Kuning kita.

BAGAIMANA UNTUK BERSATU
- Bangkitlah tika lagu Biar Jasa Jadi Kenangan dialunkan.Ringankan mulut dan ikut serta melalui semangat jiwa Hijau Kuning.
- Salah satu kelompok terbaik di Malaysia iaitu Ultras Kedah 09 atau UK09 telah mengajak kita semua bersatu dalam hanya 5 lagu sahaja.Kita bangkit bersama mengikut rentak lagu demi pahlawan kita.Tidak perlu 90 minit tapi hanya untuk 5 lagu semangat sahaja.Ini lagu mahu dipersembahkan
- Senarai lirik lagu² UK09 di final nanti

LAGU 1
*Ayuh kenari hari ini mesti menang*
*ayuh ayuh ayuh kenariku..
Hari ini..kita mesti menang..
(ulang*)

LAGU 2
*Forza kedah*
*sha la la la la la la
Forza kedah
Ulang *

(4 kali slow)
(masuk rangkap ke 5 ..rancakkan)

LAGU 3
*Ke ke na na ri*
Ke ke ke ke ke ke
Na na na na na na
Ri ri ri ri ri ri...
Ayuh kenari....

*Ke ke ke ke ke
Na na na na na
Ri ri ri ri ri
Ayuh kenari..

Ulang *

LAGU 4
*Demi kenari*
Bangun semua penyokong...
Satukan hatimu...
Tinggikan sorakkanmu...

1...2...3

Demi kenariiii ooooooo
Demi kenariiiii oooooo
Demi kenariiii oooooo
Demi kenariii ooooooo
Demi kenariii ooooooo

LAGU 5
*ayuh kedah*
Ayuh kedah
Kami datang
Jangan takot
Pasti menang
Lalalalalala
Lalalalalala.

Ayuh semua..kita BERSATU DEMI KEDAH...SATU BENDERA..SATU MAFLA..satukan hati kita..Pulun Kedah Pulun

Khamis, 18 Mei 2017

PREVIU FINAL PIALA FA | PAHANG vs KEDAH

Akhirnya kemuncak Perlawanan Akhir Piala FA 2017 bagi edisi ke-28 tiba.Ia perhitungan diantara Pahang yang dipilih sebagai "home" bagi venue akhir menentang Kedah "away".Jom kita ikuti sedikit previu perlawanan menjelang kickoff pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

LALUAN KE FINAL
- Saya bermula dengan pasukan Kedah.Kedah meniti laluan dalam kejohanan membabitkan 32 pasukan ini dengan catatan 6 perlawanan.5 menang dan 1 tewas.Ini laluan pasukan Kedah

Kedah 4 Kuala Lumpur 2
Perak 0 Kedah 2
Kedah 6 Pknp 1
Pknp 1 Kedah 0
Kedah 1 Terengganu 0
Terengganu 0 Kedah 3

Kedah merekodkan 16 gol dan bolos 4 gol dalam laluan ke pentas akhir.

- Pahang juga melalui 6 perlawanan dari 32 pasukan bertanding.Sama seperti Kedah juga,mereka mencatat 5 menang dan 1 tewas dalam laluan ke pentas akhir.Ini laluan Pahang

JDT II 2 Pahang 4
Pahang 2 Melaka 0
Pahang 3 JDT 1
JDT 2 Pahang 1
Pahang 1 Negeri Sembilan 0
Negeri Sembilan 1 Pahang 2

Pahang merekodkan 13 gol dan bolos 6 gol.

STATISTIK 2017
Kedah dan Pahang tampak seimbang dengan masing² merekodkan jaringan 40 gol untuk Kedah dan 42 gol untuk Pahang.Dalam kedudukan Liga Super pula,Kedah dan Pahang juga berkongsi mata dengan kutipan 21 mata cuma dibezakan jumlah jaringan.

Dibahagian backline pasukan Kedah tampak lebih baik sedikit berbanding Pahang.Ini rekod bolos kedua² pasukan dalam 2 kejohanan dan rekod clean sheets.

Kedah - 22 bolos
Pahang - 23 bolos

Kedah - 5 tanpa bolos
Pahang - 6 tanpa bolos

REKOD PERTEMUAN
Kedah dan Pahang juga seimbang dalam 5 pertemuan terakhir.Ini rekod 5 last previous

Kedah 4 Pahang 1
Kedah 0 Pahang 3 *
Pahang 1 Kedah 1
Pahang 5 Kedah 0
Kedah 3 Pahang 1

* nota diatas adalah kemenangan PERCUMA oleh FAM.

PLAN PASUKAN
- Kedah masih mengekalkan formasi 4-2-3-1 dalam sistem mereka namun Nidzam Adha sering melakukan tactical tweaks dalam menjana serangan Kedah dalam acuan beliau.Dibawah acuan Nidzam,Kedah mencatat 2 menang dan 1 seri dengan jaringan 8 gol.

- Pahang masih berekperimen dalan plan taktikal mereka.Dollah Salleh sangat gemarkan percubaan dalam sistem beliau.Pahang pernah tampil 4-4-2,4-4-1-1 dan 4-1-4-1.Acuan Dollah lebih gemarkan targetman dan mereka nampak positif dengan kehadiran Yamil Romero menjelang final nanti.

PEMAIN TUMPUAN
- Ken Ilso
Penjaring terbanyak Kedah ini telah merakam 10 gol musim ini.Penyerang prolifik Denmark ini pasti harapan utama Kedah memburu gol.
- Mamadou Sumareh
Pemain sayap lincah ini menjadi aset penting Pahang.6 gol keseluruhan,gandingan beliau dan Matheus Alves telah mencipta 20 gol.

Rabu, 17 Mei 2017

STATISTIK SEMASA | FAKTA 40 GOL PASUKAN KEDAH

Fakta 40 gol pasukan Kedah Darul Aman

Pasukan Kedah telah merekodkan jumlah 40 gol musim ini dalam 2 kejohanan setakat ini.Ia dibahagikan kepada 24 gol dalam Liga Super dan 16 gol dalam saingan Piala FA.Ini fakta menarik 40 gol tersebut

24 GOL
- Rekod jaringan Kedah dalam Liga Super
16 GOL
- Rekod jaringan gol dalam Piala FA

Bagaimana pula dengan rekod jaringan peribadi?

10 GOL
- Rekod jaringan untuk Ken Ilso Larsen dalam Liga Super dan Piala FA.

5 GOL
- Baddrol Bakhtiar adalah pemain tempatan paling banyak menjaringkan gol untuk Kedah.

2 GOL
- Jaringan sendiri pihak lawan.

Kesemua pemain IMPORT Kedah telah menjaringkan gol.Ia lebih menarik apabila mereka masing² menjaringkan dalam 2 kejohanan berbeza

Ken Ilso
Liga Super - 6 gol
Piala FA - 4 gol

Sandro Mendonca
Liga Super - 5 gol
Piala FA - 1 gol

Liridon Krasniqi
Liga Super - 1 gol
Piala FA - 3 gol

Zachary Anderson
Liga Super - 1 gol
Piala FA - 1 gol

Kedah mencatat 9 pemain berbeza untuk jumlah 40 gol setakat ini.Ini senarai penuh

Ken Ilso - 10 gol
Sandro Mendonca - 6 gol
Baddrol Bakhtiar - 5 gol
Farhan Roslan - 4 gol
Liridon Krasniqi - 4 gol
Syafiq Ahmad - 4 gol
Fitri Omar - 2 gol
Zac Anderson - 2 gol
Syazwan Zainon - 1 gol

Gol Sendiri - 2 gol

STATISTIK SEMASA | PENJAGA GOL KEDAH

Kedah setakat ini telah menurunkan kesemua penjaga gol mereka.Memiliki 3 penjaga gol dalam pasukan utama iaitu Ifwat Akmal Che Kassim,Farhan Abu Bakar dan Abd Hadi Hamid,Kedah satu²nya pasukan menurunkan 3 penjaga gol berlainan dalam saingan Liga Super.Jom kita lihat statistik semasa ketiga-tiga penjaga gol ini

IFWAT AKMAL CHE KASSIM
- Penjaga gol berusia 21 tahun ini merupakan first choice untuk pasukan Kedah.Ini adalah musim kedua beliau bersama skuad senior selepas skuad Presiden sebelum itu.Musim ini Ifwat telah beraksi sebanyak 16 perlawanan keseluruhan dengan catatan 1440 minit.Ifwat juga satu²nya penjaga gol Kedah yang merekodkan clean sheets. Ini stats beliau.

Perlawanan - 16 perlawanan
Minit Permainan - 1440 minit
Tidak Bolos - 4 perlawanan
Bolos - 13 gol
Peratusan - 1.2 %

FARHAN ABU BAKAR
- Penjaga gol no 2 Kedah ini agak kurang konsisten dalam permainan.2 perlawanan dengan baki 45 minit dan 30 minit dengan catatan 75 minit beraksi.Bekas penjaga gol kebangsaan ini masih gagal memikat hati penonton Kedah kerana persembahan tidak konsisten beliau.Ini stats beliau.

Perlawanan - 2 perlawanan
Minit Perlawanan - 75 minit
Tidak Bolos - 0
Bolos - 4 gol
Peratusan - 0.5%

ABDUL HADI HAMID
- Hadi merupakan penjaga gol paling berpengalaman untuk pasukan Kedah.Berusia 30 tahun,Hadi merupakan wira pasukan untuk aksi Piala Sumbangsih pada Januari lalu.Ini stats beliau.

Perlawanan - 2 perlawanan
Minit Perlawanan - 210 minit
Tidak Bolos - 0
Bolos - 3
Peratusan - 0.67%

STATISTIK SEMASA | SANDRO MENDONCA

Sandro Mendonca merupakan perancang serangan utama pasukan Kedah.Memasuki musim ke-3 bersama Kedah,Sandro masih mempamerkan aksi mantap biarpun agak struggle sedikit pada awal musim ekoran faktor kecederaan musim lalu.Jom kita lihat statistik Sandro setakat ini.

Liga Super 2017
- Sandro telah beraksi sebagai starting dalam 10 perlawanan Liga Super musim ini dari 12 perlawanan.Ini bemakna Sandro telah beraksi (1350 minit tidak termasuk baki minit dikeluarkan) dalam saingan Liga Super.Dalam 10 perlawanan,Sandro meledak 5 gol dengan mencipta 3 bantuan gol.Ini stats beliau dalam Liga Super

Perlawanan - 10
Minit Perlawanan - 1350 minit
Gol - 5
Bantuan Gol - 3

Piala FA 2017
- Dalam saingan Piala FA 2017,Sandro telah beraksi 5 perlawanan dari 6 perlawanan.Rekod minit dicatatkan adalah 450 minit.Sandro mencetak jaringan tunggal pada perlawanan Separuh Akhir (2) dan menyumbang 1 bantuan gol.Ini stats beliau dalam Piala FA

Perlawanan - 5
Minit Perlawanan - 450 minit
Gol - 1
Bantuan Gol - 1

KESIMPULAN
- Sandro jelas masih pemain terbaik Kedah untuk posisi NO10.Dengan skil individu,movement, key passes yang ada,Sandro merupakan senjata utama Kedah selepas Liridon.Kebolehan specialist dalam death ball juga menjadi kegemaran pemain ini.

Ahad, 14 Mei 2017

10 GOAL OF SEASON | BAGAIMANA PRESTASI KING KEN

Satu gol dijaringkan Ken Ilso Larsen malam tadi menyaksikan beliau kini menyumbang 10 gol secara peribadi buat pasukan Kedah.Jom kita lihat pecahan gol serta statistik gol dijaringkan oleh King Ken ini.

6 GOL LIGA SUPER
Gol 1
- Gol pertama beliau hadir pada perlawanan LS (Gameweek 3) di Stadium Jengka,Pahang.
Gol 2 dan Gol 3
- 2 gol diledakkan Ken Ilso pada pertemuaan menentang Pahang di Darulaman menyaksikan beliau mengumpul 3 gol.
Gol 4 dan Gol 5
- Ken Ilso menambah 2 lagi koleksi gol pada pertemuaan menentang Melaka United di Darulaman.Ia hadir selepas beliau buntu jaringan dalam 3 perlawanan terakhir.
Gol 6
- Ketika pasukan seri menentang PKNS di Shah Alam tempoh hari,Ken Ilso menjaringkan gol ke-6 dalam Liga Super musim ini.

4 GOL PIALA FA
Gol 1
- Ken Ilso meledak jaringan sulung dalam kejohanan Piala FA di stadium Ipoh,Perak pada pusingan ke-3 Piala FA.
Gol 2 dan Gol 3
- Sewaktu Kedah membenam Pknp FC di Darulaman pada Suku Akhir pertama,Ken Ilso menjaringkan 2 gol dari 6 gol terhasil.
Gol 4
- Kedah melangkah ke perlawanan akhir selepas menang agreget 4-0.Ken Ilso menjaringkan gol pada pertemuan Separuh Akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah,Kuala Terengganu.

SUMMARY PERFORMANCE
LIGA SUPER
Games Played - 11
Minutes Played - 1020 minutes
Goal - 6
Assist - 0

PIALA FA
Games Played - 6
Minutes Played - 540 minutes
Goal - 4
Assist - 1

Sabtu, 13 Mei 2017

LAPORAN PERLAWANAN PIALA FA | KEDAH MELANGKAH KE AKHIR

Pasukan Kedah berjaya menewaskan pasukan Terengganu 3-0 sekaligus melangkah ke perlawanan akhir dengan aggregate 4-0.Berikut laporan perlawanan malam tadi dari kami.

LINEUP,FORMATION
- Kedah kembali mendapat khidmat tonggak utama dalam perlawanan ini.Rizal Ghazali,Liridon Krasniqi,Baddrol,Syazwan Zainon dan Fitri Omar kembali perkuatkan pasukan.Turun dengan formasi 4-2-3-1,Kedah menurunkan kesebelasan terbaik kecuali kehilangan Zac Anderson.

- Terengganu mengambil pendekatan sama seperti apa mereka lakukan di Alor Setar tempoh hari.Dengan kembalinya kapten pasukan Abd Latif dan Lutfulah,mereka menurunkan kesebelasan terkuat mereka dalam formasi 4-1-4-1.

GOL TEMPAT LAWAN MATIKAN SEMANGAT JUANG LAWAN
- Kedah beraksi pada tahap intensiti tinggi pada perlawanan ini.Tidak terganggu dengan high pressing lawan diawal permainan,Kedah mematahkan serangan lawan dengan mudah melalui tight zonalmarking dan hanya pada serangan pertama,Kedah sudah didepan melalui gol oleh Liridon Krasniqi.Menyedari kelemahan ketara barisan midfield Terengganu,Kedah mengambil peluang menerusi falsafah fuildity football dengan menguasai bahagian tengah padang.Irfan Bakti mengarahkan Issey Nakajima menjadi targetman mereka namun kawalan cemerlang dijalankan oleh Khairul Helmi dan Syawal.Kredit juga kepada bek sisi ofensif iaitu Rizal dan Fitri yang mematahkan gerakan pemain sayap lawan dengan turut dibantu trackback daripada Baddrol dan Syazwan Zainon.Nidzam Adha mengarahkan plan Kedah lebih fokus manipulasi center circle dan mengubah transisi serangan pasukan.Kedah tidak menggunakan pendekatan hantaran silang seperti pertemuan pertama kerana Nidzam mahu mobiliti Baddrol dan Syazwan lebih displin dalam trackback.

Keberkesanan trio import Kedah gagal dikekang lawan.Kombinasi NO10 dan NO8.Sandro sentiasa mendapat sokongan Liridon yang bijak lolos dari kawalan Abd Latif (DM lawan) manakala clinical finishing oleh Ken Ilso dari silly errors mereka memberikan Kedah tiket final.

Gol kedua Kedah nyata mengubah tempo perlawanan dengan Kedah lebih selesa menunggu Terengganu melancarkan serangan.Tiada ruang diberikan untuk Terengganu memecah zon 14 dengan kawalan baik Akram Mahinan.Selain dari persembahan mantap Kedah,Terenganu juga kerap kali melakukan kesilapan dari segi ball watching,passing dan tiada plan serangan efektif kerana terlalu mengharapkan Faiz Nasir menyumbang kepada created chances.

KEDAH RETAIN POSSESSION
Tidak cukup dengan 2 gol,Sandro memastikan perlawanan akhir milik Kedah dengan meledak jaringan ke-3.Beliau yang dari awal memberi masalah kepada defensive line lawan akhirnya melengkapkan kemenangan Kedah selepas bijak bermain 1,2 bersama Ken Ilso.Kamasukkan Syazwan Tajuddin more shielding kepada pertahanan.Namun kemasukkan Farhan kembali me"neutral"kan positioning pasukan.Terengganu harus menyalahkan mereka sendiri.Diawal permainan,mereka agak over confident untuk memadam defisit jaringan sehingga exposed ruang sangat besar dan selesa buat Liridon dan Sandro.Selain itu,mereka ada masalah dalam PENYERANG TULEN kerana Issey memang bukan seorang targetman atau poacher untuk mengisi sistem NO9 pasukan.Dan silly errors benar² menghukum mereka.

KESIMPULAN PERLAWANAN
Kedah nyata beraksi pada tahap terbaik mereka selepas hampir 4,5 perlawanan agak hilang winning mentality. Selain itu,pujian kepada coach Nidzam kerana mengambil pendekatan berbeza dalam plan serangan dengan mengubah transisi pasukan untuk manipulasi center circle sekaligus menguasai final third.Tahniah kepada Nidzam Adha dan keseluruhan pasukan Kedah.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Sandro Mendonca

LAPORAN PERLAWANAN PIALA FA | KEDAH MELANGKAH KE AKHIR

Pasukan Kedah berjaya menewaskan pasukan Terengganu 3-0 sekaligus melangkah ke perlawanan akhir dengan aggregate 4-0.Berikut laporan perlawanan malam tadi dari kami.

LINEUP,FORMATION
- Kedah kembali mendapat khidmat tonggak utama dalam perlawanan ini.Rizal Ghazali,Liridon Krasniqi,Baddrol,Syazwan Zainon dan Fitri Omar kembali perkuatkan pasukan.Turun dengan formasi 4-2-3-1,Kedah menurunkan kesebelasan terbaik kecuali kehilangan Zac Anderson.

- Terengganu mengambil pendekatan sama seperti apa mereka lakukan di Alor Setar tempoh hari.Dengan kembalinya kapten pasukan Abd Latif dan Tuflah,mereka menurunkan kesebelasan terkuat mereka dalam formasi 4-1-4-1.

GOL TEMPAT LAWAN MATIKAN SEMANGAT JUANG LAWAN
- Kedah beraksi pada tahap intensiti tinggi pada perlawanan ini.Tidak terganggu dengan high pressing lawan diawal permainan,Kedah mematahkan serangan lawan dengan mudah melalui tight zonalmarking dan hanya pada serangan pertama,Kedah sudah didepan melalui gol oleh Liridon Krasniqi.Menyedari kelemahan ketara barisan midfield Terengganu,Kedah mengambil peluang menerusi falsafah fuildity football dengan menguasai bahagian tengah padang.Irfan Bakti mengarahkan Issey Nakajima menjadi targetman mereka namun kawalan cemerlang dijalankan oleh Khairul Helmi dan Syawal.Kredit juga kepada bek sisi ofensif iaitu Rizal dan Fitri yang mematahkan gerakan pemain sayap lawan dengan turut dibantu trackback daripada Baddrol dan Syazwan Zainon.Nidzam Adha mengarahkan plan Kedah lebih fokus manipulasi center circle dan mengubah transisi serangan pasukan.Kedah tidak menggunakan pendekatan hantaran silang seperti pertemuan pertama kerana Nidzam mahu mobiliti Baddrol dan Syazwan lebih displin dalam trackback.

Keberkesanan trio import Kedah gagal dikekang lawan.Kombinasi NO10 dan NO8.Sandro sentiasa mendapat sokongan Liridon yang bijak lolos dari kawalan Abd Latif (DM lawan) manakala clinical finishing oleh Ken Ilso dari silly errors mereka memberikan Kedah tiket final.

Gol kedua Kedah nyata mengubah tempo perlawanan dengan Kedah lebih selesa menunggu Terengganu melancarkan serangan.Tiada ruang diberikan untuk Terengganu memecah zon 14 dengan kawalan baik Akram Mahinan.Selain dari persembahan mantap Kedah,Terenganu juga kerap kali melakukan kesilapan dari segi ball watching,passing dan tiada plan serangan efektif kerana terlalu mengharapkan Faiz Nasir menyumbang kepada created chances.

KEDAH RETAIN POSSESSION
Tidak cukup dengan 2 gol,Sandro memastikan perlawanan akhir milik Kedah dengan meledak jaringan ke-3.Beliau yang dari awal memberi masalah kepada defensive line lawan akhirnya melengkapkan kemenangan Kedah selepas bijak bermain 1,2 bersama Ken Ilso.Kamasukkan Syazwan Tajuddin more shielding kepada pertahanan.Namun kemasukkan Farhan kembali me"neutral"kan positioning pasukan.Terengganu harus menyalahkan mereka sendiri.Diawal permainan,mereka agak over confident untuk memadam defisit jaringan sehingga exposed ruang sangat besar dan selesa buat Liridon dan Sandro.Selain itu,mereka ada masalah dalam PENYERANG TULEN kerana Issey memang bukan seorang targetman atau poacher untuk mengisi sistem NO9 pasukan.Dan silly errors benar² menghukum mereka.

KESIMPUPAN PERLAWANAN
Kedah nyata beraksi pada tahap terbaik mereka selepas hampir 4,5 perlawanan agak hilang winning mentality. Selain itu,pujian kepada coach Nidzam kerana mengambil pendekatan berbeza dalam plan serangan dengan mengubah transisi pasukan untuk manipulasi center circle sekaligus menguasai final third.Tahniah kepada Nidzam Adha dan keseluruhan pasukan Kedah.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Sandro Mendonca



Khamis, 11 Mei 2017

LIRIDON,SANDRO | SANDARAN UTAMA KEDAH

Dua pemain import ini pasti menjadi sandaran utama Nidzam Adha Yusuf menjelang aksi Separuh Akhir esok di Kuala Terengganu.Baik Liridon mahupun Sandro,kedua-dua mereka dianggap arkitek kepada pasukan dan saling melengkapi.Kita pastinya mengharapkan mereka mencipta "key passes" selain kedua-dua mereka merupakan specialist dalam sepakan percuma.

RATIO STATISTIK MEREKA
Liridon Krasniqi berusia 25 tahun adalah aset penting Hijau Kuning.Musim ini agak baik buat beliau melalui ratio dibawah

Goal - 3 goal
Assist - 7 assist

Dalam 2 kejohanan,Liridon menjadi penyumbang terbesar dalam bantuan gol pasukan.

Sandro Mendonca berusia 34 tahun bermula agak perlahan musim 2017.Namun sedikit demi sedikit beliau bangkit dalam mencapai prestasi terbaiknya.Ini ratio beliau

Goal - 4 goal
Assist - 4 assist

Dalam 2 kejohanan,Sandro tampak semakin baik.

POSITIONING
Liridon Krasniqi merupakan pemain tengah atau dikenali NO8 dalam pasukan Kedah.Gemar menrencenakan serangan dari circle halfway,kebolehan individu beliau sangat tinggi.Liridon sering tergendala jika lawan menerapkan konsep "man-to-man marking".Kedah banyak bergantung faktor kepada kekerapan serta kepantasan hantaran dari Liridon.Liridon memerlukan support yang sangat baik dari NO6 sebagai shielding kepada beliau.Dan itu adalah ASAS dalam sistem berteraskan pivot berkembar.

Sandro merupakan attacking midfielder atau dikenali NO10.Namun Sandro di renovated sedikit kedalam (deeper) untuk menjadi klasik NO10 atau enghanche.Sandro nampak selesa bergerak sebagai extra man dan seperti Liridon,faktor kepantasan dan kekerapan hantaran dari beliau adalah kunci utama serangan Kedah.Isu fitness antara penyebab kemerosotan aksi beliau namun tanpa ragu² beliau masih lagi best NO10 untuk pasukan Kedah ketika ini.

KOMBINASI BERSAMA
Dalam perlawanan,mereka sentiasa mengubah transisi pasukan serta mobiliti mereka banyak membantu Kedah meraih kemenangan.Cukup serasi dalam sistem Box-To-Box,mereka adalah harapan utama pasukan.11 bantuan gol dari mereka pastinya ditagih sekali lagi untuk aksi penentuan esok.

PREVIU PERLAWANAN SEPARUH AKHIR (2) PIALA FA | TERENGGANU vs KEDAH

Piala FA kini kembali untuk penentuan tempat ke perlawanan akhir.Kedah akan berkunjung ke Terengganu dalam misi memperoleh satu keputusan positif disebalik bekalan 1 gol.

KEDAH KEMBALI BERTENAGA
Kedah kembali bertenaga selepas tonggak utama pasukan kini sudah kembali.Rizal Ghazali,Liridon Krasniqi kembali memperkuatkan pasukan.Kehadiran Syazwan Tajudin juga satu lagi tonik tambahan pasukan yang kehilangan Amirul Hisyam dan Abd Halim Saari untuk tempoh yang panjang.Biarpun status Ifwat Akmal masih belum diketahui,coach Nidzam dijangka menurunkan Abd Hadi Hamid sebagai goalie utama berikut aksi tidak konsisten Farhan Abu Bakar.Dibahagian hadapan pasukan,Kedah memiliki beberapa pilihan menarik dan kesemuanya bebas kecederaan.Dengan beberapa pemain utama direhatkan pada pertemuan menentang PKNS tempoh hari,Kedah dijangka menurunkan skuad terbaik untuk perlawanan ini.

TERENGGANU JUGA BERMOTIVASI
Menurut headcoach mereka Irfan Bakti,Terengganu bakal kembali diperkuatkan beberapa tonggak yang sebelum ini dihimpit kecederaan.Prestasi semasa agak mengecewakan selepas tumbang 1-2 kepada Sabah minggu lalu.Jika di Darulaman,Irfan mengambil pendekatan sedikit bertahan,adakah kali ini mereka akan cuba menyerang?

PRESTASI SEMASA PASUKAN
Kedah agak baik dalam 2 perlawanan dibawah acuan coach Nidzam Adha.1 menang dan 1 seri.Menjaringkan 5 gol namun bolos 4 gol.Ini stats Kedah dalam 5 perlawanan terakhir mereka

Kalah-Kalah-Seri-Menang-Seri

Terengganu masih dibelenggu masalah concentration.Biarpun mendahului lawan,mereka masih ada kelekaan ada 20 minit perlawanan.Dalam 2 perlawanan,mereka melepaskan 3 gol dalam 20 minit terakhir.Ini stats mereka dalam 5 perlawanan terakhir.

Kalah-Seri-Menang-Kalah-Kalah

TERENGGANU,KEDAH DAN SEJARAH SEPARUH AKHIR
Kedua dua pasukan ini bukan asing dalam saingan Separuh Akhir.Throwback pada 2007 dan 2008 dimana Kedah menyingkirkan Terengganu 2 musim berturut-turut disaingan Separuh Akhir.Kedah menewaskan Terengganu 2-0 pada 2007 dan 3-0 pada 2008.

HEAD TO HEAD
Dalam 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan,Kedah unggul dengan 4 menang,dan 1 tewas.Kali terakhir Kedah tewas kepada Terengganu pada 2015 dalam saingan Piala Malaysia.

Kedah 1 Terengganu 0
Terengganu 0 Kedah 3
Kedah 1 Terengganu 0
Terengganu 2 Kedah 1
Kedah 5 Terengganu 0

PEMAIN TUMPUAN
Liridon Krasniqi kembali bersama pasukan selepas digantung 1 perlawanan.The Maestro ini sudah mencipta 7 bantuan gol musim ini.

Amirul Hakim adalah penjaga gol muda Terengganu.Beliau juga adalah pemain skuad B22 Malaysia bersama Ifwat Akmal.Ketangkasan beliau pada aksi pertama mengecewakan banyak peminat Kedah,namun beliau sedar kali ini Kedah akan tampil lebih dari biasa.

STATISTIK AWAY KEDAH | BAGAIMANA PRESTASI KEDAH DILAMAN LAWAN MUSIM INI

Untuk musim 2017 ini,Kedah telah beraksi sebanyak 7 kali di laman lawan dalam saingan Liga Super dan 2 kali dalam saingan Piala FA.

STATISTIK AWAY LIGA SUPER
- Dari jumlah 7 perlawanan,Kedah mencatat rekod
- 1 MENANG
- 5 SERI
- 1 TEWAS

Dari kesemua jumlah itu,Kedah merekodkan 9 gol dan dibolosi 13 gol setakat ini.Lihat pula senarai penjaring gol dan assist pasukan dibawah

Baddrol Bakhtiar - 3 gol
Sandro Mendonca - 2 gol
Syafiq Ahmad - 2 gol
Ken Ilso - 2 gol

Liridon Krasniqi - 2 assist
Syafiq Ahmad - 2 assist
Syazwan Tajuddin - 1 assist
Sandro - 1 assist

STATISTIK AWAY PIALA FA
- Kedah bermain 2 kali dilaman lawan dalam saingan Piala FA.Ia pada Pusingan Ke-2 dan aksi kedua Suku Akhir.Kedua-duanya bermain di Ipoh,Perak.

Dari 2 perlawanan itu,Kedah merekodkan 2 gol dan bolos 1 gol.Penjaring gol dan assist pasukan Kedah.

Ken Ilso - 1 gol
Zachary Anderson - 1 gol

Sandro - 1 assist
Abd Halim Saari - 1 assist

KESELURUHAN
- Secara penuh statistik diatas,Kedah beraksi 9 penampilan dilaman lawan dengan catatan 11 gol dan 14 bolos.Kedah menang 2,5 seri dan 2 tewas.Berikut keputusan perlawanan.

JDT (1) KEDAH (1)
FELDA (1) KEDAH (1)
KELANTAN (0) KEDAH (1)
SELANGOR (1) KEDAH (1)
TTEAM (5) KEDAH (0)
PERAK (1) KEDAH (1)
PKNS (4) KEDAH (4)

PERAK (0) KEDAH (2)
PKNP (1) KEDAH (0)

Rabu, 10 Mei 2017

BUDAYAKAN BOLA SEPAK DENGAN ILMU | 4 ILMU BOLA SEPAK UNTUK PENYOKONG

AMALAN SUKA MEMBACA AMALAN YANG MULIA

"Budayakan bola sepak dengan ilmu"

Antara ciri-ciri pasukan yang berjaya adalah pasukan yang ada ilmu. Pengurusan ada ilmu, pemain ada ilmu dan penyokong juga ada ilmu. Pengurus takde ilmu nak kawal staff dan pemain, macam mana nak berjaya?

Jadi siapa kita? Kita adalah penyokong. Kita juga perlu ilmu supaya kita faham dan tak buat hal bodoh serta mentafsir setiap perkara sesuka hati kita. Jadi saya rasa sebagai penyokong, ini adalah ilmu/perkara kita perlu ambil tahu sebagai penyokong.

1. Ilmu mengenai bola sepak
Sebelum kita minat bola sepak, kita kena faham apa ASAS itu bola sepak. Belajar mengenai undang-undang permainan bola sepak supaya kita faham kenapa mereka buat itu, buat ini. Jika kita faham undang-undang secara tak lansung juga kita akan faham kenapa pengadil memberikan keputusan demikian. Selain itu, belajarlah sedikit mengenai hal taktikal bola sepak. Supaya kita tidak memaki hamun tanpa sebab. Saya perhati ramai sibuk nak jadi coach tentukan itu ini tapi apa yang dikatakan sangat memudaratkan untuk team. Atleast faham hal mudah seperti zonalmarking, role number, field zone, position (cth : anchorman, poacher, regista). Ini saya tengok pemain dah main dengan bagus tapi kena maki. I don't get it.

2. Ilmu mengenai pasukan
Ambil tahu mengenai pasukan kesayangan kita. Sejarah, para pemain, dan barisan kejurulatihan. Ambil tahu juga statistik pasukan kita. Buat ni supaya kita tak nampak bodoh di laman sosial. Ramai yang selalu beri komen atau fakta kelaut.Ini tak,Kedah lawan apa dan bila tak tahu.Tiket jual bila tak tahu. Walhal hal sebegini begitu banyak dikongsikan di media. Layakkah kita bergelar penyokong jika hal ASAS sebegini mengenai pasukan kita tak tahu.

3. Ilmu mengenai kelompok penyokong
Tahukah, di Malaysia kelompok penyokong sangat banyak. Kita ada penyokong setia, kita ada penyokong media sosial (jenis sembang lebat kat facebook tapi jarang ke stadium), kita ada kelab penyokong, kita ada ultras, kita ada kasual/firm, glory hunters dan ramai lagi. Kita kena hormat cara orang lain menyokong, tak semestinya sama macam kita. Tujuan kita sama, menyokong pasukan kita. Sebagai contoh ambik tahulah kenapa ada ultras, untuk apa dorang wujud, kenapa dorang pakai macam ni macam tu.

4. Ilmu mengenai pasukan lain
Ia tidaklah dititik beratkan.Kenali pasukan lawan. Belajar dan ambil tahu. Misalnya pasukan kita kalah dan kita tahu pasukan yang dilawan mempunyai kekuatan yang menjadi kelemahan kita, secara tak lansung kita mampu menerima kekalahan. Ini mengelakkan kita menjadi bodoh di laman sosial memaki hal yang kita sendiri tak faham.Paling mudah anda luangkan masa baca PREVIU perlawanan.Ada disediakan.

Kesimpulanya, menjadi penyokong berilmu akan membuatkan pasukan kita nampak lebih hebat dan digeruni. Bentuklah komuniti penyokong berilmu agar penyokong lain mampu belajari daripada kita. Kita minta pengurusan dan pemain menyumbang untuk pasukan tetapi adakah kita telah menyumbang sesuatu untuk pasukan kita sebagai penyokong?

Kredit : Meor Zulfadli

Selasa, 9 Mei 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER KE 12 | KELEKAAN SAAT AKHIR,KEDAH BERKONGSI MATA

Kedah terpaksa akur kelekaan saat akhir mengakibatkan 3 mata berharga terlepas dari gengaman.Ia juga keputusan seri kali ke-6 untuk Kedah selepas 12 perlawanan.Ini laporan perlawanan dari kami.

STARTING LINEUP PASUKAN KEDAH
- Barisan kesebelasan utama Kedah terpaksa dirombak oleh coach Nidzam berikutan kehilangan 4 tonggak utama.Kedah membariskan kesemua local untuk posisi pertahanan dengan kembalinya Syazwan Tajuddin yang beraksi di bek sisi ofensif bersama Asri Mardzuki.Syawal Nordin mengambil alih posisi Zac Anderson. Dibahagian tengah,Kedah meletakkan Hanif MdZahir sebagai NO8 bergandingan bersama Akram Mahinan NO6 dalam sistem pivot berkembar.Dengan Baddrol Bakhtiar dan Syazwan Zainon direhatkan,coach Nidzam meletakkan 2 flamboyant winger iaitu Syafiq Ahmad dan Farhan Roslan bergandingan bersama Sandro dan Ken Ilso.Ia menjadikan Kedah bermain formasi 4-2-3-1 menentang PKNS yang bermain 4-1-3-2.

45 MINIT KEDAH CEMERLANG BERMAIN DI WIDE AREA
- Untuk 45 minit babak pertama,Kedah sangat dominan dalam sistem diterapkan.Kedah dibenarkan bergerak sangat bebas oleh lawan.Pergerakkan Kedah lebih ditumpukan menerusi serangan menggunakan flanker.Hanif MdZahir bersama Akram menampakkan kombinasi yang agak baik.Tidak perlu untuk layoff sebaliknya menyegerakan bola ke sisi untuk pemain sayap.Sandro sekali lagi berperanan klasik NO10 atau dikenali enghanche.Tidak memerlukan pacey,Sandro lebih kepada mencipta sebanyak ruang yang mungkin kiri,kanan atau tengah.Ken pula menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai NO9.

Dua gol dihasilkan menerusi hantaran tepat kedalam box dan disudahkan dengan sangat baik.Gol ketiga pula diperoleh menerusi situasi sepakan sudut.3-1 babak pertama,Kedah sangat selesa.

PERCATURAN KEDAH KURANG MENJADI
- Selepas PKNS menjaringkan gol ke-2 untuk kedudukan 3-2,Kedah membawa masuk Baddrol dan Syazwan Zainon untuk mengimbangi perlawanan.Baddrol diarah berperanan sebagai hold midfield dan cuba membuat break away passes.Syazwan dikekalkan sebagai pemain sayap kiri pasukan.Percaturan ini nampak baik untuk counter namun agak struggle ketika bertahan.Kedah lebih ketara menunggu serangan lawan (more sit deep) dalam kawasan sendiri.Membiarkan lawan menguasai permainan dan overloaded di danger zone adalah masalah besar.

DEFENSIVE LINE EXPOSED
- Tiada trackback,tiada shielding.Barisan pertahanan mudah dipecah.2 gol tuan rumah dihasilkan dari kawasan pasukan yang terdedah.Kedah banyak kehilangan bola di circle halfway line.Cubaan Farhan mahupun Syazwan untuk layoff gagal.Walaupun memiliki beberapa peluang untuk kill the game,Kedah banyak mensia-siakan peluang.Ada sedikit aksi selfish dari beberapa pemain selain tiada compactness dalam unit antara faktor lawan menguasai 45 minit kedua.Bagi penulis tidak adil untuk kita menyalahkan mana² pemain tertentu kerana kelekaan babak kedua ini boleh dikatakan oleh whole team mate.

KESIMPULAN
- Kedah bermain baik untuk 45 minit pertama sebelum hilang konsentrasi babak kedua.Substitute yang digunakan tidak banyak membantu terutama dalam fokus bertahan.Pujian kepada tuan rumah dengan tactical tweaks mereka membuahkan hasil.Satu tackle cuai diminit akhir dihukum lawan.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- SYAFIQ AHMAD

Isnin, 8 Mei 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER KE - 12 | PKNS vs KEDAH

Aksi Liga Super ke-12 bersambung untuk pertembungan diantara Kedah yang bertandang ke Shah Alam bertemu PKNS.Ikuti previu perlawanan

KEM KEDAH KURANG KESTABILAN
- Kem pasukan Kedah agak genting menjelang aksi ke-12 ini.Kedah diberitakan kehilangan 4 tonggak utama iaitu Liridon Krasniqi,Rizal Ghazali akibat pergantunggan dan Zachary Anderson dan Abd Halim Saari dilanda kecederaan.Pemain yang masih dalam proses recovery pula masih 50/50 untuk tampil beraksi.Syazwan Tajuddin dan Ariff Farhan Md Isa sudah menjalani latihan penuh namun belum dapat kepastian untuk beraksi.Namun kemenangan keatas Terengganu tempoh hari sedikit sebanyak meningkatkan motivasi pasukan.

PKNS STRUGGLE RAIH KEMENANGAN
- PKNS tidak memperoleh sebarang kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir.Ia tidak termasuk dalam perlawanan Piala Sultan Selangor (juga tewas).Namun skuad E.Elaverasen masih skuad yang perlu diberi perhatian.Formasi kebiasaan mereka 4-1-3-2 dan sangat berdisplin ketika bertahan dengan mengubah transisi kepada 4-1-4-1 seperti mana perlawanan menentang Kedah tempoh hari.

HEAD TO HEAD
- 10 perlawanan menyaksikan PKNS memiliki rekod lebih baik dengan catatan 3 kali menang manakala Kedah 2 kali.Kedah dan PKNS merekodkan 5 seri dalam 10 perlawanan terakhir.

PEMAIN TUMPUAN
- KEDAH/Ken Ilso Larsen
Pemain ini meledak 8 gol secara keseluruhan namun sudah tidak menjaringkan gol dalam 4 perlawanan.Berikutan ketiadaan perancang utama Liridon Krasniqi,Ken Ilso pasti menjadi harapan Kedah merobek kubu tuan rumah.

- PKNS/Safee Sali
Safee Sali kembali menemui sentuhan gol beliau.3 gol setakat ini,Safee turut menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir mereka (Piala Sultan Selangor).

Isnin, 1 Mei 2017

CARETAKER | COACH NIDZAM MULA LANGKAH KANAN

Nidzam Adha pernah memimpin Kedah pada 2012 selepas Kedah menghadapi krisis kehilangan ketua jurulatih ketika itu iaitu Wan Jamak Wan Hassan yang digantung 7 perlawanan ekoran mengkritik mutu pengadilan.

5 PERLAWANAN COACH NIDZAM
- Coach Nidzam merupakan jurulatih skuad Piala Presiden Kedah pada 2012.Ekoran pergangtunggan Wan Jamak,coach Nidzam dipanggil mengisi kekosongan itu.Mengharungi 5 perlawanan,Kedah mencatat 2 seri dan 3 tewas.Ekoran prestasi itu,coacg Nidzam secara gentleman mengumunkan perlepasan jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah dan menyerahkan kepada assistant Radhi Mat Din.

MENENTANG FELDA UNITED 2016
- Ketika coach Tan mempunyai tugasan luar,coach Nidzam mengemudikan Kedah untuk perlawanan Liga Super menentang Felda United distadium Darulaman.Kedah berjaya mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan Shane Edward Smeltz.Apa yang menarik adalah percaturan coach Nidzam mengunakan formasi 3-6-1 dalam perlawanan.Beliau meletakkan Amirul Hisyam sebagai quarterback dihadapan sistem 3 fullback.Posisi Amirul lebih dalam (more deep dari NO6 biasa).Beliau mengandingkan Abd Halim Saari dan Liridon Krasniqi sebagai NO8 berkembar dan Hanif MdZahir sebagai extra role.Ia juga lebih enghanche iaitu baka NO10 klasik.Ia berbeza dari moden NO10 keranan seorang enghanche lebih kepada release bola lebih awal berbanding moden NO10 yang memerlukan trick atau pacey.Berbalik kepada taktikal coach Nidzam,dibahagian wing,beliau mengekalkan Baddrol dan Syazwan.Sistem wing rotation adalah serasi bersama Kedah.Thiago sebagai permulaan sebagai poacher.Transisi Kedah begitu tersusun rapi dan penguasaan tengah yang baik.Ia mungkin juga kerana momentun pasukan yang ketika itu sedang bersiap menghadapi final Piala Malaysia namun bagi penulis,coach Nidzam seorang yang gemarkan preparation untuk pasukan.

2017 ERA KEBANGKITAN
- Mengemudi pasukan untuk aksi Separuh Akhir bukan mudah.Orang boleh mengatakan coach Nidzam boleh sahaja menggunakan acuan coach Tan tetapi bagaimana beliau melakukan perubahan taktikal untuk mencapai kemenangan adalah sesuatu yang positif.Beliau memasukkan Syawal Nordin sebagai bek sisi ofensif buat kali pertama dan meletakkan Farhan Roslan sebagai Second Striker ketika Kedah buntu gol.Walaupun starting 4-2-3-1,Kedah kemudian mengubah (shifting) kepada 4-4-1-1 dan 4-1-3-2 dalam cubaan memburu lebih dari 1 gol.Ia menunjukkan beliau lebih bersedia kali ini dan bukan semata-mata meneruskan legasi Ah Hoe.

Walaupun baru 1 perlawanan,penulis yakin coach Nidzam ada ramuan sekurang-kurangnya sehingga Kedah mendapat pengendali tetap.Keep it up coach Nidzam..kami bersama anda..