Ahad, 30 April 2017

LAPORAN PERLAWANAN PIALA FA | KEDAH BAWA BEKALAN 1 GOL KE TERENGGANU

Kedah menewaskan Terengganu 1-0 pada aksi Separuh Akhir (1) di Alor Setar malam tadi sekaligus membawa bekalan 1 gol untuk aksi seterusnya di Terengganu.Laporan perlawanan dari kami.

KEDAH TUMPUL,TERENGGANU CUBA BERTENANG
- Kedah dibawah acuan caretaker Nidzam Adha masih mengekalkan formasi yang sama iaitu 4-2-3-1 dan turut mengekalkan kesebelasan yang sama ketika menentang Perak tempoh hari.Tiada perubahan.
- Terengganu bermula dengan formasi 4-3-2-1 namun aksi rigid dicircle pasukan menyaksikan mereka bergerak berunit dalam formasi 4-1-4-1.

Kedah banyak mengatur plan melalui pemain sayap Baddrol dan Syazwan namun mudah dipatahkan.Irfan mengarahkan 2 side midfielder mereka supaya sentiasa trackback membantu bek sisi ofensif.Ia menjadikan situasi sukar 1v2 dalam cuba menghasilkan hantaran.Menyedari sistem itu,Nidzam mengarahkan Baddrol lebih inside menjadikan sistem Kedah kini assymetrical iaitu pendekatan tidak selari.Tujuan Badd ketengah iaitu zon 14 adalah untuk overloading area itu kerana Kedah kini mula mengatur serangan menggunakan dua pemain NO8 iaitu Sandro dan Liridon.Ken lebih kepada decoy NO9 dengan bertindak cuba layoff untuk setting atau create space.Corak ini menjadi dengan deretan peluang terhidang namun dikecewakan dek penyudah kurang kemas dan gugup.Especially situasi Syazwan Zainon.Very poor decision.Kredit juga kepada penjaga gol pelawat serta pertahanan import mereka beraksi sangat cemerlang.

FARHAN GAMECHANGER,TERENGGANU CUBA BERTAHAN DAN PERLAHAN
- Kedah perlu menyalahkan diri sendiri ketika melepaskan deretan peluang.Clear cut chances dalam situasi 1v1 sangat mengecewakan.Dikem Terengganu,mereka mula memperlahankan tempo dengan more sitting deep in area.Cubaan berbahaya mereka hanya hadir melalui kesilapan defensive line gagal membuat clearance dengan baik.Kemasukan Farhan Roslan mengubah nasib Kedah melalui satu peluang,Farhan terus melepaskan rembatan padu menerjah jaring.
- Poor substitute.Firasat penulis Syafiq Ahmad masuk meleset selepas Fakri dimasukkan.Syafiq lebih memiliki urgency dan Kedah sangat2 memerlukan.
- Tiada pressing oleh Kedah walaupun lawan telah beraksi dengan 10 pemain.Ia mungkin faktor kepenatan beraksi dalam keadaan sukar (hujan).Terengganu dilihat berbahaya sesekali melancarkan counterattack.

BEKALAN 1 GOL
- Ia masih keputusan yang baik.Kita berjaya catat clean sheets dan jaringkan gol.Dengan catatan 14 percubaan dengan 12 tepat,Kedah sebenarnya beraksi dengan agak baik walaupun belum mencapai prestasi terbaik.Apa kita perlu di Terengganu adalah GOL TEMPAT LAWAN..ayuh Kedah...selangkah saja lagi

Jumaat, 28 April 2017

PREVIU PERLAWANAN PIALA FA SEPARUH AKHIR (1) | KEDAH vs TERENGGANU

Piala FA semakin kekemuncak dengan kini hanya tinggal 4 pasukan berentap merebut slot akhir.Kedah akan melayan kunjungan Terengganu untuk aksi pertama peringkat Separuh Akhir.

KEDAH MAHU KELEBIHAN AKSI LAMAN SENDIRI
Walaupun ketika ini aksi pasukan Kedah sedikit menurun namun pasukan Hijau Kuning kekal pilihan untuk ke slot final.Berdasarkan rekod cemerlang dilaman sendiri,Kedah pastinya berjuang habis-habisan mencari bekalan selesa pada pusingan pertama.7 perlawanan dilaman sendiri,Hijau Kuning kekal rekod 100% bersih dengan 6 kemenangan dan 1 seri.Kedah merekodkan 25 gol dalam 7 perlawanan di Darulaman.Satu rekod yang pasti merisaukan skuad Penyu.

TERENGGANU,KEDAH DAN SEJARAH SEPARUH AKHIR
Kedua dua pasukan ini bukan asing dalam saingan Separuh Akhir.Throwback pada 2007 dan 2008 dimana Kedah menyingkirkan Terengganu 2 musim berturut-turut disaingan Separuh Akhir.Kedah menewaskan Terengganu 2-0 pada 2007 dan 3-0 pada 2008.

HEAD TO HEAD
Dalam 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan,Kedah unggul dengan 3 menang,1 seri dan 1 tewas.

Terengganu 0 Kedah 3
Kedah 1 Terengganu 0
Terengganu 2 Kedah 1
Kedah 5 Terengganu 0
Terengganu 2 Kedah 2

PRESTASI SEMASA PASUKAN
Kedah ketika ini agak struggle dalam 4 perlawanan terakhir mereka.2 tewas dan 2 seri dengan hanya menjaringkan 2 gol,Kedah perlu segera bangkit jika berhajat ke perlawanan akhir.Berikut prestasi semasa Kedah
Menang-Seri-Kalah-Kalah-Seri

Terengganu juga tidak menampakkan aksi konsisten untuk musim 2017.Namun anak buah Irfan Bakti agak baik dalam saingan Piala FA.Mereka menang keatas lawan dari Liga Super seperti TTeam dan Sarawak.Berikut prestasi semasa Terengganu
Menang-Seri-Kalah-Seri-Menang

PEMAIN TUMPUAN
Liridon Krasniqi pastinya pemain tumpuan pasukan Kedah.Arkitek pasukan Kedah ini telah mencipta 5 assist setakat ini.Kedah pastinya mengharapkan kebolehan individu beliau dalam menghasilkan serangan bertalu-talu untuk perlawanan ini.

Issey Nakajima adalah watak Terengganu untuk aksi penting ini.6 gol dihasilkan setakat ini membuktikan kualiti beliau masih perlu dititik berat oleh pertahanan Kedah.Issey juga merupakan pakar sepakan percuma.

AURA DARULAMAN | AYUH..KITA BANGKIT

Atmosfera stadium Darulaman cukup membakar semangat juang pemain.Penulis percaya aura sorakan semangat pemain ke-12 ini akan menamatkan rentetan aksi tanpa kemenangan 3 aksi ditempat lawan.Penulis huraikan 5 AURA dimaksudkan.

PENYOKONG
Kepadatan penonton distadium Darulaman tidak boleh dipertikaikan lagi dengan catatan rekod tertinggi untuk aksi dilaman sendiri.Baik jualan tiket online atau berbaris,semuanya habis terjual untuk setiap perlawanan.Purata 20,000 penyokong bagi setiap perlawanan pastinya mengerunkan pihak lawan yang bertandang.

LEDAKAN GOL
Kedah telah merekodkan 25 gol sepanjang aksi dilaman sendiri.Statistik ini menunjukkan Kedah tidak pernah ketandusan gol diarena sendiri.

TIDAK TEWAS
7 perlawanan tanpa tewas dilaman sendiri mendorong aksi mantap pasukan Kedah.Jika diimbas musim lalu,Kedah hanya tewas sekali sepanjang musim di Darulaman.Keseluruhan Kedah tidak tewas dalam 9 perlawanan berturut-turut di Darulaman.

REKOD CEMERLANG KEATAS TERENGGANU DIDARULAMAN
Dalam 10 perlawanan menentang Terengganu di Darulaman,Kedah mencatat 9 menang dan hanya tewas sekali iaitu pada 2014 dalam saingan kumpulan Piala Malaysia.Kedah juga menyingkirkan Terengganu 2 musim berturut-turut disaingan Separuh Akhir iaitu pada 2007 dan 2008.

4 SEPARUH AKHIR,KEDAH CATAT MENANG 100% DILAMAN SENDIRI
Kedah mencatatkan rekod cemerlang dalam 4 perlawanan terakhir peringkat separuh akhir.2014,2015,2016 (2 kali).Kedah menang kesemua aksi dilaman sendiri.Berikut rekod Separuh Akhir dilaman sendiri sejak 2014-2016

2014 | STD DARULAMAN
- KEDAH 3 PAHANG 1
2015 | STD DARULAMAN
- KEDAH 2 FELDA UTD 1
2016 | STD DARULAMAN
- KEDAH 2 JDT 1
2016 | STD DARULAMAN
- KEDAH 2 PDRM 1

Ayuh kita penuhkan setiap inci ruang Darulaman sekali lagi.Semangat kita azimat kebangkitan pahlawan Hijau Kuning.

Rabu, 26 April 2017

BERAKHIR PUSINGAN PERTAMA LIGA SUPER 2017 | INI STATISTIK PASUKAN KEDAH SELEPAS PUSINGAN PERTAMA

Berakhir perlawanan terakhir untuk pusingan pertama Liga Super dengan Kedah kekal ditangga ke-3.Kedah bermula baik apabila merampas kedudukan pendahulu dari pasukan Pahang dan menjadi peneraju Liga Super (minggu 4) sehingga (minggu 8).Pahang merampas seketika sebelum kini diungguli oleh pasukan JDT.Berikut statistik penuh pasukan Kedah dalam saingan Liga Super 2017 bagi pusingan pertama.

PUSINGAN PERTAMA | KEDAH STATS
Perlawanan : 11 perlawanan
Posisi : 3
Menang : 5
Seri : 5
Kalah : 1
Jaringan : 20
Bolos : 14
Tuan Rumah : 5 (Menang 4,Seri 1)
Pelawat : 6 (Menang 1,Seri 4,Kalah 1)

Penjaring
- Ken Ilso 5 gol
- Baddrol Bakhtiar 5 gol
- Sandro Mendonca 4 gol
- Syazwan Zainon 1 gol
- Farhan Roslan 1 gol
- Liridon Krasniqi 1 gol
- Fitri Omar 1 gol
- Zac Anderson 1 gol
- Syafiq Ahmad 1 gol

Assist (Bantuan Gol)
- Liridon Krasniqi - 5 assist
- Sandro - 3 assist
- Baddrol Bakhtiar - 2 assist
- Fitri Omar - 1 assist
- Zac Anderson - 1 assist
- Syazwan Zainon - 1 assist
- Fakri Saarani - 1 assist

*Untuk sepakan penalti,sepakan percuma terus dan gol solo tidak dikira bantuan gol

Isnin, 24 April 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER KE - 11 | PERAK TBG vs KEDAH FA

Esok perlawanan Liga Super 2017 diteruskan dengan memasuki perlawanan ke-11 bagi kesemua pasukan.Kedah akan berkunjung ke Ipoh dalam misi meraih 3 mata.Berikut previu perlawanan disediakan.

KEDAH DIHAMBAT AKSI LESU
- Dalam 3 perlawanan terakhir,pasukan Kedah seolah-olah hilang taring mereka.Bermula episod seri menentang Pkns kemudian tewas 0-5 sebelum diaibkan pasukan Liga Perdana,Pknp 0-1 dalam saingan Piala FA.Beberapa isu berbangkit nampaknya seakan memberi kesan negatif kepada kem Lang Merah.Ketiadaan perancang utama Liridon Krasniqi juga faktor utama Kedah gagal menyerlah.Ia terbukti dengan barisan midfield sedia-ada gagal membentuk keserasian mantap dan menghulurkan bantuan gol.2 perlawanan tanpa sebarang gol merupakan masalah besar ketika ini.

PERKARA POSITIF
- Kedah mungkin menarik lafaz lega apabila tonggak utama Liridon berkemungkinan besar akan kembali beraksi.Khidmatnya amat ditagih dalam memimpin cabaran pemain muda Kedah yang tampak tertekan ketika ini.Kedah juga bakal diperkuatkan Ariff Farhan,Syazwan Tajuddin.Hanya Rizal Ghazali sahaja digantung perlawanan ekoran kad merah.Kedah kini diposisi ke-3 dengan meraih 5 menang,4 seri dan 1 tewas.Ken Ilso kekal penjaring terbanyak dengan 8 gol.

PERAK LEBIH MASA SUSUN STRATEGI
- Seperti Kedah,pasukan Perak TBG juga struggle dalam 2 perlawanan terakhir.Mehmet Durokovic juga buntu meraih kemenangan.Perak diposisi ke 5 dengan meraih 4 menang,4 seri dan 2 tewas setakat ini.Mehmet yang gemarkan aliran counterpressing dan robust masih mengunakan formasi 4-2-3-1.Dengan kelebihan rehat yang ada,Perak pastinya menghadirkan ancaman besar buat Kedah terutama penjaring terbanyak mereka Vladislav Mirchev yang sudah menjaringkan 6 gol musim ini.Selain itu beberapa lagi pemain seperti Zaquan Adha,Nazrin Nawi,Beto,Toski dan Pinto merupakan sandaran Perak untuk menewaskan Kedah.

PRESTASI SEMASA PASUKAN
- KEDAH FA
Menang-Menang-Seri-Kalah-Kalah
- PERAK FA
- Menang-Kalah-Menang-Seri-Seri

REKOD PERTEMUAN (LAST 5)
- Perak 0 Kedah 2
- Kedah 3 Perak 1
- Perak 0 Kedah 0
- Kedah 2 Perak 0
- Perak 2 Kedah 1

Sabtu, 22 April 2017

REVIU | PASUKAN KE SEPARUH AKHIR PIALA FA

3 pasukan telah berjaya melengkapkan posisi Separuh Akhir kejohanan Piala FA 2017.Kedah,Terengganu dan Negeri Sembilan melayakkan diri dengan keputusan mengatasi lawan menerusi aggregate. Satu lagi slot akan diisi sama-ada JDT atau Pahang.

Secara jelasnya,ia akan menjadi perlawanan 2 Liga Super bertemu 2 Liga Perdana.Ini sekali lagi menunjukkan kualiti Liga M masih seimbang.Negeri Sembilan dan Terengganu juga membuktikan mereka mampu menyingkirkan pasukan elit Liga Super dalam pusingan terdahulu.

REVIU PASUKAN
KEDAH FA
- Kedah merupakan pasukan pilihan ke-2 dibelakang JDT untuk menjuarai kejohanan ini.Namun berdasarkan prestasi semasa,anak buah Tan Cheng Hoe kelihatan agak bergelut mencapai prestasi terbaik.3 perlawanan tanpa mencatat kemenangan diikuti 2 kekalahan berturut-turut menampakkan kelemahan ketara Lang Merah yang satu ketika gah dengan rekod 23 perlawanan tanpa tewas.Menjelang aksi Separuh Akhir pertama di laman sendiri,Kedah perlu waspada ancaman Terengganu biarpun mereka hanya dari Liga Perdana.

Pencapaian Terbaik
- Juara 1996,2007,2008
Pemain Harapan
- Liridon Krasniqi

Terengganu FA
- Skuad Peteh 2017 ini agak bergelut dalam saingan Liga Perdana biarpun status sebagai pasukan pilihan.Dilatih jurulatih berprofil tinggi seperti Irfan Bakti,Terengganu mengalami masalah isu penjaga gol pada mulanya iaitu faktor kesihatan Sharbinee Alwi.Prestasi yo-yo pasukan juga banyak mencipta kejutana seperti tewas kepada Pknp Fc dilaman sendiri selain tewas 4-0 kepada Uitm FC.Namun Terengganu masih kekal fokus dalam saingan Piala FA,mereka menundukkan TTeam dan Sarawak iaitu 2 pasukan Liga Super untuk laluan ke slot Separuh Akhir.Kekuatan mereka jelas kepada peledak sensasi Issey Nakajima yang telah menjaringkan 6 gol setakat ini.

Pencapaian Terbaik
- Juara 2000,2011
Pemain Harapan
- Issey Nakajima

Negeri Sembilan FA
- Gelaran Hobin Jang Hobin kembali menggegar pentas Liga M musim ini.Negeri Sembilan tampil bergaya mengungguli carta Liga Perdana dan mereka juga meneruskan 14 perlawanan tanpa tewas musim ini.Dibawah ketua jurulatih Asri Ninggal,skuad jolokan Jang ini sangat ampuh.Mereka menewaskan Selangor, Pulau Pinang dalam laluan ke slot Separuh Akhir.Pemain kacukan Jepun,Bruno Suzuki pastinya nama yang sedang digeruni oleh lawan.9 gol musim ini,Bruno antara penjaring terbanyak konsisten musim ini.

Pencapaian Terbaik
- Juara 2003,2010
Pemain Harapan
- Bruno Suzuki

Kini satu lagi SLOT akan diisi sama-ada JDT atau Pahang yang akan ditentukan pada Ahad ini.

Jumaat, 21 April 2017

SUKAR DAPATKAN KETUA JURULATIH BARU | KAMI GARISKAN 3 SEBAB UTAMA

Umum mengetahui peminat Kedah hanya MENUNGGU masa kehilangan jurulatih kesayangan mereka iaitu Tan Cheng Hoe selepas beliau sudah secara rasmi meletak jawatan sebagai jurulatih Kedah awal bulan lalu.Sehingga kini status siapa ketua jurulatih baru Kedah masih tidak jelas malah tiada pengumuman yang menyakinkan dari pihak pengurusan pasukan.Kami senaraikan beberapa sebab kesukaran kita dalam mencari jawapan siapa bakal duduki kerusi panas ini.

*Tanda Aras Terlalu Tinggi
- Sejak Kedah mengalami perubahan dibawah tampok Tan Cheng Hoe,skuad jolokan Lang Merah ini naik secara mendadak malah digeruni pasukan lain.Dari status pasukan malap di Liga Perdana,Kedah telah berjaya menjuarai Liga Perdana 2015,Piala Malaysia 2016 dan Piala Sumbangsih 2017.Untuk kempen musim ini,Kedah juga telah melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Piala FA 2 musim berturut-turut.Ia sekaligus meninggalkan bayang² kepada bakal pengantinya.Mampukah mereka sekurang-kurang menyamai apa yang dicapai Ah Hoe?

*Selera Penyokong
- Penyokong Kedah cukup dikenali dengan gelaran fanatik.Ia terbukti dengan jumlah kehadiran penonton mencecah 100 ribu di Darulaman.Ia sekaligus mendorong penyokong mahukan instant success berterusan tanpa mengira apapun soalnya.Tidak kira berapa jumlah gajinya,tidak kira jumlah bonusnya,tidak kira jumlah kontraknya.Selera kita hanya mahukan seseorang yang SETANDING dengan apa yang Ah Hoe tinggalkan atau sudah lakukan.Jika kita memiliki Ramon Marcote,adakah kita akan terus berjaya dalam masa yang singkat? atau kita terpaksa rebuild pasukan dengan jurulatih tempatan?adakah anda masih bersama pasukan?.

*Pertengahan Musim
- Ketika musim 2017 menganjak memasuki babak akhir pusingan pertama,ia jelas satu tamparan apabila kehilangan ketua jurulatih.Ia nampak ringan tapi sebenarnya cukup BERAT.Ketika sedang pasukan sudah ada cita² atau sasaran,tiba² pasukan kehilangan pemandu dipertengahan jalan.Ia sesuatu yang sukar dijelaskan secara mata kasar namun hanya pemain dan penyokong Kedah sendiri sahaja yang memahami situasi sekarang.

Penulis seperti anda sentiasa mahukan terbaik buat pasukan Kedah.Ia bukan sekadar sebuah pasukan bola sepak malah kita sudah anggap ia sebagai satu unit kekeluargaan bersama.Mengikut perkhabaran,Kedah sedang mengintai 3 calon akhir namun tiada kata putus dari pihak berwajib.Sama² kita harapkan ISU ini segera berakhir kerana sudah tentu kita rindukan pasukan Kedah yang satu ketika GAH tanpa sebarang kontroversi tetapi konsisten dengan prestasi menakjubkan.

LAPORAN PERLAWANAN PIALA FA | PKNP MENANG,KEDAH KE SEPARUH AKHIR

Laporan perlawanan Suku Akhir ke-2 Piala FA yang berlangsung semalam diantara Pknp Fc bertemu Kedah di Stadium Ipoh,Perak.

Kedah berjaya melangkah ke Separuh Akhir Piala FA buat 2 musim berturut-turut selepas menang secara aggregate 6-2 mengatasi cabaran pasukan Pknp FC.

PERMULAAN
Turun berbekalkan bekalan selasa 5 gol,TCH membuat beberapa perubahan dalam starting lineup pasukan dengan kemasukan Syafiq Ahmad,Farhan Roslan,Asri Mardzuki,Syawal Nordin dan kembalinya Ken Ilso Larsen dalam formasi 4-2-3-1.

Pknp FC menurunkan kesebelasan mereka dengan dibarisi 3 pemain import juga.Dalam formasi 4-4-2,Abu Bakar Fadzil atau coach Burn mengandingkan Gilberto bersama Shahrel Fikri sebagai penyerang berkembar.

BABAK PERTAMA (SISTEM BUILD UP KEDAH ROSAK,PKNP DAPATKAN GOL AWAL)
- Tan Cheng Hoe mengandingkan gandingan Abd Halim Saari dan Akram Mahinan dalam sistem double pivot dan meletakkan Sandro Mendonca sebagai advance playmaker.Kedah seperti biasa memulakan permainan menerusi build up dari pertahanan digarisan tinggi sebelum NO6 (Akram) bertindak sebagai arkitek pasukan.Namun permainan Kedah ternyata hambar menerusi kegagalan sistem NO6 untuk flush bola lebih flexible. Selain itu,isu broken link diantara NO8 (Abd Halim) dan NO10 (Sandro) juga faktor utama fluiditi pasukan tersangkut.Dibahagian sayap sisi,Kedah mudah dipatahkan menerusi sistem man-to-man marking pasukan lawan.Disini kekurangan kreativiti banyak membataskan pergerakkan mereka.Ken Ilso agak isolated di upfront line.Tiada gerakan atau suapan tepat menuju kepada beliau.Tiada wall-passes yang boleh memecahkan final third lawan.No urgency.Peluang terbaik menerusi Sandro namun dikawal rapi penjaga gol lawan.Babak pertama 1-0 memihak tuan rumah.

BABAK KEDUA (KEDAH BAIK PULIH,PENJAGA GOL PKNP WIRA)
- Kedah cuba mengasak dan menekan pasukan lawan.Asakan bertalu-talu dihasilkan namun kecewa dek persembahan cemerlang Mohd Asyraf dipintu gol lawan.Syafiq dan Farhan lebih agresif menerusi penetrate cut inside.Beberapa peluang terhidang juga terlepas.Kedah memasukkan fresh leg iaitu Baddrol dan Syazwan tetapi masih dalam tempo yang sama.2 ledakan Ken Ilso dan satu death ball situation dari Sandro semuanya diaelamatkan penjaga gol tuan rumah.Kemasukan Fakri Saarani tidak banyak membantu dari segi persembahan pasukan.Tamat perlawanan,Kedah tewas tetapi mara keperingkat Separuh Akhir.

Pemain Terbaik Pilihan BHK
- Mohd Asyraf (GK Pknp)

Kedah masih dihantui kekecewaan selepas mengharungi 3 perlawanan tanpa kemenangan.Ternyata Kedah amat memerlukan sentuhan Liridon Krasniqi diposisi tengah selain kekuatan mental secara berpasukan.Untuk peringkat Separuh Akhir,Kedah akan bertemu Terengganu FA.

Khamis, 20 April 2017

JIKA DIBERI PILIHAN | SIAPA PILIHAN ANDA

5 pemain ini masih belum beraksi untuk musim 2017 bagi pasukan Kedah.2 daripadanya merupakan regular untuk Kedah musim lalu sebelum ditimpa kecederaan panjang (acl) penghujung musim lalu.

SYAZWAN TAJUDDIN (ST17)
- Syazwan Tajuddin merupakan pemain verstyle Kedah.Mampu beraksi dibeberapa posisi seperti Center-back,Right-back,Defensive-Midfield.Syazwan kini telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan panjang dan sudah disenaraikan dalam skuad 18 pemain untuk beberapa perlawanan.

ARIFF FARHAN MOHD ISA (Ariff)
- Pemenang kejohanan Mencari Ramli siri 1 ini adalah pertahanan kiri terbaik Kedah.Posisi asalnya adalah pemain sayap klasik (side midfield), Ariff kemudian diserapkan sebagai bek sisi ofensif sama-ada kanan atau kiri.Penulis mengelar Ariff sebagai baka inverted fullback dan tonggak utama pasukan.Seperti Syazwan,Ariff juga sudah pulih sepenuhnya.

OSMAN YUSUF (Osman)
- Mempunyai susuk tubuh yang tegap,Osman dilihat future pertahanan pasukan Kedah.Berada dibelakang Khairul Helmi dan Syawal Nordin,keberangkalian Osman untuk beraksi agak terhad.

SYAZUAN HAZANI (Syazuan)
- Syazuan Hazani banyak diberi peluang ketika pre season pasukan Kedah awal musim lalu.Penyerang muda ini jarang disenaraikan dalam skuad 18 pemain untuk perlawanan kompetitif namun diberi peluang berhadapan skuad Manuel Pellergrini iaitu Hebei China Fortune awal Januari lalu merupakan titik permulaan buat pemain berusia 21 tahun ini.

RAPHI AZIZAN (Mamu)
- Bekas pemain Malaysia B-22 tahun ini adalah bek sisi ofensif pilihan ke-2 dibelakang Rizal Ghazali.Mamu juga jarang disenaraikan dalam senarai 18 utama.Namun pemain muda ini tidak pernah kenal erti jemu dalam latihan.Hanya masa menentukan debut buat beliau.

PREVIU PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA FA 2 | PKNP FC vs KEDAH FA

Esok perlawanan Suku Akhir (2) untuk 3 perlawanan bagi saingan Piala FA.Ikuti Previu Perlawanan diantara Pknp FC vs Kedah FA.

KEDAH BAWA BEKALAN SELESA
- Menjelang aksi 90 minit esok di Stadium Ipoh,Perak.Kedah merupakan pilihan untuk layak ke peringkat Separuh Akhir selepas menang 6-1 pada pusingan pertama di Alor Setar.Anak buah Cheng Hoe masih kekal pilihan biarpun dikejutkan 0-5 pada saingan Liga Super kepada TTeam minggu lalu.

PKNP KEBAL DILAMAN SENDIRI
- Berbekalkan 5 perlawanan dilaman sendiri setakat ini,Pknp cemerlang dengan catatan tanpa kalah setakat ini.Anak buah Abu Bakar Fadzil juga mengumpul 21 mata untuk berada ditangga ke-2 Liga Perdana.

TOP GOALSCORERS
- Kedah bakal mendapat kembali khidmat penjaring terbanyak Ken Ilso Larsen yang terlepas aksi minggu lalu.Ken Ilso meledak 8 gol musim ini dalam 2 kejohanan.
- Shahrel Fikri merupakan pemain tempatan yang konsisten dalam Liga Perdana.5 gol dalam Liga dan keseluruhan 6 gol menjadikan beliau penjaring terbanyak buat pasukan Pknp musim ini.

PLAN TAKTIKAL
- Tan Cheng Hoe agak struggle dalam 2 perlawanan terakhir.Seri dengan Pkns dan tewas kepada Tteam.Selepas bertemu Pknp,Kedah hanya meledak 1 gol dan bolos 6 gol.Kedah juga diberitakan akan turun sekali lagi tanpa khidmat Liridon Krasniqi yang masih belum pulih dari isu kecergasan.Sandro dan Ken Ilso dijangka menjadi taruhan disamping kecergasan Ariff Farhan dan Syazwan Tajuddin menjadi senjata untuk pasukan Kedah.

PRESTASI SEMASA - Menang-Menang-Menang-Seri-Kalah

- Pknp mencatat 2 kemenangan selepas tewas kepada Kedah.Mencatat kemenangan 2-1 keatas Mifa dan 2-1 keatas Pdrm menunjukkan aksi mereka makin konsisten.Sharel Fikri terus menjadi sandaran selain Mugen,Vicent dibahagian serangan.Pknp dijangka menurunkan kesebelasan terkuat dalam formasi 4-4-2.

PRESTASI SEMASA - Seri-Seri-Kalah-Menang-Menang

PEMAIN TUMPUAN
- Ken Ilso Larsen
- Sharel Fikri

Isnin, 17 April 2017

STATISTIK PERTAHANAN TENGAH KEDAH | KAMI FOKUS STATS 5 PEMAIN

Musim 2017 menyaksikan ada 5 pemain berpotensi untuk diletakkan dalam kelompok pertahanan bagi pasukan Kedah.Setakat 13 perlawanan,3 pertahanan tengah telah bermain dalam sistem rotation. Berikut ratio yang dicatatkan mereka.

MINIT BERMAIN
Zac Anderson
13 perlawanan / 1170 minit / 2 gol

Khairul Helmi
8 perlawanan / 720 minit / 0 gol

Syawal Nordin
5 perlawanan / 450 minit / 0 gol

Syazwan Tajuddin
0 perlawanan / 0 minit / 0 gol

Osman Yusuf
0 perlawanan / 0 minit / 0 gol

BOLOS (OVERALL 16 BOLOS)
Zac Anderson
(Liga Super 13 bolos/Piala FA 3 bolos)
Khairul Helmi
(Liga Super 11 bolos/Piala FA 1 bolos)
Syawal Nordin
(Liga Super 2 bolos/Piala FA 2 bolos)

JUMLAH KAD
Kedah mengumpul 12 kad kuning dan 1 kad merah setakat ini.Ini adalah jumlah keseluruhan 2017 Liga Super.

RUMUSAN
- Zac Anderson satu²nya pertahanan tengah beraksi setiap perlawanan diikuti Khairul Helmi 8 perlawanan dan Syawal Nordin dengan 5 perlawanan.Syazwan Tajuddin dan Osman Yusuf masih belum beraksi.

Ahad, 16 April 2017

HALFSPACE | ZON YANG SEMAKIN POPULAR

MEMAHAMI TITIK HALF SPACE DAN TEKNIK

APA ITU HALF SPACE
- Ia merupakan satu sudut yang terletak diantara ruang pemain sayap dan ruang pemain tengah.Mengikut kajian jurulatih elit dari Jerman,mereka berpendapat ada satu ruang yang sangat penting jika padang dibuka secara menegak (vertical) dan ia mewujudkan 5 ruang.Ia dipanggil Halfspace!!

Dari Kiri (Sayap,Half Space,Central,Half Space dan Sayap)

Half space merupakan ruang yang sangat strategik dalam taktik bola sepak moder kini.Half space mungkin sudah cukup popular kini dikalangan penggemar bola sepak yang turut mengikuti perkembangan taktikal berpasukan.

Konsep HALF-SPACE
Sebenarnya ia cukup sederhana,jika anda mengetahui bahwa dalam fasa menyerang sesebuah pasukan selalu mencari ruang untuk dieksploitasi,maka itulah sebenarnya pemahaman basic half space.Terdapat 4 konsep pada penulis huraikan

1.Mencipta Lebih Hantaran Ke Kawasan Lawan
- Dari sudut Half Space (bahagian pertahanan) akan cuba membuat hantaran ke zon half space (serangan).Ia adalah kerana ruang half space yang lebih selesa berbanding zon sayap mahupun zon tengah.Apabila berada di half space,pemain lebih free samada melakukan hantaran pepenjuru ke dalam kotak penalti dan lebih banyak masa berbanding ruang sayap atau ruang tengah yang sentiasa menjadi tumpuan pemain lawan seperti fullback lawan (mengawal ruang sayap) dan DMF lawan (mengawal ruang central).

2.Link Terbaik Untuk Zon 17
- Zon 17 adalah zon diisi oleh seorang penyerang peranan No9 dalam sistem seperti targetman,poacher,deeplying forward.Kenapa perlu membuat hantaran kedalam kotak?ini kerana anda boleh membaca kajian penganalisis terkemuka bola sepak,mereka berpendapat hantaran yang tepat (accuracy) dan pantas dilakukan untuk zon 17 akan menghasilkan banyak gol.2 teknik seperti hantaran pepenjuru (diagonal) atau hantaran lintang (crossing) merupakan aliran terbaik tetapi mementingkan ketepatan dalam hantaran (passing accuracy). Half Space merupakan jumlah tertinggi dalam ketepatan serta kelajuan bola dalam hantaran ke zon 17 berbanding ruang sayap atau tengah.

3.Lebih Efektik Melakukan Pertukaran Posisi
- Dari zon half space,pemain tidak perlu terlalu lama mengambil masa melakukan pertukaran posisi (position swap) kerana mereka berhampiran satu sama.Berbanding jika zon tengah atau zon sayap.

4.Perkecilkan Ruang Lawan Untuk Masuk Kedalam Danger Zon
- Sistematik berorientasikan halfspace.Kenapa perlu bertahan di low compactness?Pasukan yang bertahan dalam konteks halfspace adalah untuk memberi ruang lebih kecil kepada lawan.Putuskan hubungan (link) hantaran antara winger ke zon 14.Mereka hanya akan ada option melakukan hantaran silang.Defending is about the space (kata lagenda Johan Cruyyf).Dari positioning ini juga,seorang center half back akan mampu melakukan 3 hantaran ke halfspace secara vertical passes.

Kesimpulan
- Kewujudan zon half space untuk bola sepak moden dilihat satu lagi teknik yang semakin mendapat tempat untuk transisi pasukan yang gemarkan possession football atau penguasaan bola.Teori bola sepak moden juga mengakui visi halfspace lebih variasi berbanding visi sayap atau tengah.

OFF TOPIC | UNITED BAHAM CHELSEA

ULASAN TAKTIKAL | UNITED CONQUER CHELSEA 90 MINIT

Manchester United menewaskan pendahulu Liga Chelsea dengan kemenangan 2-0 lewat malam semalam.

PERMULAAN
Chelsea memulakan perlawanan agak tempang selepas kecederaan lewat Marcos Alonso.Kurt Zouma masuk utk 3 center half sebagai right center half manakala Azpi ditolak ke wingback kiri.Bego seperti sedia maklum masuk untuk Tibo yang juga cedera.Moses,Matic,Kante,Pedro,Hazard dan Costa kekal dalam formasi 3-4-3.

United lebih santai kerana fokus utama mereka adalah Europa Cup pertengahan minggu ini.Jose menyenaraikan sistem 3-5-2 kali ini dengan gandingan triangle di middle third dan asymmetrical untuk sokongan kepada sistem NO9 iaitu Rashford.Asymmetrical dimaksudkan adalah tanpa sayap sisi kanan (wingerless) tetapi mempunyai sayap kiri dan sayap tengah (central winger).

3-4-3 LAWAN 3-5-2
Chelsea sangat struggle kali ini.Menentang united,Jose pertaruhkan sistem triangle di middle third (Herrera/Fellaini dan Pogba).Ia jelas berbaloi apabila United menguasai perlawanan hampir 70% pada babak pertama.Penulis ringkaskan United menang pertarungan circle halfway menerusi Pogba dan Herrera.Fellaini mungkin diberi tugas lebih "extra" dalam menghadkan atau blocking penguasaan tengah Chelsea.Conte yang terkenal dengan mementingkan stabiliti shape agak bercelaru dalam sistem lawan kali ini.Ditengah,MU mematikan langkah double pivot Chelsea dengan tenang.Manakala Darmian dan Valencia fokus menutup ruang halfspace.Pergerakkan Hazard dan Pedro terbatas tanpa sokongan wingback.Tanpa mampu penetrate cut inside,Costa dikawal dalam sistem man-marking dengan mudah.

CHELSEA 4-3-3 UNITED 5-4-1
Fabregas masuk untuk Moses.Dave ditolak ke kiri dan Zouma ke kanan untuk menutup kelemahan ketara defend.Terlalu mudah tirckery run dilakukan lawan masuk.Jose mengarahkan pemain MU supaya segera ke zon 14 dan overload area itu menerusi gerakan pacey dan pressing.Chelsea mengekuatkan tengah dengan membentuk triangle iaitu Kante/Matic floating Fabregas.Fabregas lebih flexible dalam membuat hantaran² kedepan dan kesisi.Jose mastermind tidak cepat gelabah,beliau memasukkan Carrick untuk balance midfield dan tightkan zon 14.Kemasukkan Carrick untuk deeper line bersama Herrera dan Pogba.Fellaini kekal dengan tugas extra beliau.Pertahanan dianjakkan untuk bermain garisan lebih tinggi.Ia langkah tepat keranan Chelsea menerusi Fabregas akan segera flush bola ke zon 14.Chelsea kini berhadapan Chain OF 5

CONTE LANCAR ULTRA OFFENSIVE
Conte melancarkan plan baru.Menyedari fluiditi Chelsea tidak lancar dan terbatas,Willy dimasukkan untuk 4 pemain dibarisan depan.2 inside forward diletakkan untuk Hazard sebagai SS dan Costa sebagai CF untuk membentuk 4-2-4.Namun pemain united memberi reaction dengan memastikan pertahanan mereka kemas dengan bermain garisan tinggi.Dia tahu kemampuan Fabregas mampu lakukan dan garisan tinggi adalah untuk memenangi bola terlebih dahulu.

CONTE GUNA PLAN D 3-2-1-4,UNITED SOLID DALAM SISTEM BERTAHAN
Ia pilihan terakhir dengan Zouma keluar dan Ruben Loftus Cheek masuk.Kembali ke pertahanan bertiga,Kante dan Fabregas pula floating RLC.4 barisan depan dikekalkan namun tiada apa mampu dilakukan.Ternyata sistem man-to-man marking ini sangat ampuh untuk ditembusi.Tiada create chance tiada shooting on gol.Hanya rembatan liar kegawang united.

KESIMPULAN
- David Luiz,Cahill dan Zouma nyata hilang kecelaruan,Zouma beberapa kali off positioning.Conte perlu asah kembali Zouma bagaimana bermain sistem pertahanan bertiga sebab teman berpendapat Zouma terbawa-bawa gaya pertahanan berdua dalam sistem mereka.United sangat solid performance. Chemistry Lingard/Rashford sangat menarik.Rashford bebas dari bebanan sebagai pemain sayap kepada penyerang.Ia posisi utama beliau sebelum Ibrahimovic tiba.United nyata pasukan lebih baik semalam.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN
- Marcus Rashford

Undang - Undang 12 | Kesalahan/Kelakuan Berbahaya Dalam Bola Sepak

Undang-undang 12 | Kesalahan-Kesalahan Dan Kelakuan Tidak Bersopan
Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti berikut:

Sepakan Percuma Terus (DIRECT FREEKICK)
Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika seorang pemain melakukan salah satu seperti dibawah

• menendang atau menendang pemain lawan.
• membentes atau cuba membentes pemain lawan.
• menerjah ke pemain lawan.
• merempuh pemain lawan.
• memukul atau cuba memukul pemain lawan.
• menolak pemain lawan.
• tackle pemain lawan.

Namun terdapat beberapa sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:

• memegang pemain lawan.
• meludah pemain lawan.
• memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya).

Sepakan percuma terus adalah dibuat dari tempat dimana kesalahan berlaku.

Sepakan Penalti
Sepakan penalti adalah diberi jika salah satu dari 10 kesalahan di atas dilakukan oleh seorang pemain DIDALAM kawasanya, tanpa mengira kedudukan bola, dengan syarat bola berada di dalam permainan.

Sepakan Percuma Tidak Terus (INDIRECT FREEKICK)
Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari 4 kesalahan berikut

• mengawal bola dengan tangannya lebih dari enam saat sebelum melepaskan
• menyentuh bola semula dengan tangannya setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan sebelum disentuh oleh pemain lain.
• menyentuh bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.
• menyentuh bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.

Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain,bergantung pendapat pengadil:

• bermain dengan cara yang berbahaya
• kekasaran berlebihan seperti stamping challenge (excessive force)
• menyekat pergerakan pemain lawan.
• menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya.
• melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam undang-undang 12, yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar pemain.

Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan berlaku

Tindakan Disiplin
Kad kuning adalah digunakan untuk memberitahu bahawa pemain atau pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi amaran.

Kad merah adalah digunakan untuk memberitahu bahawa pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar.

Hanya seorang pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan sahaja boleh ditunjukkan kad merah atau kad kuning.

Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin dari ketika ia masuk ke padang permainan sehingga ia meninggalkan padang permainan selepas tiupan wisel penamat.

Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar, di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap pemain lawan, rakannya sepsukan, Pengadil, Penolong Pengadil atau orang lain, adalah dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

Kesalahan-kesalahan Beramaran
Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan salah satu dari 7 kesalahan berikut:

• bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.
• membantah dengan perkataan atau perbuatan.
• sentiasa melanggar Undang-undang Permainan.
• melambat-lambat memulakan semula permainan.
• gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan semula dari sepakan penjuru, sepakan percuma atau lontaran ke dalam.
• masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran Pengadil.
• dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran Pengadil.

Pengganti atau pemain yang telah digantikan adalah diberi amaran jika melakukan
salah satu dari tiga kesalahan berikut:

• kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.
• membantah dengan perkataan atau perbuatan.
• melambat-lambat memulakan semula permainan.

Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar
Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti adalah diperintah keluar jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:

• bermain dengan amat kasar / terjahan berlebihan
• berkelakuan ganas.
• meludah pemain lawan atau orang lain.
• menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri).
• menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang yang menuju ke arah gol lawan lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan percuma atau sepakan penalti.
• menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau katakata kesat dan/atau gerak laku.
• menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.

Pemain,pengganti atau pemain yang telah diganti yang diperintah keluar

Sabtu, 15 April 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER KE 10 | REKOD KEDAH LEBUR

Kedah mengalami kekalahan teruk 5-0 ditangan pasukan T-Team malam tadi sekaligus menamatkan rekod cemerlang dalam 23 perlawanan.Fakta menarik adalah,T-Team juga adalah pasukan terakhir yang menewaskan Kedah sebelum ini.Berikut laporan perlawanan disediakan oleh penulis.

PERMULAAN PASUKAN
Pasukan Kedah turun agak tempang pada perlawanan kali ini.Kecederaan lewat dialami oleh tonggak utama Liridon Krasniqi selain pergantunggan Ken Ilso.Tan Cheng Hoe membariskan Syafiq Ahmad sebagai penyerang manakala Abd Halim Saari mengambil alih posisi Liridon sebagai NO8 pasukan bergandingan bersama Akram Mahinan NO6 (halfback).Fitri Omar dan Khairul Helmi kembali kedalam pasukan utama.Ariff Farhan juga pertama kali disenaraikan dalam bangku simpanan selepas 4 bulan tidak beraksi.Dengan formasi kebiasaan 4-2-3-1.

T-Team kembali mendapat sentuhan Farhod Tadjivez pada starting mereka.Rahmad Dermawan menurunkan kesemua 4 kuota import dengan formasi 4-1-3-2 dengan gandingan Samassa dan Tadjivez upfront line.

BABAK PERTAMA (KEDAH HILANG FOKUS,T-TEAM MANIPULASI CIRCLE HALFWAY)
Tempo permainan Kedah agak tidak menjadi pada perlawanan ini.Sebelum insiden kontroversi kad merah,Kedah banyak melancarkan serangan ke kubu tuan rumah namun ia bukanlah dari kebiasaan.Kedah terpaksa bermain di wide area selepas circle halfway iaitu kawasan bulatan tengah dikekang tuan rumah.Fluiditi pasukan Kedah tidak lancar dan terpaksa bermain sideway passing menggunakan Baddrol dan Syazwan disisi (touchline) membuat hantaran.Badd dan Syazwan juga tidak dapat memecah tight halfspace tuan rumah.T-Team lebih displin bertahan pada awal permainan dengan RD mengarahkan Samassa menjadi sayap kiri mereka.Ia membentuk formasi 4-1-4-1.Teknik ini berjaya mengekang asakan Kedah yang gemarkan possession football.Dilshod dan Fakhrurrazi menjadi holding midfield dan Hasbullah sebagai halfback.

Selepas insiden stamping challenge oleh Fakhrurrazi keatas Rizal Ghazali,pengadil memberi kad merah kepada Rizal kerana kesalahan reaction tetapi hanya kad kuning kesalahan stamping itu.Ia satu keputusan LUAR BIASA bagi penulis.

IMBASAN GOAL
Gol 1 - Menerusi satu serang balas,hantaran Samassa tepat kepada Dilshod sebelum tenang menewaskan Ifwat.Selain tergelincir,Zac juga tewas aerial duel dalam situasi tersebut.

Gol 2 - Sekali lagi hantaran silang disambut baik oleh Norhakim Hassan.Satu rembatan padu menerjah gol.

Gol 3 - Satu assist menarik dari Tadjivez dan Samassa yang tidak dikawal mudah menewaskan Ifwat.

Sistem zonal marking Kedah rosak selepas kehilangan Rizal.Akram ke bek sisi kanan dengan Baddrol masuk sebagai midfield. Syazwan ke sayap sisi kanan manakala Sandro ke sayap sisi kiri.TCH masih cuba menerapkan possession biarpun situasi 10v11 dengan formasi 4-4-1.Hasilnya 3-0 babak pertama.

BABAK KEDUA (TCH REHATKAN PEMAIN UTAMA,T-TEAM DOMINASI)
TCH mengeluarkan Sandro dan memasukkan Fakri Saarani untuk formasi 3-4-2 balance.Untuk pengetahuan pembaca,Sandro mencatat 4 attempt (percubaan) dan 3 daripanya tepat.Sandro juga pemain yang memiliki urgency pada babak pertama dalam beberapa peluang Kedah.Dalam formasi ini,pemain sayap Kedah iaitu Badd dan Syazwan kurang dalam sistem trackback.Anda dapat lihat penguasaan kiri dan kanan flanker tuan rumah begitu bebas.Dengan sistem 3 pertahanan tanpa bantuan selepas ketiadaan ofensif fullback,ia jelas mengundang risiko.Masuk gol ke-4 tuan rumah,TCH mengeluarkan Badd dan Syazwan dengan kemasukan Asri dan Farhan untuk kembali ke sistem 4-4-1.Namun tiada apa mampu dilakukan oleh barisan ini.

KESIMPULAN
Ia jelas kekalahan agak teruk oleh keseluruhan persembahan pasukan.Tiada workrate terjalin (mungkin kerana terlalu mental dari insiden kad merah).Kepincangan setiap posisi juga faktor utama.Diharap Kedah dapat kembali menemui rentak selepas ini.

Khamis, 13 April 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER KE - 10 | TTEAM vs KEDAH

Perlawanan Liga Super 2017 diteruskan esok untuk aksi ke-10.Kedah akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin,Kuala Terengganu untuk bertemu pasukan T-Team FC.Berikut previu perlawanan disediakan penulis.

STATISTIK MUSIM 2017 BAGI KEDUA DUA PASUKAN
Pasukan T-Team FC dibawah bimbingan Rahmad Dermawan telah merekodkan 9 perlawanan untuk Liga Super dan beraksi 2 perlawanan dalam saingan Piala FA.Untuk Liga Super,T-Team berada ditangga ke-7 Liga dengan mencatat 2 MENANG,4 SERI dan 3 KALAH untuk kutipan 10 mata.T-Team merekodkan jaringan 10 gol/18 bolos.Penjaring utama mereka Farhad Tadjivez merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 5 gol keseluruhan (4 Liga Super/1 Piala FA).

Pasukan Kedah dibawah Tan Cheng Hoe masih unggul dengan rekod 23 perlawanan tanpa tewas setakat ini.Kedah kini berada ditangga ke-3 Liga Super dan sedang beraksi di Suku Akhir Piala FA.Untuk Liga Super,Hijau Kuning telah merekodkan 5 MENANG dan 4 SERI dalam 9 penampilan.Kedah merekodkan 19 gol/8 bolos untuk kutipan 19 mata.Penjaring terbanyak pasukan Kedah adalah Ken Ilso Larsen dengan 8 gol.

TEAM NEWS
Pasukan T-Team bakal mendapat kembali khidmat penyerang berbisa mereka Farhod Tadjivez selepas digantung perlawanan lalu.Rahmad Dermawan juga mempunyai Mamadou Sammasa yang setakat ini meledak 2 gol selain Dilshod dibahagian tengah.Penjaring terbaik local mereka Nor Hakim juga dijangka dalam senarai utama malam esok.

Pasukan Kedah bakal kehilangan tonggak Ken Ilso yang sudah mengumpul 3 kad kuning.Status kecergasan Baddrol Bakhtiar,Fakri Saarani masih belum diputuskan dan bakal diketahui selewat-lewatnya esok (hari perlawanan).

HEAD TO HEAD
Berdasarkan rekod pertemuan kedua² pasukan,Kedah memiliki rekod agak baik.Bagi saingan 5 perlawanan terakhir,Kedah mencatat 3 MENANG dan TEWAS 2.Sementara bagi rekod 5 perlawanan T-Team sebagai tuan rumah pula,Kedah mencatat 3 MENANG dan 2 TEWAS juga.Ini rekod 5 perlawanan yang lalu

KEDAH 0 TTEAM 1
KEDAH 1 TTEAM 0
TTEAM 0 KEDAH 2
TTEAM 4 KEDAH 1
TTEAM 0 KEDAH 2

PERSTASI SEMASA PASUKAN

TTEAM - KALAH-SERI-KALAH-KALAH-SERI

KEDAH - SERI-MENANG-MENANG-MENANG-SERI

Sabtu, 8 April 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER KE 9 | AKSI TEGANG BERAKHIR SERI

Laporan perlawanan Liga Super ke 9 membabitkan pasukan Kedah dan Pkns yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

PERMULAAN
Di kem Kedah,TCH membuat beberapa perubahan dari kesebelasan yang beraksi menentang Pknp pada saingan Suku Akhir Piala FA tempoh hari dengan kemasukan Syawal Nordin,Asri Mardzuki,Sandro untuk mengantikan Khairul Helmi,Baddrol Bakhtiar dan Fitri Omar.Masih dalam formasi 4-2-3-1,Ken Ilso diletakkan sebagai NO9 manakala Sandro,Farhan dan Syazwan sebagai alternatif serangan.

Pkns turun dengan formasi 4-1-3-2 seperti kebiasaan.Formasi ini digunakan oleh E Elavelarsen dalam 3,4 perlawanan sebelum ini.Safee Sali digandingan bersama Patrick Ronaldinho dan mereka mendapat support dari 3 pemain iaitu Nazrin,Matias Hadwa dan Lucas Espindola.

BABAK PERTAMA (PKNS COMPACTNESS,KEDAH GAGAL MANIPULASI TIGHT ZON)
Dalam babak pertama,ada isu yang boleh kita lihat selain aksi panas yang disajikan.Kedah bermula baik walaupun tempo agak terganggu dek padang yang agak lembab.Permainan build up Kedah mendatar disebabkan Pkns lebih gemar menunggu bola di circle mereka sendiri.Mereka membiarkan Ronaldinho sebagai targetman dan Espindola/Safee berada di halfspace.Matias Hadwa dan Nazrin lebih displin dalam positioning sebagai pemain sayap.Pkns membentuk (shape) menjadi closure kepada 4-1-4-1.Kedah jelas bermasalah dalam isu penetration cut inside oleh 2 pemain sayap ditambah pula kekurangan kreativiti mereka dari segi hantaran silang.

Sandro semalam agak baik dalam sistem dipanggil 'Enghanche' iaitu baka NO10 dalam sistem klasik.Seorang Enghanche tidak bergantung pada pace,skill atau trick tetapi kebolehan baka ini dilihat saat dia flush bola ke attacking up front atau killer passes.Satu lagi masalah kurangnya fluiditi di final third dalam plan serangan.Barisan midfield Kedah agak shielding dan concentration pada serangan agak terbatas.Marking space (ofensif) ketika build up agak ketara pada babak pertama menjadikan serangan mudah dipatahkan.

GOL PELAWAT DAN GOL KEDAH
Pkns terlebih dahulu mencipta jaringan.Menerusi quick freekick,1 hantaran terus dilakukan kepada Safee Sali sebelum assist beliau kepada Espindola membolehkan Pkns mendahului 1-0.Disini pemain Kedah Asri telah melakukan 1 kekasaran dan freekick diberikan.Namun saat quick freekick diambil,tiada seorang pun pemain Kedah datang menghalang sepakan pantas itu,malah kawasan kiri dibiarkan free space.

Kedah membalas kembali menerusi jaringan Zac Anderson. Menerusi 1 direct freekick,Liridon Krasniqi melakukan sepakan knuckle yang diselamatkan Haziq namun Zac bertindak pantas menyambar bola sebelum menolak masuk untuk 1-1.Kesalahan Ball watching oleh pertahanan Pkns.

BABAK KEDUA (ATTACKING FRONT LINE TUMPUL,PKNS PARK THE BUS)
Tiada apa yang menjadi isu penting pada babak kedua.Kemasukan Syafiq pada minit ke 55 menambah variasi serangan namun dikecewakan penyudah lemah (below par performance).Liridon lebih ofensif dan keluar dari shielding namun Pkns kebal bertahan.Aksi tangkas Haziq juga antara penyelamat pelawat selain taktikal anti-football oleh mereka.Satu peluang keemasan Kedah hadir menerusi gerakan menarik bek sisi ofensif iaitu Rizal Ghazali yang bijak melakukan cut back kepada Ken Ilso namun Ilso gagal menyempurnakan peluang itu.Beberapa percubaan dilakukan oleh Sandro dan Syafiq namun semuanya menemui jalan buntu.

PENGADIL YANG LEMAH
Sedikit sahaja saya tulis isu ini,pengadil nyata menganggu tempo perlawanan.Berhadapan lawan bermain bertahan,pengadil gagal mengawal kelancaran perlawanan dari segi mengeluarkan kad atau advantage. Permainan kerap terhenti dek keranan kekasaran² berlaku.Isu ini sudah lapuk malah kerap kali terjadi namun isu inilah antara penyebab mutu permainan kita masih belum maju.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Zac Anderson

PERTEMBUNGAN DUA SAHABAT | DUO IKONIK KEDAH KEMBALI BERTEMU

PERTEMBUNGAN DUA SAHABAT BAIK | BB7 vs KM18

Malam ini Kedah bakal menyambut kepulangan Khyril Muhymeen sekali lagi.Salah satu kepulangan paling beremosi untuk penyokong Hijau Kuning.KM 18 dan BB7 merupakan 2 sahabat baik yang sama-sama naik mewakili Kedah dan hampir 10 tahun bersama.

Pasangan sensasi dari produk akademi Kedah FA iaitu Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen telah bersama hampir 10 tahun dalam suka duka pasukan Hijau Kuning.Dari Liga Perdana ke era kegemilangan Double Treble sebelum kembali ke saingan Liga Perdana.Kedua-dua mereka bukan sahaja rakan ditengah padang malah merupakan sahabat baik diluar padang.

PENCAPAIAN BERSAMA
Khyril terlebih dahulu diperkenalkan pada 2005 sebelum 2006 giliran Baddrol.Khyril bermula sebagai pemain baka sayap menerusi kelincahan kedua dua belah kakinya manakala kemunculan Baddrol setahun kemudian juga sebagai pemain baka sayap.Sepanjang bersama,mereka mencetuskan revolusi tersendiri bersama Kedah. Memenangi kejuaraan bersama Kedah,mereka juga memenangi anugerah individu dalam tempoh mereka bersama.Khyril pernah dinobatkan Pemain Tengah Terbaik Liga Malaysia pada 2007/2008 selain Pemain Muda Terbaik 2006/2007/2008.Selain itu Khyril turut muncul Penyerang Terbaik Kedah 2008 dan Penjaring Terbanyak Kedah pada 2011.

Baddrol pula pernah merangkul 3 kali Pemain Terbaik Bulanan sepanjang bersama Kedah dan sejak 2014 tercalon sebagai Pemain Tengah Terbaik Malaysia.

Karier duo ini bersama Kedah juga menakjubkan dengan kejayaan bersama merangkul Liga Perdana (2005/2006) kemudian Piala FA (2007 dan 2008) Piala Malaysia (2007 dan 2008).

IKON KEDAH
Pasangan duo ikonik ini merupakan kebanggaan rakyat Kedah.Tidak hairanlah malam ini merupakan malam emosi bagi peminat Kedah meraikan kepulangan lagenda mereka Khyril Muhymreen atau dikenali KM18.Selain Kyhril,pasukan PKNS juga membariskan beberapa lagi bekas pemain Hijau Kuning seperti Azmizi (TBO),P Rajesh dan Sabree Mat Abu.

KARIER STATS
Khyril Muhymeen - 2005-2014
Baddrol Bakhtiar -  2006-2017

Jumaat, 7 April 2017

PREVIU PERLAWANAN MSL KE - 9 | KEDAH FA vs PKNS FC

Perlawanan Liga Super 2017 kembali bersambung malam ini menyaksikan pendahulu Liga,Kedah akan menanti kunjungan Pkns untuk aksi ke-9 Liga.Berikut previu perlawanan dari kami.

STATISTIK MUSIM 2017
Untuk pasukan Kedah, semuanya tampak cemerlang apabila meraih 18 mata setakat ini untuk berada dikedudukan pertama Liga Super.Helang Merah turut dalam laluan ke Separuh Akhir Piala FA 2017 selepas membelasah pasukan Pknp FC tempoh hari.Untuk keseluruhan musim ini Kedah telah menjaringkan 30 gol dan hanya bolos 10 gol.Untuk Liga Super,Kedah mencatat 18 gol/7 bolos.Penjaring terbanyak setakat ini Ken Ilso dengan 8 gol.Kedah turut merekodkan 22 perlawanan tanpa kalah setakat ini.

Pkns FC untuk musim 2017 agak overrated selepas berbelanja besar mendapatkan bekas-bekas pemain kebangsaan.Dikuatkan 4 tenaga import dan sebilangan bekas tonggak kebanggsaan,Pkns hanya mencatat 2 menang,2 seri dan 4 kekalahan.Mereka mengekalkan 3 trio import dan 1 kemasukan baru import baru.Pkns mencatat 8 mata bersama 14 gol/16 bolos untuk berada ditangga ke-8 Liga Super.Bagi saingan Piala FA,Pkns tersingkir seawal pusingan ke-2 ditangan Melaka United.

HEAD TO HEAD
Rekod pertemuan diantara Kedah dan Pkns agak seimbang.9 perlawanan terakhir diantara kedua-dua pasukan berakhir dengan Kedah menang 2 kali,Pkns 3 kali dan baki seri 4 kali.5 pertemuan di Stadium Darulaman pula menyaksikan Kedah belum pernah menang di Darulaman.Kedah seri 3 kali dan tewas 2 kali kepada Pkns.

Pkns juga merupakan pasukan pertama meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Kedah pada saingan Liga Perdana 2015 dimana mencatat kemenangan 1-2 di Stadium Darulaman.

PRESTASI SEMASA PASUKAN (5 PERLAWANAN TERAKHIR)

KEDAH FA
- Menang - Seri - Menang - Menang - Menang

PKNS FC
- Menang - Seri - Kalah - Kalah - Seri

Isnin, 3 April 2017

SYAFIQ AHMAD | HERO DARI BANGKU SIMPANAN

SYAFIQ AHMAD | HERO DARI BANGKU SIMPANAN

Mula diperkenalkan pertengahan musim 2014,Syafiq Ahmad merupakan produk Piala Presiden yang diketengahkan untuk skuad Kedah yang tengah rebuilding.Gol menentang Kelantan (Suku Akhir Piala Malaysia) menjadi pemangkin buat anak muda yang kini berusia 22 tahun.

Musim 2015,2016
Syafiq mula diberi lebih peranan berbanding musim sebelumnya.Gol-gol penting banyak dihasilkan ketika pasukan berdepan detik sukar.Syafiq juga mula diberi perhatian untuk skuad projek Malaysia (kini Malaysia B-22).Jarang muncul sebagai pemain utama,Syafiq lebih dikenali dengan tugasan supersubs.Sebagai penyerang natural,Syafiq agak terhad sebagai pilihan memandangkan penyerang import merupakan regular kepada pasukan.Syafiq kerap didedahkan dengan posisi berlainan seperti no7,no10.Untuk musim 2015,Syafiq meledak 8 gol dan musim 2016 dengan 1 gol.Peratusan Syafiq beraksi untuk Kedah hanyalah 37%.

Musim 2017
Setakat ini,Syafiq telah tampil sekali lagi sebagai subs untuk Kedah.Menjaringkan 2 gol ketika bertemu Pulau Pinang dan terbaru bertemu PKNP,Syafiq dilihat salah satu senjata ampuh serta aset pasukan Kedah dimasa depan.

NAMA: MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD
UMUR: 22 TAHUN
ASAL: SG. ARA, PENANG
POSISI: PENYERANG,PEMAIN TENGAH

Pengalaman Remaja :
Piala Danone (2007) dan (2010)
Piala Manchester United B14 (2010)
Penjaring Terbanyak Liga KPM-FAM, Juara Liga KPM-FAM 2012
Sekolah Sukan Asia B18
Naib Juara Piala Emas Raja-Raja (Kedah)

Bersama Kedah FA
- Piala Liga Perdana 2015
- Piala Malaysia 2016
- Piala Sumbangsih 2017

Ahad, 2 April 2017

REVOLUSI AH HOE | TERIMA KASIH AH HOE

REVOLUSI LAKSAMANA CHENG HOE

(Artikel ditulis panjang dan detail sikit)

27-11-2013 (PETIKAN UTUSAN MALAYSIA)
"Saya Mungkin Balik Tanam Padi Sahaja Kalau Begini" itulah kata² Tan Cheng Hoe selepas FAM mendiamkan diri susulan kontrak beliau bakal tamat 31-12-2013.K Rajagopal terlebih dahulu ditamatkan kontrak sebelum itu.Cheng Hoe bukanlah asing bagi FAM.Pada 2005,beliau sudah bersama sifu beliau Dato K Rajagopal untuk skuad Malaysia B-19 dan kemudian B-20 sebelum ke Malaysia B-23 Sukan Sea.Selepas itu Ah Hoe juga bersama Rajagopal ke Malaysia (Harimau Malaya).FAM hanya mendiamkan diri sementara Ah Hoe berkata ia bukanlah mudah untuk salahkan barisan kejurulatihan sahaja.Ah Hoe bersama Malaysia untuk Sukan Sea,Piala AFF Suzuki dan kelayakkan Piala Asia 2015.

28-3-2014 (DAVID MITCHELL DIPECAT,AH HOE MASUK)
Kedah tewas 3-1 kepada PDRM dan David Mitchell dipecat.10 perlawanan dengan 13 mata,Kedah berada ditangga ke-5 Liga Perdana.Tugasan pertama Ah Hoe adalah 3-4-2014 Kedah bertemu UITM FC dan menang 3-1 ditempat lawan.Ok kita ringkaskan dengan barisan develop,Ah Hoe bawa Kedah ke posisi ke-4 Liga (qualified ke Piala Malaysia 2014) dengan jumlah keseluruhan 12 perlawanan bersamaan 25 mata.7 menang,4 seri dan hanya 1 tewas.Piala Malaysia,Kedah mengejutkan ramai apabila mara ke Separuh Akhir sebelum tewas.Biggest win adalah Kedah 7-2 PBAPP FC.

2015 SEASON (THE BEGINNING)
Kedah lebih bersedia kali ini dengan sasaran utama ke Liga Super.Chidi Edeh (bf Janna Nick),Sandro Mendonca kemudian Liridon Krasniqi masuk untuk trio regular.Kedah muncul juara dengan mencatat 48 mata keseluruhan.16 menang,6 seri dan 4 tewas.Sandro dan Edeh kombinasi ini membentuk gandingan baik serta ledakan lebih 20 gol.Kedah turut dikuatkan beberapa barisan pengalaman dan kuartet muda seperti kemunculan Farhan Roslan,Syafiq Ahmad,Rizal Ghazali,Osman Yusuf dan Hanif Mad Zahir untuk barisan develop sedia ada seperti Khairul Helmi,Syazwan Zainon.Piala Malaysia Kedah ke perlawanan akhir tapi tewas.Biggest win adalah Kedah 5-0 Terengganu.

2016 SEASON (LIGA SUPER SELEPAS 3 TAHUN)
Akhirnya Kedah kembali kelandasan sedia kala.Kembali ke kelompok elit dalam Liga Super.Ah Hoe mendapatkan Amar Rohidan,Fakri Saarani dan Carlos Kahe.Permulaan musim detik getir Ah Hoe.Kedah sangat struggle didepan gol dengan Kahe hanya meledak 8 gol (terima kasih kepada Megah Murni bagi 3 gol cemey untuk Kahe) ditambah dengan prestasi pemain kepercayaan Amar Rohidan dan Fakri Saarani selain prestasi merosot Farhan Abu Bakar dipersoalkan.Ah Hoe digesa berehat selepas Kedah struggling dalam Liga.Kedah sebenarnya mendapat beberapa khidmat Harimau Muda yang di abolished.Syawal Nordin,Amirul Hisyam,Asri Mardzuki dan Farhan Abu Bakar.Pada next transfer window (Jun 2016),Kedah survive dengan kemasukan Thiago Augusto dan Shane Edward Smeltz.Mendapat tempat ke-3 Liga Super dengan 11 menang,7 seri dan 5 tewas.Keseluruhan 37 mata.Piala FA Kedah leburkan rekod tanpa kalah JDT dan ke separuh akhir sebelum Piala Malaysia Kedah jadi juara.Biggest win adalah Kedah 8-0 Megah Murni.

28-12-2016 (FOURTHOFFICIAL.COM)
"Jika diberi peluang,saya juga mahu jadi jurulatih Malaysia"
Ah Hoe berkata beliau juga mengimpikan tugas sebagai KETUA JURULATIH Malaysia jika satu hari diberi peluang dan pada masa yang sama komited terhadap Kedah adalah perkara no 1.

2017 SEASON (THE UNBEATABLE)
Kedah memulakan saingan musim 2017 dengan cemerlang dibawah Ah Hoe.Mendapatkan penyerang terbaik dari Liga S,Ken Ilso Larsen dan Zachary Michael Anderson. Kedah dipuncak Liga Super dengan 18 mata sambil menikmati rekod bersih 22 perlawanan TANPA KALAH setakat ini.

KEJAYAAN AH HOE DI KEDAH
Perlawanan : 106 perlawanan
Menang : 56 MENANG
Seri : 24 SERI
Kalah : 26 KALAH

1 Premier League (2015)
1 Malaysia Cup (2016)
1 Charity Shield (2017)

Terima Kasih Ah Hoe..Biar Jasa Jadi Kenangan

Sabtu, 1 April 2017

LAPORAN PERLAWANAN PIALA FA | KEDAH BENAM PKNP FC

Laporan perlawanan membabitkan pertemuan Kedah FA menentang PKNP FC dalam saingan Piala FA semalam.

PERMULAAN
Tuan rumah Kedah menurunkan kesebelasan terbaik 4-2-3-1 kecuali Sandro Mendonca yang masih dalam proses pemulihan.TCH mengekalkan back 4 pasukan dengan Akram Mahinan seperti dijangka mengemudi middle third bersama Liridon selepas Amirul Hisyam berehat panjang.Menarik untuk fasa attacking dimana 3 pemain baka sayap diturunkan serentak iaitu Baddrol Bakhtiar,Farhan Roslan dan Syazwan Zainon untuk berada dibelakang Ken Ilso.

Dikem pelawat,Abu Bakar Fadzim kehilangan 2 tonggak utama iaitu pemain import mereka.Hanya membariskan seorang pemain import iaitu Gilberto (no 27) dalam kesebelasan 4-4-2 klasik.Penjaring terbanyak mereka Shahrel Fikri dimulakan sebagai pemain sayap kiri.

BABAK PERTAMA (Death Ball Situation Kunci Kedah)
Kedah dan Pknp Fc bermula dalam keadaan padang yang agak lembab akibat hujan.Permainan build-up Kedah sedikit terganggu dan kredit juga high pressing lawan untuk fasa 15 minit pertama sahaja.Selepas gol pembukaan oleh specialist left footed Kedah Fitri Omar,perlawanan nyata memihak Kedah yang unggul menerusi falsafah total football.Sebelum itu Kedah agak struggle ketika bola di danger zone.Tight marking di defensive zone serta man to man marking khusus untuk Liridon Krasniqi.Badd opening sebagai (no 10),Farhan Roslan dan Syazwan Zainon (inside forward).Kemudian transisi berubah dimana Farhan sebagai no 10 dan Badd ke posisi natural.Syazwan dan Badd lebih memahami tugas inside yang dimahukan TCH.

Pknp FC seperti awal tadi,fasa 15 minit pertama agak cemerlang.Mereka cuba isolated bola ke sisi.Erti lain mereka mahu bola tidak berada ditengah padang.Setiap kali merampas bola,mereka akan segera (release) kesisi.Memiliki duo pemain sayap agak pantas,mereka mencipta beberapa gerakan berbahaya namun pemain no 27 mereka agak deep membiarkan no 9 banyak berkeliaran sendirian.Namun dari segi pressing,mereka terapkan agak baik.

2 gol dari situasi bola mati tidak banyak untuk diperkatakan.Fitri memberi variasi dalam set piece pasukan dengan 2 bola curling menarik.2 direct-freekick dan 1 penalti sudah cukup selesa babak pertama 3-0.

BABAK KEDUA (MISSION ACCOMPLISH)
Permainan fluidity Kedah terlalu banyak memberi tekanan kepada pelawat.Beberapa kekasaran (robust) oleh lawan mula disajikan.Sehingga minit ke 58 permainan totally didominasi Kedah.Farhan bijak melakukan dribbling menarik sebelum cubaan beliau mudah disambung oleh Ken Ilso untuk 4-0.Agak kecewa berlaku sedikit permasalahan lampu limpah yang menganggu rentak pasukan.Bersambung permainan,Kedah mengendurkan tempo dengan mengeluarkan 2 regular sayap untuk 2 supersubs iaitu Akhyar dan Shafiq.Kemudian Haniff MdZahir untuk Akram.Pknp mendapat gol menerusi satu counter attack dari Gilberto (no 27),Pknp mendapat gol.Zac Anderson mudah ditewaskan dalam situasi 1v1 dan Khairul Asyraf menerusi 1 thunderbolt strike tepat kesasaran menewaskan Ifwat.Namun dalam tempoh 2 minit,Syafiq Ahmad kembali menerusi gol ke-5 dan gol ke-6 hanya perlu jelaskan..simply King Ken.Menerima lorongan Liridon sebelum menang 1v1 dan goal.

RUMUSAN
Kedah nyata ditahap sangat berbeza berbanding lawan.Kedah kini melebarkan rekod tanpa kalah kepada 22 perlawanan dalam semua kejohanan dan 11 kemenangan di Darulaman..100% win in row at home.Unbeaten,Unbeatable Kedah.
Pknp ada potensi untuk pergi jauh dalam saingan Liga Perdana.Mereka ada pemain yang memiliki passion namun harus lebih fokus.

Pemain Terbaik Pilihan BHK
- Fitri Omar