Sabtu, 4 Mac 2017

LAPORAN PERLAWANAN MSL KE-8 | KEDAH TERLALU UNGGUL DI DARULAMAN

Laporan Perlawanan Liga Super Ke 8 diantara Kedah menentang Melaka United.

PERMULAAN
Kedah terpaksa melakukan beberapa pertukaran dari pertemuan menentang Selangor.Akram Mahinan bermula sebagai fullback kanan mengantikan Rizal Ghazali yang digantung 1 perlawanan.Syazwan Zainon dan Sandro kembali membarisi skuad utama.Syawal Nordin mengantikan Khairul Helmi dan turut menggalas tugas kapten pasukan.TCH menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan Amirul dan Liridon kembali berrgandingan sebagai double pivot.Sandro kembali keposisi kegemaranya no 10 dan Syazwan dan Fitri sebagai central winger.Ken Ilso lebih bertindak poacher.

Melaka United pula on basic kelihatan 4-4-2 dengan gandingan Amri-Aguero sebagai SS (second striker) dan CF (center forward).Dengan hanya dibarisi 1 pemain import tunggal,senarai barisan Melaka United dilihat agak tempang tanpa peledak utama Spaso dan perancang utama Jeon Woo Young.

BABAK PERTAMA (PERTAHANAN KOMPAK MELAKA,LINK KEDAH KURANG AGRESIF)
Perlawanan bermula dengan keadaan baik.Kedah banyak mengatur gerakan-gerakan daripada halfback Amirul Hisyam.Perlu anda fahami konsep ball possession,pemain anda perlu banyak komunikasi sebaik mungkin dan anda dapat lihat pemain-pemain Kedah bertukar hantaran.Tempi game agak semakin rancak dengan Melaka lebih banyak melakukan countee attack yang sesekali mengancam kubu Kedah. Kedah pula nampak agak sukar menembusi tight halfspace mereka.Fitri dan Syazwan kurang menyerlah untuk 45 minit pertama.Pergerakan 2 fullback Kedah juga agak statik iaitu Asri dan Akram.Tiada combination baik bersama 2 winger.Penulis menunggu Kedah sesekali melancarkan serangan melalui center dimana ada space yang ditinggalkan selepas mereka lebih menumpukan menutup serangan crossing.Akhirnya gol menjelma menerusi satu gerakan wall passes menarik antara Sandro dan Ilso.Ken yang menerima umpanan cantik Sandro meledak gol pertama Kedah.Tamat babak pertama Kedah didepan 1-0.

BABAK KEDUA (KEDAH BERAKSI TAHAP INTESITI TINGGI)
Kedah seperti beberapa perlawanan lalu amat dominant babak kedua.Mula membaca aliran taktikal lawan,Kedah menghidu kelemahan ketara Melaka yang gagal menangani danger zon (defensive third) mereka.Serangan Kedah lebih variasi menerusi penguasaan center.Winger keluar dari zon halfspace dan kembali menjadi orthodox winger (klasik sayap).2 fullback kembali membentuk (shape) combination bersama winger.Sandro mengandakan jaringan menerusi penalti sebelum menambah 1 lagi gol hasil assist Syazwan Zainon.Kredit kepada Syazwan yang bijak memenangi 1v1 situation sebelum melakukan penetrate kedalam penalti box.Melaka pula gagal menagani masalah utama iaitu (middle third).Kedua dua pemain sayap mereka terlalu jauh bermain di touchline.Aguero pula mudah dipatahkan dengan gandingan Zac-Syawal.Disini kelebihan apabila Kedah beraksi garisan tinggi kerana Melaka lebih banyak bermain untuk mendapatkan Aguero.Minit akhir perlawanan,Ken melengkapkan malam gemilang Kedah dengan menyambut sepakan percuma Sandro untuk gol ke 4.Totally fluidity football and beautiful joga bonito!!

KESIMPULAN
Kedah ternyata di form terbaik berbanding pasukan struggle seperti Melaka United.Tanpa Baddrol dan Rizal,Kedah membuktikan beraksi dilaman sendiri adalah mimpi ngeri bagi mana-mana pasukan yang bertandang.

MOTM

- Sandro Mendonca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan