Jumaat, 31 Mac 2017

KEDAH DAN PIALA FA | 3 KALI KEDAH DAKAP PIALA FA

Kedah pernah muncul 3 kali menjulang kejuaraan Piala FA iaitu pada 1996,2007 dan kali terakhir 2008.Kita imbas kembali detik-detik bersejarah Kedah dan Piala FA.Kedah mencatat 4 penampilan dipentas akhir (sejak 1990)

1996 | STD MERDEKA | JUARA
- Edisi 1996 menyaksikan trio Che Zambil Ahmad - Andre Luis Nascimento menjadi nadi kejuaraan Piala FA.Selain itu,Kedah turut diperkuatkan oleh beberapa lagi nama besar seperti Nidzam Adha,Hashim Mustapa,Ahmad Sobri Ismail,Radhi Mat Din.Kedah berjaya menewaskan Sarawak 1-0 di Stadium Merdeka menerusi jaringan Che Zambil Ahmad.Paling diingati oleh bilangan 40,000 penyokong adalah peristiwa putus bekalan elektrik hampir seluruh semenanjung Malaysia beberapa jam sebelum perlawanan.

2007 | STD BATU KAWAN | JUARA
- Perlawanan derbi diperlawanan akhir ini agak unik.Ia dilangsungkan di Stadium Batu Kawan kerana kedua-dua finalis dari utara.Namun perkara negatif berlaku sebelum perlawanan.Jalan raya penuh sesak sehingga berlarutan ke laluan masuk di tol.Diatas padang,perlawanan sengit berlaku.Kedah dan Perlis berjuang habis habisan sehingga 90 minit dan keputusan 0-0.Kedah menjulang Piala FA selepas penentuan penalti dan menang 4-2 mengatasi Perlis.

2008 | STD SHAH ALAM | JUARA
- Kedah gembira berjaya layak ke perlawanan akhir Piala FA 2 kali berturut-turut namun terpaksa membayar harga yang mahal apabila bakal beraksi tanpa 2 tonggak import utama iaitu Outlaw dan Marlon Alex James.Namun sudah tertulis rezeki Kedah,anak watan Kedah bersama jurulatih lagenda Azraai Khor berjaya menjulang gelaran ke-3.Kedah menundukkan "tuan rumah" pada final itu iaitu Selangor dengan keputusan 3-2.Gol-gol Kedah dijaringkan Fadly Baharom,Khyril Muhymeen dan Shafiq Jamal.

Rabu, 29 Mac 2017

PREVIU PERLAWANAN | SUKU AKHIR PIALA FA 1 | KEDAH FA vs PKNP FC

Perlawanan Piala FA musim 2017 diteruskan dengan perlawanan Sabtu ini diantara Kedah FA bertemu pasukan kelab PKNP FC.

Kami membuat beberapa research berkaitan pasukan berstatus kelab ini untuk previu perlawanan kali ini.

KENALI PKNP FC - Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ini ditubuhkan pada 2015.Beraksi di Liga FAM 2016 dan bergelar naib juara sebelum layak beraksi di Liga Perdana 2017 iaitu kedua dalam carta kalendar Liga M selepas Liga Super.Seperti Kedah,pasukan PKNP menikmati permulaan memberangsangkan dalam 8 perlawanan Liga Perdana mereka.Rekod 4 menang,3 seri dan 1 tewas mengumpul 15 mata.Dari segi jaringan pula PKNP menjaringkan 12 gol dan bolos 8 gol.Mereka juga tidak pernah tewas dalam aksi "home" musim ini.

STATISTIK 5 PERLAWANAN TERAKHIR
KEDAH FA
Menang-Menang-Seri-Menang-Menang
PKNP FC
Menang-Menang-Seri-Seri-Menang

Kedua-dua pasukan mencatatkan rekod bersih dalam 5 perlawanan terakhir.

PELAN TAKTIKAL
- Dikem Kedah,mereka mendapat kembali beberapa tonggak kebangsaan dan beberapa pemain sudah cergas.Tan Cheng Hoe mempunyai beberapa option besar dalam pola pemilihan pemain.Berteraskan possession dalam formasi 4-2-3-1 ini,Kedah tiada masalah disetiap posisi dengan keampuhan squad depth mereka.Ramalan penulis,TCH akan menurunkan kesebelasan terkuat mereka untuk bekalan selesa ke Ipoh.

- Jurulatih Abu Bakar Fadzim telah menggunakan formasi 4-4-2 dalam 3 perlawanan terakhir.4 tonggak utama mereka adalah Shahrel Fikri,Vincent, Mugen dan Gilberto adalah penyumbang utama kejayaan pasukan itu setakat ini.Shahrel Fikri merupakan penjaring terbanyak pasukan PKNP dengan 5 gol dalam 2 kejohanan.Selain itu,pasukan ini turut mempunyai seorang tonggak Malaysia B-22 iaitu Syazwan Zaipol.

REKOD PERTEMUAN
- Kedua dua pasukan telah bertemu dalam aksi pre season 2017 di Darulaman dengan Kedah mencatat kemenangan 2-1.

Ahad, 12 Mac 2017

THE REVOLUTION OF 3-4-3 | TAKTIKAL TRENDING KINI

SITUASI SATU
Melihat keajaiban miracle FC Barcelona mengatasi PSG tempoh hari,penulis yakin ramai mahu mengetahui rahsia disebalik kejayaan skuad Catalan itu.Ketepikan isu polimik seperti kecuaian pengadil,kita telah disajikan satu comeback paling dramatik dalam bola sepak dunia.Tewas 4-0 dibalas 6-1.Apakah rahsia disebalik kejayaan ajaib mereka?

SITUASI DUA
Chelsea cukup dominan dalam kancah EPL musim ini.14 kemenangan berturut-turut menyaksikan skuad kendalian Antonio Conte ini menyamai rekod Arsenal musim 2003.Conte sememangnya pakar taktikal Italy mengubah skrip pasukan Chelsea yang berada ditangga ke10 pada 2016 sebelum menjadi pasukan paling konsisten musim ini.Apakah rahsia disebalik kejayaan Chelsea dan Conte?

Kedua dua situasi ini adalah tajuk yang penulis mahu garapkan.Ia dipanggil revolusi sistem 3-4-3.

SEJARAH AWAL 3-4-3
Mengikut kisah era perawalan bola sepak,sistem ini dikatakan wujud sekitar era 1970 melalui kelab Ajax Amsterdam.Umum mengetahui era itu merupakan era kebangkitan Ajax dalam menakluk eropah.Bermula meraih kejuaraan liga 1966,1967,1968.Ajax meraih kejuaraan eropah pula selepas itu.Ketika itulah juga muncul revolusi total football yang diasaskan oleh 2 watak.Pertama Rinus Michael (jurulatih Ajax) merupakan bekas jurulatih terbaik Belanda dan Johan Cruyff (pemain terbaik era itu).Namun revolusi itu telah meninggalkan 3-4-3 dengan peralihan kepada 4-3-3.

Senario berubah pula apabila tahun 1994/1995 Ajax kembali menjadi gergasi eropah dengan formasi 3-4-3 kembali.Kali ini barisan pimpinan Louis Van Gaal cukup mantap disetiap posisi samada ketika bertahan atau serangan.Mereka muncul juara berganda dengan meraih gelaran domestik dan eropah.Sistem yang asalnya terdiri daripada 3 center half,2 side midfield, 2 halfbacks dan 3 attacker.

LEGASI DITERUSKAN CHELSEA DAN BARCELONA

CHELSEA - Dibawah pimpinan Don Conte,Chelsea cukup luar biasa.Bermula perlawanan ke-4 Liga,mereka mula mendominasi EPL dengan gah sekali.Menggunakan 3 center half (right, left dab center) dibarisan pertahanan,Conte mengekuatkan barisan dengan mewujudkan kembali posisi orthodox wingback. Wingback berperanan 2 perkara..1) kerja fullback 2) kerja winger.Conte lebih berdisplin dalam mrmbentuk shape defending. Beliau meletakkan 2 pivot berkembar sebagai kekuatan tambahan dan 1 advance playmaker sebagai super subs.3 pemain beraksi diblok tinggi menerusi 2 rangkaian inside forward di halfspace dan 1 poacher.Conte mahukan circle dihadapan sentiasa on pressing tanpa perlu trackback kerana sudah mempunyai 2 wingbacks. Keputusan yang diraih cukup mengagumkan.Mereka berada dipuncak dengan kelebihan 10 mata.

FC BARCELONA - Sebenarnya FC Barcelona baru sahaja mengadaptasi sistem ini sejurus kekalahan memalukan 0-4 di Paris bulan lalu.Luis Enrique mencari tonik untuk kebangkitan dan menemui satu titik formula iaitu 3-4-3.Berdasarkan pengalaman di Italy, Enrique mengubah transisi Barca daripada 4-3-3 kepada 3-4-3.Beliau sedar akan posisi yang terdedah iaitu middle third mereka.Enrique menggunakan 3 center half (right, left,center) sama seperti Chelsea.Perbezaan Barca dan Chelsea adalah circle middle dimana Barca lebih efektif mencipta 2 transisi iaitu transisi diamond dan transisi wingerless.(mengurangkan aktiviti winger).Meletakkan lone pivot, mereka menambah kekuatan menerusi 2 box to box dan 1 sistem no 10.2 flanker diletakkan untuk keep pressing ketika perebutan diblok tinggi.Ditengah pressure dan diatas pressing. Keputusan mereka catatkan adalah menang 6-1,5-0 dan 6-1.Hebat dan menakjubkan.17 gol dalam 3 perlawanan.

KESIMPULAN
Menerusi 2 situasi diatas,penulis menerangkan serba sedikit mengenai taktikal yang sedang trending dalan kalendar bola sepak moden tika ini.Salah satu taktik yang amat sukar diatasi!

THE RISE OF SANDRO | BRAZILIAN BANGKIT PAMER SAMBA

Sandro Mendonca Da Silva kembali ke prestasi sebenar selepas agak bergelut dalam beberapa aksi permulaan.Tidak cukup menanggung kesakitan kecederaan yang dialami beliau yang memaksa beliau berehat hampir setahun,Sandro turut terkena tempias berhadapan kritikan susulan gagal memberi impak dalam 1,2 perlawanan awal musim 2017.

Namun itu semua cuma seketika,Sandro pantas menutup mulut pengkritik dengan meledak jaringan ketika menentang Sarawak sebelum mencipta assist kemenangan buat Syazwan Zainon meledak gol.

Dihujani kontroversi selepas dikatakan berbalah bersama Ken Ilso,Sandro tetap tenang dalam mengembalikan sentuhan.Bak kata Liridon "Saya tidak tahu siapa yang sebarkan berita fitnah ini" mengenai wujudnya sengketa antara beliau dan Sandro,gandingan Super Box ini bangkit bergaya.Sandro meledak gol ketika menentang Selangor menerusi 1 set piece menarik sebelum meledak 2 gol ketika membenam Melaka United.Tidak terhenti disitu,Sandro membuktikan beliau merupakan specialist death ball situation dengan mencipta assist ke-3 setakat ini buat beliau sebelum disudahkan Zac Anderson dengan jaringan.

Penulis yakin Sandro masih berbisa biarpun usia menganjak keangka 34 tahun.Aksi one touch football,pantas dalam through passes (release bola awal) dan penetrate zon 14 pasti terus ditagih peminat setia Hijau Kuning.

BUAT SANDRO,TERUSKAN PERJUANGANMU..BANGUN LANTAS SEMULA GAGAH!!

STATISTIK SEMASA | IFWAT AKMAL CHE KASSIM

Ifwat Akmal kini telah mencatatkan 3 clean sheets dalam semua kejohanan Liga Malaysia.2 dicatatkan didalam aksi Liga Super (vs Kelantan),(vs Melaka United) dan Piala FA (vs Perak).Ifwat membuat penampilan 7 perlawanan dari 10 perlawanan.Abd Hadi Hamid (2 perlawanan) dan Farhan Abu Bakar (1 perlawanan).

Dalam aksi Liga Super,Ifwat hanya bolos 4 gol (goal conceded) dalam 6 perlawanan.3 gol dibolosi oleh masing-masing Hadi (1 gol) dan Farhan (2 gol).Ketangkasan Ifwat dalam bulan Februari membolehkan beliau ditabalkan penjaga gol Pilihan Four Four Two.

Memiliki tindak reflex yang pantas,Ifwat juga memiliki abiliti yang baik dalam penalti stopper dan cukup baik dalam situasi 1v1.Hasil pemilihan Four Four Two,Ifwat mencatat beberapa aksi menyelamat didepan gawang sekaligus penyumbang besar kepada rekod unbeaten streaks Kedah setakat ini iaitu 21 perlawanan tanpa tewas.

MINIT PERMAINAN
Ifwat telah merekodkan 630 minit per/game setakat ini.

BERKONGSI TEMPAT KE-2 TERBAIK SETAKAT INI
Hanya 1 clean sheets membezakan Ifwat Akmal bersama penjaga gol pasukan Pahang Wan Azraei dan penjaga gol Perak iaitu Hafizul Hakim manakala penjaga gol pasukan JDT,Izham Tarmizi juga mencatat 3 clean sheets sama seperti Ifwat.Farizal Marlias dan Khairul Azhan masing-masing mencatat 2 clean sheets.

Baru menjejak usia 21 tahun,Ifwat kini merupakan wonderkid buat pasukan Kedah dan pasukan Malaysia B22 yang akan bersaing di Sukan Sea.

KING KEN | 3 BAKA PENYERANG PROLIFIK DALAM KEN ILSO

6 gol telah diledakkan oleh Ken Ilso Larsen untuk Kedah.5 gol dalam aksi Liga Super dan 1 gol dihasilkan didalam aksi Piala FA.

BIOGRAPHY
Ken Ilso memang merupakan natural goalscorers dikelab-kelab lama beliau wakili.Berpengalaman luas dan pernah beraksi di Bundesliga,ketibaan Ken Ilso ke Kedah mendapat liputan hangat media semasa.Reputasi beliau bersama kelab Home United (S League) sangat baik dengan merekodkan jumlah 53 gol dalam 2 musim.Selain bersama Kedah musim ini,Ken masih meneruskan pembelajaran undang-undang bolasepak (pernah penulis buat artikel sebelum ini).

BAKA POACHER
Seringkali kita mendengar poacher? apa itu poacher?.Poacher dalam konteks bola sepak adalah aliran bagi seorang pemain yang bertindak diposisi penyerang.Seorang poacher kurang berkebolehan dalam membina gerakan secara berpasukan namun mereka memiliki aspek klinikal semula jadi (natural) dan kepantasan menyempurnakan peluang.Erti kata lain reaksi tindakbalas mereka pantas.Selalunya seorang poacher tidak kompetitif dalam keadaan fizikal.Baka ini memerlukan sokongan atau support sepenuhnya dari rakan sepasukan kerana kedudukan mereka agak kehadapan berbanding moden no9 atau false9.Adakah Ken baka poacher?penulis katakan YA..dia baka poacher!!

BAKA FALSE 9
Baka false 9 adalah keadaan berlaku dimana single striker berlegar-legar jauh dari kawasan penalti lawan dan berkedudukan lebih dalam dari posisi striker yang sebenar.Erti lain beliau membawa diri masuk ke circle.Baka ini lebih berkedudukan sedikit dalam berbanding sistem no9 iaitu posisi asal penyerang.Apa tujuan?ia bertujuan menarik backline supaya meninggalkan blok sekaligus membuka lebih ruang.Pergerakan mereka umpama magnet.Mereka memiliki abiliti mengekploitasi backline.Adakah Ken baka false 9?penulis katakan YA..dia baka false 9.

BAKA MODEN NO9
Sistem ini merupakan baka popular ketika ini.Tidak hanya mrnunggu bola seperti klasik no9,moden no9 boleh meledak jaringan menerusi own style.Baka ini lebih freedom seperti drop into circle, ke kiri kanan mengikut type beliau.Moden no9 mempunyai skil,teknik dalam gelecek,penyudah samada menerusi kakinya atau kepalanya.Baka ini juga sangat serasi dengan formasi 1 penyerang (lone striker) seperti Kedah amalkan.Mereka lebih klinikal dari sistem targetman yang mengharapkan flanker menjalankan tugas.Adakah Ken baka moden no9?..penulis katakan YA..dia baka moden no9.

Penulis yakin Ken Ilso merupakan satu pilihan tepat Kedah bagi mengharungi musim 2017 ini.Bersesuaian taktikal dan falsafah Total Football Kedah,King Ken semakin serasi dan meluap luap mahu merobek kubu lawan.

Sabtu, 11 Mac 2017

ZAC ANDERSON IL MINATORE | MENERUSKAN LEGASI PERTAHANAN KEDAH

Ketika beliau tiba sekitar Disember lalu,Zac atau nama penuhnya Zachary Michael Anderson dianggap pembelian panik pasukan Kedah.Ia susulan sasaran utama Kedah ketika itu seorang pemain Korea Selatan dilaporkan tidak menepati piawaian FMLLP (dari segi kedudukan Liga) untuk didaftarkan.Peminat tampak ragu berikutkan melihat statistik Zac yang hanya kali terakhir beraksi hampir 5 bulan sebelum itu.

ZAC IL MINATORE
Mungkin ramai yang tertanya apa itu minatore.Ia merupakan bahasa Italian yang bermaksud keperibadian seorang yang sentiasa membenteras lawan yang cuba mencabuli kubu pasukan.Pendek kata sebagai penghapus jejak sebarang ancaman.Berusia 25 tahun,usia Zac dilihat masih muda namun Zac memiliki cukup pengalaman sama-ada di A League (Liga Australia) atau liga Asia Barat (bersama Emirates Kelab).Atas faktor itu Zac kelihatan mudah mesra bersama majikan baru serta senario pasukan Kedah.Cukup harmoni!!

830 PER/MINIT UNTUK KEDAH
Zac muncul satu-satunya pemain Kedah yang telah beraksi disetiap perlawanan.8 perlawanan Liga Super dan 2 disaingan Piala FA.Keseluruhan 10 perlawanan dengan catatan 830 minit permainan.Konsisten!!

LEGASI PERTAHANAN KEDAH
Umum mengetahui Kedah sentiasa melahirkan pemain pertahanan kental baik local ataupun import.Dari segi import bermula era lagenda disegani Olumbumi Adigun diikuti Kane Diallo dan Kofi Ampiah.Era emas Kedah bermula dengan kehadiran Connelius Benard Hugging sebelum Bang Seung Hwan menyambung legasi musim lalu.Kini Zac tiba dengan tradisi yang sama iaitu mencipta generasi seterusnya untuk posisi pertahanan Kedah.

JIWA GREEN YELLOW
Dalam 2 perlawanan terakhir,peminat Kedah disajikan dengan "Kahaq Ketegaq Viking Clap" oleh para pemain.Ia satu tradisi yang dimulakan oleh Ultras Kedah (mengikut tradisi pasukan Kedah) dan kini diketuai Zac,pemain-pemain lebih menghargai peminat dengan melakukan clapping selepas perlawanan.Ia sangat sentimental dan salah satu perkara yang merapatkan hubungan silaturahim antara pemain,staf kejurulatihan dan penyokong.Thumbs Up 👍

Penulis yakin Zac kini semakin disenangi oleh penyokong Kedah dengan gaya permainan dan individual character beliau pamerkan.Kepada Zac..Play With Heart..This Is Darulaman

LAPORAN PERLAWANAN PIALA FA PUSINGAN KETIGA | KEDAH TAWAN IPOH

Saingan Piala FA pusingan ke-3 malam tadi menyaksikan Kedah berjaya mara ke peringkat Suku Akhir selepas membenam cabaran Perak 2-0 di Ipoh hasil jaringan Zac Anderson dan Ken Ilso.Ikuti laporan perlawanan kami

PERMULAAN
Kedah bermula dengan formasi 4-2-3-1 seperti kebiasaan dengan kemasukan Abd Halim Saari diletakkan sebagai sistem no7 sementara Fitri Omar kembalu keposisi asal beliau sebagai left fullback.Di kem Perak,Mehmet Durokovic juga memulakan permainan dengan formasi 4-2-3-1 dengan menurunkan kesebelasan utama mereka termasuk 4 pemain import.

BABAK PERTAMA (MAGNIFICENT PERFORMANCE)
Kedah yang turun dengan rekod 20 perlawanan tanpa tewas memulakan permainan dengan baik dengan kawalan-kawalan didalam tempo permainan.Beraksi sebagai pivot kembar,gandingan Liridon dan Amirul cukup mantap dalam menyusun pergerakkan pasukan.Perak mengambil pendekatan counterpressing (mirip Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015 dahulu) dalam menahan asakan Kedah dan kerap agak robust dalam sistem mereka.

Pertarungan Middle Third,Solid Defense.
Sandro sekali lagi memainkan peranan penting dalam perlawanan ini,beliau dan Liridon merupakan kunci utama 45 minit pertama dengan penguasaan jelas middle third ketika transisi Kedah menyerang.Dengan Amirul kekal sebagai halfback,Kedah cukup dominan memecah blok tinggi.Halim dan Syazwan dilihat beraksi baik playing width di byline.Tidak lupa juga aksi mantap barisan pertahanan zonal Kedah yang cukup cemerlang.Dengan corak pasif Perak dalam mengatur serangan,barisan pertahanan Kedah mudah mematahkan serangan dengan blok digarisan tinggi.

Gol pertama Kedah menerusi satu set-piece dari Sandro yang cantik disudahkan Zac Anderson. Kredit kepada Zac yang melepasi kawalan Thiago Junior sebelum menanduk masuk gol pertama.Syazwan yang agak terasing (isolated) pada permulaaan memulakan gerakan gol kedua.Hantaran beliau kepada Liridon yang bijak 'release' bola dengan pantas untuk Halim memberi assist kepada Ken Ilso.Penulis menganggap persembahan pertama itu adalah terbaik setakat ini untuk pasukan Kedah ditempat lawan.MAGNIFICENT!!

BABAK KEDUA (PERAK ON PRESSURE, KEDAH RETAIN POSSESSION)
Kedah agak selesa memulakan babak kedua.Sandro sedikit drop deep untuk bersama Liridon.Perak yang memasukkan Nasir Basharuddin,Beto dan Nazrin meningkatkan pressure iaitu bertujuan merampas bola secepat mungkin dari Kedah.Beberapa kekasaran berlaku sedikit merencatkan usaha mereka.

Kedah Poor Substitute
Ia agak mengecewakan apabila pemain seperti Abd Halim (on form) dikeluarkan terlalu awal.Ditambah pertukaran Syazwan Zainon kepada Farhan Roslan,Kedah dilihat terlalu terburu buru.Tempo game diperlahankan dengan Kedah seperti biasa retain possession dan counter attack.Beberapa peluang hadir menerusi set-piece namun disiakan.Perak menguasai perlawanan selepas 60minit dengan asakan mereka kerap dipatahkan menerusi organisasi pertahanan Kedah yang sangat ampuh (solid).Kredit juga kepada Ifwat Akmal menerusi aksi mantap beliau dengan beberapa kali bertindak pantas.Reflect terbaik dari seorang goalie.

KESIMPULAN
Kedah cukup menakjubkan pada 45 minit pertama,aksi total football atau dipanggil joga bonito ini sangat menghiburkan peminat bola sepak.Lagak tenang,bersahaja,penuh skills dipamerkan menunjukkan kualiti pasukan Kedah.Buat Perak,mereka ada beberapa pemain berpotensi untuk terus diketengahkan namun perlu lebih banyak diberi pendedahan.Percaturan counterpressing mereka adalah mirip Final Piala Malaysia 2015 oleh Mehmet namun mungkin Mehmet terlupa,Kedah juga sudah belajar akan kesilapan lalu.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- SANDRO

Tahniah Kedah..Alhamdulillah

Khamis, 9 Mac 2017

5 PEMAIN KEDAH MEWAKILI MALAYSIA | 2 SIRI PERLAWANAN

Senarai rasmi 23 pemain Malaysia telah dikeluarkan dengan beberapa permilihan baru dalam skuad kendalian Ong Kim Swee ini.

KEDAH 5 PEMAIN
- Kedah menjadi pasukan kedua terbanyak selepas Perak dengan 5 pemain dipanggil ke Kem Pusat Latihan Negara untuk Mac.Mereka adalah

- Khairul Helmi Johari
(Pertahanan)
- Rizal Ghazali
( Pertahanan)
- Akram Mahinan
( Tengah)
- Baddrol Bakhtiar
( Tengah)
- Syazwan Zainon
( Tengah)

Paling menarik pastinya permilihan Akram Mahinan yang akan melakukan 'debut' bersama pasukan kebangsaan.

Menerusi gambar disediakan,senarai lengkap bagi pasukan Malaysia dan kami sertakan mengikut permilihan negeri

Perak - 6 pemain
Kedah - 5 pemain
Selangor - 2 pemain
JDT - 2 pemain
Felda United - 2 pemain
Melaka United - 2 pemain
Pahang - 2 pemain
Sarawak - 1 pemain
PKNS - 1 pemain

Mereka akan melapor diri pada 13 Mac 2017 bagi 2 siri perlawanan iaitu perlawanan persahabatan menentang Filipina (22 Mac) serta kelayakkan Piala Asia 2019 pada (28 Mac).

TEAMS NEWS UPDATE | TOP 5 KEDAH GOALSCORING

22 Gol Kedah Setakat Ini.Berikut senarai Top 5 Goalscoring Pasukan Kedah setakat ini yang membabitkan 8 perlawanan Liga Super dan 1 perlawanan Piala FA.

SENARAI TOP 5 GOALSCORING

- Ken Ilso (5 Gol)
Ken Ilso atau digelar Danish Vikings telah meledak 5 gol setakat ini.Bermula menentang Felda United di Jengka,Pahang. Ken kemudian meledak 2 gol ketika membenam Pahang di Darulaman dan 2 gol ketika membenam cabaran Melaka United tempoh hari.

- Baddrol Bakhtiar (4 gol)
Baddrol Bakhtiar merupakan satu satunya tonggak tempatan yang disenarai pendek untuk Anugerah PFAM Bulan Februari.Meledak 4 gol dalam Liga Super dalam 6 aksi perlawanan.Badd diketepikan 2 perlawanan ekoran kecederaan hamstring.

- Sandro (4 gol)
Sandro Mendonca ketika ini berada diprestasi terbaik beliau.4 gol beliau kesemuanya diledak dalam aksi Liga Super.1 gol menentang Sarawak,1 menentang Selangor dan 2 gol menentang Melaka United membuktikan Sandro masih releven untuk Kedah biarpun usia mencecah 34 tahun.

- Farhan Roslan (4 gol)
Pemain yang mendapat jolokan "Messi Kedah" ini mula meledak jaringan pertama musim ini ketika masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Pahang.Pada saingan Piala FA,TCH memberikan minit penuh kepada Farhan dan dibalas dengan ledakan hatrick ketika membenam Kuala Lumpur 4-2.

- Liridon Krasniqi (2 gol)
Maestro Darulaman ini lebih dikenali King Assist musim ini namun tidak terkecuali dalam senarai Top 5.Liridon meledak gol pertama ketika Kedah menentang Kuala Lumpur.Selepas itu,Liridon meledak lagi menerusi gol ke-2 peribadi ketika menewaskan Pulau Pinang 3-1.

Rabu, 8 Mac 2017

PREVIU PERLAWANAN PIALA FA (PUSINGAN KETIGA) | PERAK vs KEDAH

Menjelang aksi kalah mati (knock out) kejohanan Piala FA Malaysia Sabtu ini,jom kita melihat sedikit statistik kedua dua pasukan Kedah FA dan Perak TBG untuk musim 2017.

STATS LIGA SUPER

PERAK TBG
Setakat 8 perlawanan setakat ini,Perak kini berada ditangga ke-4 Liga Super.Mereka mencatat 4 menang,2 seri dan 2 tewas.Mengumpul 14 mata dengan menjaringkan 12 gol tetapi mereka bolos 13 gol.

Berikut senarai 8 perlawanan
- Perak 1 Pahang 1
- Pulau Pinang 0 Perak 1
- Perak 3 Melaka United 2
- PKNS 3 Perak 0
- Perak 2 JDT 1
- Felda United 2 Perak 2
- Perak 2 Kelantan 4
- Selangor 0 Perak 1

Perak dilihat seimbang dengan merekodkan 7 mata dilaman sendiri dan 7 mata dilaman lawan.

KEDAH FA
Kedah masih merupakan pasukan tunggal yang belum tewas dalam semua kejohanan musim ini.Juara Charity Shield 2017 ini memulakan kempen dengan baik setakat ini.Meraih 18 mata menerusi 5 menang dan 3 seri.Kedah menjaringkan 18 gol iaitu kedua terbanyak selepas Pahang dan bolos hanya 7 gol.

Berikut senarai 8 perlawanan
- JDT 1 Kedah 1
- Kedah 3 Sarawak 2
- Felda United 1 Kedah 1
- Kedah 4 Pahang 1
- Kelantan 0 Kedah 1
- Kedah 3 Pulau Pinang 1
- Selangor 1 Kedah 1
- Kedah 4 Melaka United 0

Kedah ketika ini merupakan pasukan terbaik di Liga Malaysia dengan catatan rekod bersih.

STATS PIALA FA
Piala FA 2017 (Pusingan Kedua)
Perak diundi bertemu pendatang baru PBMS FC (Persatuan Bolasepak Melayu Selangor).Perak mencatat kemenangan mudah 3-0 di Ipoh.

Kedah pula diundi bertemu Kuala Lumpur dan mencatat kemenangan selesa 4-2 di Alor Setar.

REVIU TAKTIKAL PASUKAN

Ok penulis mulakan dengan Perak TBG.Kita melihat Perak dibawah new head coach Mehmet Durokovic dimana beliau telah mengemudikan Perak 3 perlawanan Liga Super setakat ini.
Ada 3 formasi diguna pakai iaitu 4-4-1-1,4-3-3 dan 4-2-3-1.Mereka meraih 4 mata dari 9 maksimum.

Mehmet kerap melakukan pertukaran diposisi tengah dengan ada 2 kombinasi iaitu bertahan dan menyerang.Faton Toski merupakan regular pasukan dan pemain lain seperti Hafiz Kamal,Nasir Basharuddin,Shahrul Saad,Kenny merupakan alternatif mengikut kesesuaian taktikal pasukan.Dibahagian blok tinggi,Perak menggunakan pendekatan pasif dengan flanker mereka seperti Zaquan Adha,Yashir Pinto, Nazrin Nawi antara pemain digunakan.Mereka cenderung membuat penetrate,cut inside dalam sistem modern no7.Mirchev merupakan penyerang dalam sistem goal poacher.

Kedah pula setakat sekarang mengekalkan 100% taktikal 4-2-3-1 untuk setiap perlawanan.Falsafah Kedah jelas mudah difahami iaitu keep possession namun bukan mudah untuk mana-mana pasukan memecah masuk.Pendekatan Kedah build up game menggunakan double pivot sensasi Amirul dan Liridon Krasniqi.TCH membuktikan menggunakan sistem no6 dan no8 ini amat berkesan setakat ini.Sandro kini dikemuncak prestasi pula memberi bayangan sistem no10 beliau semakin menjadi apabila kombinasi bersama Ken Ilso cukup garang merobek kubu lawan.Ken ketika ini tampak semakin selesa dengan aliran poacher dan bukan lagi false 9 seperti awal musim.Memiliki squad depth yang ampuh,Kedah memiliki pemain dari bangku simpanan yang mampu mengubah transisi pasukan bila-bila masa.Buktinya Kedah memenangi 5 perlawanan selepas pertukaran pemain babak kedua.

KESIMPULAN
Perlawanan Piala FA ini pasti sengit.Perak dilihat pasukan konsisten manakala Kedah dengan unbeatable setakat ini.

Selasa, 7 Mac 2017

TAKTIKAL PIRAMID FC BAYERN | BAYERN KENDURI SAKAN

Awal pagi tadi menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menemukan pasukan gergasi Jerman FC Bayern Munchen menentang Arsenal dari England.Bayern terlalu hebat untuk ditentang apabila meledak 10 gol untuk aksi pertama dan kedua awal pagi tadi.

FC BAYERN TOTALLY DOMINANT | 10-2 BAYERN KENDURI GOL

3 PERKARA ASAS
PRESSING,COUNTERPRESSING,COUNTERATTACKING

Bayern hanya atas kertas saja mereka seakan 4-2-3-1 tetapi apabila start wisel berbunyi mereka 100% mengubah transisi tdan tak mampu dihalang apatah lagi lawan team mudah macam Arsenal.Berpandukan gambar rajah dibawah,Carlo Ancelotti membentuk corak kuno 2-3-5 piramid yang menyaksikan Bayern totally dominant perlawanan.

4-2-3-1 to 2-3-5
Sistem ni sistem awal dalam bola sepak..ultra offensive unlimited.Brrmula transisi 2 fullback yang dari center half pada awalnya kemudian 2 right/left fullback akan berubah ke defensive winger seterusnya winger.3 halfbacks iaitu defensive midfield macam selalu kita tengok hari ini.2 inverted winger beliau akan ke inside forward membentuk 5 attacker shape.(2 winger,2 inside forward dan 1 center forward).

DOMINASI SETIAP INCI PADANG
Senjata utama mereke "pressing" di final third sambil halfbacks "pressure" bermain zonal (marking space).Dibawah mereka sebenarnya ada 3 defend termasuk Neuer (sweeper-keeper).

Pressing Final Third
- Meletakkan 5 attacker membolehkan Bayern memberi masalah kepada pertahanan lawan.Mereka akan melakukan pressing di blok tinggi dimana mereka akan cuba memenangi bola kembali jika hilang penguasaan.

Pressure Middle Third
- Pada peringkat awal,Thiago diberi kebebasan untuk mengawal tempo dan dia disokong 2 defensive midfielder Vidal dan Alonso.Apabila Kimmich dimasukkan,Bayern tidak memberi seberang ruang lagi.3 halfbacks cukup memberi 'tension' kepada lawan dan menganggu mereka sehingga kehilangan bola.Mereka specific zonal marking (marking space).

3 Defend
- Hanya meletakkan Martinez dan Hummels,Bayern sebenarnya ditambah kekuatan melalui keupayaan Sweeper-Keeper mereka Manuel Neuer.Kedua-dua fullback ini merupakan ball-playing defend dan bersama Neuer,tiada masalah akan muncul.

KESIMPULAN
- Ia merupakan salah satu taktikal terbaik eropah ketika ini.Berasaskan taktikal piramid kuno,Bayern mengubahnya melalui individual effort pasukan yang cukup sempurna.#MiaSanMia

Isnin, 6 Mac 2017

KRITERIA LESEN AFC | RANGKUMAN KRITERIA UNTUK KELAYAKAN LESEN AFC

Laman sosial dihujani soalan "Sudahkah memiliki lesen afc?"..kami kongsikan antara kriterianya bagi memenuhi syarat memdapatkan lesen AFC setiap pasukan yang perlu ada sebelum penyertaan ke kejohanan ACL (Asian Champion League) atau ACC (Asia Cup Competition)

6 SYARAT UTAMA

1 - ASAS TEKNIKAL

Asas teknikal yang dimaksudkan ialah  MA ( Member of Association ) FAM.  Perlu berada di antara 24 MA teratas dalam ranking AFC. MA kita di kedudukan 20 jadi kita layak.

2 - KEHADIRAN PENONTON

Purata harga tiket : Bergantung pada persatuan kecuali tidak boleh tiket percuma.

Purata kehadiran penyokong ke stadium : minimum 5000 penyokong.

Kehadiran penyokong ke stadium perlu dikira dengan tepat dan jitu.Dalam syarat-syarat ini integeriti amat penting sebagai penilaian.Tetapi minimum 5000 sudah menepati syarat.

3 - SKALA PERNIAGAAN

Skala perniagaan ini bermaksud sumber kewangan sesuatu pasukan bergantung kepada tiga unsur utama iaitu

Hak media (penyiaran) : Pasukan mendapat komisen bagi setiap perlawanan yang ditayangkan di televisyen.Isu ini masih menjadi polemik.

Penajaan : Pasukan mendapat penajaan dari segi kewangan dari syarikat atau entiti swasta.Tajaan dari kerajaan tidak diambil kira.Isu penajaan antara faktor utama.Kebanyakan kelab di Malaysia tidak mampu dan belum bersedia ke arah penswastaan secara total.Harus di ingat swasta bermaksud profit oriented. Setiap sen yang di keluarkan ada ROI.

Jualan merchandise : Hasil jualan barangan seperti replica jersi,cenderamata dan lain-lain.

4 - PENGURUSAN LIGA

Terbahagi kepada bebrapa perkara asas
- Setiap pasukan top league mestila mengharungi tidak kurang dari 27 perlawanan termasuk format Liga atau kejohanan piala.
- Format kalendar Liga Tempatan mestilah tidak kurang dari tempoh 8 bulan.
-Format Liga mestilah home dan away.

5 - STADIUMS

Setiap stadium mestilah dalam ranking (mengikut geographic peta asia) dan mengikut undang-undang AFC,keselamatan dari AFC dan security AFC regulations.

6 - VISA,PENGINAPAN

Setiap pasukan hendaklah menyediakan kemudahan dari segi pengurusan visa,kemudahan hotel penginapan,pengurusan khidmat pengangkutan,pengurusan harian airport.

Selain dari kriteria di atas, terdapat kriteria lain adalah promosi dan pemasaran,operasi perlawanan,media broadcast,kelab dan infrastruktur.Didalam konteks Infrastuktur juga isu utama.Isu padang latihan,gym.

Pamdangan penulis adalah ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita peroleh lesen.Adakah kita bersedia kearah penswastaan liga?adakah kita bersedia berorientasikan swasta kelak hanya untuk lesen afc?swasta bukanlah dana 100% tetapi merangkumi pelbagai aspek penting.

P/S : Penulisan ini adalah perbincangan penulis bersama seorang penganalisis bola sepak tempatan.

FAIZAL ABU BAKAR | SEPET 24

FAIZAL ABU BAKAR | SEPET 24

Pada tahun 2008,coach Azraai Khor memperkenalkan 2 lagi permata dari produk akademi Kedah.Ahmad Shakir Ali (kemudian sertai Harimau Muda A) dan Faizal Abu Bakar atau dikenali panggilan Sepet.

DEBUT
Kedah ketika itu cukup sinonim dengan kilang pembuatan pemain baru berbakat.Penulis pernah menerangkan kenapa Kedah digelar "Kilang Pemain" dslam artikel sebelum ini dan Faizal merupakan satu lagi developments program dari Kedah FA (idea Arwah Dato Ahmad Basri Akil).Membuat kemunculan ketika saingan peringkat kumpulan pada Piala Malaysia 2008 ketika Kedah menang 5-1 keatas Sabah.Selepas itu Sepet terus menyerlah dan paling menarik beliau disenaraikan sebagai substitute ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2008 dimana Kedah menang 3-2 keatas Selangor.Penulis masih mengingati baik perkataan malam itu oleh commentator "Adakah kita akan melihat Lionel Messi Kedah malam ini?"namun kedudukan ketika itu genting dan tiada rezeki Sepet beraksi di Perlawanan akhir itu.

POSISI
Awal kemunculan beliau,beliau beraksi diposisi sayap kanan pasukan,kelincahan pemain berusia 18 tahun itu mendapat pujian ramai yang rata-rata berpuas hati Kedah melahirkan seorang lagi pemain berbakat selepas Khyril Muhyneen,Baddrol Bakhtiar,K Solihin,Bunyamin Omar,Faziliata Taib,Khairul Helmi,Fadly Baharom,Shakir Ali dan Sepet sendiri.

KEJAYAAN
Sepet turut berada dalam skuad treble 2008 biarpun bukan tonggak utama.Berkat kesabaran beliau,Sepet menjadi tonggak utama Kedah selepas itu dimana Liga Malaysia mengharamkan pemain import bermula tahun 2009.Biarpun selepas itu tidak menjulang sebarang gelaran bersama Kedah,Sepet turut memperagakan aksi mantap sehingga menjadi pilihan Dato K Rajagopal sekitar 2010.Pada 2010,Sepet turut dipanggil sertai skuad kebangsaan dan membuat debut ketika menetang Pakistan. Selepas itu beliau bersama skuad Malaysia muncul juara AFF Suzuki Cup ketika itu.

STATS dan GOAL
Faizal Abu Bakar - 2008-2014 (17 gol)

Sabtu, 4 Mac 2017

LAPORAN PERLAWANAN MSL KE-8 | KEDAH TERLALU UNGGUL DI DARULAMAN

Laporan Perlawanan Liga Super Ke 8 diantara Kedah menentang Melaka United.

PERMULAAN
Kedah terpaksa melakukan beberapa pertukaran dari pertemuan menentang Selangor.Akram Mahinan bermula sebagai fullback kanan mengantikan Rizal Ghazali yang digantung 1 perlawanan.Syazwan Zainon dan Sandro kembali membarisi skuad utama.Syawal Nordin mengantikan Khairul Helmi dan turut menggalas tugas kapten pasukan.TCH menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan Amirul dan Liridon kembali berrgandingan sebagai double pivot.Sandro kembali keposisi kegemaranya no 10 dan Syazwan dan Fitri sebagai central winger.Ken Ilso lebih bertindak poacher.

Melaka United pula on basic kelihatan 4-4-2 dengan gandingan Amri-Aguero sebagai SS (second striker) dan CF (center forward).Dengan hanya dibarisi 1 pemain import tunggal,senarai barisan Melaka United dilihat agak tempang tanpa peledak utama Spaso dan perancang utama Jeon Woo Young.

BABAK PERTAMA (PERTAHANAN KOMPAK MELAKA,LINK KEDAH KURANG AGRESIF)
Perlawanan bermula dengan keadaan baik.Kedah banyak mengatur gerakan-gerakan daripada halfback Amirul Hisyam.Perlu anda fahami konsep ball possession,pemain anda perlu banyak komunikasi sebaik mungkin dan anda dapat lihat pemain-pemain Kedah bertukar hantaran.Tempi game agak semakin rancak dengan Melaka lebih banyak melakukan countee attack yang sesekali mengancam kubu Kedah. Kedah pula nampak agak sukar menembusi tight halfspace mereka.Fitri dan Syazwan kurang menyerlah untuk 45 minit pertama.Pergerakan 2 fullback Kedah juga agak statik iaitu Asri dan Akram.Tiada combination baik bersama 2 winger.Penulis menunggu Kedah sesekali melancarkan serangan melalui center dimana ada space yang ditinggalkan selepas mereka lebih menumpukan menutup serangan crossing.Akhirnya gol menjelma menerusi satu gerakan wall passes menarik antara Sandro dan Ilso.Ken yang menerima umpanan cantik Sandro meledak gol pertama Kedah.Tamat babak pertama Kedah didepan 1-0.

BABAK KEDUA (KEDAH BERAKSI TAHAP INTESITI TINGGI)
Kedah seperti beberapa perlawanan lalu amat dominant babak kedua.Mula membaca aliran taktikal lawan,Kedah menghidu kelemahan ketara Melaka yang gagal menangani danger zon (defensive third) mereka.Serangan Kedah lebih variasi menerusi penguasaan center.Winger keluar dari zon halfspace dan kembali menjadi orthodox winger (klasik sayap).2 fullback kembali membentuk (shape) combination bersama winger.Sandro mengandakan jaringan menerusi penalti sebelum menambah 1 lagi gol hasil assist Syazwan Zainon.Kredit kepada Syazwan yang bijak memenangi 1v1 situation sebelum melakukan penetrate kedalam penalti box.Melaka pula gagal menagani masalah utama iaitu (middle third).Kedua dua pemain sayap mereka terlalu jauh bermain di touchline.Aguero pula mudah dipatahkan dengan gandingan Zac-Syawal.Disini kelebihan apabila Kedah beraksi garisan tinggi kerana Melaka lebih banyak bermain untuk mendapatkan Aguero.Minit akhir perlawanan,Ken melengkapkan malam gemilang Kedah dengan menyambut sepakan percuma Sandro untuk gol ke 4.Totally fluidity football and beautiful joga bonito!!

KESIMPULAN
Kedah ternyata di form terbaik berbanding pasukan struggle seperti Melaka United.Tanpa Baddrol dan Rizal,Kedah membuktikan beraksi dilaman sendiri adalah mimpi ngeri bagi mana-mana pasukan yang bertandang.

MOTM

- Sandro Mendonca

Jumaat, 3 Mac 2017

STATISTIK GOL KEDAH | UNTUK LIGA SUPER

Kedah telah merekodkan 14 gol setakat ini didalam Liga Super.Dari jumlah itu,Kedah mencatat 8 penjaring berbeza.

Senarai Penjaring Gol
Baddrol Bakhtiar (4 gol)
Ken Ilso (3 gol)
Sandro (2 gol)
Liridon Krasniqi (1 gol)
Syazwan Zainon (1 gol)
Farhan Roslan (1 gol)
Syafiq Ahmad (1 gol)
Fitri Omar (1 gol)

Dari catatat itu,Kedah mencatat purata (average) 2.00 setiap gol/per games.Bagi rekod dalam 42.86% perlawanan,Kedah merekodkan jumlah keseluruhan 2.5 goal setiap perlawanan.Dalam purata 85.71% perlawanan pula,jumlah keseluruhan gol dijaringkan Kedag tidak kurang dari 1.5 per/games.Dalam satu-satu perlawanan,Kedah masih belum tewas dari segi gol.Dalam 6 perlawanan,Kedah dan pasukan lawan menrekodkan kedua dua pasukan berjaya menjaringkan gol.Keseluruhan dari 7 perlawanan,Kedah mencatat 4 menang dan 3 seri serta tanpa tewas.

PURATA GOL SETIAP PERLAWANAN
2.0 per/games

PREVIU PERLAWANAN MSL KE - 8 | KEDAH vs MELAKA UNITED

Perlawanan Liga Super diteruskan minggu ke-8 dengan pertemuan diantara Kedah menentang Melaka United pada 04/03/2017.Berikut previu perlawanan dari kami.

STATISTIK MUSIM 2017
Kedah dan Melaka United ketika ini telah mengharungi 7 perlawanan Liga Super setakat ini.Kedah masih unggul merekodkan 4 menang dan 3 seri serta tanpa tewas untuk mengumpul 15 mata.Sementara Melaka United mengumpul 2 menang,2 seri dan 3 tewas dalam 8 perlawanan untuk pungutan 8 mata.

Bagi saingan Piala FA,kedua-dua pasukan cemerlang melepasi pusingan kedua tempoh hari dengan Kedah menewaskan Kuala Lumpur 4-2 dan Melaka United menewaskan PKNS FC 1-0.

PELAN TAKTIKAL
Di kem Kedah,Tan Cheng Hoe lebih statik dalam formasi pilihan.4-2-3-1 merupakan regular formasi buat Kedah musim ini.Ia terbukti dengan Kedah merekodkan rekod bersih musim ini dan telah merekodkan 14 jaringan dan hanya bolos 7 gol.Kedah dilihat seimbang disetiap posisi musim ini dan memiliki skuad "depth" yang baik.Buktinya walaupun kehilangan 3,4 tonggak utama,Kedah masih meraih keputusan positif terutama ditempat lawan.Menang keatas Kelantan dan seri bersama Selangor.

Dikem Melaka United,Eric Williams masih struggle dalam formasi beliau.Eric mencuba 4-3-3,4-2-3-1 dan 4-4-2.Barisan pertahanan Melaka nampak sedikit bermasalah dengan melepaskan 10 gol setakat ini.Kekuatan Melaka setakat 8 perlawanan ini dilihat menerusi serangan balas mereka.Gandingan Amri-Spaso-Aguero dilihat antara ancaman buat Kedah.

PRESTASI SEMASA DALAM 5 GAMES
KEDAH FA
SMMMS (Seri 2 dan Menang 3)

MELAKA UNITED
KMMKS (Kalah 2,Seri 1 dan Menang 2)

REKOD PERTEMUAN (5 TERAKHIR)
Kedah terlalu unggul buat Melaka apabila 5 previous match menyaksikan The Green Yellow mencatat 5 menang dengan menjaringkan 14 gol dan hanya bolos 4 gol.Rekod perlawanan (last meeting) adalah pada Suku Akhir Kedua Piala FA pada 2008 menyaksikan Kedah menang 6-2.

Rabu, 1 Mac 2017

LAPORAN PERLAWANAN MSL KE 7 | DRAMA PANAS SELAYANG BERAKHIR SERI

Perlawanan Ke-7 Liga Super malam tadi menyaksikan Kedah meraih satu mata selepas jaringan penyamaan Selangor diminit-minit akhir permainan menerusi penalti.Berikut laporan perlawanan dari kami.

PERMULAAN
Kedah (4-2-3-1)
TCH kehilangan beberapa tonggak utama pasukan seperti Baddrol Bakhtiar,Fakri Saarani,Farhan Roslan.Sementara Syazwan Zainon dan Sandro dibangku simpanan.Dan kembalinya Syazwan Tajuddin didalam senarai 18 pemain,melangkapkan barisan pemain.TCH tidak membuat banyak perubahan dibarisan kecuali kemasukan Asri Mardzuki sebagai left back sementara Fitri Omar ditolak kedepan sebagai winger.Syafiq Ahmad memulakan permainan sebagai right winger.Liridon diatas kertas adalah no 10 tetapi beliau diberi freedom dan lebih gemar bermain sebagai no 8 pasukan.Ilso penyerang tunggal dalam type deeplying forward.

Selangor (3-4-3)
Selangor ada 2 type.Ketika penguasaan 3-4-3 dan ketika kehilangan 5-4-1.Dua defensive winger beliau Syahmi dan Raimi banyak terpaksa turun menjadi fullback dan Veenod dan Astafie
terpaksa lebih trackback.Selangor 80% defensive by units dan hanya 20% offensive.

BABAK PERTAMA (Kedah Dominasi Perlawanan)
Perlawanan babak pertama agak perlahan dengan rentak kedua dua pasukan agak berhati-hati.Ball possession Kedah terlalu unggul dengan boleh dikatakan 70-80% penguasaan.Namun ada 2 isu utama disini.
1)Kekurangan Kreativiti Difinal Third
Masalah utama Kedah babak pertama.Kedah menggunakan double six atau kembar pivot untuk menyokong Liridon tetapi Kedah kurang kreatif untuk build game memaksa Liridon banyak membantu di half way line.Link antara Liridon dan Ilso terbatas (broken link).

2) Contribution Yang Lemah
Syafiq dan Fitri bermain baik cuma kekurangan urgency dan idea.Mereka berada di rounded halfspace.Asri dan Rizal kerap naik overlap namun segera ditangkis back 5 lawan.Penulis memuji sikap Ilso yang rajin.Playing width sambil floating create chances.Kekurangan contribute di final third adalah faktor utama 0-0 babak pertama.

BABAK KEDUA (Kedah More Offensive, Selangor Stay Deeper)
Fitri dilihat sedikit terganggu dengan kecederaan babak pertama ditukarkan dengan Syazwan Zainon.Tempo Kedah ditingkatkan dengan serangan bertali arus.Menyedari Selangor lebih selesa sit deep,Sandro dimasukkan untuk Amirul.Kedah totally dominant game dengan mengubah aliran.2 box to box dan dilindungi lone pivot (Akram).Barulah game nampak lancar (fluidity) dengan gerakan menarik.Gol Kedah dihasilkan menerusi 1 direct freekick luar kotak penalti oleh Sandro.Ia adalah gol ke-2 beliau musim ini dan Sandro membuktikan beliau amat cemerlang beraksi di Selayang.Ketika perlawanan seakan milik Kedah,kesilapan Akram untuk melakukan cleared membawa padah.Bola tersangkut dan Akram terpaksa melakukan fouls.Berkenaan penalti,anda boleh menilai sendiri tanpa perlu penulis huraikan.Disgusting decision from referee.

KESIMPULAN
Kedah meraih 1 mata berharga biarpun agak kecewa jaringan disaat akhir.Ia adalah bola sepak dan bola sepak kadang-kadang sangat kejam.Pengadil dan penjaga garisan perlu lebih peka dengan situasi.Ia saat genting dan kelalaian sebegitu amat sukar diterima.Sudut positifnya,Kedah kini melebarkan rekod tanpa kalah kepada 19 perlawanan berturut-turut!!