Selasa, 28 Februari 2017

OLD SKOOL RIVALRIES | THE STORY NEVER ENDS

Old Skool Rivalries | The Story Never Ends

2 pasukan paling digeruni era 90an.Selangor dengan gelaran King Of Malaya.Kedah bangkit diawal 90an dengan tamatnya cerita "curse" perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1987,1988 dan 1989.Bermula 1990 ke 1993,The Green Yellow merangkul 5 trofi dalam 3 tahun.Bermula lah episod 'rivals' antara Selangor dan Kedah.

Sejarah perlawanan paling mendapat kutipan penonton tertinggi ketika itu.Pada 1994,Selangor dalam perasmian Shah Alam melayan kunjungan Kedah.Perlawanan itu dilabel perlawanan pertemuan bintang ketika itu.Hampir 80 ribu penonton membanjiri SSA dan kesesakan hampir 3KM jalan ke Stadium. Perlawanan itu dimenangi Kedah 1-0 ledakan Jan Janostak.Selangor hanya mencatat 2 kekalahan ketika itu dan kedua-dua ditangan Kedah.

Selepas era Liga Perdana 2005,Kedah dan Selangor akhirnya kembali memanaskan liga Malaysia pada pentas akhir Piala FA 2008 dan pentas akhir Piala Malaysia 2008.Dominasi kedua dua pasukan sukar digugat saat itu namun Kedah lebih unggul untuk mencatat rekod luar biasa "Double Treble" ketika itu.

Final Piala Malaysia 2015 dan 2016 pula memyaksikan kedua dua pasukan terus membuktikan kehebatan pada aksi akhir.Selangor menang 2015 dan Kedah menang 2016.

The Story Never Ends...

GELARAN KILANG PEMAIN MUDA | BAGAIMANA KEDAH HASILKAN PRODUK MUDA

Pasukan Kedah bukanlah asing dalam melahirkan pemain-pemain muda berpotensi dari tahun ke tahun.Sejak 1987 mengikut laporan arkib telah bermula ketika era Arwah Dato Ahmad Basri Akil.Sebab itulah beliau digelar Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah.Beliau kemudian melakukan tranformasi pada 2004 dengan Kedah kembali kepada visi asal iaitu mengeluarkan pemain-pemain muda.Bersama kemajuan kini seperti adanya Piala Belia,Piala Presiden dan Liga Super,Kedah terus pesat membangun lebih jauh berbanding negeri lain dalam proses development youth player. Tapi bagaimana?

Pasukan Kedah banyak mendapat manfaat dari dari beberapa kejohanan seperti Piala Menteri Besar Kedah,Sukda (Sukan Negeri Kedah),Liga Bola Sepak Rakyat (Zon Utara),Liga Peringkat Sekolah-Sekolah dan dari akademi-akademi contoh ARFA (Akmal Rizal Football Academy) dalam menghasilkan pemain-pemain baru sebagai pelapis.Dah banyak kita mendengar 4 anak muda berpeluang berlatih di Cardiff, 3 anak muda Kedah berlatih di Perth Glory dan banyak lagi.

Ini semua sedikit sebanyak membantu pasukan utama Kedah dalam memperkenalkan pemain-pemain produk baru melalui penyertaan bermula skuad Belia Bawah 19 tahun diikuti skuad Presiden Bawah 21 tahun.

Tahun 2017,pasukan Belia Kedah iaitu bawah 19 tahun telah merekrut hampir 85% muka baru untuk diserapkan.Rata-rata dari pemilihan terbuka dan majlis sukan negeri Kedah.Mereka akan bersaing dalam kejohanan Belia 2017.Ia platform terbaik Kedah untuk terus maju dalam bola sepak dari peringkat akar umbi.

Piala Presiden pula adalah kejohanan untuk bawah 21 tahun.Sama seperti pasukan Piala Belia,pasukan ini dibentuk berasaskan kualiti dari skuad Belia sendiri (pemain diserap naik ke fasa berikutnya),dari sesi pemilihan terbuka,majlis Liga Rakyat atau Liga Sukda dan ada dari SSBJ atau Sekolah Sukan Malaysia.

Disini sebenarnya bukan mengenai kejohanan didalam pertandingan (kerana semua pasukan ada projek sama seperti Kedah) maksud tersirat penulis adalah KEBERANIAN Kedah yang cepat memberi peluang.Dari Belia ke Presiden dan dari Presiden ke Utama.Visi serta keutamaan Kedah dalam mencapai kemajuan seiring pembangunan ini adalah resepi terbaik.

Disini penulis menerangkan serba sedikit bagaimana konsep "Youth Development" kita dihasilkan.Ia bukanlah mengambil masa yang singkat untuk kita nikmati hasilnya.Seperti menanam padi dan menunggu hasil tuainya,begitu juga Kedah.Kesabaran melatih bakat-bakat baru ini semakin berjaya malah dicemburui pihak lawan.Penulis yakin Kedah akan terus melahirkan pemain-pemain muda dimasa akan datang.

Isnin, 27 Februari 2017

PREVIU PERLAWANAN MSL KE -7 | SELANGOR vs KEDAH

Perlawanan Liga Super 2017 diteruskan untuk minggu ke-7 pada Rabu ini.Perlawanan ini merupakan pertembungan tradisi dua pasukan yang cukup sinonim dengan gelaran The Reds Giant dan The Green Yellow.Pertembungan rivalries yang paling lama dalam sejarah Liga Malaysia.Berikut previu menjelang aksi Rabu ini.

TALKING POINT
- Selangor masih kekal dengan gelaran King Malaya dengan pencapaian mereka didalam gelaran domestik.
- Kedah satu-satunya pasukan di Malaysia yang pernah merakam gelaran Double Treble.
- Selangor bakal menjadi tuan rumah pada perlawanan ini namun venue mereka bukan lagi Shah Alam tetapu Stadium MP Selayang.

HEAD TO HEAD
- Penulis mengimbas 10 pertemuan kedua-dua pasukan ini.

Selangor mencatat 4 menang dengan Kedah mencatat 3 menang dan 3 perlawanan berakhir seri (termasuk 2 aksi perlawanan akhir).

30/10/2016 Kedah 1 Selangor 1
06/08/2016 Kedah 1 Selangor 0
05/04/2016 Selangor 2 Kedah 2
12/12/2015 Selangor 2 Kedah 0
03/07/2012 Selangor 1 Kedah 1
03/03/2012 Kedah 1 Selangor 0
09/05/2011 Kedah 0 Selangor 2
01/03/2011 Selangor 2 Kedah 0
03/08/2010 Kedah 2 Selangor 0
06/03/2010 Selangor 4 Kedah 0

REKOD SELANGOR TUAN RUMAH
(Dalam 5 perlawanan terakhir)
- Selangor mencatat rekod bersih dalam 5 perlawanan menentang Kedah sebagai tuan rumah.Mereka menang 3 dan seri 2 dan tidak pernah tewas.

PRESTASI SEMASA LIGA SUPER
Selangor FA
Posisi : No 3
Gol : 11
Bolos : 7
Prestasi : SKSMM (2 menang,2 seri,1 kalah)
Penjaring Terbanyak : Forkey Doe (3 gol)

Kedah FA
Posisi : No 1
Gol : 14
Bolos : 6
Prestasi : MSMMM (4 menang,1 seri)
Penjaring Terbanyak : Baddrol (4 gol)

TEAM NEWS
Selangor
- Forkey Doe berkemungkinan tidak akan beraksi selepas ditimpa hamstring.
- Selangor menggunakan formasi 3-4-3 musim 2017.

Kedah
- Nasib Baddrol akan diketahui sekurang-kurangya pagi perlawanan.
- Syazwan Tajuddin,Ariff Farhan,Syazwan Zainon masih dalam recovery.

Ahad, 26 Februari 2017

DARULAMAN KEBAL | CATAT KEMENANGAN BERSIH DAN HAMPIR 100 RIBU PENYOKONG SETAKAT INI

Fenomena Stadium keramat Kedah iaitu Stadium Darulaman setiap kali Kedah menanti kunjungan lawan tidak boleh dipertikaikan.Bayangkan 25,000 penyokong setiap perlawanan dan Kedah telah beraksi sebanyak 4 kali di Darulaman musim ini,dianggarkan hampir 100,000 penyokong telah hadir!!.Satu jumlah tertinggi setakat ini.

Bermula perlawanan menentang Sarawak,penyokong setia Hijau Kuning memenuhi setiap pelusuk stadium.Ia berikutan aksi debut musim ini selain agihan tiket percuma sempena kejayaan Kedah merangkul Piala Malaysia 2016 lalu.Selepas itu Kedah menanti kunjungan Pahang yang ketika itu merupakan pendahulu liga super.Tak dinafikan,sentimen penyokong yang masih membara keatas pasukan lawan selepas kemenangan pada 3 Ogos 2016 ditarik balik serta kemenangan dilucutkan menjadi faktor penyokong membanjiri Darulaman.Selepas perlawanan itu,Kedah melayan kunjungan Kuala Lumpur dalam saingan aksi Piala FA pusingan ke-3.Aksi sentimental itu juga mendapat sokongan agak penuh berikutan penyokong menyambuy kembali kehadiran bekas tonggak utama Hijau Kuning Azmeer Yusof yang kini bersama Kuala Lumpur.Dianggarkan kehadiran penonton diantara 20,000 ke 25,000 penyokong.Perlawanan ke-4 di Darulaman menemukan Kedah melayan kunjungan pasukan Pulau Pinang dalam aksi panas derbi utara.Kedah yang kalu terakhir menang keatas seteru itu pada 2010 amat membara.Dengan kapasiti 35,000 tempat duduk,penyokong memenuhi setiap ruang untuk menyokong Kedah.

Rekod Kedah di Darulaman tidak boleh dipertikai baik dari segi sokongan atau perlawanan.Kedah mencatat 100% rekod bersih memenangi semua perlawanan di Darulaman dan turut meledak 14 gol dan bolos 6 gol.Musim lalu Kedah tidak pernah tewas dalam aksi Liga Super di Darulaman dan hanya tewas sekali di Darulaman dalam aksi Piala Malaysia.

KEBANGKITAN FAKRI SAARANI | DARI KRITIKAN KEPADA PUJIAN

Fakri Saarani bukanlah asing dalam kancah bola sepak Malaysia.Pemain kebangsaan ini merupakan anak kelahiran Kelantan.Beliau telah membuat debut pada musim 2007/2008 bersama Perak ketika berusia 17 tahun!!dan meledak hatrick dalam penampilan sulung.

BERSAMA KEDAH
- Pada musim lalu,Fakri menyertai Kedah pada pintu perpindahan Januari dari Kelantan. Menyedari Kedah memerlukan penambahan kekuatan diposisi sayap pasukan,kemasukan Fakri pada awalnya mendapat cemuhan penyokong Hijau Kuning.Ada beranggapan beliau sudah tidak releven untuk pasukan Kedah dan menyeru pasukan menggunakan kudrat pemain muda.Namun TCH percaya pada falsafah beliau,Fakri diberi peranan sebagai backup sesuai dengan beliau yang kali pertama bersama Kedah. Dari sudut lain,pembelian Fakri bukan hanya bererti bahawa beliau hanya mampu beraksi diposisi winger sahaja malah bekas pemain yang menjadi pencetak gol untuk Perlis ini mampu mengisi beberapa lagi ruang seperti center halfback,winger,attacking midfielder,second striker atau striker utama (tunggal).Fakri merekodkan 2 jaringan bersama Kedah dalam masa 5 bulan.

PINJAMAN KE FELDA
- Menyedari Kedah memiliki pemain sayap yang cukup untuk menampung baki kempen liga,TCH memberi Fakri peluang bersama Felda untuk menaikkan kembali moral beliau dengan pertukaran Thiago Augusto yang menyertai Kedah.Berdasarkan minit permainan yang agak kurang,amat sesuai Fakri dipinjamkan kerana Kedah juga menukar formasi kepada 4-4-2 selepas pintu perpindahan Julai dibuka.

FAKRI MUSIM INI
- Impak yang cukup positif dari beliau musim ini.Ketika pre season,Fakri meledak 5 gol sepanjang aksi persahabatan dan bermula Liga M,Fakri telah merekodkan 2 assist setakat ini.Membuat 4 penampilan sebagai pemain utama dan selebihnya dari bangku simpanan,Fakri kembali mempamerkan aksi matang musim ini.Kerap trackback dan smooth dalam serangan.Aksi beliau yang bertindak seperti defensive winger mendapat pujian dari beberapa penganalisis terkenal liga Malaysia.Fakri turut menjadi inspirasi gol kemenangan Kedah di Kota Bharu apabila lorongan beliau kepada Syafiq Ahmad membuahkan hasil apabila penjaga gol lawan terpaksa menjatuhkan Syafiq.

Penulis melihat aksi Fakri Saarani semakin baik dan baik.Sayang sekali beliau mengalami kecederaan agak serius baru-baru ini dan penulis berharap Fakri cepat sembuh GWS.Nyata kehadiran Fakri 2017 mengubah presepsi penyokong dari benci kepada sayang.Keep it up Lord Fakri.

KEDAH VERSI ITALIAN JOBS | SISTEM 3-4-3

KEDAH VERSI 3-4-3 | CONTE STYLE

Sistem ni susah sikit nk adapt.. basic kita nampak 3 center half,2 wingback,2 center halfback,2 inside forward dan 1 goal poacher.

Pertukaran Posisi
Rizal/Fitri (Offensive Fullback to Wingback)
- Kedudukan mereka akan sedikit keatas berbanding natural fullback.Tugas masih seperti fullback iaitu memberi bantuan ketika serangan tapi posisi ini memerlukan stamina ampuh.Mereka bukan sahaja memastikan keadaan touchline milik mereka,malah mereka perlu mempunyai kombinasi baik bersama inside forward.Ketika memyerang,wingback akan berada ditouchline sementara inside forward akan bergerak half space-final third-in box.Memberi variasi dalam serangan.Ketika bertahan,wingback akan turun menjadi fullback dibantu seorang center half (kiri) dan seorang halfback.

Keon/Zac/Syawal (Center half to 3 center half)
- Berasaskan 3-4-3,pasukan akan memansuhkan fullback dan meletakkan 3 center half.Kanan,Tengah dan Kiri.Mengikut acuan Conte di Chelsea, center half tengah bertindak ball-playing defend diapit 2 limited defend.Tidak banyak perubahan,cuma seorang ball-playing defend mampu build game tanpa perlu menunggu halfbacks.Namun beliau mesti memiliki sedikit specialist untuk melakukan 2 versi hantaran (pump into halfpace atau diagonal).2 limited pula bertindak menyapu sebarang ancaman terutama (far post) serta membantu wingback dengan menyepitkan ruang buat winger lawan.

Amirul/Liridon (Double Pivot atau Center Halfbacks)
- Sebenarnya ia tidak ada masalah untuk menggunakan aliran mana-mana.Bergantung citarasa jurulatih.Pivots seperti selalu mereka mainkan manakala halfbacks lebih kepada totally possession.Dalam 3-4-3,dominan di midfield antara kunci utama kejayaan pasukan.Dalam acuan Conte,beliau meletakkan 2 pivot aliran box to box.

Baddrol/Sandro (No10,Winger to Inside Forward)
- Sistem 3-4-3 tidak ada winger dan no 10.Tapi tetap ada aliran kerja yang winger dan no 10 iaitu attacking midfield lakukan.Inside forward akan routine antara winger,halfspace,zon 14.Tugas mereka penetrate kawasan ini sambil dibantu wingback. Sebab itu dalam ulasan wingback mengatakan kombinasi adalah perkara asas.Satu lagi perkara,inside forward diberi freedom (bebas atau free role) tanpa perlu track back (turun membantu pertahanan).Mereka juga boleh menyusun strategi samada membentuk 3 attacker iaitu salah seorang bertindak sebagai 3rd man running.Ia sekaligus menjadi perimbangan yang baik.Kuat bertahan dan seimbang diserangan.

Ken Ilso (Poacher)
- Satu satunya posisi kekal adalah Ken Ilso.Beliau akan kekal dalam kawasan danger zone lawan.Ken juga boleh bertukar serta merta kepada false 9,false 10.Bertindak dummy runner atau creating space.

Disini penulis bukanlah mahu mengubah atau mengkritik sama sekali taktikal TCH cuma penulis melihat pasukan Kedah miliki kekuatan untuk mengadaptasi sistem gergasi Inggeris seperti Chelsea.Kepelbagaian taktikal.

Sabtu, 25 Februari 2017

LAPORAN PERLAWANAN MSL 6 | KEDAH MENANG KE ATAS PENANG DALAM AKSI DERBI

Pertemuan ke-6 Liga Super malam tadi menyaksikan Kedah bertemu musuh setempat Pulau Pinang dalam aksi diklasifikasikan "derby utara".Berikut laporan perlawanan malam tadi.

PERMULAAN
- Kedah yang menghuni tangga pertama liga menurunkan kesebelasan dalam formasi 4-2-3-1.Kembalinya Liridon dibahagian jentera tengah bersama Amirul membentuk "double pivot" sementara Fakri Saarani kembali selepas Farhan Roslan dan Syazwan Zainon diketepikan akibat kecederaan.Khairul Helmi turut kembali membarisi skuad utama.
- Pulau Pinang yang sebelum perlawanan mengalami 5 kekalahan berturut-turut memulakan permainan dengan formasi 4-1-4-1.Faiz Subri kembali mencuri tumpuan selepas kembali berada dalam kesebelasan utama pelawat.

BABAK PERTAMA (DERBI YANG PANAS)
Kedah memulakan build game menerusi Liridon.Kedah seperti biasa gemarkan possession dan cuba mengekploitasikan ruang dengan beberapa gerakan.Penang lebih selesa menunggu ancaman dengan memgambil pendekatan sit deep dan aggressive dalam usaha merampas penguasaan bola di final third.Beberapa cubaan awal oleh Baddrol dan Ken memberi petanda Kedah mahu menang dalam aksi derbi kali ini selepas kali terakhir menang keatas lawan pada 2010.Minit ke-16,Kedah mendapat sepakan percuma diluar kotak penalti.Kedah cuba bermain set-plays dengan cuba exploit benteng lawan namun pemain Penang lebih bijak membaca gerakan.Freekick dipatahkan dan menerusi satu counter attack menggunakan hanya 2 pemain,Penang didepan menerusi gol Faiz Subri yang bijak melepasi pertahanan Kedah sebelum mengelecek Ifwat Akmal.Tersentak dengan gol pelawat,Kedah garang mengasak kubu pelawat dan hanya 2 minit Kedah menyamakan kedudukan menerusi satu rembatan oleh Fitri Omar semasa situasi kelam kabut didepan pintu gol pelawat.

BABAK KEDUA (SUPERSUBS JULANG KEDAH)
Buntu permainan bertahan pelawat,Kedah menukar strategi dengan kemasukan Asri Mardzuki untuk Halim Saari.Asri kembali ke left back sememtara Fitri Omar ke LM dan Fakri sebagai attacking midfield.Serangan bertalu-talu Kedah hampir menjelmakan gol namun penjaga gol lawan juga bertindak baik dalam mengagalkan cubaan.Aksi tegang kedua dua pasukan menyaksikan beberapa insiden gagal dikesan dengan baik oleh pengadil dan penjaga garisan.Kedah terpaksa menunggu sehingga kemasukan Syafiq Ahmad yang masuk untuk Fakri meledak gol kedua.Gol berpunca dari direct freekick oleh Baddrol.Syafiq bijak menyudahkan gol yang mengelirukan penjaga gol lawan.Selepas itu dominasi Kedah berterusan dalam penguasaan bola namun kegagalan di final third berfungsi menyebabkan gerakan menjadi sia sia.Liridon mematikan langkah pelawat apabila bijak bermain satu dua bersama Badd sebelum menyudahkan gol menerusi satu tendangan menarik kesisi kiri gol lawan.

Kemenangan derbi ini membolehkan Kedah kekal menarajui takhta Liga Super untuk 3 minggu berturut-turut.Ia juga lakaran 17 perlawanan tanpa kalah Kedah!!

Rabu, 22 Februari 2017

PREVIU SPECIAL SEMPENA DERBI UTARA | KEDAH vs PENANG

PREVIU SPECIAL NORTHERN DERBY

Derbi Del Utara kembali Sabtu ini.Pertembungan local derby ini antara "aksi panas" dalam kalendar bola sepak Malaysia.Maksud penulis merujuk istilah budaya derbi ini bagus dari sudut positif seperti battle siapa lagi jaguh utara,perang poster,perang saiko berkenaan kekuatan serta kelemahan pasukan.Penulis MENENTANG SEKERAS KERASNYA tindakan didalam derbi seperti melontar objek seperti bata ke bas lawan sebelum penyokong lawan membalas dengan membelasah salah seorang fans rival.Itu dah ke arah hooligans.Itu bukan budaya kita di Malaysia dan merosakkan atau merencatkan istilah derbi.

Berbalik kepada derbi utara ni,dulu persaingan 3 penjuru (Kedah,Penang,Perlis) tapi zaman berzaman Perlis semakin jauh dan kini hanya Kedah dan Penang sering dikaitkan Northern Derby.Ada yang berpendapat adakah perlawanan melibatkan Perak vs Kedah atau vs Penang juga diamggap derbi?pendapat penulis ia tidak dianggap siri derbi dan lebih kepada kepada pertembungan biasa yang belum sampai tahap wujud perkataan "rivalries".Atmosfera kedua dua pasukan dalam derbi sangat menarik.Bukan sahaja rekod kejuaraan atau back to back win jadi sandaran malah perhitungan peribadi untuk menjadi pasukan lebih baik dari satu lagi pasukan.menjadikan ia lebih sentimental.

Disini senarai kejuaraan domestik bagi kedua dua pasukan

Kedah (18 kejuaraan)
Juara Piala Malaysia
- 5 kali
Juara Piala FA
- 3 kali
Juara Liga Super
- 2 kali
Juara Liga Premier 1
- 1 kali
Juara Liga Perdana
- 4 kali
Juara Piala Sumbangsih
- 3 kali

Pulau Pinang (9 kejuaraan)
Juara Liga Premier 1
- 3 kali
Juara Piala Malaysia
- 4 kali
Juara Piala FA
- 1 kali
Juara Piala Sumbangsih
- 1 kali

REKOD PERTEMUAN LIGA (H2H)

2016
Penang 3 Kedah 2
Kedah 2 Penang 2

2015
Kedah 0 Penang 0
Penang 3 Kedah 3

2014
Kedah 1 Penang 1
Penang 1 Kedah 0

2010
Kedah 0 Penang 0
Penang 0 Kedah 3

2009
Kedah 1 Penang 0
Penang 1 Kedah 2

2008
Kedah 4 Penang 1
Penang 2 Kedah 3

REKOD JARINGAN TERBESAR
Pada 2008 dalam aksi Piala Malaysia, Kedah menang 6-2 keatas Pulau Pinang distadium Darulaman.

DERBI BOLA SEPAK | BERIKUT SENARAI 20 DERBI TERBESAR DUNIA

Derbi merupakan acara pertembungan yang dinantikan dalam sukan terutama bola sepak.Derbi merujuk istilah pertembungan seteru dalam konteks bola sepak.Ia terbahagi pula kepada nationwide derbi atau local derbi atau mini derbi.Ia sentiasa menyajikan aksi menarik kedua dua pasukan selain aksi panas,tegang diantara pemain dan penyokong.Di Malaysia,kita tiada budaya derbi yang terlalu emotional namun masih terdapat beberapa perlawanan digelar derbi seperti Klang Valley Derbi (Selangor vs KL),East Costs Derbi (Kelantan vs Terengganu),Northern Derbi (Kedah vs Penang) dan Southern Derbi (Melaka vs Negeri Sembilan).

Ikuti 20 perlawanan derbi terbesar didunia dari kami.

1. El Clasico (Barcelona vs Real Madrid)
2. Derby Della Madonnina (Milan Derby)
3. Derby D'Italia (Juve vs Inter)
4. The Merseyside Derby (Liverpool vs Everton)
5. Der Klassiker (Bayern vs Dortmund)
6. North West Derby (Man Utd vs Liverpool)
7. Old Firm Derby (Celtic vs Rangers)
8. Derby Madrileno (Real vs Atletico)
9. De Klassieker (Ajax vs Feyenood)
10. La Classique (PSG vs Marseille)
11. Superclasico (Boca vs River)
12. O Classico (Porto vs Benfica)
12. Intercontinental Derby (Turkish) (Fenerbance vs Galatasaray)
13. Derby Della Capitale (Roma vs Lazio)
14. De Topper (PSV vs Ajax)
15. Derbi Del Maestro (AC Milan vs Roma)
16. Derbi Del Sole (Napoli vs Roma)
17. Derbi Paulista (Corinthians vs Palmerias)
18. Mother Of All Battle (Panathiakos vs Olympiacos)
19. Moscow Derbi (CSKA vs Sparta)
20. Derbi Klasychne (Shaktar vs Dynamo Kiev)

Selasa, 21 Februari 2017

DERBI EPISOD DUA | DEL KLASSIKER

Der Klassiker atau dipanggil German Clasico merupakan perlawanan derby terbesar bagi Liga German atau dikenali Bundesliga.

SEJARAH AWAL
Kedua dua pasukan dianggap kelab paling berjaya di German dengan mengumpul kejuaraan domestik yang tinggi berbanding kelab-kelab lain.Pertembungan mereka mula menjadi panas bermula tahun 1994 sehingga kini.Ia berikutan hanya kedua dua kelab tersebut sahaja dilihat saingan utama di German dan mengikut rekod,hanya 4 kelab lain yang pernah muncul juara Bundesliga selain Dortmund atau Bayern sejak 1994.Fenomena tercetus selepas kebangkitan Dortmund menjulang Bundesliga 2 musim berturut-turut sebelum cemerlang menjulang UEFA Champion League pada 1996/1997 digelanggang Bayern.

REKOD PERTEMUAN DEL KLASSIKER
Sepanjang pertemuan Del Klassiker dicatatkan,Dortmund dan Bayern bertemu sebanyak 113 perlawanan dengan Bayern unggul mengatasi Dortmund sebanyak 52 kali menang dan Dortmund memcatat 28 kemenangan.Baki 33 perlawanan berakhir seri.Bayern merekodkan 205 gol dan Dortmund 138 gol dalam rekod perlawanan derby tersebut.

DORTMUND JATUH DAN REVOLUSI JURGEN KLOPP
Sejak 2004 sehingga 2008,Dortmund berada dalam kedaifan sehingga diisytihar bankrup namun sejak kehadiran Jurgen Klopp,Dortmund bangkit dengan luar biasa malah kembali menjadi igauan buat Bayern.Mereka merangkul kejuaraan Bundesliga pada 2010 dan 2011.Dortmund juga kembali disegani diperingkat eropah sehingga membenam cabaran Real Madrid pada saingan Liga Juara Juara 2013 dan bertemu Bayern di acara akhir di Wembley.

BAYERN BUKTI KEUNGGULAN
Walaupun dicabar hebat Dortmund dalam liga domestik atau eropah,Bayern nyata terlalu unggul buat Dortmund. Bayern memadam rekod cemerlang Dortmund musim 2011/2012 iaitu pasukan paling banyak meraih kemenangan dalam liga dan pasukan paling tinggi merekodkan mata didalam liga.Bayern memecahkan rekod seteru mereka itu pada musim 2012/2013 sebelum membenam Dortmund pada acara akhir Liga Juara Juara pada 2013.

PERANG PSIKOLOGI
Bermula pada 2003,Dortmund yang terlibat beban hutang yang tinggi.Bayern menghulurkan bantuan £2juta.Persengketaan mereka diteruskan menerusi pembelian Bayern keatas beberapa pemain Dortmund seperti Trosten Frings diikuti Robert Lewandowski,Mario Gotze dan Matt Hummels.Pada 2014,Chief Executive Dortmund, Hans Joachim Watzke berkata Bayern mahu memusnahkan kami selepas Lewandowski bersetuju ke Bayern.Bayern merupakan kelab yang kaya raya berbanding Dortmund dikategori kelab pertengahan.Ada penganalisis berkata Dortmund tak lebih jika dilabel feeder kelab kepada Bayern sejak mereka mula menjual pemain terbaik mereka kepada musuh tradisi itu.

DERBI EPISOD SATU | DERBI DELLA MADONNINA

Dalam bola sepak hari ini permusuhan bola sepak (diatas padang) adalah pertemuan yang dinantikan seluruh peminat serata dunia.Sebut sahaja pertembungan El-Clasicco diantara FC Barcelona menentang Real Madrid,pasti peminat bola sepak teruja dan sanggup bersengkang mata sehingga ke pagi untuk menonton perlawanan terhebat itu.

Namun hari ini kita bercerita mengenai satu lagi pertembungan dramatik melibatkan 2 pasukan di Bandaraya yang sama iaitu kota Milan.AC Milan vs Inter Milan dalam perlawanan Derby Della Madonnina

SEJARAH AWAL KOTA MILAN.

Pada 13 December 1899,Alfred Edward menubuhkan pasukan Milan Cricket and Football.Alfred Edward berketurunan British merupakan vice- consult di Kota Milan.Untuk pasukan Cricket,dipengerusikan oleh Edward Berra dan bola sepak dipengerusikan oleh David Allison.Pasukan Milan ketika itu mengecap kejuaraan pertama pada 1901 sekaligus menamatkan penguasaan Genoa (kelab Serie A) yang menguasai Liga 3 musim berturut turut.Milan turut merangkul kejuaraan pada 1906 1907.

KONFLIK KOTA MILAN,PENUBUHAN RASMI FC INTERNAZIONALE PADA 1908

Pada 9 Mac 1908 secara rasminya FC Internazionale ditubuhkan.Krisis perpecahan kesatuan Cricket dan Bola Sepak Milan tercetus apabila penubuhan mengambil pemain asing untuk digandingkan bersama pemain Italy.Disebabkan perpecahan itu tercetusnya gelaran Rossoneri dan Nerazurri.Perbalahan tersebut juga melahirkan FC Internazionale yang juga dikenali Inter Milan.Sejak tercetusnya perbalahan itu,AC Milan mengalami zaman gelap apabila ketandusan kejuaraan untuk tempoh 43 tahun.Di kem Inter Milan pula,mereka merangkul kejuaraan sulung pada 1910 sebelum 1920,1930,1938 dan 1940.

PERKONGSIAN STADIUM DAN SEBAB

Stadium pasukan ini adalah San Siro yang berkapasiti 82,955 tempat duduk, secara rasminya dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza sempena nama bekas pemain yang pernah bermain untuk Milan dan Internazionale iaitu Don Giuseppe Mezza.Nama San Siro diambil daripada daerah di mana ia terletak.Stadium ini dikongsi bersama Inter Milan,sebuah lagi kelab bola sepak yang besar di Milan.Stadium ini terkenal dengan suasananya yang hebat disebabkan oleh kedudukan yang dekat di antara tempat duduknya dengan padang.

DERBY DELLA MADONNINA

Perlawanan pertama 'Derby Della Madonnia' adalah pada 1908.Pada 18 Oktober 1908,AC Milan menewaskan Inter Milan 2-1 dalam perlawanan akhir Chiasso Cup yang berlangsung di Switzerland.Itu adalah permulaan kepada permusuhan paling dasyat dalam sejarah bola sepak Itali.Berbalik kepada nama derby ini 'Madonnina' bermaksud simbolik sebuah geraja yang menjadi tanda utama di Kota Milan.Dalam pertandingan rasmi,AC Milan dan Inter Milan telah bertarung sebanyak 216 kali (dalam catatan rekod).Inter mencatat 77 Menang manakala Milan 75 kali dan baki 64 perlawanan lagi berkesudahan seri.Bermula 1960an,bermula era permusuhan mereka.Dua pemain terkenal masing-masing mewakili AC Milan dan Inter Milan bertembung.Gianni Rivera 'The Golden Boy' vs Sandro Mazzola anak kepada legenda Torino (Velantino Mazzola).Semenjak pertembungan icon itu,kedua dua pasukan saling berusaha keras meraih kejayaan.AC Milan muncul juara eropah pada 1962-1963 diikuti Inter Milan pada 1968-1969.Permusuhan kelab berterusan sehingga ke peringkat pasukan kebangsaan.Pada 1970,Italy mara ke Perlawanan Akhir Piala Dunia namun tewas 1-4 kepada Brazil.Rivera dan Mazzola tidak boleh bermain mahupun berlatih sekali.Ia menyukarkan jurulatih dan terpaksa menurunkan salah seorang sahaja sebelum seorang lagi diturunkan pada babak kedua.Permusuhan AC Milan dan Inter berterusan sehingga tarikh titik hitam 12 April 2005 dimana AC Milan diundi bertemu Inter Milan pada peringkat Suku Akhir Liga Juara Juara.Penyokong Inter Milan melontarkan 'flare' keatas padang dan terkena penjaga gol Milan,Dida.Inter didenda €200,000k sementara AC Milan diberi kemenangan percuma 3-0.

TROFI YANG DIMENANGI OLEH MILAN DAN INTER

Untuk rekod,AC Milan lebih berjaya mengondol kejuaraan berbanding Inter.AC Milan mengumpul jumlah kejuaraan rasmi sebanyak 47 kali dan Inter Milan 39 kali.Peringkat domestik dibawah FIGC (Kesatuan Bola Sepak Italy),Inter berjaya memenangi 30 kejuaraan manakala AC Milan 29 kejuaraan.Inter Milan muncul juara Serie A (Liga Italy) sebanyak 18 kali,Coppa Italia 7 kali dan SuperCoppa Italiana 5 kali.AC Milan turut gah dengan 18 kejuaraan Serie A diikuti 5 Coppa Italia dan 6 kejuaraan SuperCoppa Italiana.Dalam pertandingan kelolaan UEFA Federation pula,AC Milan pula lebih menonjol dengan 18 kejuaraan.AC Milan muncul juara UCL (Uefa Champion League) sebanyak 7 kali diikuti UCWC (Uefa Cup Winner) 2 kali,USC (Uefa Super Cup) 5 kali dan FCWC (FIFA Club World Cup) sebanyak 4 kali.Inter Milan mengumpul 9 gelaran peringkat International.Dengan muncul juara UCL (3 kali),UEL (Uefa Europa League) 3 kali dan FCWC (3 kali).

PEMAIN YANG PERNAH BERMAIN UNTUK AC MILAN DAN INTER MILAN

Giuseppe Meazza,Luigi Cevenini,Aldo Cevenini,Francesco Soldera,Lorenzo Buffon,Victor Benitez,Roberto Baggio,Chritian Panucci,Edgar Davids,Patrick Viera,Antonio Cassano,Zlantan Ibrahimovic,Francesco Toldo,Andre Pirlo,Ronaldo,Christian Vieri antara nama yang pernah mewakili AC Milan dan Inter Milan.

JURULATIH PERNAH MELATIH AC MILAN DAN INTER MILAN

Jeosef Viola,Guisepe Bigogno,Luigi Radece,Givanni Trapattoni,Alberto Zaccheroni dan Leonardo

Untuk perlawanan seterusnya untuk 'Derby Della Madonina' adalah pada 20 November ini sebelum pusingan kedua April 2017.Kali terakhir Milan Derby adalah 30 January 2016 dimana AC Milan membenam Inter Milan 3-0.

ITALY BIGGEST RIVALRIES

Ia adalah pertembungan rivalries paling dasyat dalam sejarah bola sepak Italy dan antara terdasyat didunia.Berada dikota yang sama namun kedua-dua mempunyai identiti berbeza dan penyokong berbeza.Tradisi mereka lambang bola sepak Italy sehingga hari ini.

Isnin, 20 Februari 2017

20 PEMAIN SUDAH BERAKSI | SENARAI PEMAIN KEDAH YANG TELAH BERAKSI SETAKAT INI

Senarai Pemain Yang Telah Beraksi Buat Kedah FA Musim 2017

Penjaga Gol
Abdul Hadi - 2 perlawanan
Ifwat Akmal - 4* perlawananan
Farhan Abu Bakar - 1* perlawanan

Pertahanan
Rizal Ghazali - 6 perlawanan
Zac Anderson - 6 perlawanan
Syawal Nordin - 3 perlawanan
Khairul Helmi - 4* perlawanan
Fitri Omar - 4* perlawanan
Asri Mardzuki - 2* perlawanan

Pemain Tengah
Akram Mahinan - 5* perlawanan
Liridon Krasniqi - 5 perlawanan
Amirul Hisyam - 5* perlawanan
Sandro - 5* perlawanan
Baddrol Bakhtiar - 6 perlawanan
Farhan Roslan - 3* perlawanan
Syazwan Zainon - 3* perlawanan
Fakri Saarani - 5* perlawanan
Abd Halim Saari - 1* perlawanan

Penyerang
Ken Ilso - 6 perlawanan
Syafiq Ahamad - 1* perlawanan

P/S - Nota * melibatkan perlawanan yang tidak penuh 90 minit.

Jumaat, 17 Februari 2017

SEJARAH TAKTIKAL TERAWAL BOLA SEPAK | TAKTIKAL PERTAMA BOLA SEPAK

Sejarah taktikal dalam bola sepak bukanlah perkara baru malah cukup popular sehingga kini.Nama-nama besar jurulatih yang berjaya seperti Sir Alex Ferguson,Pep Guardiola,Antonio Conte dan ramai lagi menjadikan bola sepak cukup unik untuk kita nikmati.Namun adakah kita sedia maklum taktikal bola sepak telah lahir seawal tahun 1870an dan bertahan sehingga kini.Jom bersama penulis kita merungkai taktikal pertama bola sepak dunia.

Formasi 1-2-7 (England)

Sejarah mencatat,formasi bola sepak tertua di dunia adalah 1-2-7 dengan pembahagian tugas pemain diberi kepada beberapa posisi seperti,1 penjaga gil,1 pertahanan,2 pemain tengah dan 7 pemain (attacking minded) diposisi penyerang.Formasi ini mulai dikenalkan oleh bola sepak Inggeris dalam perlawanan persahabatan England menentang Scotland pada tahun 1872.Di kem Scotland pula,mereka memperkenalkan formasi 2-2-6 lebih individu dan defensive. Keputusan perlawanan itu tamat 0-0 dengan kedua-dua pasukan buntu mencari gol.Formasi itu berterusan bersama 1-1-8 sehingga 1860 hingga 1870-an.Formasi tersebut paling popular di bola sepak ramai dari jurulatih mula menghidu kelemahan taktikal ini.Strategi ultra offensive ini kian dilupakan kerana kehadiran taktikal lebih ampuh lewat era 1880an.

Formasi 2-3-5 (PIRAMID)

Formasi ini juga diadaptasi dari Scotland namun oleh kelab Inggeris iaitu Preston North End.Ketika itu kelab Preston North End muncul juara tanpa tewas di England.Sistem yang memperkenalkan sistem yang lebih formatif dan kordianatif dalam 2-3-5 dengan 2 full back,3 centre half dan 5 penyerang.Formasi ini bertahan sehingga tahun 1925 dan kebanyyakan pasukan mula meniru gaya Preston.Sistem ini mula terancam selepas peraturan offside diperkenalkan.Para jurulatih mulai mengurangkan permainan gaya offensive kerana pemain kerap terperangkap dalam keadaan offside trap.

Formasi 3-4-3 (WM SISTEM)

Arsenal antara pasukan pertama yang menggunakan sistem WM ini.Kenapa ia dipanggil WM? ini kerana 2 fullback akan bermain di center half bersama 1 center back. Masih mengekalkan 2 halfbacks, sistem ini meletakkan 2 offensive midfield atau Box To Box sebagai supplier utama kepada 3 rangkaian serangan diatas.Arsenal perlahan lahan mengecap kejayaan ketika adaptasi sistem ini dan muncul juara Piala FA pada 1930.Sistem ini berasaskan serang balas ataupun counter attack.

KESIMPULAN

Apa yang penulis cuba sampaikan di atas ialah,taktikal bola sepak telah wujud begitu awal.Dengan peraturan yang lebih sistematik,seorang Pengurus dan jurulatih serta sumber taktikal sedaya upaya mengatasi dan melawan sistem itu dengan manipulasi secara teknikal atau taktikal.

JIKA TANPA TONGGAK | INI PILIHAN KAMI

Kedah berkemungkinan besar turun tanpa 4 tonggak utama menjelang aksi Liga Super ke-5 di Kota Bharu malam ini.

Nama-nama seperti Liridon Krasniqi,Sandro Mendonca,Syazwan Zainon dikatakan dihimpit kecederaan manakala kapten pasukan Khairul Helmi diberitakan dilepaskan atas urusan peribadi.Kami beranggapan Kedah memiliki 2 faktor positif

1. Peluang pemain muda tempatan seperti Abd Halim Saari,Amirul Hisyam,Syafiq Ahmad,Farhan Roslan,Syawal Nordin untuk pamer taring.
2. TCH boleh mencuba ramuan 'baru' sebagai alternatif plan B.

Pertama,Kedah merupakan pasukan yang sangat baik dalam proses development pemain muda setiap musim.Musim ini rata-rata pemain muda telah pon diperkenalkan musim lalu seperti Abd Halim Saari,Amirul Hisyam,Farhan Roslan,Ifwat Akmal,Syawal Nordin,Syafiq Ahmad,Osman Yusuf.Manakala musim ini Kedah terus tampil.dengan muka baru seperti Asri Mardzuki,Syazuan Hazani,Raphi Azizan dan Akhytar Rashid.Mereka merupakan senarai menunggu untuk diserapkan.Kehadiran mereka merupakan satu langkah untuk Kedah melahirkan pemain-pemain berbakat dan mengimbangi pasukan sekiranya bintang utama mengalami kecederaan.

Kedua,Tan Cheng Hoe bukanlah asing dalam taktikal Liga Malaysia.Formasi kegemaran beliau masih 4-2-3-1 dengan mengekalkan 2 Pivot dan bermain sistem no 10 iaitu attacking midfielder dan seorang penyerang tunggal namun TCH masih memiliki Plan B.Kedah juga biasa menggunakan formasi 4-4-2 atau 4-1-4-1.Penulis yakin TCH miliki ramuan ampuh untuk memberi tentangan malam ini.Menerusi 4-1-4-1,TCH akan memansuhkan sistem no 10 dan menggunakan sistem 2 Box To Box dan 1 Holding Midfielder.Dibahagian hadapan,Kedah juga sering bertukar-tukar sistem.dengan Ken Ilso adakala sebagai goal poacher dan adakala sebagai false 9 (sistem no 9 palsu).Kedah miliki variasi bercabang dalam transisi pasukan yang sangat unik.

Ayuh Kedah..misi kita memburu 3 mata di Kota Bharu!!

Khamis, 16 Februari 2017

ULTRAS | PENYOKONG YANG LUAR BIASA

Ultras merupakan sekumpulan penyokong tegar yang sentiasa berada disaat pasukan menang atau tewas.Jom kita kenali apa itu ultras?

Apa Itu Ultras?
Mengikut sejarah terdahulu,perkataan ultras diambil dari bahasa Latin yang bermaksud "Luar Biasa".Ultras dikaitkan dengan penggunaan suar (flares),tifo koreografi,banner dalam menunjukkan semangat yang luar biasa.Di Malaysia,pengasas Ultras bermula pada 2007 dengan kewujudan Ultras Malaya 07 dibawah founder Freddie Marciano.Selepas itu barulah muncul senario-senario Ultras di Liga Malaysia.

Ultras Leadership (Capo)
Seperti sebuah pasukan,Ultras juga perlu memiliki seorang ketua atau dalam konteks Ultras Capo.Untuk menjadi Capo bukanlah mudah,mereka perlu lebih menumpukan perhatian kepada crowd bertujuan menaikkan semangat,jati diri pengikut supaya setia dan padu dalam menyuarakan chant-chant pasukan.Capo juga bertindak menjaga tempo seperti mengubah lagu ke lagu,clapping.Paling utama,capo juga terpaksa korbankan penglihatan kearah padang kerana tumpuan beliau lebih kepada crowd (ultras).

Curva (Lengkongan Lokasi)
Oleh kerana negara Italy antara negara terawal dalam dunia Ultras selain Brazil atau Serbia,nama Curva kekal diguna pakai sehingga kini.Curva bermaksud lengkongan lokasi untuk komuniti ultras berada didalam stadium.Sebagai contoh lokasi utama ultras adalah dibelakang gol.Namun kini ia berubah-ubah mengikut zaman.Ada Curva ditepi seperti mana UK09 lakukan atas beberapa faktor.Curva adalah lokasi wajib bagi setiap ultras.Ia adalah tempat pamerkan koreografi seperti tifo,bendera gergasi.Ia juga lokasi utama ultras bersorak,membakar suar (flares).

Corteo (Perarakan Skala Besar)
Corteo adalah perarakan dari skala kecil ke besar sambil menyanyikan lagu-lagu ultras.Kebiasaanya acara corteo akan dilakukan sebelum sepak mula sesebuah perlawanan.Tujuan lain adalah seperti mempamerkan semangat Ultras dan untuk mengerukan pihak lawan.

UK 09 merupakan Ultras rasmi untuk pasukan Kedah.Ditubuhkan sekitar 2009,UK 09 kini semakin mendapat tempat dikalangan penyokong-penyokong Kedah baik di Darulaman atau awayday.Lagu-lagu mereka juga semakin mendapat tempat dihati penyokong lain.

Penulis tegaskan Ultras bukanlah budaya Hooligans.Ia sama sekali berbeza dari pelbagai sudut.Ultras adalah seni dan ilham dari penyokong kepada pasukan.Bak kata founder UM07 Fdeddie Marciano,untuk menjadi seorang Ultras,anda mestilah setapak didepan yang lain.Pahami maksud Ultras dan ayuh mara kedepan bersama.

INVERTED WINGER | BAKA SAYAP SONGSANG

Inverted Winger atau pemain sayap songsang adalah satu posisi yang diisi oleh pemain bermain diberlawan arus dari kebolehan kaki utama beliau.Misalnya pemain sayap menggunakan kaki kiri bermain diposisi sayap kanan dan pemain menggunakan kaki kanan bermain diposisi sayap kiri.Itulah dipanggil pemain sayap songsang dalam konteks bola sepak atau inverted winger.

Pemain sayap songsang merupakan salah satu kegunaan popular diera bola sepak moden.Hari ini kita dapat melihat pemain-pemain terkenal dunia seperti Lionel Messi,Criatiano Ronaldo,Arjen Robben atau Gareth Bale diangkat sebagai pemain terbaik dunia berbanding posisi-posisi lain seperti penyerang atau pemain tengah.Keunikan pemain inverted winger adalah mereka mampu memberi bantuan gol dengan lebih kerap selain meringkan tugas penyerang kerana pasukan juga boleh mencipta jaringan menerusi inverted winger.

DI KEDAH
- Sayzwan Zainon merupakan salah satu baka pemain sayap songsang untuk pasukan Kedah dan Malaysia.Kita mengetahui kekuatan Sayzwan adalah pada kaki kanan beliau tetapi jangan kita lupa beliau adalah pemain utama sayap kiri pasukan Kedah.Kedah bukanlah asing dalam melahirkan pemain berkebolehan songsang seperti Syazwan,Khyril Muhymeen juga merupakan pemain sayap songsang ketika mewakili Kedah (selain kebolehan menjadi penyerang).Selain itu,Baddrol juga boleh beraksi cemerlang jika diletakkan disisi kiri.

KEPERLUAN PEMAIN SAYAP SONGSANG
- Footwork Yang Baik
- Mengelecek
- Penembusan ke half space atau zon 14
- Pantas
- Kawalan Yang Baik
- Urgency

SAYAP SONGSANG VS SAYAP KLASIK
Seorang pemain sayap songsang akan sentiasa berhampiran di touchline seperti orthodox winger (klasik winger).Namun perbezaan mereka setelah menerima bola,pemain sayap songsang ini akan cuba cut inside dan beliau mempunyai 2 pilihan samada melakukan percubaan atau membuat hantaran.Ini berbeza dari pemain sayap klasik yang cenderung supplier untuk melakukan crossing kedalam kotak penalti.Pemain songsang juga lebih membuka space kepada seorang fullback yang naik melakukan overlapping.Disini pasukan memiliki lebih banyak variasi serangan.Pemain sayap songsang juga lebih berkombinasi bersama fullback.

Kesimpulan
Ia lebih kepada teknikal seseorang pemain untuk menjadi seorang pemain sayap songsang yang berjaya namun dari presepsi lain,pemain sayap songsang bukan sahaja memberi variasi gol malah mempermudahkan urusan pasukan.(Petikan lagenda Johan Cruyff)

Rabu, 15 Februari 2017

PREVIU MSL KE-5 | KELANTAN vs KEDAH

Liga Super diteruskan untuk minggu ke-5 (Gameweek 5) pada 18-02-2017.Kedah akan berkunjung ke Stadium Sultan Mohamad Ke IV.Berikut Previu Perlawanan dari kami.

TALKING POINT
Kelantan dan Kedah merupakan 2 pasukan yang pernah mengecap gelaran treble dalam sejarah Liga Malaysia.Kelantan meraih treble pada 2012 dan Kedah pada 2007 dan 2008.Kedua dua pasukan juga pernah melayakkan diri sehingga ke peringkat Suku Akhir Piala AFC.

LIGA SUPER 2017 STATS
Ketika ini Kedah masih menghuni tangga pertama Liga Super dengan mengumpul 8 mata manakala Kelantan ditangga ke-5 (2 perlawanan) dengan 6 mata.

Prestasi Semasa 2017
KEDAH - SMSMM
Jumlah Gol : 13
Jumlah Bolos : 6
Penjaring Terbanyak : Farhan Roslan (4 gol)

KELANTAN - MMK
Jumlah Gol : 6
Jumlah Bolos : 3
Penjaring Terbanyak : Mohamad Ghaddar (3 gol)

PERTEMUAN 10 PERLAWANAN TERAKHIR
Kelantan dan Kedah merekodkan rekod seimbang dalam 10 perlawanan terakhir diantara kedua-dua pasukan.Kelantan dan Kedah masing-masing mencatat 3 menang,3 kalah dan 4 seri.Kelantan dan Kedah juga mencatat jumlah jaringan yang sama iaitu 14 gol.

REKOD DI STADIUM MOHAMAD KE-IV
Dalam 5 perlawanan terakhir di Stadium Mohamad Ke IV.

Kelantan menang 3 kali,seri 1 kali dan kalah 1 kali.Kedah menang 1 kali,seri 1 kali dan kalah 3 kali.

2016 Kelantan 1 Kedah 2
2014 Kelantan 3 Kedah 1
2012 Kelantan 2 Kedah 1
2012 Kelantan 2 Kedah 1
2012 Kelantan 1 Kedah 1

Kesimpulan
- Kelantan memiliki rekod yang agak baik keatas Kedah distadium mereka sendiri namun prestasi semasa Kedah amat baik.5 perlawanan tanpa tewas dalam 2 kejohanan membuktikan Hijau Kuning cukup mantap.

Selasa, 14 Februari 2017

ONE TOUCH FOOTBALL | TRIANGLE SHAPE VERSI KEDAH

Triangle Passing Kedah FA

Kita sudah selalu melihat teknik passing pasukan Kedah dan salah satunya adalah triangle passing.Istilah kepada pembentukan segitiga dalam hantaran.CONTOH PADA GAMBAR,penulis huraikan triangle shape passing versi Kedah.

Keperluan Untuk Triangle Shape
- Penerimaan yang baik
- Komunikasi
- Mengelecek
- Kawalan Bola
- Hantaran Tepat
- One Touch Football


MERAMPAS,MEMBENTUK,MELAKUKAN HANTARAN

Ketika menerima ancaman dari sisi pasukan lawan,3 pemain Kedah akan bergerak dan membentuk triangle (segitiga).Pemain-pemain terlibat

- Fullback
- Pivot
- Winger

Fullback
- Fullback akan cuba memenangi pertarungan bola dan mengawal sebelum kehadiran winger melakukan trackback sebagai bantuan.Seorang dari Pivot akan turut sama membantu.Contoh Rizal Ghazali,Fitri Omar,Ariff Farhan.

Pivot
- Kedah sering menggunakan 2 double pivot.Seorang untuk Box To Box yang akan pick up bola dan seorang quarterback sebagai holding midfield.Box To Box akan berada diserata padang dan ketika Kedah menguasai bola,mereka akan membantu membentuk triangle shape bersama fullback dan winger.Contoh Liridon Krasniqi.

Winger
- Tugas utama winger adalah melarikan bola atau bermain di touchline sebelum mencipta hantaran.Namun sebagai pasukan yang mengamalkan possession football,mereka juga perlu trackback iaitu turun membantu atau cover fullback ketika menerima ancaman.Tugasan mereka akan bertukar menjadi Defensive Winger dan akan membentuk triangle shape.Contoh Baddrol Bakhtiar,Fakri Saarani,Syazwan Zainon.

Permainan possession oleh pasukan Kedah sangat menarik dengan membentuk triangle passing selain kemahiran one touch football yang semakin baik.Teknik ini juga mampu menarik pemain lawan untuk memberi tekanan tanpa mereka sedari telah membuka ruang yang luas untuk Kedah ekploitasi.

ZON HALF SPACE | APA ITU HALF SPACE

MEMAHAMI TITIK HALF SPACE DAN TEKNIK

APA ITU HALF SPACE
- Ia merupakan satu sudut yang terletak diantara ruang pemain sayap dan ruang pemain tengah.Mengikut kajian jurulatih elit dari Jerman,mereka berpendapat ada satu ruang yang sangat penting jika padang dibuka secara menegak (vertical) dan ia mewujudkan 5 ruang.

Dari Kiri (Sayap,Half Space,Central,Half Space dan Sayap)

Half space merupakan ruang yang sangat strategik dalam taktik bola sepak moder kini.Half space mungkin sudah cukup popular kini dikalangan penggemar bola sepak yang turut mengikuti perkembangan taktikal berpasukan.

Konsep half space
Sebenarnya ia cukup sederhana,jika anda mengetahui bahwa dalam fasa menyerang sesebuah pasukan selalu mencari ruang untuk dieksploitasi,maka itulah sebenarnya pemahaman basic half space.Terdapat 3 konsep pada penulis huraikan

1.Mencipta Lebih Hantaran Ke Kawasan Lawan
- Dari sudut Half Space (bahagian pertahanan) akan cuba membuat hantaran ke zon half space (serangan).Ia adalah kerana ruang half space yang lebih selesa berbanding ruang sayap mahupun ruang tengah.Apabila berada di half space,pemain lebih free samada melakukan hantaran pepenjuru ke dalam kotak penalti dan lebih banyak masa berbanding ruang sayap atau ruang tengah yang sentiasa menjadi tumpuan pemain lawan seperti fullback lawan (mengawal ruang sayap) dan DMF lawan (mengawal ruang central).

2.Link Terbaik Untuk Zon 17
- Zon 17 adalah zon diisi oleh seorang penyerang peranan No9 dalam sistem seperti targetman,poacher,deeplying forward.Kenapa perlu membuat hantaran kedalam kotak?ini kerana anda boleh membaca kajian penganalisis terkemuka bola sepak,mereka berpendapat hantaran yang tepat dan pantas dilakukan untuk zon 17 akan menghasilkan banyak gol.2 teknik seperti hantaran pepenjuru (diagonal) atau hantaran lintang (crossing) merupakan aliran terbaik tetapi mementingkan ketepatan dalam hantaran (passing accuracy). Half Space merupakan jumlah tertinggi dalam ketepatan serta kelajuan bola dalam hantaran ke zon 17 berbanding ruang sayap atau tengah sendiri.Imbas kembali contoh hantaran Liridon kepada Ken Ilso pada perlawanan menentang Pahang.Liridon cukup bijak mencari titik half space dan memudahkan beliau membuat ketepatan hantaran.Pada pertemuan menentang Kuala Lumpur, Liridon sekali lagi berada pada titik half space dan meledak satu curling shot (sepakan gulung) menerjah gawang.

3.Lebih Efektik Melakukan Pertukaran Posisi
- Dari zon half space,pemain tidak perlu terlalu lama mengambil masa melakukan pertukaran posisi (position swap) kerana mereka berhampiran satu sama lain.Imbas kembali ketika pemain sayap Kedah seperti Baddrol atau Syazwan melakukan cut inside,Liridon atau Sandro atau false 9 akan ke sisi mengisi ruang.Begitu juga dibahagian bawah apabila DMF diasak,Fullback akan segera menutup zon half space dari pihak lawan ekploitasi.

Kesimpulan
- Kewujudan zon half space untuk bola sepak moden dilihat satu lagi teknik untuk transisi pasukan yang gemarkan possession football atau penguasaan bola seperti Kedah.Selain mencipta banyak peluang,zon half space juga antara ruang terbaik Kedah menjaringkan gol seperti gol Badd vs JDT dan Liridon vs Kuala Lumpur.

LAPORAN PERLAWANAN PIALA FA PUSINGAN KEDUA | KEDAH DOMINASI KL

Laporan perlawanan Piala FA pusingan ke-2 diantara Kedah menentang Kuala Lumpur.

PERMULAAN
Kedah memulakan permainan dengan formasi 4-2-3-1 menyaksikan 3 pertukaran dari kesebelasan utama menentang Pahang tempoh hari.Abd Hadi masuk sebagai penjaga gol mengantikan Ifwat Akmal,Amirul untuk posisi Akram dan Farhan Roslan mengantikan Syazwan Zainon yang mengalami sedikit kecederaan.
Kuala Lumpur memulakan permainan dengan formasi kebiasaan mereka musim ini 4-3-3 dengan De Paula diapit Hafis dan Ashri Chucu.Azmeer Yusuf diberi lilitan kapten pasukan KL.

BABAK PERTAMA (Kedah terlalu gah)
Seawal minit ke-2 Kedah menguji pelawat menerusi Baddrol sebelum melakukan 3 lagi percubaan kearah gol lawan.Liridon berjaya menjaringkan gol namun terperangkap offside.Kedah selesa ekploitasi bahagian tengah dan mengatur gerakan menerusi hantaran-hantaran wall passes di bahagian half space.Kedah juga mengasak kubu pelawat menerusi penetration oleh winger (cut inside).Membiarkan Liridon berkeliaran adalah satu kesilapan besar pelawat.Liridon pantas meledak jaringan sulung beliau musim ini selepas menerima assist daripada Fitri Omar.Selepas itu Kedah tidak menunggu lama apabila Farhan Roslan bijak menyambar peluang selepas rembatan Liridon muntah dari dakapan Romezey untuk gol kedua.Biarpun berlaku sedikit reflect,gol tersebut masih dikira gol Farhan kerana situasi "on target".(Association Law Football). Sebelum tamat babak pertama,Farhan sekali lagi menjaringkan gol untuk Kedah menerusi hantaran Liridon.Situasi weakness Kuala Lumpur didalam kotak penalti dihukum lagi.Pada penulis,babak pertama game over!!.

BABAK KEDUA (Kedah Bermain Selesa)
Kedah tidak banyak mengancam pada babak kedua namun masih menguasai possession keseluruhan.Anda dapat lihat keselesaan barisan pertahanan bermain digarisan tinggi tanpa dicabar.Farhan terus menambah derita pelawat menerusi gol ke-4 Kedah menerusi tapping selepas menerima hantaran Fakri hasil pergelutan didalam kotak penalti.Selepas itu kita boleh mengangap Kedah tidak lagi serius pada cabaran.Retain possession dan positioning. Itulah percubaan Kedah selepas selesa mendahului 4-0.KL mendapat gol pertama menerusi 1 hantaran loop hole yang ditanduk Zac ke gawang sendiri.Disini penulis tekankan 'miscommunication' adalah punca.Hadi out of position dan Zac tidak peka pada arahan Hadi.Berlaku salah faham yang tidak sepatutnya biarpun selesa didepan.Gol kedua pelawat hadir dilewat permainan menerusi crossing menarik kedalam kotak penalti.Ada sedikit ball watching error disitu tetapi ia tidak membawa apa-apa makna untuk pelawat.

KESIMPULAN
Kedah membuktikan pencapaian mereka berada dipuncak Liga Super adalah konsistensi mereka bermain berpasukan yang jitu.Penguasaan (possession) membolehkan Kedah manipulasi sistem zon 14,halfspace dengan begitu mudah.4-2.Pusingan Ke-3 Kedah datang.

PEMAIN TERBAIK BHK
- Farhan Roslan

Isnin, 13 Februari 2017

AZMEER YUSUF KEMBALI KE KEDAH | REVIEW PASUKAN KUALA LUMPUR MUSIM 2017

Perlawanan malam ini diantara Kedah menentang Kuala Lumpur bukan sahaja penentu pasukan manakah yang akan ke pusingan ke-3 nanti malah ia perlawanan sulung menemukan Kedah dan Azmeer Yusuf iaitu bekas pemain Kedah musim lalu.Azmeer antara watak yang membantu Kedah menamatkan badi 7 tahun untuk mendakap Piala Malaysia pada Oktober lalu.Justeru penulis berharap kita sebagai peminat menunjukkan sikap positif dan tak kurang penulis mengatakan Azmeer layak menerima "standing ovation" daripada penonton.

Ok berbalik kepada saingan Piala FA 2017,penulis ada membuat sedikit kajian mengenai analisis atau statistik pasukan lawan untuk perlawanan malam ini.Jika pada peringkat professional, ianya adalah kerja-kerja Assistant First Team Coach.Namun bukan tujuan penulis menjadi assistant coach,cuma bertujuan kita mengenali serba sedikit latar belakang pasukan lawan berikutan mereka di saingan Liga berbeza.

Selepas 2 tahun tidak bertemu,penulis yakin wajah pasukan Kuala Lumpur kini sangat berbeza.Mereka mendapatkan beberapa pemain baru yang berpengalaman dipentas tinggi bola sepak Malaysia seperti Manaf Mamat,Asri Chucu,Romzey Che Ros,De Paula dan Azmeer sendiri.Gud signing pada penulis.Mereka juga diperkuatkan 2 pemain Malaysia B-22 iaitu Ariff Anwar dan Irfan Zakaria selain mendapatkan beberapa pemain dari Piala Presiden pasukan Liga Super.Ia jelas satu percaturan baik dalam develop terutama di Liga Perdana.

Jurulatih mereka,Wanderley Junior merupakan bekas jurulatih sebuah kelab di Liga Indonesia dan tahun lalu bersama kelab Thai Super League iaitu Real Thai Navy FC sebagai pembantu jurulatih.Walaupun terdapat isu dalaman mengenai beliau,namun ia tidak menghalang KL memulakan kempen Liga Perdana dengan agak baik.2 menang dan 2 seri.Mereka mengumpul 8 mata,5 jaringan dan 3 bolos.

Formasi Terkini
- Wanderley gemarkan sistem 4-3-3.Aliran pasukan ketika menyerang menjadi 4-3-2-1 dengan banyak menggunakan sisi (touchline) untuk membuat hantaran ke box.De Paula setakat 4 perlawanan bertindak sebagai Targetman pasukan.Salah satu trick jaringan mereka melalui sepakan bola mati.(Death ball situation).

Ia merupakan sedikit ringkasan menjelang perlawanan malam ini dari penulis untuk kita sama-sama mrngenali skuad The Citizen Malaysia.

Ahad, 12 Februari 2017

MASA TERBAIK MEREKA | KEDAH MILIKI SQUAD DEPTH YANG MANTAP

Esok Kedah akan melayan kunjungan skuad warga kota dalam aksi Piala FA 2017.Adakah Kedah akan menggunakan pendekatan menurunkan barisan kedua?atau TCH mahu starting eleven kekal kesefahaman jitu?.

APA ITU SQUAD DEPTH
- Squad Depth bererti sesebuah pasukan yang mempunyai rangakaian 11 pemain terbaik juga dalam masa yang sama mempunyai barisan substitute yang sentiasa bersedia malah sama level bersama barisan utama pasukan.Erti kata lain pasukan mempunyai 23 pemain yang mampu mengisi slot utama sekiranya beraksi.

Goalkeeper
- Kedah memiliki 3 penjaga gol yang kesemua telah memulakan permainan musim ini.Ia sangat bagus malah Kedah satu satunya menggunakan 3 penjaga gol berbeza dan bersedia untuk menurunkan mana-mana sahaja.

Center Back (Central Half)
- Selain Zac Anderson sebagai tenaga import, Kedah memiliki 4 anak watan atau local player untuk posisi ini.Kesemuanya jika compare seimbang.Khairul Helmi,Syawal Nordin,Osman Yusuf dan Syazwan Tajuddin.

Fullbacks
- Selain Rizal Ghazali dan Fitri Omar,Kedah memiliki Raphi Azizan dan Asri Mardzuki sebagai fullback. Ariff Farhan masih dalam proses recovery.5 fullback untuk Kedah.

NO6 (Holding Midfield)
- Akram Mahinan dan Amirul Hisyam adalah 2 pemain slot posisi ini.Kedah gemarkan possession dan build up game menerusi aliran quarterback atau halfbacks.Selain mereka,Syazwan Tajuddin juga mampu beraksi dan pernah beraksi sebagai DMF.

NO8 (Midfielder)
- Kedah gemar mengunakan aliran Box To Box disini.Liridon Krasniqi adalah terbaik dalam pasukan.Squad depth Kedah posisi ini adalah Abd Halim Saari,Haniff MdZahir.Walaupun mereka alternatif namun Kedah tetap menyediakan 2 tenaga tempatan disini.

Winger's (Pemain Sisi)
- Gandingan terbaik Kedah sudah semestinya Baddrol Bakhtiar dan Syazwan Zainon.Namun Kedah masih memiliki Farhan Roslan,Fakri Saarani.Mereka muncul dari bangku simpanan dan menjalankan tugas dengan jaya.

NO10 (Attacking Midfield)
- Sandro adalah pilihan terbaik.Selain boleh bertindak sebagai No 10,Sandro juga boleh bermain sebagai Third Man Running (Third Attackers) juga decoy running.Sandro adalah pemain kreatif dalam passing dan mampu menjaringkan gol (scoring). Bagaimanapun Kedah tetap mempunyai pilihan lain seperti Syafiq Ahmad atau Fakri juga.Mereka mampu masuk sebagai gantian untuk menjadi shadow striker kepada Ilso.

CF (Forward)
- Ketika ini Ken Ilso merupakan pilihan pertama Kedah.Bijak dan tenang dalam gerakan.Ilso boleh bermain false 9 atau bertindak goal poacher pasukan Kedah.Kedah ada pilihan penyerang local iaitu Syafiq Ahmad. Walaupun jurang perbezaan besar,Syafiq merupakan penyerang kebangsaan bawah 22 tahun tetap alternatif kepada Ken Ilso.

Pengisian diatas oleh penulis menerangkan squads depth yang Kedah miliki mampu mengisi mana-mana posisi setiap masa diperlukan.

PREVIU FA CUP 2017 | KEDAH vs KUALA LUMPUR

Piala FA sudah membuka tirai lebih awal pada Januari lalu untuk pusingan pertama kejohanan.Pada 14/2/2017,pusingan kedua akan berlangsung dalam aksi kalah mati pada peringkat ini.Kedah akan menerima kunjungan skuad The Citizens Kuala Lumpur.

Previu Perlawanan
Kedah dan Kuala Lumpur merupakan 2 pasukan simbolik pada era lewat 80an dimana 3 kali bertemu di pentas perlawanan akhir Piala Malaysia.Kesemuanya dimenangi Kuala Lumpur iaitu pada tahun 1987,1988,1989.Ada mengatakan ia seakan sumpahan kepada pasukan Kedah yang muncul juara pada edisi 1990.Berbalik pertemuan Piala FA,Kedah dan Kuala Lumpur pernah bertemu dalam saingan Piala FA pada tahun 2014 dimana Kedah membenam KL 4-0 di Darulaman.

REKOD 10 PERLAWANAN LALU
Ia jelas tidak lagi realistik kerana kali terakhir kedua dua pasukan bertemu adalah pada 2 tahun lalu.Namun ia tetap dianggap Head To Head menjelang kickoff.

Kedah FA - 8 menang,2 seri dan tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan terakhir bertemu KL.

KL FA - 0 menang,2 seri dan 8 tewas sepanjang bertemu Kedah dalam 10 perlawanan terakhir.

REKOD 5 DI DARULAMAN
- Kedah mencatat rekod bersih di Darulaman dengan mencatat 5 menang dan 1 seri menentang KL di Alor Setar.

REKOD JARINGAN TERBESAR
- Ia adalah dalam kejohanan Piala FA iaitu pada 2014 dimana Kedah menang 4-0 keatas KL.

KALI TERAKHIR KEDAH TEWAS KEPADA KUALA LUMPUR
- Pada tahun 2008,Kuala Lumpur mengejutkan Kedah dengan kemenangan 0-1 di Darulaman dalam saingan kumpulan Piala Malaysia.

REKOD 2017 KEDUA DUA PASUKAN

KEDAH (LIGA SUPER)
- Posisi : No 1
- Menang : 2
- Kalah : 0
- Seri : 2
- Jaringan : 9 gol
- Bolos : 5 gol
- Penjaring Terbanyak : Ken Ilso,Baddrol Bakhtiar (3 gol)
Rekod Semasa : SMSM (Seri,Menang,Seri,Menang)

KUALA LUMPUR (LIGA PERDANA)
- Posisi : No 3
- Menang : 2
- Kalah : 0
- Seri : 2
- Jaringan : 5 gol
- Bolos : 3 gol
- Penjaring Terbanyak : De Paula (2 gol)
Rekod Semasa : MMSS (Menang,Menang,Seri,Seri)

Kesimpulan
- Ia merupakan pertemuan klasik dalam Malaysia diantara Kedah menentang Kuala Lumpur. Kedua dua pasukan memgumpul 3 kejuaraan Piala FA setakat ini.Kuala Lumpur (1993,1994,1999) manakala Kedah (1996,2007,2008).

Sabtu, 11 Februari 2017

LAPORAN PERLAWANAN MSL KE 4 | KEDAH BERPESTA MEMBELASAH PAHANG

Laporan Perlawanan MSL ke-4 diantara Kedah menentang Pahang di Stadium Darul Aman,Alor Setar.

PERMULAAN
-Kedah memulakan permainan dengan formasi kebiasaan 4-2-3-1 (opening) manakala Pahang dengan formasi 4-4-2.
- 1 pertukaran dilakukan dari pertemuan dengan Felda tempoh hari dengan kemasukkan Syazwan Zainon menggantikan Fakri Saarani.

Kedah bermula dengan garang apabila hanya 50 saat dari sepak mula Baddrol telah menguji penjaga gol lawan Wan Azrie menerusi satu tendangan jarak jauh.Selepas itu perlawanan mula seimbang dan agak agresif terutama disebelah kanan pasukan Kedah.Kedah yang meletakkan Ilso sebagai false 9 dibantu oleh Badd dan Syazwan di flank's area.Manakala Akram sebagai quarterback dan Liridon bersama Sandro bertindak box to box Kedah.Serangan berbalas serangan cukup menarik dengan ketangkasan Ifwat diuji beberapa kali oleh Pahang.Kedah akhirnya memecah kebuntuan gol pada minit ke 45 menerusi gerakkan Syazwan kepada Ilso sebelum cut back kepada Liridon yang membuat hantaran gol kepada Baddrol sudahkan.What a perfect team's goal.

Sedikit mengenai Pahang.Mereka tiada idea jelas.Kiko Insa lebih banyak dibayangi kehebatan Liridon manakala Syamim banyak kehilangan bola.Mereka cuba bergerak menerusi rangkaian flank Wan Zahrulnizam dan Sumareh sesekali mengancam kubu Kedah.Duo penyerang mereka juga tidak banyak mengancam.

BABAK KEDUA (Intensity Kedah Luar Biasa)

Kedah membuat pertukaran dengan kemasukkan Amirul untuk Akram.Situasi hampir serupa namun aliran berbeza.Amirul lebih bertindak sebagai halfback namun masih melindungi 2 offensive midfield Sandro dan Liridon.Kedah terus garang mengasak Pahang menerusi gerakan one touch football atau dipanggil joga bonito.Syazwan dan Badd sangat cemerlang dalam offensive atau defensive. Anda dapat lihat mereka membantu pertahanan ketika Kedah kehilangan bola dan membantu serangan dengan pantas ketika memiliki penguasaan bola.Kekuatan Kedah menerusi possession sukar digugat.Penonton sekali lagi dihidangkan aksi rabona skills oleh Liridon namun Sandro gagal menyudahkan.Selepas itu Ilso pantas meledak untuk gol kedua menerusi through passes Liridon.Ketenangan Ilso sebagai penyudah sangat prolifik.Kedudukan berubah lagi menerusi jaringan Farhan yang masuk mengantikan Syazwan.Hasil sepakan sudut Sandro ke far post,Zac melakukan decoying assist kepada Farhan sebelum mudah meledak jaringan ke-3 Kedah.

Pahang cuba bangkit dengan jaringan Alves namun ia tidak dapat menghalang Darulaman dari berpesta.Ken Ilso melengkapakan malam gemilang Hijau Kuning dengan jaringan ke-4 dan kedua peribadi pada minit akhir perlawanan menerusi gerakan bersama Fakri Saarani.

STATISTIK PEMAIN
Ifwat Akmal - 8
Sangat berani dalam 1v1 situation dan beberapa kali menyelamatkan pintu gol.
Rizal Ghazali - 8
Babak kedua lebih baik dari pemain ini.Cukup bertenaga dalam kawalan.Situation 1v1 makanan beliau.
Zac Anderson - 7
Zac pakar pertarungan udara.Boleh dikatakan hampir 6,7 pertarungan udara menjadi miliknya.Agak awareness ketika 1v1 situation.
Khairul Helmi - 8
Keon sangat baik malam ini.Blocking dan clearance sangat baik.
Fitri Omar - 8
Fitri juga cemerlang.Membantu serangan dan mengekang Sumareh dengan baik terutama babak kedua.
Akram Mahinan - 6
Akram bertindak baik pada babak pertama,banyak build up.Namun Kedah memerlukan seorang yang mampu mengukuhkan cengkaman dimiddle third.
Liridon Krasniqi - 10
Tidak boleh disangkal beliau adalah King Maestro pasukan Kedah.5 assist sudah dilakukan.Fighter Machine!
Sandro - 6
Kurang efektif pada babak pertama.Sandro dibanyangi kehebatan Liridon ketika bergerak bersama sebagai Box To Box Kedah.Namun beliau kreatif ketika Kedah di outside box.
Baddrol Bakhtiar - 9
Badd sentiasa cemerlang.1 lagi technical goal dari Super Badd.
Syazwan Zainon - 8
Larian (trickery) beliau sangat lincah.Pencetus gol pertama Kedah.
Ken Ilso - 9
Seorang yang tenang,sabar dan klinikal didepan gol.2 gol dari beliau mengukuhkan cengkaman Kedah.

Dari bangku simpanan
Amirul Hisyam - 8
Amirul worm sangat memahami konsep Kedah yang mengamalkan falsafah ball possession. Beliau tahu kerja perlu dilakukan ketika Liridon dan Sandro kedepan.
Farhan Roslan - 7
Larian pantas beliau ditagih ketika Mattew Davies keletihan.Bijak menyudahkan peluang didepan gol.Hampir meledak gol kedua jika tidak kerana reflect.
Fakri Saarani - 7
Melakukan 1 assist dalam tempoh 10 minit bermain.Fakri semakin menunjukkan peningkatan dan memberi TCH lebih variasi dalam serangan pasukan.

PEMAIN TERBAIK BHK
- Liridon Krasniqi

Jumaat, 10 Februari 2017

KAMI SEMAKIN SELESA DENGAN FALSAFAH KAMI | TAN CHENG HOE

Tan Cheng Hoe ketika ditanya oleh ESPN FC berkata pasukan kendalian beliau Kedah semakin konsisten dan selesa dengan corak mereka tampilkan.Bercakap kepada ESPN, Cheng Hoe berkata banyak pasukan berjaya di sekitar liga eropah mengamalkan permainan corak hantaran pendek.Namun tegas Cheng Hoe,beliau tidak menyamakan Kedah dengan mana-mana pasukan cuma beliau mahukan Kedah meneruskan permaianan dengan kaedah begitu.

Kata Cheng Hoe (Saya tidak menyamakan Kedah seperti mana-mana pasukan (yang bermain hantaran pendek) namun kami mesti berinspirasi dan harus menyesuaikan diri bermain dengan keadaan seperti itu juga)

Menggulas mengenai pertemuan dengan Pahang,Tan Cheng Hoe turut mengakui kekuatan pasukan Tok Gajah pimpinan Dollah Salleh itu.

Kata Cheng Hoe (Pahang merupakan pasukan yang berbeza dibawah Dollah Salleh.Mereka juga mendapatkan beberapa muka baru dan selesa beraksi dibawah Dollah.Kami mesti berhati hati.)

Tambah Cheng Hoe lagi (Untuk menjadi seorang juara,kemenangan ditempat sendiri adalah amat penting dalam pemburuan kejuaraan liga)

IMPORT GAGAL | MASIHKAH ANDA INGAT MEREKA

IMPORT GAGAL | MASIHKAH KITA INGAT

Selepas dibenarkan kembali pada 2002,rata-rata pasukan kembali merebut untuk kembali memperkasakan pasukan dengan kemasukan import.Kedah tidak terkecuali dengan beberapa pemain import pernah menghiasi Hijau Kuning.Ada yang berjaya ada gagal menyerlah.Jom kita lihat beberapa pemain yang diklasifikasikan gagal menyerlah bersama Kedah.

POSISI PENYERANG

- James Monie (Australia)
Hadir ketika Jorgen Larsen mengemudi Kedah pada 2003.Reputasi beraksi di A League agak baik.James pada mulanya meledak 4 gol dalam 4 perlawanan namun selepas itu dihantui mimpi ngeri kemarau gol.James hanya meledak 7 gol (6 gol Liga,1 gol Piala Malaysia).

- Shandel Samuel (St. Vincent and the Grenadines)
Shandel Samuel beraksi beberapa posisi.Penyerang dan pemain sayap.Namun gagal memberi impak bersama Kedah pada 2005.Shandel hanya meledak 2 gol untuk Kedah.

- Yahaya Yakubu (Nigeria)
Juga pada 2005,Yahaya Yakubu turut menyarung jersi Kedah ketika itu.Namun Yakubu sangat mengecewakan dan mengundang cemuhan berikutan aksi longlai beliau.Yakubu menamatkan kempen mengecewakan dengan 3 gol sahaja.

- Chayene Santos (Brazil)
Permulaan 2013,Kedah mendapatkan khidmat pemain kelahiran Brazil berusia 23 tahun Chayene Santos dari kelab Sisaket FC (kelab Thai League).Namun Santos bergelut bersama Kedah dengan hanya meledak 1 gol menerusi penalti.Santos mendakwa beliau gagal menyesuaikan diri bersama Kedah dan diberitakan membuat request transfer untuk pulang ke kelab lama.

Selasa, 7 Februari 2017

TOPIK UMUM | CLASS OF MALAYSIA 2001/2002

CLASS OF 2001/2002 | MALAYSIA vs BRAZIL (Friendly)

KESEBELASAN UTAMA MALAYSIA (4-4-2)
Dari Kiri Atas : Khalid Jamlus,Indra Putra,Khaironisam Shabuddin,Akmal Rizal,Azmin Azram,Ahmad Shahrul Azhar

Dari Kiri Bawah : Tengku Hazman,Subri Sulong,Rosdi Talib,Norhafis Zamani dan Liew Kit Kong

Dihadapan 65,000 penyokong Malaysia melayan kunjungan Brazil.Brazil dalam persiapan Piala Dunia 2002 membariskan kesebelasan utama seperti El Phenomenon The Original Ronaldo,Rivaldo,Ronaldinho,Roberto Carlos,Cafu,Lucio,Emerson,Juninho,Kleberson,Dida,Marcos.Malaysia pula ditangga ke-112 Dunia..ulang suara 112 dunia memberi tentangan hebat terutama 45 minit pertama..0-0 first half!!!Azmin Azram superb gila first half.Azmin menyelamatkan hampir 7,8 percubaan tepat Brazil..(walaupun Scolari kata Brazil main santai)

Namun babak kedua samba mula mengganas dengan 4 gol dihasilkan.Keputusan 4-0 itu dianggap baik kerana jangkaan Malaysia akan dibelasah 10-0 tidak terjadi.

Isnin, 6 Februari 2017

PREVIU MSL KE-4 | KEDAH VS PAHANG

Aksi Liga Super 2017 diteruskan dalam perlawanan ke-4 menemukan pasukan Kedah akan melayan kunjungan Pahang di Stadium Darulaman,Alor Setar.Berikut previu perlawanan dari kami.

REKOD 10 PERTEMUAN
Dalam rekod 10 pertemuan sebelum ini,Kedah telah mencatat 5 kemenangan manakala Pahang 3 kemenangan dan 2 perlawanan berakhir seri.

28/04/2009 : KED 3 PHG 1
24/04/2010 : PHG 2 KED 1
28/07/2010 : KED 2 PHG 0
16/04/2011 : KED 1 PHG 0
06/07/2011 : PHG 0 KED 1
19/07/2012 : PHG 2 KED 2 (3-2)
19/10/2014 : KED 3 PHG 1
24/10/2014 : PHG 5 KED 0
04/05/2016 : PHG 1 KED 1
03/08/2016 : KED 0 PHG 3 (PERCUMA)

Isu Perlawanan 3 Ogos 2016
- Kedah telah mencatat kemenangan dalam aksi Liga Super 2016 di Darulaman selepas mencatat keputusan 1-0 namun Kedah didapati bersalah selepas menurunkan Rizal Ghazali yang didakwa memiliki 3 kad kuning.Susulan itu Kedah telah dikenakan tindakan tata tertib dibawah Artikel 71(c) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Obligasi Pasukan’ dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 57.1 Kod Tatatertib FAM 2015’.Pahang diberikan kemenangan percuma 0-3 dan 3 mata.

PERTEMUAN DI LIGA SUPER
Kedah dan Pahang telah bertemu sebanyak 15 perlawanan dalam Liga Super sejak diperkenalkan pada 2004.Kedah merekodkan 7 menang manakala Pahang merekodkan 6 kemenangan dan seri 2 perlawanan.

REKOD KEMENANGAN DAN KEKALAHAN TERBESAR KEDAH
13/06/2007 KEDAH menang 4-1
24/10/2014 KEDAH tewas 0-5

STATISTIK PENJARING GOL KEDAH | KEDAH GOALSCORERS

Kedah telah merekodkan 5 gol dan 4 bolos dalam 3 perlawanan Liga Super 2017.Berikut statistik penjaring gol Kedah

Baddrol Bakhtiar - 2 gol
Baddrol Bakhtiar meledak 2 gol setakat ini.Satu ketika menentang JDT di Larkin manakala gol kedua di Alor Setar menentang Sarawak.

Sandro Mendonca - 1 gol
Sandro da Silva Mendonca meledak 1 gol setakat ini.Gol sulung beliau hadir di Alor Setar ketika menentang Sarawak ketika meledak gol penyamaan pasukan Kedah.

Ken Ilso Larsen - 1 gol
Peledak berasal dari Denmark ini akhirnya menemui sasaran gol pertama pada pertemuan menentang Felda United tempoh hari.Beliau meledak jaringan tunggal Kedah ketika seri di Jengka,Pahang.

Syazwan Zainon - 1 gol
Syazwan Zainon meledak 1 gol yang juga gol kemenangan ketika Kedah menang 3-2 keatas Sarawak di Alor Setar.Masuk sebagai gantian babak kedua,Syazwan akhirnya menjaringkan gol sulung sekaligus 3 mata pertama Hijau Kuning.

Kita mengharapkan pasukan Kedah akan terus mencetak gol demi gol dalam mencari kemenangan. #PulunKedahPulun

ZAC ANDERSON | SEMAKIN MENYAKINKAN

Zachary Anderson The Center Half Kedah.

Biarpun baru menjalani 3 perlawanan kompetitif bersama Kedah,namun aksi Zac boleh dianggap berjaya biarpun pasukan Kedah belum mencatat sebarang clean sheets lagi.

Bolos 1 gol menentang JDT,2 gol menentang Sarawak dan terbaru 1 gol menentang Felda,ada perkara perlu Tan Cheng Hoe risaukan dibarisan pertahanan Kedah.

Berbalik kepada Zac,penulis melihat persembahan individu beliau agak menarik.Bijak membaca gerakan dan kekuatan pertarungan diudara.Beliau masih cuba adaptasi sistem zonal marking pasukan Kedah.Tugas utama beliau tidak specific mengawal jentera lawan sebaliknya covering zon area.Itulah zonal marking berpasukan.

PASANGAN BELIAU
Jika mempraktikkan sistem zonal,kesefahaman bersama pasangan amat dititik berat.Zac telah berpasangan bersama Syawal Nordin dan Khairul Helmi.Mengikut acuan TCH,Kedah bermain digarisan tinggi dibahagian bawah.Formula itu adalah untuk memberi kelebihan kepada 2 center half supaya memenangi pertarungan bola udara.

Syawal Nordin - Pilihan pertama penulis.Dengan fizikal lebih tegap dan kepantasan beliau,Syawal adalah favorite partner untuk Zac.Ia mengingatkan penulis kepada gandingan Ferdinand-Vidic atau di Kedah sendiri Victor-Outlaw.Syawal juga mampu menjadi stopper manakala Zac sebagai last man.Imbas kembali pertemuan menentang JDT ketika mereka beraksi 4-4-1 dimana kehilangan seorang pemain.Syawal sebagai stopper dan Zac last man.Disini mereka mengunakan kaedah specific iaitu man to man marking.

Khairul Helmi - Kapten pasukan Kedah ini merupakan pemain pertahanan yang baik jika diprestasi sebenar.Keon bijak tackling,perebutan udara dan sangat bijak bermain dalam sistem zonal.Kelemahan beliau ialah marking.Apabila Keon keluar dari garisan zon,pertahanan akan berpecah dan ia jelas mengundang risiko dikala pemain attacking lawan memiliki kepantasan.Secara amnya,Keon merupakan pilihan ke-2 penulis.

KESIMPULAN
Masih terlalu awal untuk kita merungkap keseluruhan aksi beliau namun penulis percaya Zac ada karisma leader to be dan sangat berdisplin dalam team work.

MAESTRO DARULAMAN | KINI BERGELAR KING ASSIST LIGA SUPER

Selepas 3 penampilan musim ini,Liridon Krasniqi telah mencatat 3 bantuan gol atau assist untuk pasukan Kedah.Liridon kini menghuni senarai teratas di Liga Super dengan pemain paling kerap melakukan bantuan gol.

MUSIM PERTAMA 2015
Back to back pada 2015,Liridon yang menyertai Kedah sekitar April menunjukkan kualiti luar biasa beliau.Box To Box kelahiran Kosovo ini pantas menjadi idola peminat setia hijau kuning susulan aksi menakjubkan dalam kawalan bola serta passion yang ditunjukkan ketika beraksi.Semangat luar biasa beliau membantu Kedah muncul juara Liga Premier 2015 dengan meledak 7 gol dan 9 bantuan gol untuk pasukan Kedah.Liridon turut membantu Kedah ke pentas akhir Piala Malaysia selepas kemarau selama 7 tahun namun Kedah tewas pada malam itu ditangan Selangor.

MUSIM KEDUA 2016
Liridon Krasniqi terus kekal bersama Kedah dengan lanjutan kontrak sejurus membantu Helang Merah muncul juara Liga Premier.Gandingan bersama Sandro dianggap trio terbaik Kedah selepas era Nelson-Marlon suatu ketika dulu.Liridon membantu Kedah memecahkan rekod tanpa kalah pasukan JDT dalam saingan Piala FA dan membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016.Menamatkan musim dengan 10 gol dan 6 bantuan gol.Liridon dipilih oleh perwakilan kapten pasukan dan jurulatih pasukan sebagai Pemain Import Popular 2016.

MUSIM KETIGA 2017
Bermula musim baru 2017,Kedah dan Liridon memulakan musim dengan bergaya selepas membenam JDT di Larkin.Sesuatu yang gagal dilakukan oleh mana-mana pasukan sejak 2014.Dengan 3 bantuan gol setakat ini,penulis yakin aksi maestro kita akan terus meningkat dan boleh dikatakan beliau Most Valuable Player untuk pasukan Kedah ketika ini.

STATISTIK LIRIDON BERSAMA KEDAH

2015
- Gol : 7
- Bantuan Gol : 9

2016
- Gol : 10
- Bantuan Gol : 6

2017
- Gol : 0
- Bantuan Gol : 3

KEKUATAN LIRIDON
- Through Ball
- Key Passes
- Passing
- Control
- Direct Freekick
- Lay Offs

Ahad, 5 Februari 2017

MAN IN THE MIDDLE | MAMPUKAH SANDRO BANGKIT

Kebelakangan ini prestasi beliau agak tenggelam diatas padang.Kekurangan kreativiti dari beliau antara kegagalan mencari gol pemusnah.Namun ia bukan penamat kerana Sandro masih proses fully recovery.

NO 10 ROLE
Sandro masih diklasifikasikan sebagai klasik no 10 pasukan Kedah.Ok sebelum kita pergi lebih jauh,sedikit pengenalan no 10 disini

No 10 atau Attacking Midfielder
- Mereka adalah pemain yang dijadikan penghubung diantara pemain tengah dan penyerang.Mereka juga boleh turun kebawah dikawasan central midfield untuk mengutip bola sebelum melakukan larian.Mereka juga akan ke sisi untuk mengisi ruang winger yang melakukan gerakan kedalam danger zone lawan.
- Memberi tekanan kepada defensive midfield atau holding midfield lawan.
- Secara amnya,mereka perlu pantas,licik,tangkas serta mempunyai hantaran tajam kepada pemain sayap atau penyerang.

Ia tugas yang dilakukan oleh Sandro dalam 3 perlawanan awal ini.Namun kekurangan beliau adalah kurang kreativiti di zon 14.Tetapi apabila beliau mendapat bantuan secukupnya,Sandro bertukar menjadi seorang yang mampu mengubah tempo pasukan.

Sandro ke false 10..Ia bukan posisi baru malah ia sudah diamalkan lebih sedekad lalu oleh lagenda Pavel Nedved.Seperti false 9,false 10 merupakan lebih offensive dalam pasukan menekan lawan dengan serangan bertali arus.

Seorang False 10
- Mempunyai visi offensive dan awareness.
- Mampu merancang pergerakkan dari kawasan sayap.
- Mengelak dari perangkap defensive midfield lawan dengan beliau sentiasa keluar dari posisi no 10.
- Kekal ditengah untuk pressing pemain tengah lawan ketika pasukan kehilangan bola.
- Bergerak ke sayap untuk memberi variasi 2V1 bersama pemain sayap pasukan.
- Bergandingan bersama False 9 ketika pasukan menguasai bola.False 9 akan membuka ruang dengan menarik perhatian pertahanan  untuk False 10 membuat larian masuk.
- Bermain wall passes bersama False 9 dan bertukar dari perancang kepada penyerang semasa situasi itu.

Merujuk perkara penulis senaraikan,Sandro jelas cuba memberi variasi kepada pasukan Kedah dengan bergerak memecah organisasi pertahanan kompak yang dilakukan lawan namun beliau juga perlu sokongan yang cukup untuk melakukan tugas itu.Jika anda perasan,Sandro akan membantu Liridon dan membuat larian keserata ruang.Ia bukan bererti beliau berada diluar kawasan beliau tetapi ia adalah taktikal false 10.

Penulis berharap kita akan terus memberi sokongan kepada Sandro.Walaupun ia agak sukar diadaptasi dengan pantas,kehadiran Sandro amat penting kerana kebolehan kawalan beliau.Cuma mungkin beliau masih belum cergas sepenuhnya dan menganggu dalam cuba memberi aksi terbaik kepada pasukan Kedah.

SENJATA RAHSIA | PLAN B MAMPU LONJAK KEDAH

Plan B pasukan Kedah,senjata rahsia?

PLAN A
Kedah sememangnya pasukan yang sinonim dengan formasi 4-2-3-1 dimana 2 Double Pivot bertindak support kepada 3 garisan serangan iaitu AMR,AMC dan AML.Kedah tidak gemar bermain sistem Targetman dan lebih selesa seorang penyerang tunggal bertindak sebagai false 9 (no 9 palsu) atau AF (advanced forward) atau trequartista merujuk kepada Billy Mehmet,Chidi Edeh,Carlos Kahe,Thiago Augusto atau Ken Ilso.

PLAN B
Jika musim lalu Kedah meletakkan 4-4-2 sebagai plan B kemudian mula mendapat rentak sebagai formasi utama pasukan sehingga ke perlawanan akhir Piala Malaysia.Plan B merupakan satu langkah taktikal iaitu samaada untuk lebih bertahan atau lebih menyerang.Kebiasaan bagi setiap pasukan memiliki pelbagai plan untuk pasukan tidak terlalu statik dengan hanya 1 plan.

Vs Felda United (Plan B Kedah)
Kedah menggunakan 4-1-4-1 ketika menekan pasukan Felda tempoh hari.Memyedari peranan no 10 Kedah struggle, TCH mengubah transisi pasukan supaya lebih balance dalam menyerap asakan serang balas Felda.Sandro ditarik bergandingan bersama Liridon (more advanced) ketika Akram bertindak sebagai quarterback.Badd dan Syazwan Zainon sebagai outside winger left dan right.Ken Ilso bertindak sebagai outside forward.

Outside Forward
- Menjaringkan Gol
- Melakukan hantaran
- Membuka Ruang
- Berkebolehan mengelecek

Melihat tempo game Kedah ketika menggunakan plan B,ia satu lagi pencaturan menarik untuk peminat Kedah mengetahui.Ia masih kekal dengan falsafah Kedah atau TCH iaitu masih berorentasikan melalui hantaran.Kedah hampir menjaringkan gol kemenangan jika tidak kerana palang menjadi penghalang namun usaha Kedah dalam Plan B tidak mengecewakan dan sememangnya ia satu senjata rahsia pasukan Kedah.

Sabtu, 4 Februari 2017

LAPORAN PERLAWANAN MSL 3 | FELDA IKAT KEDAH

Felda United berjaya mengikat Kedah 1-1 dalam perlawanan Liga Super ke-3 di Jengka,Pahang.Berikut laporan perlawanan

PERMULAAN
- Kedah memulakan permainan dengan formasi 4-2-3-1 dengan 2 pertukaran dilakukan dari pertemuan menentang Sarawak.Ifwat Akmal seperti dijangka diletakkan dalam barisan utama manakala Fitri Omar mengantikan Asri Mardzuki di posisi bek kiri.
- Felda United tidak banyak berubah dan masih dengan acuan asal Irfan Bakti.Azmi Mohammad memulakan permainan dengan formasi 4-4-2.

BABAK PERTAMA DOMINASI KEDAH
Kedah beraksi sangat baik pada babak pertama menerusi rangkaian (double six) Liridon-Akram banyak memenangi pertarungan bola dikawasan tengah.Badd-Fakri berjaya menembusi kawalan Felda sehingga memaksa duo winger mereka Fazrul dan Hadin terpaksa 'track back' membantu RB dan LB mereka.Badd cukup cemerlang diposisi kanan dengan beberapa kali melakukan crossing berbahaya ke dalam kotak penalti.Kedah mendahului 1-0 selepas Liridon bijak membuat satu through passes melepasi tengah lawan sebelum error daripada pertahanan lawan membolehkan Ken Ilso menerima baik umpanan sebelum menewaskan Farizal.Kedah hampir menambah jaringan menerusi satu crossing oleh Fitri sebelum tandukan Baddrol berjaya ditepis Farizal.Felda agak struggle babak pertama dan hanya beberapa kali mengancam kubu Kedah menerusi Norsharul Idlan Talaha.Kedah yang bermain organisasi digarisan tinggi dalam zonal marking pada babak pertama sangat baik.

BABAK KEDUA PERUBAHAN TAKTIK FELDA BERJAYA
Menyedari Kedah selesa bergerak menerusi flank,Azmi mengatur sistem pertahanan Felda lebih tersusun ketika bertahan mereka seakan 5-2-3 namun ketika counter attack mereka seakan 3-4-3.Mereka mempertingkatkan pressing ketika Kedah menguasai bola namun terlalu banyak tactical fouls dilakukan.Di kem Kedah,pemain dilihat cuba bermain corak yang sama,LB dan RB Kedah sangat terdedah (exposed) dengan ancaman gandingan Fazrul-Matyo dan Hadin-Zah.Sistem zonal marking Kedah mula berterabur namun gagal dimanfaat Felda lebih awal dengan banyak long range shot sia-sia dari mereka.Gol penyamaan mereka hadir menerusi gerakan Zah yang berjaya melakukan 1 hantaran melepasi garisan tinggi pertahanan Kedah dan mudah Hadin menewaskan Ifwat untuk gol Felda.Kedah cuba menukar tempo kepada 4-1-4-1 dengan kemasukan Syazwan Zainon.Liridon ditolak dari pivot kepada more advanced pair bersama Sandro manakala Badd dan Kapet memecah sisi.Namun Felda kental bertahan sehingga wisel penamat.

INDIVIDU STATS (KEDAH)
Ifwat Akmal - 6
Tidak banyak diuji babak pertama,babak kedua Ifwat bolos 1 gol.
Rizal Ghazali - 5
Boleh dikata aksi terburuk Rizal.Beliau nyata beraksi dibawah tahap sebenar mungkin kerana masalah pribadi diantara Kedah-Felda.
Zac Anderson - 7
Zac banyak membuat clearance menerusi pertarungan udara.
Khairul Helmi - 7
Keon juga cemerlang dalam sistem zonal pada babak pertama.Pada babak kedua akibat kelonggaran pertahanan kiri dan kanan Kedah,pertahanan tengah terpaksa bertungkus lumus.
Fitri Omar - 6
Fitri Omar sangat baik dalam overlapping namun terdedah ketika menerima ancaman.Kawasan beliau memberi ruang besar dan memaksa Fakri banyak membantu.
Akram Mahinan - 7
Akram bertindak sebagai anchorman pasukan Kedah.Agresif dalam menangani Zah,Akram banyak sit deep dalam membantu organisasi pertahanan Kedah.
Liridon Krasniqi - 8
Liridon sangat baik.Selain 1 assist, Liridon beraksi baik dengan lebih awal release bola kedepan atau mengubah transisi pasukan.Wall-passes bersama Ken Ilso dan Sandro antara detik terbaik Kedah untuk kill the game namun gagal disempurnakan.
Baddrol Bakhtiar - 7
Badd sentiasa mengancam dan dianggap pemain local terbaik bagi Kedah.Crossing, cut inside dan long range shotgun beliau hampir menbuahkan hasil.
Fakri Saarani - 6
Fakri seorang yang rajin dalam membantu pertahanan namun gerakan beliau ketika offensive agak perlahan.Tidak banyak sokongan kepada Ken dan banyak fouls sia-sia.
Sandro - 5
Sandro gagal berfungsi no 10 yang diharapkan.Beliau merupakan supply utama kepada Ken namun agak baik jika Kedah bermain dalam sistem 4-1-4-1.
Ken Ilso - 7
Ken lebih bertindak false 9 daripada seorang pure no 9 iaitu klasik forward. Beliau berlegar di zon 14 untuk menerima bola dan cuba membuka space buat winger.Namun beliau dan Sandro masih gagal mencapai kesefahaman terbaik.

Secara keseluruhanya ia adalah satu keputusan agak baik meraih 1 mata ditempat lawan.Plan B Kedah kali ini tidak berjaya seperti menentang Sarawak.Kelekaan 10 minit akhir menyebabkan 1 gol dibolosi.

#PulunKedahPulun

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Liridon Krasniqi