Selasa, 31 Januari 2017

MPPJ FC | PASUKAN IMPIAN PERNAH BERGELAR CHELSEA MALAYSIA

Pada awal tahun 2005,bola sepak negara dikejutkan dengan pembelanjaan mewah kelab Majlis Perbadanan Petaling Jaya atau MPPJ FC.Selepas menjadi kelab pertama meraih gelaran prestij Piala Malaysia pada 2003,MPPJ agak suram pada 2004 sebelum menjadi 'trending' di Malaysia dengan merekrut pemain pemain bintang untuk dijadikan satu pasukan "Dream Team Malaysia" dan dikenali Chelsea Malaysia!!

PENUBUHAN KELAB
- Kelab ini ditubuhkan pada 1992.Pada penglibatan awal mereka era 1990an,MPPJ hanya beraksi di Liga Selangor sahaja sebelum pada tahun 2000-2002 mereka berjaya menempatkan diri ke Liga FAM (Liga Ke-3) di Malaysia.Bermula diuruskan oleh Tan Sri Dato Hj Abdul Karim Munisar sekitar 2003,MPPJ pantas memberi impak kepada bola sepak negara dengan berjaya ke Liga Perdana 2 dan paling mengejutkan selepas perlantikan Dollah Salleh,mereka menjuarai Piala Malaysia.Mengikut fakta daripada Dollah Salleh,kebajikan pemain merupakan agenda pertama yang dilaksanakan sekaligus mencetus kem harmoni berpasukan.Masih teringat penulis ketika aksi separuh akhir menentang Perlis,penyerang berbisa mereka Haris Safuwan diterbangkan secara peribadi menggunakan helicopter untuk bersama pasukan.

2004 LAYAK KE LIGA SUPER
MPPJ pantas memberi respon selepas muncul juara Piala Malaysia dengan melayakkan diri ke Liga Super 2005 selepas menjuarai kumpulan B Liga Perdana 2004.Namun mereka tersingkir awal pada saingan Piala Malaysia diperingkat kumpulan.

REVOLUSI 2005/2006

Perubahan drastik dilakukan bermula dengan Presiden mereka Datuk Ahmad Termizi Puteh yang mengakui memang beliau mahukan MPPJ FC dikenali Chelsea Malaysia.Mereka muncul antara pasukan yang menawarkan gaji lumanyan walaupun ditentang keras persatuan negeri dan FAM kerana mereka melanggar pekeliling mengenai gaji siling pemain.Masih ingat nilai RM100,000 ke Rm1 Yusri Che Lah?duo Perak K.Nantakumar dan Chan Wing Hoon?Liew Kit Kong,Fauzi Nan,Khaironisam Shahabuddin,Shahril Arsat,Asmawi Bakari,Azmin Azram Aziz,Azri Shah Zainal dan ramai lagi.Mereka turut membawa penjaring terbanyak Piala Tiger 2004 Ilham Jaya Kusuma,Juan Manuel Arostegui,Bruno Martelotto.MPPJ mendapat gelaran "Chelsea Malaysia" kerana mereka merekrut pemain bintang (ketika itu) dengan tawaran luar biasa.Dianggarkan MPPJ berbelanja hampir 10-15 juta untuk musim baru itu.Pada saingan pertama Liga Super,MPPJ sukar dibendung dengan merekodkan 6 perlawanan awal tanpa tewas.

Namun ketaksubkan mereka membawa padah.Akibat daripada permasalahan dalaman dari isu fan base,pengurusan,mereka mengalami kejatuhan mendadak dengan tersingkir awal saingan Piala FA dan Piala Malaysia.Sebelum menarik diri dari LigaM, beberapa pemain MPPJ mengalami mimpi ngeri.Ada antara mereka datang ke tempat latihan bebasikal,berjalan kaki.Tambah parah kereta-kereta mewah mereka juga ditarik balik selepas kelab mengalami masalah kewangan.

Kesimpulanya,kejayaan mereka (2003-2004) datang dari manifestasi pengurusan yang pada awalnya tulus sebelum berlaku percanggahan mengakibatkan bebanan yang terok pada musim 2005/2006.2006/2007 adalah tahun akhir kelibat MPPJ FC di Liga M.Berkuburnya era The Black Widow!!

KEJAYAAN MPPJ

Juara Piala Malaysia (2003)
Juara Liga Perdana Malaysia (2004)
Juara Piala Sultan Selangor (2004)
Juara Piala Sumbangsih (2004)
Juara Perdana Dua (2004)
Juara Piala FAM (2001)

Isnin, 30 Januari 2017

RAFDI RASHID | AYAM KATIK BERBISA

Rafdi Rashid merupakan lagenda pasukan Kedah pada era awal tahun 2000.Mula berkhidmat bersama Kedah sekitar 1998 sehingga 2004.Nama Rafdi mula menjadi siulan peminat Hijau Kuning kerana kelincahan beliau diatas padang dan aksi 'backflip' ketika meraikan gol sentiasa dikenang sehingga hari ini.

STATISTIK GOL
Rafdi merupakan pemain sayap dan juga boleh beraksi sebagai penyerang kedua.Kelincahan beliau ibarat lipas kudung sangat sukar dibendung.Mengikut catatan rekod rasmi,pada tahun 2001,Rafdi meledak 12 gol untuk Kedah sebelum berehat panjang pada musim berikutnya dan hanya meledak 2 gol.Pada musim 2003,Rafdi membantu Kedah meraih naib juara Liga dengan meledak 6 gol musim itu.Gandingan beliau bersama Akmal Rizal,Liew Kit Kong cukup digeruni suatu ketika dulu.

BERSAMA PERAK PINJAMAN
Pada tahun 2001,Perak dan Kedah mencapai persetujuan untuk mereka meminjam 2 pemain Kedah iaitu Victor Andrag dan Rafdi Rashid.Rafdi pasti menjadi idola skuad Kejor Yop Kejor dengan membantu Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.Pada aksi final itu,Rafdi turut meledak jaringan untuk Perak namun Perak tewas 1-2 ditangan Terengganu.

BERSAMA MALAYSIA
Rafdi diantara lapisan pemain yang mewakili Malaysia untuk Olimpik 2000.Pada 1999,ketika Malaysia menetang Nepal,satu insiden diluar jangkaan telah berlaku dan Rafdi telah dikejarkan ke hospital akibat rusuhan penonton Nepal.Malaysia ketika itu mendahului dengan jaringan Rafdi untuk 1-0.Nepal berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 88 perlawanan.Namun dek kerana mahu melambatkan masa,penyokong Nepal mula membuat kecoh dan memasuki padang sebelum berlaku tolak menolak bersama pemain negara.Keadaan menjadi tegang apabila penonton membawa objek dan memukul pemain Malaysia.Rafdi antara yang dikejarkan ke hospital susulan mengalami retak tulang akibat serangan itu.

Rafdi Rashid kini diberi tanggungjawab melatih skuad Belia Kedah U19 dan masih aktif dalam bidang bola sepak.Kami bukan sahaja mahu berterima kasih malah menyanjung tinggi kepada beliau atas jasa dan sumbangan beliau kepada bola sepak Kedah.

SEMPENA TAHUN BARU CINA | LIEW KIT KONG DAN KEDAH

Liew Kit Kong antara pemain tempatan yang pernah bersama Kedah sekitar tahun 2002 dan 2003.Pengempur berasal dari Perak ini antara tonggak yang membantu Kedah kembali ke saingan Liga Perdana Satu pada 2003 bersama lagenda Akmal Rizal Rakhli suatu ketika dahulu.

Biarpun karier beliau agak singkat bersama Kedah,Kit Kong cukup "famous" dikalangan peminat setia hijau kuning ketika itu.Super subs ini antara penyumbang gol utama untuk Kedah ketika di saingan Liga Perdana Dua (2002) dengan meledak 9 gol untuk Kedah.Aksi lincah dan ketangkasan diudara membolehkan beliau mula diberi peranan sebagai penyerang.Posisi asalnya adalah pemain sayap sebelum itu.Musim 2002 juga menyaksikan Kit Kong membantu Kedah mara ke Separuh Akhir Piala FA sebelum tewss ditangan Pulau Pinang dan Separuh Akhir Piala Malaysia sebelum tewas ditangan Selangor.

Musim 2003,Kedah mengejutkan ramai pihak dengan berjaya muncul naib juara Liga Perdana Satu biarpun baru setahun dinaikkan pangkat kembali ke liga utama itu.Kedah memberi tentangan sengit kepada Perak sehingga ke penetuan terakhir dengan kutipan mata hanya dibezakan 2 mata sahaja.Perak 47 mata,Kedah 45 mata.Tempat ke-3 adalah Perlis.Boleh dikatakan itu zaman kemuncak pasukan utara.Kit Kong juga memastikan Kedah berjaya ke slot Liga Super untuk 2004 yang ketika itu baru diperkenalkan.Hanya 8 pasukan terbaik layak beraksi.Kedah mendapat slot automatik.

Kembali ke Kedah kali ke-2 pada 2005,Kit Kong pantas menjadi penyerang berkaliber dengan meledak 11 gol untuk Kedah.Kedah berada ditangga ke-2 Liga Perdana kumpulan A dibelakang Selangor.

BERSAMA MALAYSIA
Liew Kit Kong antara penyerang yang menyerlah bersama Malaysia ketika eranya.Beliau mula mendapat tempat selepas bersama Kedah dan mula dipanggil mewakili Malaysia.Pada 2004 Tiger Cup (AFF Suzuki),Kit Kong membantu Malaysia mara ke Separuh Akhir sebelum tewas ditangan Indonesia. Liew Kit Kong menamatkan saingan dengan meledak 4 gol dalam kejohanan itu.

Secara keseluruhan karier di Malaysia,Kit Kong dianggap antara penyerang berjaya dengan statistik 10 gol setiap per/musim untuk setiap pasukan diwakili.Kit Kong direkodkan meledak hampir 100 gol sepanjang kerjaya beliau dengan mewakili hampir 9 pasukan berbeza.

Ahad, 29 Januari 2017

MISI KEN BELUM SELESAI | SASAR GOL DAN TROFI UNTUK PENYOKONG SETIA KEDAH

Kehadiran Ken Ilso Larsen yang menyertai Kedah selepas menolak lanjutan kontrak bersama kelab S League Home United merupakan satu petanda Kedah benar-benar serius dalam perebutan kejuaraan didalam Liga Malaysia.

Ken Ilso yang dikenali King Ken kerana fenomena jaringan yang menakjubkan beliau dalam S-League dengan meledak 36 gol dari 52 perlawanan.

SASAR 20 GOL,TROFI DAN TOP-TWO

Bercakap mengenai Kedah,Ken mengakui beliau mengikuti perkembangan Kedah sejak Julai 2016."Kedah menunjukkan kualiti permainan sepasukan yang sangat baik serta punyai jumlah peminat yang besar".

KEN DAN IJAZAH GUAMAN

Ken Ilso juga merupakan graduate dalam kos Ijazah Guaman dari Southern Danish University.Ken menjelaskan beliau mahukan sesuatu yang bermanfaat selepas mengantung kasut nanti.Tambah beliau,bidang yang diceburi ini sangat luas dan satu peluang untuk beliau lebih mendalam dalam sukan bola sepak seperti khidmat agen pemain.

Ketika ini Ken sudah menunjukkan keserasian bersama pasukan namun masih buntu meledak gol sulung.Rata rata peminat fanatik Kedah yakin bintang Denmark ini akan hanya menunggu masa untuk meledak jika aksi 2 perlawanan awal beliau dinilai.Pantas,kreatif dan bersemangat dalam 2 perlawanan,tidak mustahil gol yang dinantikan akan muncul tiba.

Mengungkap bait bait kata beliau bersama Espn.Com awal bulan lalu,jelas ada mesej yang perlu peminat Kedah pahami.."Misi Saya Belum Selesai Di Asia"

Never Give Up King Ken

Sabtu, 28 Januari 2017

PIVOT BOLA SEPAK | DEFINISI PIVOT

PIVOT..APA ITU PIVOT

Pivot dalam taktikal bola sepak merujuk kepada satu posisi yang menjadi penghubung utama pemain di bahagian pertahanan dan pemain di barisan serangan.

Pivot berada di organisasi paling bawah di antara barisan pemain tengah.Antara istilah lain seperti konduktor atau pengaliran yang menghubungkan pemain di bahagian bawah dengan di bahagian untuk serangan.Pivot ibarat orang tengah yang menjadi titik dengan pasukan bergerak di sekeliling beliau.Posisi biasa mereka adalah dihadapan garisan pertahanan.

Ciri Seorang Pivot

- Pemain yang menjadi pivot perlu ada kemampuan untuk melakukan hantaran dengan baik.

- Boleh menukar arah bola dengan baik.
Kemampuan untuk menyimpan bola di kaki dengan baik.

- Terlibat ketika bertahan dan juga menyerang atau mengalih dalam peralihan pasukan.

- Sentiasa bersedia untuk menerima hantaran dari semua sudut.

PIVOT DAN DEFENSIVE MIDFIELD,APA MAKSUD SEBENAR
Sering berlaku kekeliruan yang paling biasa kita dengar adalah menganggap pivot dalam taktikal bola sepak sebagai defensive midfielder.Ia dua watak berbeza.Namun harus diakui hampir kesemua pemain defensive midfielder akan menjadi pivot sekiranya mereka diturunkan.

Defensive midfielder adalah merujuk ciri-ciri kepada pemain manakala pivot merujuk kepada peranan yang perlu dimainkan.Ini kerana ada pasukan yang tidak menggunakan pemain defensive midfielder sebagai pivot.Contohnya pemain deep lying playmaker seperti Andre Pirlo pula dianggap pivot yang fleksibel walaupun mereka bukan defensive midfielder yang boleh melakukan tackle,distrub atau lebih tepat tugas seorang defensive midfielder.

PIVOT BUKAN UNTUK DEFENSIVE MIDFIELD SAHAJA
Untuk pasukan yang memiliki defensive midfielder yang lebih klasik atau lebih dikenali 'Destroyer',mereka tidak terlalu baik dalam hantaran dan tidak begitu bagus semasa mengawal bola di kaki seperti Ngolo Kante (Chelsea).Mereka jarang bermain sebagai lone pivot kecuali mereka diturunkan sebagai lone pivot dan diapit 2 midfielder.Mereka akan berperanan sebagai pemain box to box dalam sistem midfielder 3 (triangle shape).Teknik ini lebih sesuai dengan sistem hantaran pendek.

Jenis-Jenis Pivot

Lone Pivot (single)
Double Pivot (duo)

Formasi pasukan tidak boleh menentukan sama ada mereka menggunakan lone pivot atau double pivot. Ada pasukan yang bemain 4-4-2 dengan lone pivot seperti ada juga pasukan yang bermain 4-3-3 dengan double pivot.Ia terpulang kepada percaturan jurulatih itu sendiri.Ia tidak statik kepada formasi.

Lone Pivot
Ia merujuk kepada taktikal yang menggunakan seorang pemain sebagai pivot utama.Contoh lone pivot dalam formasi 4-1-4-1,4-5-1,4-4-2,3-5-2 dan 3-4-3 mengikut arahan taktikal oleh jurulatih.

(Contoh Pasukan Kedah)
Ketika aliran serangan dipraktikkan,Amirul kebiasaan akan bertindak sebagai lone pivot dan Liridon akan bersama Sandro membentuk flat untuk midfield.Ia sentiasa berubah (fluid).

Double Pivot
Untuk menentukan double pivot,kita boleh melihat komunikasi di antara kedua-dua pemain tengah dalam taktikal diterapkan.Jika ada berlaku pertukaran peranan seperti seorang menyerang, seorang lagi akan bertahan dengan kedua dua mereka ada ciri ciri mampu menjadi perancang kepada pasukan ertinya itulah double pivot.Kebiasaanya seorang mungkin kurang dominan dan seorang lagi lebih dominan.Terdapat juga jurulatih praktikkan 2 pemain dominan.

(Contoh Pasukan Kedah)
Kedah selalunya bermula dengan sistem Double Pivot.Amirul dan Liridon.Kerana seorang lebih menyerang dan seorang lebih bertahan.

RUMUSAN
Pivot yang efektif,fleksibel dan kreatif mampu membolehkan sesebuah pasukan lebih seimbang dan boleh menukar arah serangan serta hantaran untuk lebih variasi.Pivot juga dilabel sebagai tulang belakanh di dalam sesebuah pasukan dalam bola sepak moden.

Jumaat, 27 Januari 2017

PENJAGA GOL | BENTENG TERAKHIR

GOALKEEPER juga disebut Goalie,Keeper.Mereka adalah pertahanan akhir dalam sebuah pasukan.Contoh sukan yang menggunakan penjaga gol seperti bola.sepak,futsal.

Penjaga gol ialah satu posisi yang paling unik dalam padang.Jika semua posisi lain boleh diisi oleh dua atau tiga pemain, penjaga gol hanya boleh diisi oleh seorang sahaja.Untuk menjadi penjaga gol yang hebat, ada beberapa ciri yang perlu ada.

Pertama (REFLECT)
Sudah tentu refleks yang tinggi.Refleks ni bermaksud tindakan serta merta.Contoh, bola padu menuju ke penjuru gawang.Seorang penjaga gol boleh dive dengan teknik yang betul dan menyelamatkan gawang dengan serta merta.Bukan bola dah masuk,kau baru nak dive.

Kedua (COMMUNICATION)
Kebolehan komunikasi dengan rakan sepasukan. Ini juga penting kerana apabila bola datang, pertahanan mungkin juga akan cuba untuk clear bola dan penjaga gol pun datang untuk collect bola.Maka bertembung dan lawan hanya perlu tap-in sahaja.Penjaga gol perlu bersuara kepada pertahanan begitu juga pertahanan.Komunikasi antara mereka sangat penting.

Ketiga (SETTING)
Kebolehan mengatur. Ini biasanya digunakan ketika set-pieces. Anda tahu limit anda setakat mana dan berapa orang wall diperlukan. Betulkan marking players dan sebagainya kerana kawasan penalti ialah kawasan anda.Its under your responsibility.Jerit sahaja kearah pertahanan dengan tegas dan lantang!

Keempat (AERIAL)
Kebolehan di udara.Salah satu taktik menjaringkan gol ialah dengan whip in crosses dan bagi players tanduk. Sekiranya anda seorang penjaga gol yang hebat, anda tidak akan gentar untuk keluar untuk mendapatkan bola jika situasi sesuai.Seperti situasi untuk menumbuk bola diudara.Jika anda bukan bersaiz fizikal,anda perlu develop attribute yang lain seperti kebolehan long pass,kicking power.Jadi aset bukan liabiliti pada pasukan.

Kelima (FOCUS)
Kebolehan dalam fokus serta ketenangan.Penjaga gol seperti kita tahu dapat melihat setiap babak sudut padang.Apabila penjaga gol fokus dan tenang,beliau bukan sahaja dapat membaca gerakan lawan malah membantu merencatkan plan lawan dengan memberi arahan (seperti komunikasi diatas).Dalam menghadapi serangan,aksi tenang beliau diperlukan untuk mengatasi serangan.Jika beliau gugup,tindakan body language beliau akan turut serta memberi kesan.

LAPORAN PERLAWANAN MSL 2 | KEDAH BANGKIT ATASI SARAWAK

Sedikit laporan perlawanan MSL ke -2 diantara Kedah dan Sarawak di Stadium Darulaman.

PERMULAAN
- Kedah memulakan starting lineup dengan 2 pertukaran berbanding perlawanan menentang JDT tempoh hari dengan kemasukkan Farhan Abu Bakar mengantikan Abdul Hadi Hamid dan keputusan lewat menurunkan Khairul Helmi untuk Syawal Nordin.
- 4-2-3-1 untuk Kedah dan 4-4-2 (counter attack) untuk Sarawak.

ANALISIS LAPORAN
BABAK PERTAMA
Kedah cuba beraksi digarisan tinggi dengan percubaan untuk menekan blok-blok pasukan Sarawak namun pasukan Sarawak lebih tenang.Minit ke-9 pelawat didepan hasil satu serangan bermula dari middle third terus melepasi kawasan blok rendah Kedah.Tiada pilihan,Kedah terpaksa melakukan fouls dan sepakan percuma disempurkan cantik oleh Mark Hartmann.

Tersentak jaringan itu,Kedah menyusun kembali permainan dengan kembali mengawal perlawanan.Banyak hantaran ke sisi atau sideway yang sememangnya teknik serangan Kedah.Minit ke 21,Baddrol yang menerima umpanan rakan,melakukan satu rembatan dari jarak kira-kira 40 meter untuk gol penyamaan.Gol tersebut jika diamati ada berlaku sedikit reflection menyebabkan penjaga gol lawan Shahril terkeliru.

Sarawak mengandakan jaringan pada minit ke-27.Mereka sekali lagi menghukum garisan tinggi pertahanan Kedah dengan merampas bola di middle third sebelum satu 'loop' ke sisi kiri menjangkaui kesemua pertahanan Kedah dan ditambah silly errors oleh Farhan Abu Bakar memudahkan Sarawak meledak jaringan ke-2.

BABAK KEDUA (TRIO WAN-DON-SANDRO)
Kedah membuat pertukaran memasukan Ifwat Akmal untuk Farhan Abu Bakar.Namun turning point Kedah adalah selepas kemasukan Syazwan Zainon untuk Fakri Saarani.2 gol dalam 2 minit mengubah cerita perlawanan.

Gol Minit ke 70
- Bermula dengan Syazwan Zainon menyusup melakukan penetratif dari arah kanan pelawat sebelum bermain wall passes bersama Liridon.Kredit kepada Liridon melarikan bola kedalam kotak penalti sebelum 'assist' kepada Sandro yang tenang melakukan tapping untuk 2-2.
Gol Minit ke 72
- Liridon sebagai arkitek gol.Beliau melepasi 3 pemain Sarawak sebelum bermain wall passes bersama Sandro yang kemudianya melakukan satu cut back sempurna disudahkan Syazwan Zainon untuk 3-2.

RUMUSAN
Ia jelas satu percaturan berani oleh coach Tan pada awal babak pertama,Kedah sekali lagi ketinggalan pada 45 minit pertama dengan permainan pasif hampir membawa padah.Point Kedah selepas kemasukan Syazwan Zainon.Aksi lincah dan liar beliau nyata memberi impak dan masalah kepada sistem bertahan pelawat.Kedah perlu perbaiki dan pelajari teknik bermain garisan tinggi dengan lebih mendalam.Tahniah Hijau Kuning..3 mata sangat berharga!!

Khamis, 26 Januari 2017

ZAC ANDERSON GEMBIRA BERSAMA KEDAH | TEKAD ATASI SARAWAK ESOK

PEMAIN import baharu Kedah, Zachary Michael Anderson percaya beliau membuat pemilihan tepat dengan menyertai Hijau Kuning bagi musim ini.

Bekas bek kental Emirates Club dari Liga Emeriah Arab Bersatu itu berkata, Hijau Kuning mempunyai gabungan pemain muda serta pengalaman yang bersemangat tinggi dan ini dibuktikan pada perlawanan Sumbangsih 2017 merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Larkin pada Jumaat lalu.

Menurutnya, kemenangan ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) diraih hasil kerjasama berpasukan selain berjaya mengikut arahan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe yang telah ditetapkan.

"JDT adalah sebuah pasukan yang berkualiti namun kami gembira kerana berjaya menang Piala Sumbangsih 2017 menerusi sepakan penalti selepas ditentang sengit pada perlawanan sebenar.

Selepas ini kami perlu terus berusaha untuk menang terutamanya pada Jumaat (menentang Sarawak) bagi aksi Liga Super dan berharap memperolehi keputusan positif pada setiap perlawanan musim ini," katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, kelmarin.

Jelasnya yang lebih dikenali dengan panggilan Zac, pemain berusia 25 tahun tersebut mengharapkan musim ini memberikan permulaan yang baik buat dirinya yang pertama kali beraksi di Liga Malaysia.

Katanya, beliau juga teruja dengan sokongan yang ditunjukkan oleh peminat kepada pasukan.

"Keserasian dan persefahaman saya bersama pemain-pemain lain juga semakin baik malah selesa dengan layanan yang diberikan pengurusan dan barisan jurulatih," katanya.

Kredit : Media Kraftangan

Rabu, 25 Januari 2017

MARCOS MAGNO MORALES TAVARES | DARI KEDAH KE PENTAS EROPAH

Sedar atau tidak,Kedah pernah menjadi platform buat pemain Brazil ini sebelum dikenali di eropah.

Marcos Magno Morales Tavares merupakan pemain import Kedah sekitar 2004 dan 2005/2006.Siapa sangka pemain remaja Brazil ketika itu akan menjadi bintang liga Slovenia dan beraksi di UEFA Champios League pada 10 tahun akan datang.

Ketika beliau tiba sekitar 2004,Kedah berada dalam keadaan sangat lusuh.Persediaan ala kadar dan terperosok ke kancah Liga Perdana.Zaman gelap kembali namun Magno sempat merakam 11 gol untuk Kedah musim itu.Magno turut berperanan membantu Kedah yang dibawah jurulatih baru Azraai Khor Abdullah mengejutkan ramai pihak dengan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia namun tewas dek kesilapan penjaga gol Megat Amir Faizal.

Pada musim 2005,Magno terlebih dahulu kembali ke Brazil untuk menyertai pasukan Atletico Paranarense di Brazil sebelum kembali menyertai Kedah bersama Paulo Da Silva.Liga Perdana 2006,gandingan samba mereka berjaya membantu Kedah menempah slot automatik Liga Super dengan meledak 20 gol.Magno dengan 12 gol dan Da Silva 8 gol.Magno juga menjaringkan gol yang memastikan Kedah mengatasi Terengganu dengan kelebihan 1 mata apabila meledak 2 gol ketika menewaskan Penang NTSP 2-0.Magno memberi TIKET liga super buat Kedah dan kejuaraan Liga Perdana 2006.

Penghujung musim 2006,Kedah mengambil keputusan menamatkan khidmat beliau,Da Silva dan Akmal Rizal (cedera).

TERIMA KASIH MAGNO UNTUK 23 GOL ANDA,BIAR JASA JADI KENANGAN.

Abang kepada lagenda Ronaldinho iaitu Ronaldo De Assis telah mengambil Magno sebagai klien beliau dan memperkenalkan kepada kelab Gremio dan Porto Alegre.Magno kemudian menyertai APOEL di negara Cyprus dan memenangi kejuaraan ke-2 dalam karier beliau selepas kejayaan Liga Perdana bersama Kedah.

DI PENTAS EROPAH
Magno akhirnya mendapat tawaran gergasi Slovenia iaitu kelab NK Maribor dan pantas diangkat menjadi lagenda kelab tersebut.Pada 2014/2015,Magno mengetuai NK Maribor beraksi buat kali pertama di UEFA Champion League iaitu kejohanan paling prestij di eropah.Sepanjang 10 tahun bersama NK Maribor, Magno meledak 160 gol buat kelab itu dan menang 6 kejuaraan Liga serta 9 lagi Piala Domestik di Slovenia.

3 KEJUARAAN DALAM 3 TAHUN | MAMPUKAH KEDAH ULANGI ERA GEMILANG?

Ketika ini Kedah pimpinan Tan Cheng Hoe telah merangkul 3 kejuaraan domestik dalam tempoh 3 tahun.Erti kata lain kita telah memenangi kejuaraan setiap tahun dibawah empayar TCH.

Kalau anda masih mengingati detik indah bola sepak Kedah,kita pernah melakukan 2 kali kebangkitan menakjubkan dalam persaingan Liga Malaysia.Jom bersama penulis melihat kembali era kegemilangan pasukan Kedah dan era emas pasukan Kedah.Adakah pasukan kini cukup bersedia melakar satu lagi kebangkitan menakjubkan didalam Liga Malaysia.

ERA KEGEMILANGAN (1992-1993)
Ketika kita merangkul Piala Malaysia 1990,ramai mengatakan kita akan terus bergelar kuasa bola sepak di Malaysia.Dibarisi pemain muda dan tenaga import berkualiti,Kedah dikejutkan dengan terjerumus ke kancah Liga Perdana Dua pada 1991.Namun ianya tidak lama,Kedah bangkit bergaya di Liga Perdana Dua (1992) dengan rekod UNBEATEN iaitu menang Liga Perdana Dua tanpa tewas dan layak ke Final Piala Malaysia namun tewas kepada Pahang.Namun ia bukanlah penamat sebaliknya pada 1993,Kedah bangkit dengan merangkul gelaran juara Liga Perdana Satu dan Piala Malaysia 1993.Double Winner!!

ERA GENERASI EMAS
Ia bermula selepas kita tersingkir ke Liga Perdana pada 2004 ditambah kekecewaan tewas aksi Final Piala Malaysia 2004.Namun jurulatih Azraii Khor Abdullah yang juga bekas pemain Kedah kembali memimpin generasi ini.Beraksi di Liga Perdana pada 2005,Kedah mula mengorak langkah dengan beberapa kemasukan bintang muda dan memberi cabaran sengit kepada Selangor untuk kejuaraan Liga Perdana namun Kedah belum cukup bagus untuk musim pertama.Tahun 2006,Kedah semakin serasi dengan adunan pemain muda dan senior.Kedah merangkul kejuaraan Liga Perdana 2006 untuk meraih slot Liga Super.November 2006,detik terbaik Kedah kerana berjaya mendapatkan Marlon Alex James dan Nelson San Martin.Kedah memulakan Liga Super selepas 2 tahun sunyi dari Liga No 1 Malaysia itu.Azraii pantas memancu Kedah kearah era generasi emas apabila menyapu bersih kesemua Piala musim 2007.Liga Super,Piala FA dan Piala Malaysia.Treble!!

Belum cukup puas dengan kejayaan itu,Kedah melangkah ke 2008 dengan keyakinan tinggi namun dikejutkan dengan tewas Piala Sumbangsih.Namun Kedah semakin sukar dikekang,ibarat tanpa cabaran,Kedah rakus menggondol kesemua kejuaraan lagi.Lebih manis,Kedah pasukan pertama dari Malaysia meraih ranking tertinggi dunia IFHHS dengan menduduki tangga no 111.Ia masih bertahan sehingga kini.Marlon turut melengkapkan era generasi emas Kedah apabila namanya terpahat dalan sejarah selaku penjaring terbanyak dengan meledak 40 gol semusim dan 23 gol dalam Liga Super.Rekod Kasut Emas dan Doubel Treble!!

ERA KEBANGKITAN
Sejurus mengambil alih jawatan jurulatih pada April 2014,Tan Cheng Hoe bekas pertahanan Kedah era 80an mengemudi Hijau Kuning bangkit dari tidur yang panjang.Ketandusan tanpa sebarang kejuaraan selama 6 tahun akhirnya terlebur pada 2015.Pada 2014,Tan Cheng Hoe membawa Kedah ke tangga ke-4 Liga Perdana dengan.Kedah merekodkan 12 tewas dalam semua kejohanan.Dalam Liga pula,Kedah menang 11 perlawanan,5 seri dan 6 tewas.Kebangkitan Kedah diteruskan pada 2015,Kedah hanya tewas 8 perlawanan keseluruhan.Didalam Liga pula mencatat rekod 16 menang,6 seri dan 4 kalah untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana 2015.Kedah turut ke Final Piala Malaysia 2015 namun tewas 0-2 kepada Selangor.

Memasuki tahun 2016,Kedah kembali memanaskan Liga Malaysia iaitu Liga Super dengan memberi saingan hebat kepada pasukan-pasukan elit.Kedah mencapai kedudukan ke-3 terbaik di dalam liga dengan mencatat 11 menang,7 seri dan 5 tewas.Kedah hanya tewas 7 perlawanan musim lalu secara keseluruhan dan menjulang Piala Malaysia buat kali ke-5 menewaskan Selangor.Tahun 2017,pasukan Kedah dilihat lebih mantap dan memulakan kempen 2017 dengan meleburkan rekod tanpa kalah JDT di Larkin sebelum menjulang Piala Sumbangsih ke-3 dalam sejarah pasukan.

3 era berbeza namun situasi hampir sama.Dengan sasaran pihak pengurusan untuk memenangi "treble" lagi,tidak mustahil kita akan melakukannya sekali lagi..#PulunKedahPulun

PREVIU MSL KE-3 | FELDA UNITED vs KEDAH FA

Perlawanan Liga Super diteruskan dengan aksi ke-3 liga akan berlangsung di Stadium Jengka,Pahang menemukan tuan rumah Felda United bertemu Kedah.Berikut statistik dan previu menjelang perlawanan.

10 REKOD PERTEMUAN
- Sejak 2011,Felda dan Kedah telah bertemu sebanyak 10 kali dalam saingan Liga Super,Liga Perdana,Piala FA dan Piala Malaysia.
- Sepanjang 10 perlawanan,Felda menjadi tuan rumah sebanyak 6 kali dan Kedah 4 kali menjadi tuan rumah.
- Dalam 10 perlawanan,Felda menjaringkan 12 gol dan bolos 9 gol.
- Dalam 10 perlawanan,Kedah menjaringkan 9 gol dan bolos 12 gol.
- Felda United mencatat 5 menang,Kedah 4 menang dan 1 perlawanan seri.

REKOD FELDA UNITED HOME

Felda United 2 - Kedah 0
Felda United 2 - Kedah 2
Felda United 1 - Kedah 0
Felda United 2 - Kedah 0
Felda United 1 - Kedah 2
Felda United 1 - Kedah 0

Jaringan Felda : 9 Jaringan Kedah : 4

REKOD KEDAH HOME

Kedah 1 - Felda United 0
Kedah 2 - Felda United 1
Kedah 1 - Felda United 0
Kedah 1 - Felda United 2

Jaringan Kedah : 5 Jaringan Felda : 3

Rekod kedua-dua pasukan dilihat seimbang cuma Felda lebih klinikal mencetak jaringan berbanding Kedah.Namun ia hanyalah rekod dan kedua-dua pasukan kini sudah berwajah baru.

Selasa, 24 Januari 2017

TIMBA PENGALAMAN DIEROPAH | PENGHARGAAN BUAT MEREKA

Mereka antara pemain kelahiran Kedah yang pernah menimba ilmu bersama beberapa kelab eropah.Walaupun tidak semua mendapat kontrak sebagai pemain tetap,pengalaman yang diraih dianggap amat berharga.

CHE ZAMBIL AHMAD
Kelab : Landskrona Bois (Sweden)
- Pemenang Piala FA bersama Kedah pada tahun 1996.Che Zambil Ahmad pernah menjalani latihan bersama kelab Division Satu Sweden,Landskorna Bois pada 1996.

RAFIZ ABU BAKAR
Kelab : FC Bayern Munich (Germany)
- Antara pemain yang dikatakan bakal menjadi tunjang pasukan Kedah namun boleh diklasifikasikan gagal.Pada tahun 1996,Rafiz Abu Bakar pernah mendapat percubaan bersama gergasi Jerman,akademi FC Bayern Munich yang ketika itu dibimbing Lim Teong Kim.

AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI
Kelab : FC Bayern Munich,Germany (1997),RC Strasbourg,France (2000) dan FCSR Haguenau,France (2001)
- Akmal Rizal merupakan produk dari kejohanan Bola Sepak Milo bawah 14 tahun.Bakatnya dicungkil ketika membantu Kedah muncul juara Piala Milo Bawah 14 Tahun.Akmal mewakili Malaysia Bawah 14 untuk kejohanan Piala Nike Asia Pacific B-14 dan seterusnya mewakili skuad Olimpik Malaysia.Selepas itu,Akmal turut mendapat tawaran sebulan beraksi bersama akademi FC Bayern Munich.Pada sekitar tahun 2000,Akmal menerima tawaran beraksi untuk RC Strasbourg dan FCSR Haguenau.
Meskipun kecewa kerana gagal membantu Kedah layak ke Piala Malaysia, Akmal telah ditawarkan peluang beraksi bersama kelab Racing Strasbourg bersama Juzaili Samion dari Pahang di Perancis.Akmal bermula cemerlang apabila menjaringkan dua gol ketika membantu pasukan Bawah-21 Tahun Strasbourg menundukkan FC Cologne dari Jerman, 3-1 pada perlawanan Bawah-23 Tahun kelab-kelab Eropah.

BADDROL BAKHTIAR/BUNYAMIN OMAR
Kelab : Chelsea FC (England)
- Nama mereka meledak ketika era Double Treble sebagai prospek masa depan pasukan Kedah.Kecemerlangan aksi mantap mereka dalam kejohanan Piala Juara-Juara Belia (CYC) telah menarik minat penganjur untuk mempromosikan mereka menjalani latihan bersama gergasi England,Chelsea FC selama 2 minggu.Ketika itu turut mendapat pendedahan adalah Khairul.Fahmi Che Mat dan Assaruddin Putra tetapi mereka ke PSV Eindhoven.

LEGASI KAPTEN KEDAH | PEMIMPIN HIJAU KUNING - ANTARA KAPTEN KEDAH

Kapten Pasukan.Sesebuah pasukan bola sepak akan mempunyai seorang kapten dan seorang penolong kapten (vice captain).Kapten selalunya dilantik berdasarkan karisma beliau diatas padang.Seorang pemimpin kepada rakan sepasukan,bersemangat,komited serta dedikasi buat pasukan.Secara amnya kita dapat mengambarkan kapten seorang yang tenang tetapi cukup tegas!!

Kapten Pasukan Kedah
-Bermula era pembangunan Kedah FA sekitar 1987 oleh Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil,beliau telah mencipta satu revolusi untuk jangka masa 5 tahun untuk melihat Kedah bukan sahaja bangkit tetapi sebagai kuasa baru bola sepak negara.Tahun 1987 juga menyaksikan perlancaran lagu keramat "Biar Jasa Jadi Kenangan" yang didendangkan turun temurun sehingga kini.

KAPTEN KEDAH

LEE KIN HOON
- Seorang yang sangat tenang dan bertenaga dibahagian pertahanan.Beliau merupakan tonggak pertahanan Kedah dan Malaysia ketika eranya.Lee adalah seorang pertahanan kental Kedah membentuk gandingan mantap bersama tonggak import Goran Stankovich, Mohamad Ramlee, Ng Chew Beng, Tan Cheng Hoe, Khamal Idris Ali Fhirqa dan lain-lain dalam memastikan benteng Kedah tidak mudah untuk ditembusi lawan.Pencapaian terbaik pencipta logo "Main Sampai Mati" ini adalah tahun 1990 dimana Kedah merangkul Piala Malaysia pertama dan beliau dinobatkan pemain terbaik liga semi pro 1990.Lee Kin Hoon,kapten pertama Hijau Kuning merangkul Piala Malaysia.

RADHI MAT DIN
- Nama yang tidak asing lagi.Lagenda sepanjang zaman Kedah ini merupakan kapten terbaik Kedah sepanjang zaman dan kapten Kedah yang pertama pernah meraih kesemua kejuaraan di Malaysia.Tenang dalam permainan,Radhi general midfielder Kedah mampu mengubah tempo permainan Kedah.Gaya permainan hebat beliau diangkat sebaris lagenda England Sir Bryan Robson.Mula diberi lilitan kapten 1991,Radhi pantas memancu Kedah kearah legasi.Juara Divison 2 (1992),Piala Malaysia (1993),Juara Liga Division 1 (1993),kelayakkan Liga Juara Juara Asia 1994,Juara Piala Sumbangsih 1994,Juara Piala FA 1996.Radhi juga turut menyumbang kejayaan bersama Dato Ahmad Basri Akil dikem Malaysia.Malaysia meraih pingat emas sukan Sea tahun 1989 di Kuala Lumpur ketika Dato Ahmad Basri sebagai pengurus.Radhi Mat Din merupakan kapten Hijau Kuning paling lama dalam sejarah.

AKMAL RIZAL,FAUZI NAN dan VICTOR ANDRAG
- Ketika Kedah bersaing di Liga Perdana (2001/2002),lilitan kapten silih berganti.Penulis senaraikan 3 nama antara yang pernah memegang lilitan kapten Kedah ketika itu.Dengan penghijrahan ke pasukan lain,lilitan kapten tidak begitu popular dan mudah bertukar tangan.Akhinya Victor Andrag muncul sebagai kapten kedua terlama dalam sejarah Kedah sejak diberi "permanent" kapten pasukan.Victor munjulang Liga Perdana (2006),Liga Super (2007,2008),Piala FA (2007,2008),Piala Malaysia (2007,2008) sebagai koleksi kejuaraan.Selepas Victor bersara dari bola sepak,Kedah mendapat kapten baru Shahrul Nizam Mustapa namun hanya semusim sahaja.

ERA BADDROL BAKHTIAR
- Pada 2013,Super Badd dilantik kapten pasukan.Badd dilantik kerana kesetiaan beliau bersama Kedah selepas Kedah terjerumus kembali ke Liga Perdana.Badd yang menerima banyak tawaran lumanyan hanya tersenyum dan membuktikan kesetiaan tanpa berbelah bahagi kepada Kedah.Walaupun tanpa sebarang kejuaraan,Badd sentiasa diingati antara kapten yang pernah tersenarai bersama Kedah.

ERA KHAIRUL HELMI JOHARI
- Musim 2014 menyaksikan revolusi baru bola sepak Kedah.Khairul Helmi Johari atau dikenali Keon dilantik kapten baru Hijau Kuning.Beliau antara pemain paling senior bersama Kedah ketika zaman kemuncak atau ditimpa malapetaka.Keon seorang yang dedikasi kepada pasukan.Gaya permainan tenang dalam mengemudi pasukan kembali bangkit bersaing.Kedah mara ke Separuh Akhir Piapa Malaysia 2014 tanpa diduga selepas hanya tempat ke-4 di Liga Perdana.Tahun 2015,Keon memimpin Kedah menjuarai Liga Perdana 2015 dan ke perlawanan akhir Piala Malaysia namun tewas namun tahun 2016,kapten ini menebus duka dengan menjulang kejuaraan biarpun bermula sebagai pemain simpanan ekoran kecederaan yang baru pulih.Tahun 2017,Keon sekali lagi bersama Kedah meraih Piala Sumbangsih 2017 di Larkin.

Isnin, 23 Januari 2017

PREVIU MSL KE-2 | KEDAH FA vs SARAWAK FA

Kedah FA akan melayan kunjungan pasukan Sarawak FA di Stadium Darulaman pada Jumaat ini.Berikut beberapa statistik kedua-dua pasukan menjelang aksi ke-2 Liga Super 2017.

STATISTIK PERTEMUAN

26 Pertemuan Direkodkan Sejak 2004
- Kedah merekodkan jumlah kemenangan 16 kali diikuti 6 seri dan 4 tewas dalam semua pertandingan.
- Sarawak mencatat 4 menang,6 seri dan 16 tewas sejak 2004-2016 bertemu Kedah.
- Rekod jaringan terbesar kemenangan Kedah adalah pada 2/5/2006 disaingan Liga Perdana dengan kemenangan 5-1 keatas Sarawak.
- Rekod jaringan terbesar Sarawak mengatasi Kedah adalah pada 31/8/2013 dalam saingan Piala Malaysia dengan kemenangan 4-0 keatas Kedah.

STATISTIK GOL,BOLOS
Sepanjang 26 pertemuan direkodkan,berikut adalah jumlah gol/bolos kedua-dua pasukan.

Kedah
Di Darulaman - 34 gol/18 bolos
Di Kuching - 16 gol/14 bolos
Sarawak
Di Kuching - 14 gol/16 bolos
Di Darulaman -18 gol/34 bolos

REKOD 5 PERLAWANAN TERAKHIR
(Kedah vs Sarawak)
- KEDAH : WDWWW
- SARAWAK : LDLLL
(W - menang L - Tewas D - Seri)

REKOD DI LIGA SUPER
- Kedah dan Sarawak mencatat 11 perlawanan didalam Liga Super.Kedah mencatat 7 kemenangan dan 3 seri dan 1 kalah sepanjang menentang Sarawak sejak Liga Super 2004.

REKOD MUSIM 2016 LIGA SUPER
- Kuching (1-1)
- Darulaman (2-1)

LAGENDA ANGKA 14 | AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI

Nama yang sentiasa diingati sebagai lagenda jersey 14 pasukan Kedah.Akmal Rizal Ahmad Rahkli turut berjasa kepada Kedah dengan 2 kali membantu Kedah kembali ke Liga Utama Malaysia.Ikuti kisah The Legendary No 14 Kedah.

KARIER AWAL
Akmal, yang mesra dengan gelaran ‘Dikman’, merupakan anggota skuad remaja Piala Nike 1996 yang sangat cemerlang, apabila mengungguli Kejohanan Peringkat Asia Pasifik tersebut.Susulan aksi mantap itu,Akmal turut tersenarai dalam skuad Olimpik 2000 sebelum mendapat trial bersama gergasi Germany,FC Bayern Munich.
SERTAI LIGA PERANCIS.Akmal terus mengembangkan bakat beliau apabila menyertai pasukan liga perancis RC Strasbourg semusim sebelum kelab FCSR Haguenau.

KEMBALI KE KEDAH
- Musim 2002,Akmal kembali menyarung jersi keramat Hijau Kuning buat kali pertama.Ketika itu Kedah beraksi di Liga Perdana dan impak Akmal terus terserlah dengan membantu Kedah muncul juara dengan meledak 18 gol.Kedah turut mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2002 namun tewas ditangan seteru tradisi Selangor.
- Musim 2003,Akmal membantu Kedah bergelar naib juara Liga Premier 1 selepas setahun dinaikkan.Ia merupakan kejutan kerana pasukan Kedah baru sahaja dinaikkan pangkat malah menghambat Perak sehingga ketitis akhir untuk bergelar juara Liga.Kedudukan akhir Perak 47 mata,Kedah 45 mata.Akmal menamatkan musim dengan 12 gol.
- Musim 2004,Kedah bermula perlahan dalam saingan Liga Super edisi pertama.Ketika itu hanya 8 padukan sahaja bermain.Kedah terperosok ditangga terbawah namun Akmal sempat meledak 14 gol untuk Kedah.Kedah turut mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia namun tewas ditangan jiran iaitu Perlis.
- Musim 2005/2006,selepas kecewa ditangan Selangor, Kedah tidak melepaskan peluang kali ke-2 berturut-turut di Liga Perdana.Kedah muncul juara Liga Perdana namun diselebungi keccewaan buat peminat apabila selepas Akmal memutuskan bersetuju menyertai musuh tradisi Kedah iaitu Selangor. Namun mengikut rekod,Akmal tetap sebahagian daripada skuad juara Liga Perdana 2006.

Selepas berkelana hampir 7 tahun,Akmal kembali ke negeri Jelapang Padi buat kali ke-2 pada tahun 2013 namun gagal memberi impak berikutan bergelut masalah kecederaan.

3 GENERASI 1 LEGASI | THE STORY OF DARULAMAN MAESTRO

KEDAH FA bukan sahaja bergelar "kilang" dalam melahirkan bakat-bakat muda berkaliber malahan senarai pemain import Kedah juga mendapat liputan meluas di Malaysia bahkan popular dikalangan peminat tegar bola sepak tempatan.Sebut sahaja Olibumi Adigun,Marlon Alex James antara nama yang cukup sinonim bersama Liga M.Kali ini penulis mengimbas 3 maestro yang pernah berjasa kepada Kedah dan sangat popular di Liga M.

Andre Luis Almeida Nascimento
(1996-1998)
Nama yang sudah tidak asing dikalangan peminat Hijau Kuning.Diangkat antara lagenda terhebat berikutan reputasi beliau nembantu Kedah muncul juara Piala FA 1996 termasuk muncul naib juara Liga 2 tahun berturut-turut.Nascimento adalah pemain yang ibarat membawa tangki oksigen di dalam padang.Tireless worker.Berskill individu dan work rate beliau memang menakjubkan.Antara sebab pasukan Kedah menjadi perhatian bukan sahaja dari negeri Kedah malah pengikut baru liga Semi-pro di negeri lain.Nascimento seorang playmaker dan aksi "samba" beliau sentiasa menghiburkan peminat.Gemar membaling kasut selepas menjaringkan gol,aksi beliau pasti diingati sebagai antara pemain samba terbaik pernah Kedah miliki.

KEJUARAAN
- PIALA FA 1996

Nelson San Martin
(2007-2008)
- Ketika beliau tiba November 2006,Kedah dalam rangka persiapan untuk Liga Super selepas muncul juara Liga Perdana tahuj 2006.Nelson pantas memberi impak luar biasa kepada Kedah dengan sumbangan assist.Biarpun bukan mesin gol seperti Marlon Alex James,namun Nelson yang juga Central Midfielder lebih dikenali menerusi sumbangan hantaran gol beliau.Cukup tenang dan kreatif,kebanyakkan ledakan Marlon hasil dari assist Nelson.Sumbangan besar beliau termasuklah membawa Kedah muncul 6 kejuaraan selain meraih kedudukan tertinggi dalam sejarah kelab Liga M iaitu meletakkan Kedah FA ditangga ke -111 ranking dunia (IFHHS RANKING).Kerana kecemerlangan beliau,Nelson turut diberi anugerah Ahli Semangat Setia Jerai daripada Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 2008.

KEJAYAAN
- LIGA SUPER 2007,2008
- PIALA FA 2007,2008
- PIALA MALAYSIA 2007,2008

Liridon Krasniqi
(2015-2017)
- Tidak perlu diperkenalkan lagi.Liridon Krasniqi satu nama besar ketika ini baik di Kedah atau Liga Malaysia.Lenggokkan serta skill individu tinggi dan bersahaja beliau cukup mempersona.Cukup kreatif,tenang dalam kawalan,Liridon diangkat pemain import terbaik Liga M ketika ini.Pada sekitar April 2015,Liridon hadir menyertai Kedah dan pasti membantu Kedah meraih kejuaraan Liga Perdana 2015 selain mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 namun Kedah kecundang ditangan musuh tradisi Selangor.Musim 2016,Liridon memancu Kedah kembali bangkit dengan membantu Kedah merangkul Piala Malaysia 2016 dan turut meledak 10 gol untuk Hijau Kuning.Bersama Liridon,Kedah hanya tewas sekali di Darulaman.Liridon juga dinobatkan Pemain Import Paling Popular 2016 hasil undian jurulatih,ketua pasukan Liga Malaysia.Permulaan 2017,Liridon terus cemerlang dengan membantu Kedah merangkul Piala Sumbangsih 2017 dengan menewaskan pasukan pilihan JDT di Larkin.

KEJAYAAN
- LIGA PERDANA 2015
- PIALA MALAYSIA 2016
- PIALA SUMBANGSIH 2017

Sedikit informasi mengenai 3 Maestro Of Darulaman ini untuk kita kongsi bersama.Mereka ada kelebihan dan persona masing-masing namun berjaya mengharumkan legasi Hijau Kuning sehingga dikenali seluruh Malaysia.2 dari lagenda kita terpaksa melupakan Liga M kerana isu pengharaman import dan kita mengharapkan isu sama tidak akan berlaku lagi kepada generasi Liridon Krasniqi.

Ahad, 22 Januari 2017

REVOLUSI CENTER BACK KEDAH | SYAWAL- ZAC JELMAAN VICTOR,OUTLAW?

Sudah lama kita tidak mendengar cerita mengenai pertahanan tengah.Masihkah anda mengingati zaman A Victor bergandingan bersama Cornelius Bernard Huggins @ Outlaw.Gandingan yang memahat bersama sejarah gemilang Double Treble pasukan Kedah suatu ketika dahulu.Kini kemuncukan Syawal Nordin dan Zac Anderson dilihat bayangan kepada gandingan duo center back ampuh Kedah.

SISTEM PERTAHANAN KEDAH
- CENTER BACK -
Ketua Jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe lebih gemar bermain sistem berorientasi zonal marking.Dalam sistem zonal marking ini,2 pertahanan tengah akan berada sebaris bersama dan sering bermain digarisan tinggi (high defensive line).Organisasi mereka tersusun dengan meliputi kawalan ruang berbanding specific area (man-to-man marking).Satu keutamaan mengamalkan sistem ini adalah KOMUNIKASI.Untuk perlawanan kompetitif pertama,penulis melihat Syawal dan Zac mempunyai komunikasi yang sangat tinggi dalam kawalan zon dimana apabila menerima ancaman,Syawal dan Zac akan specific kearah lawan yang berada didalam zon defending dan selepas berjaya mengawal situasi,mereka akan kembali bersama berada digarisan flat.Apabila pasukan lawan memperoleh sepakan sudut atau sepakan percuma,Syawal dan Zac akan specific kepada man marking iaitu mengawal khusus pemain lawan yang cenderung miliki kebolehan tandukan atau perebutan bola udara.

APAKAH MEREKA BALL-PLAYING ATAU LIMITED DEFEND?
Disini penulis senaraikan 3 jenis pertahanan kepada anda sebagai rujukan.

CENTRAL DEFEND
Juga dikenali center back (center half).Kedudukan mereka didepan penjaga gol.Tugas utama mereka adalah mencegah serangan,melakukan terjahan (tackling),blocking,kebolehan memenangi bola udara (aerial) dan kawalan bertanda keatas lawan terutama penyerang lawan (marking).Jika memegang bola,seorang Center-Back akan melakukan clearance,pinpoint passing atau long balls ke kawasan lebih selamat.Seorang center-back juga memerlukan ability specialist dalam tandukan.Ia digunakan untuk melakukan clearance atau ketika mahu menjaringkan gol menerusi set-piece,corner kick.Sistem yang sering digunakan oleh center back seperti zonal marking (kawalan specific area) dan man-to-man marking (kawalan khas kepada penyerang).Tidak seperti Ball-Playing dan Limited Defend,Center Back sesuai untuk.semua taktikal yang diterapkan.

BALL-PLAYING DEFEND
Ball playing defend adalah pertahanan tengah yang semakin mendapat tempat dalam bola sepak moden.Mereka lebih fluid (ubah-ubah) dan tidak terlalu statik seperti center back.Ball playing defend adalah seakan kelahiran semula posisi libero yang bermaksud (bebas) yang diguna pakai lagenda Jerman Franz Beckenbauer pada tahun 70an.Namun libero mula berputik era 1930an hasil seni jurulatih Austria ketika itu Karl Rappan.Selaras dengan kemajuan,bola sepak juga menuju kedepan dan atas sebab itu lahirnya ball playing defend.Seorang ball-playing akan berada digarisan pertahanan seperti center-back.Namun mereka lebih cenderung mengambil masa (delay possession) untuk mengawal bola sebelum melihat option untuk melakukan passing (seperti Libero).Mereka juga sering bertindak sebagai permulaan kepada serangan.Disini seorang ball playing memerlukan pace dan concentration.Selain itu keupayaan dalam melakukan passing juga perlu mahir kerana mereka lebih kerap melakukan hantaran risky passes dan mixed passes seperti diagonal passes.Mereka juga mendapat sokongan penuh dari defensive midfield seperti deep-lying midfield semasa build-up attack.Ball playing juga sesuai digunakan untuk taktik serang balas atau serang melalui sayap.

LIMITED DEFEND
Limited defend tidak banyak perbezaan dengan center-back.Namun jika anda memiliki seorang yang bertubuh sasa dan besar,maka Limited Defend adalah pilihan tepat.Fokus utama mereka adalah mengeluarkan bola dari kawasan terdedah secepat mungkin.Mereka juga lebih direct passes kepada penyerang atau pemain sayap.Contoh seperti pump ball into box atau clear to flanks.Mereka cenderung mencari target man.Formasi menggunakan sistem target man sesuai bersama limited defend.Selalunya seorang limited defend tidak mempunyai keupayaan mengawal bola dengan baik,jadi penyelesaian terbaik adalah melakukan clearance dan direct passing.Limited defend juga memerlukan strength yang padu dan kekuatan jumping yang kuat.

Masih terlalu awal untuk kita perkatakan mengenai keampuhan Syawal-Zac namun dari sudut positioning mereka,penulis yakin kini Kedah sudah menjumpai pengganti kepada Victor dan Hugging!!

Sabtu, 21 Januari 2017

INTERNATIONAL FRIENDLY | KEDAH vs HEBEI CHINA CF

Juara Piala Malaysia dan Juara Piala Sumbangsih 2017 pasukan Kedah akan bertemu pasukan Hebei China Fortune CF dalam aksi persahabatan di stadium Shah Alam.

Pertembungan tertutup ini sememangnya ujian terbaik pasukan Kedah yang mengamalkan corak permainan free flowing football dengan menerapkan hantaran-hantaran pendek didalam permainan.Bagi Hebei China Fortune CF,mereka juga seperti pasukan Kedah.Pertama kali beraksi di China Super League (CSL) pada tahun 2016 dimana mereka menamatkan cabaran liga ditempat ke-7.

Kelab dibawah syarikat hartanah terkemuka China Hebei Fortune Land Development ini dalam rangka pre season menjelang permulaan musim baru mereka dan pastinya medan terbaik buat jurulatih Manuel Pellegrini menguji kekuatan pasukan menentang antara pasukan terbaik ketika ini di Malaysia iaitu Kedah FA.

Bagi Kedah,selepas mengharungi penentuan sepakan penalti Jumaat lalu,momentum pasukan pastinya ditahap terbaik apatah lagi bertemu pasukan bertaraf antarabangsa.Kedah juga dalam misi memantapkan pasukan menjelang aksi kedua Liga Super menentang Sarawak di Darulaman pada 27 January nanti.

PEMAIN TUMPUAN KEDUA DUA PASUKAN

KEDAH FA
- Ken Ilso Larsen
- Sandro Mendonca
- Liridon Krasniqi
- Baddrol Bakhtiar

HEBEI CHINA CF
- Ezequiel Lavezzi
- Gervinho
- Stephane Mbia

RABONA SKILLS | APA ITU RABONA?

Selepas Kedah menewaskan JDT untuk pertemuan Piala Sumbangsih 2 hari lalu,satu perkataan terngiang-ngiang menjadi siulan peminat Kedah.Teknik skills RABONA..jadi apa itu Rabona?apakah maksudnya?..jom bersama penulis

ASAL USUL RABONA
Rabona juga dikenali "crossed-kick" samada untuk percubaan atau hantaran. Rabona merupakan perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud "play hook" erti kata lain cangkuk.Ianya bermula pada 1948 semasa pertembungan diantara kelab Argentina iaitu Estudiantes La Plata menentang Rosario Central.Pemain ketika itu Ricardo Infante melakukan gol luar biasa dengan keadaan kaki kanan menyilang dari jarak 35 meter.Selepas itu majalah tersohor bola sepak di Argentina (El Grafico) menyiarkan gambar Ricardo Infante dalam keadaan kaki bersilang dengan mengelarkan ia teknik rabona.
Di Sepanyol mereka mengelarkan ia sebagai ekor kerana ia seakan melibas bola dalam keadaan tidak disangka sementara di Brazil dikenali chaleira atau letra.

TEKNIK
Ia salah satu tipu muslihat didalam skil dengan penggunaan kedua-dua belah kaki yang akan mengelirukan pihak lawan.Kaki yang lebih kekuatan atau kaki utama berada dikedudukan kaki lemah.Erti kata lain pemain akan melangkau menggunakan kekuatan kaki utama mengatasi penggunaan kaki lemah.Untuk melakukan ia bukan mudah kerana selain perlu mempunyai kemahiran tinggi,pemain harus mempunyai kelenturan dalam pergerakkan seperti untuk 'cut back'.Teknik rabona memerlukan latihan asas yang perlu dilakukan berulang kali untuk berjaya.

TERKENAL DIMASA KINI
Teknik ini sering dilakukan oleh beberapa pemain tersohor eropah seperti Cristiano Ronaldo,Eden Hazard,Neymar dan pernah dilakukan oleh lagenda seperti Pele dan Maradona.Di England juga terkenal perkataan Rabona biarpun asalnya mereka menyebut "spoon shot" namun mereka kini lebih selesa menggelar ia sebagai teknik rabona!!

SUKAN LAIN
Selain bola sepak,sukan futsal dan American Football juga pernah menggunakan teknik rabona.

Ia merupakn satu 'trick' yang semakin mendapat tempat diera bola sepak moden kini namun memerlukan keupayaan tahap tinggi untuk melakukannya.Jika dahulu Kedah memiliki Nelson Sam Martin..kini nama Liridon Krasniqi dan Baddrol Bakhtiar mula disebut Fenomena Rabona di Malaysia!!

BADDROL BAKHTIAR | SENSATIONAL MIDFIELDER

Sudah terlalu banyak artikel penulis mengenai Baddrol Bakhtiar tetapi kali ini penulis mahu mengupas bukan isu gol jarak jauh beliau tetapi kebolehan Badd beraksi diseberapa posisi.

Badddol Bakhtiar merupakan seorang pemain berkemampuan luar biasa bagi penulis.Selain kesetiaan bersama Kedah,Badd yang juga vice captain untuk Kedah antara ikon disegani dibumi Hijau Kuning.

Selepas hampir 10 tahun bersama Kedah,penulis telah melihat kepelbagaian posisi sudah dimainkan oleh beliau.Baik sebagai wide winger atau classic winger atau central midfielder atau defensive midfielder atau attacking midfielder. Tidak hairan baru-baru ini beliau belajar menjadi penjaga gol (goalie) sewaktu sesi latihan!!

Badd Natural Position (Preferred Role)
- Right Winger/Left Winger

Ia adalah posisi kebiasaan dan amat selesa bagi beliau.Beliau seorang yang memiliki vision tersendiri dalam mengemudi posisi klasik no 7 (istilah untuk pemain sayap).Kepakaran dalam ketepatan (specialist) beliau dalam melakukan hantaran lintang (crossing) amat baik.Ketika permulaan karier beliau bersama Khyril Muhymeen dan K.Soley,Badd menunjukkan kualiti meningkat naik secara mendadak sebagai pemain sayap.Hot prospect!!

Posisi Sampingan (Recommend Role)
- CM/AM/DM

Ini antara plan B untuk beliau.Ketika pasukan Kedah berkeadaan terdesak akibat perggantungan atau kecederaan,Badd merupakan option bagi kebanyakkan jurulatih Hijau Kuning untuk mengisi kekosongan.Badd pernah beraksi sebagai pemain tengah (no 8 dalam istilah bola sepak) pernah beraksi pemain tengah bertahan (no 6 dalam istilah bola sepak) dan sebagai pemain tengah menyerang (no 10 dalam istilah bola sepak).Kenapa beliau?kerana Badd seorang yang memiliki kawalan bola,pergerakkan fluid,hantaran dan ketenangan.

Kekuatan Badd Dalam Permainan (Strengths and Playing Style)
- Passing,Pace,Stamina,Movement,Control.
- Long Range Shot,Cut Inside,Cut Back, Trickery Run,Direct Freekick,Key Passes.

Diatas adalah istilah-istilah basic bagi mengukur statistik pemain.
- Berkekuatan dalam hantaran,melarikan bola dalam kawalan,stamina ampuh,pergerakkan dalam kawalan dan penguasaan dalam kawalan.
- Mempunyai kepakaran sepakan jarak,melakukan penembusan masuk kedalam sebagai pemain sayap,menggunakan kedua dua belah kaki dalam menghadapi pertahanan lawan,larian tipu muslihat,kebolehan sepakan percuma terus dan kunci hantaran penting (hantaran terus atau hantaran gol)

Bagi penulis adalah sukar untuk kita mencari seorang pemain yang mampu beraksi di 3,4 posisi kerana ia berasaskan kemahiran yang sangat tinggi namun Badd bukan sekadar mencuba tetapi menjalankan tugas beliau dengan berjaya.Jaringan-jaringan menarik beliau juga semakin diiktiraf sebagai pakar dan dikenali The Sniper BB7!!

Jumaat, 20 Januari 2017

PERLAWANAN ANTARABANGSA | KENALI KELAB HEBEI CHINA CF

Tanggal 23 January 2017 sekali lagi Persatuan Bola Sepak Kedah akan memahat sejarah tersendiri apabila bertemu pasukan gergasi dari China Hebei China Fortune CF untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di stadium Shah Alam.Walaubagaimanapun perlawanan tersebut diadakan dalam aksi tertutup berikutan permintaan penaja.Kedah bukanlah asing dalam sejarah perlawanan antarabangsa apabila tahun 2008 juga pernah bertemu pasukan gergasi Amerika Selatan Brazil di Stadium Darulaman.

SEJARAH KELAB
Kelab yang hanya ditubuhkan pada 28 May 2010 ini mulanya dikenali Hebei Zhongji hasil kerjasama Persatuan Bola Sepak Hebei dan Hebei Zhongji Group.Perjanjian dicapai menerusi perjanjian 3 juta Yuan (matawang China) untuk setiap musim selama 3 tahun.Mereka mula beraksi dari bawah di Chinese League Two iaitu liga ke-3 mengikut turutan carta liga di China.Pada 2011,perjanjian antara Hebei dan Hebei Zhongji Group telah dtamatkan dengan kumpulan Zhongji Group mengambil alih secara menyeluruh saham pasukan dan membentuk pasukan baru Hebei FA.

Pada January 2015,kelab diambil alih oleh sebuah syarikat industri hartanah China Fortune Land Development secara penuh dan nama kelab sekali lagi bertukar dengan dikenali sebagai Hebei China Fortune CF.Monopoli syarikat gergasi itu telah mengubah lanskap kelab dengan kejayaan apabila berjaya meraih slot ke Liga Utama China (China Super League) pada December 2015.Hebei China terus berkembang aktif dari segi pasaran perpindahan pemain apabila mendapatkan Ezequiel Lavezzi dan Gervinho selain Gael Kalkuta dan Stephane Mbia.Pada September 2016 lalu,kelab berjaya mendapatkan Manuel Pellegrini yang juga bekas jurulatih kelab terkemuka eropah seperti Real Madrid,Malaga CF dan Manchester City.

GAJI TERTINGGI
Dilaporkan Ezequiel Lavezzi merupakan pemain paling tinggi dalam sejarah kelab dengan meraih pendapatan sekitar £493,000 a-week bersamaan £21 juta dolar setahun!!

STADIUM
Qinhuangdao Olympic Sport Center Stadium merupakan stadium rasmi kelab.Stadium berkapasiti 33,000 penonton itu mula dibangunkan pada 2002 sebelum siap sepenuhnya pada 2004.

BUTIRAN OWNER
China Fortune Land Development merupakan syarikat hartanah milik anak watan bernama Wang Wenxue seorang billionaire terkemuka China.Beliau merupakan pemegang saham terbesar didalam syarikat China Fortune Land Development. Dari Januari 2015 sehingga May 2015,syarikat dianggarkan meraih keuntunggan US$1.4 billion.

ANALISIS PENUH PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH | ANALISIS,RATING PEMAIN DAN STATISTIK PERLAWANAN

ANALISIS SEPARUH MASA PERTAMA

- JDT (4-2-3-1) VS KEDAH (4-2-3-1)

Kedah memulakan perlawanan dengan rancak dengan sering berbalas serangan namun lebih banyak dikuasai tuan rumah.Asri Mardzuki acap kali melakukan beberapa kesilapan dan hanya selepas 15 minit,beliau melakukan 4 fouls dan mendapat 1 kad kuning.Kredit kepada Fakri Saarani yang banyak membantu barisan pertahanan terutama posisi Asri.Gandingan Zac dan Syawal cukup ampuh tanpa sebarang kesilapan dalam mengekang Hazwan Bakri.Rizal seperti biasa sangat tenang diposisi bek kanan manakala Akram menunjukkan satu mutu permainan luar biasa dari jangkaan penulis.Beraksi sit deep dan berperanan build up playing sangat cemerlang.Liridon seperti biasa fancy diposisi tengah sehingga menjadi sasaran pemain tuan rumah.Badd/Fakri cemerlang dalam track back namun agak often vulnerable (terdedah) bila Kedah melancarkan serangan.Akibatnya serangan kita mudah dipatahkan.

JDT pimpinan Benjamin Mora tampil dengan agresif dalam perlawanan.Mereka memberi tekanan disetiap sudut dan mematikan langkah key player Liridon dengan beberapa tactical fouls keatas Liridon.Kenapa ia tactical? kerana mereka menyedari Liridon merupakan pencetus Kedah dalam segalanya.Sandro masih banyak berlegar dizon 14 pada babak pertama manakala Akram sedikit kedalam membiarkan Liri free role namun JDT mengasak menerusi Safiq dan Amirul (High Pressing).Alex dan Cabrera sebagai flank untuk JDT dan mereka kerap melakukan penetrate (penembusan) terutama posisi kiri Kedah.Mereka peroleh 5,6 fouls committed oleh pertahanan Kedah.Mereka juga peroleh 2 atau 3 sepakan percuma disebelah kiri Kedah.Kedah gagal settle down.Kedah memperoleh 2 peluang menerusi sepakan percuma.1 Baddrol dan 1 Sandro.Mengenai penalti dibatalkan ia jelas kejadian outside box dan kad kuning kedua untuk S Kunalan adalah tepat.

GOALS JDT (Safiq Rahim)
Ia adalah kesalahan penjaga garisan.Brian sangat jelas melakukan dive dan penjaga garisan gagal mengesan.Ia adalah satu keputusan yang agak mendukacitakan.Safiq tenang melakukan 1 sepakan kearah kanan Hadi untuk gol pertama.

ANALISIS SEPARUH MASA KEDUA

JDT - (4-4-1) VS KEDAH (4-1-2-2-1)

Tan Cheng Hoe mengerah anak buahnya memberi tekanan tahap maksimum dengan JDT cuba membuat middle block (defensive phase) dan meletakkan target Barrales.Sandro dan Liridon bergandingan manakala Ken diapit Badd serta Fakri.Kedah menggunakan center dan hantaran-hantaran menerusi zon half space ke zon 14 selain bantuan Asri dan Rizal mengekuatkan lagi option Kedah dalam menyerang.Ken adakala bertindak dummy runner atau deeplying forward dengan mengumpan center half JDT.Asri lebih baik babak kedua.Lebih tenang dan bersedia,mungkin kurang tekanan selepas Alex keluar.Selepas gol,Tan Cheng Hoe memasukkan Farhan Roslan dan Fitri Omar dan menukar tempo permainan kepada 4-4-2 dengan Badd/Farhan sebagai flank dan Fakri bersama Ken dihadapan.Kedah terus mengancam kubu JDT menerusi cut inside dan penetrate menerusi kiri dan kanan mereka.Namun dari beberapa sudut lain,pemain Kedah agak struggle dengan Plan B tersebut biarpun lebih aggresif offensive.JDT tiada ruang.2 center half Zac dan Syawal ampuh dengan blocking,kemasukkan Khairul Helmi dilihat untuk settle down barisan pertahanan selepas Syawal cedera.Cuma peluang mereka hadir menerusi kesilapan pemain Kedah (Khairul Helmi dan Liridon) sendiri sahaja.

GOALS KEDAH (Baddrol Bakhtiar)
Ia adalah menerusi cut back Liridon sebelum melakukan assist kepada Baddrol yang melakukan satu brilliant strike memecah gawang JDT.

STATS dan RATING
Abdul Hadi Hamid - 8/10
Rizal Ghazali - 7.5/10
Syawal Nordin - 9/10
Zac Anderson - 8/10
Asri Mardzuki - 5/10
Akram Mahinan - 9/10
Liridon Krasniqi - 8.5/10
Sandro Mendonca - 7/10
Baddrol Bakhtiar - 9/10
Fakri Saarani - 8.5/10
Ken Ilso - 6/10

Simpanan masuk (Substitute)
Khairul Helmi - 6/10
Fitri Omar - 5/10
Farhan Roslan - 6/10

STATISTIK PERLAWANAN
Penguasaan Bola : JDT 42% KEDAH 58%
Percubaan Tepat : JDT 2 KEDAH 2
Percubaan : JDT 6 KEDAH 5
Sepakan Sudut : JDT 5 KEDAH 4
Kesalahan : JDT 21 KEDAH 15
Offside : JDT 1 KEDAH 3

MOTM (Pemain Terbaik Pilihan Penulis)

- Baddrol Bakhtiar

Khamis, 19 Januari 2017

PREVIEW PIALA SUMBANGSIH 2017 | SIAPA BAKAL JUARA?

Juara Liga Super dan Piala FA pasukan JDT akan melayan kunjungan Juara Piala Malaysia pasukan Kedah malam ini bagi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih 2017 yang juga edisi ke-33 kejohanan.Perlawanan ini juga pembuka tirai bagi Liga Malaysia 2017.

TEAM NEWS
(JDT)
- JDT agak aktif pada pasaran perpindahan dengan beberapa muka baru dimasukkan dan beberapa muka lama berhijrah kepasukan baru.Antaranya pemenang anugerah MVP award Ahmad Hazwan Bakri selain Safawi Rashid.
- Import,JDT telah merekrut Barrales dan Ferreira untuk mengisi kekosongan Perreyra Diaz dan Martin Lucero.
- Benjamin Mora kini dilantik 'caretaker' mengisi kerusi panas ditinggalkan Mario Gomez.Ia akan menjadi first debut buat Mora dan expectations tinggi dari peminat setia JDT.
- JDT dapat membariskan barisan terkuat mereka malam ini disebalik penghijrahan beberapa nama besar seperti Safee Sali,Amri Yahya,Nazrin Nawi.

(KEDAH)
- Kedah mengekalkan 2 tenaga import iaitu Liridon Krasniqi dan Sandro Mendonca selain kehadiran Zachary Michael Anderson dari Australia dan Ken Ilso Larsen dari Denmark bagi mengekuatkan cabaran musim ini.
- Juara Piala Malaysia ini turut merekrut 2 tonggak promising player seperti Akram Mahinan dan Fitri Omar mengisi kekosongan Amar Rohidan dan Azmeer Yusuf.
- Ariff Farhan,Syazwan Tajuddin dan Syazwan Zainon masih 50/50.Ujian terakhir penentu sama ada mereka cergas atau tidak untuk beraksi.

KEY BATTLE
(LIRIDON KRASNIQI vs SAFIQ RAHIM)

- Liridon dijangka kekal berpasangan bersama Amirul Hisyam untuk jentera tengah Kedah manakala Safiq Rahim dijangka mengemudi tengah bersama Cabrera.
- Liridon gemar lay offs dan skillful dalam pergerakkan.Kekuatan beliau pada through passes dan key passes.Kehadiran Sandro dijangka mengekuatkan lagi zon 14 Kedah.
- Safiq seorang yang tenang dalam apa jua situasi.Antara pemain tengah terbaik Malaysia,Safiq gemar berada di dangerous opposition lawan dan bermain wall passes.
- Kekuatan Safiq adalah direct freekick selain through passes antara kunci permainan beliau.

BOTH STATS
- Kedua dua pasukan menamatkan 6 perlawanan terakhir musim lalu dengan kemenangan.
- Kedah muncul pasukan pertama dan antara 2 pasukan yang menewaskan JDT musim lalu selain Perak.
- JDT masih kebal di Larkin dengan merekodkan 51 perlawanan tanpa tewas.
- Kali terakhir Kedah menang di Larkin pada 2011 untuk saingan Liga Super.Selepas itu kesemuanya dimenangi oleh JDT.

HONOURS
- Kedua dua pasukan mengumpul 2 kejuaraan Sumbangsih.

JDT (2015,2016)
KEDAH (1991,1994)

PREVIEW PERLAWANAN | SIAPA JUARA?

Juara Liga Super dan Piala FA pasukan JDT akan melayan kunjungan Juara Piala Malaysia pasukan Kedah malam ini bagi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih 2017 yang juga edisi ke-33 kejohanan.Perlawanan ini juga pembuka tirai bagi Liga Malaysia 2017.

TEAM NEWS
(JDT)
- JDT agak aktif pada pasaran perpindahan dengan beberapa muka baru dimasukkan dan beberapa muka lama berhijrah kepasukan baru.Antaranya pemenang anugerah MVP award Ahmad Hazwan Bakri selain Safawi Rashid.
- Import,JDT telah merekrut Barrales dan Ferreira untuk mengisi kekosongan Perreyra Diaz dan Martin Lucero.
- Benjamin Mora kini dilantik 'caretaker' mengisi kerusi panas ditinggalkan Mario Gomez.Ia akan menjadi first debut buat Mora dan expectations tinggi dari peminat setia JDT.
- JDT dapat membariskan barisan terkuat mereka malam ini disebalik penghijrahan beberapa nama besar seperti Safee Sali,Amri Yahya,Nazrin Nawi.

(KEDAH)
- Kedah mengekalkan 2 tenaga import iaitu Liridon Krasniqi dan Sandro Mendonca selain kehadiran Zachary Michael Anderson dari Australia dan Ken Ilso Larsen dari Denmark bagi mengekuatkan cabaran musim ini.
- Juara Piala Malaysia ini turut merekrut 2 tonggak promising player seperti Akram Mahinan dan Fitri Omar mengisi kekosongan Amar Rohidan dan Azmeer Yusuf.
- Ariff Farhan,Syazwan Tajuddin dan Syazwan Zainon masih 50/50.Ujian terakhir penentu sama ada mereka cergas atau tidak untuk beraksi.

KEY BATTLE
(LIRIDON KRASNIQI vs SAFIQ RAHIM)

- Liridon dijangka kekal berpasangan bersama Amirul Hisyam untuk jentera tengah Kedah manakala Safiq Rahim dijangka mengemudi tengah bersama Cabrera.
- Liridon gemar lay offs dan skillful dalam pergerakkan.Kekuatan beliau pada through passes dan key passes.Kehadiran Sandro dijangka mengekuatkan lagi zon 14 Kedah.
- Safiq seorang yang tenang dalam apa jua situasi.Antara pemain tengah terbaik Malaysia,Safiq gemar berada di dangerous opposition lawan dan bermain wall passes.
- Kekuatan Safiq adalah direct freekick selain through passes antara kunci permainan beliau.

BOTH STATS
- Kedua dua pasukan menamatkan 6 perlawanan terakhir musim lalu dengan kemenangan.
- Kedah muncul pasukan pertama dan antara 2 pasukan yang menewaskan JDT musim lalu selain Perak.
- JDT masih kebal di Larkin dengan merekodkan 51 perlawanan tanpa tewas.
- Kali terakhir Kedah menang di Larkin pada 2011 untuk saingan Liga Super.Selepas itu kesemuanya dimenangi oleh JDT.

HONOURS
- Kedua dua pasukan mengumpul 2 kejuaraan Sumbangsih.

JDT (2015,2016)
KEDAH (1991,1994)

Sabtu, 14 Januari 2017

ZACHARY ANDERSON | INFO PEMAIN KE-4 KEDAH

ZACHARY MICHAEL ANDERSON | BIOGRAPHY and STATS

Pemain berusia 25 tahun ini memulakan karier pada usia 18 tahun bersama kelab Gold Coast United di A-League.Dalam pengalaman 3 tahun bersama Gold Cost United,Zac membuat 17 penampilan sebelum menyertai Central Coast yang juga beraksi di A-League.Zac mencapai prestasi terbaik di kelab Central Coast dengan membuat 81 penampilan untuk semua kejohanan termasuk ACL (Asia Champion League).3 musim di Central Coast, Zac menyertai Sydney FC.Membuat 9 penampilan termasuk dipentas ACL.Musim lalu,Zac menyertai pasukan division satu,Emirates Club Liga UAE (UAE Arabian Gulf League) namun hanya membuat 5 penampilan sejak menyarung jersi kelab itu pada 1 Julai 2016.Perlawanan terakhir beliau adalah pada 14/10/2016.

Sepanjang 7 musim di A-League dan semusim di UAE League, Zac menjaringkan 2 gol.Ketika Zac beraksi pasukan beliau 15 MENANG,10 SERI dan 29 KALAH (Hanya statistik Zac sebagai starting.Tidak termasuk Zac sebagai pemain gantian)

STATS

Gold Coast United (2009-2012)
Perlawanan : 17 (1530 minit)
Gol : 1 gol

Central Coast (2012-2015)
Perlawanan : 81(7290 minit)
Gol : 1 gol

Sydney FC (2015/2016)
Perlawanan : 9 (810 minit)
Gol : -

Emirates Club (2016/2017)
Perlawanan : 5 (450 minit)
Gol : -