Khamis, 2 November 2017

PREVIU PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA | KEDAH vs JDT

Perlawanan Akhir Piala Malaysia edisi ke 91 semakin hampir ke kemuncak untuk pertembungan paling dinantikan diantara Kedah bertemu JDT di Shah Alam.Kami sediakan previu ringkas menjelang pertemuan ini.

RINGKASAN PENCAPAIAN PASUKAN
Juara Piala Sumbangsih dan Piala FA.Pencapaian pasukan Kedah musim 2017 boleh dibanggakan selepas 2 musim kembali ke kancah elit bola sepak Malaysia.Biarpun gelora melanda kem pasukan,Kedah yang menang 2 gelaran menerusi 2 pengendali berbeza tetap berjaya untuk konsisten secara keseluruhan iaitu pencabar kejuaraan.Di Liga,Kedah mungkin mensia-siakan peluang untuk sekurang kurangnya bergelar naib juara namun menempah slot final Piala Malaysia dilihat sedikit sebanyak menutup aksi struggle pasukan dalam Liga Super.

JDT muncul juara Liga Super buat kali ke-4 berturut turut.Mereka juga berkata mereka adalah raja bolasepak di Malaysia.Namun tidak boleh dinafikan mereka juga mendambakan Piala Malaysia kerana ia sudah sinonim dan mempunyai nilai sentimental bagi peminat tempatan.Untuk 2017,JDT kebal di Larkin namun Kedah adalah satu satunya lawan yang tidak mampu mereka tewaskan setakat ini.

HEAD TO HEAD (6 PERLAWANAN)
Dalam 6 perlawanan melibatkan Kedah dan JDT,Kedah tewas 2 kali,seri 3 kali dan menang 1 kali.

LIGA SUPER 2017
- Kedah 0 JDT 0
- JDT 1 Kedah 1

PIALA FA 2016
- JDT 3 Kedah 1
- Kedah 2 JDT 1

LIGA SUPER 2016
- JDT 5 Kedah 0
- Kedah 1 JDT 1

BERITA PASUKAN
- Kedah dijangka menurunkan barisan terkuat untuk aksi terakhir ini dengan kehadiran semula 7 pemain utama mereka.Cemerlang menyekat JDT pada perlawanan terakhir Liga,NA sudah pasti ada ramuan terbaik dilengkapi skuad dalam keadaan terbaik.

Ramalan = 4-2-3-1
(Ifwat,Rizal,Zac,Keon,Fitri,Amirul,Liridon,Sandro,Baddrol,Syazwan,Ken Ilso)

- JDT juga dijangka menurunkan pemain terbaik mereka kecuali Marcos Antonio.Ulisses Morais mempunyai banyak option dalam kesebelasan dan beliau juga sering mempunyai 2 atau 3 plan dalam 1 perlawanan seperti 4-3-3,3-4-3,3-3-4 atau 4-2-4

Ramalan = 4-3-3
(Izham,Kunalan,Junior Estadal,Fadhli Shas,Fazly Mazlan,Afiq Fazail,Safiq Rahim,Naxto Insa,Gabby Guerra,Cabrerra dan Ghaddar)

PIALA MALAYSIA EDISI KE 91
Disebalik masalah melanda pasukan seperti isu pengagihan tiket selain isu lesen pasukan,isu perpindahan pemain,isu ketua jurulatih dan sebagainya,pemain pasukan Kedah membuktikan mereka mampu mengetepikan segala konflik dengan tenang.Agak struggle dalam pusingan Liga Super,Kedah masih boleh berbangga dengan 2 kejuaraan musim ini selain 3 kali berturut turut kepentas akhir Piala Malaysia.Ayuh Kedah,kita bersama sama sekali lagi melakar kejayaan menentang pasukan yang mengelar diri mereka Raja Bola Sepak Malaysia!!

Ahad, 15 Oktober 2017

LAPORAN SEPARUH AKHIR (1) PIALA MALAYSIA | FELDA BANGKIT IKAT KEDAH

Perlawanan Separuh Akhir pertama malam tadi menyaksikan Kedah diikat Felda United diminit akhir perlawanan namun Kedah lebih positif dengan keputusan ini kerana membawa bekalan 1 gol ditempat lawan yang amat berharga.Ikuti laporan perlawanan dari kami.

LINEUP PASUKAN
Kedah seperti dijangkakan menurunkan kesebelasan terbaik dengan formasi 4-2-3-1 manakala Felda United menampilkan formasi 4-3-3 diawal perlawanan.

BABAK PERTAMA YANG BERHATI HATI
Kedua dua pasukan amat berhati hati dalam fasa pertama.Kedah seperti kebiasaan mengatur gerakan-gerakan melalui kekuatan di circle middle diketuai Liridon Krasniqi dan Sandro.Amirul Hisyam sebagai NO6 atau lone pivot sentiasa memberi shielding yang baik ketika Kedah menyerang.Penulis seringkali berkata,Sandro akan bergandingan bersama Liridon untuk membentuk sistem Double NO8.Rangkaian ini menjadikan pergerakkan aliran Kedah 4-1-4-1 ketika mengasak.Menyedari lawan berdisplin dalam menahan asakan,Kedah menggunakan bahagian sayap sebagai modus operandi serangan.Syazwan Zainon dan Baddrol Bakhtiar beraksi lebih flexible dan berlegar-legar di halfspace menerima hantaran.Pada babak pertama juga,2 ofensif bek sisi Kedah kerap membantu serangan.Kekerapan duo bek sisi ini naik amat baik dari sudut membantu serangan tetapi sedikit berbahaya terutama ketika lawan counter-attack.Mobiliti drive up dan down mereka tidak seimbang babak pertama.Backline Kedah agak exposed dikiri dan kanan,lambat closing down.Pujian kepada Khairul Helmi dan Zac Anderson yang tenang mematahkan serangan lawan.Penerapan zonal-marking juga tampak berkesan dengan baik.Ken Ilso mendapat 2 peluang terbaik namun ketangkasan penjaga gol lawan menafikan usaha Kedah.

Dikem Felda,mereka tampil sangat berdisplin pada babak permainan.Seperti Kedah,kaedah mereka juga bertunjangkan bahagian sayap sebagai titik fokal mereka.Wan Zac Haikal dan Ifeduyo adalah pemain sayap lincah.Thiago lebih kepada floating NO9 yang berlegar legar luar dari zon 17 atau zon 14.Berbanding Kedah,Felda nyata bermain low tempo pada babak pertama.Menerapkan tight man-marking dibackline,3 midfield mereka pula lebih selesa menunggu Kedah menyerang dan pressure ketika bola masuk ke poket zon.Mereka akan cuba mengecilkan space final third Kedah,mengeluarkan bola kesisi dan melakukan hantaran jarak.Sesekali mereka mengatur gerakan menerusi hantaran long range ke sidelines dan bermain wide dalam memburu gol.

BABAK KEDUA.KEDAH,FELDA MENINGKATKAN INTENSITI
Memasuki babak kedua,Felda terlebih dahulu membuat tactical tweaks dengan kemasukan Norsharul Idlan Talaha.Ini menjadikan mereka beraksi 4-4-2 fasa kedua.Perlawanan lebih pantas disajikan menerusi gerakan Kedah lebih kemas dan pantas (Fluiditi pasukan mula lancar).Serangan menerusi kiri dan kanan dilakukan manakala bahagian yang terdedah diperbaiki.Rizal dan Fitri lebih displin bertahan pada babak kedua.Pergerakan serangan Kedah menerusi byline memberi banyak masalah kepada lawan.Menggunakan pace yang ada,Syazwan menghasilkan 1 curling menarik dan menjadi watak kepada pasukan mendapatkan gol menerusi sepakan penalti disudahkan Sandro.

Felda tampak buntu dalam cubaan melancarkan serang balas,usaha mereka melalui bahagian sayap seringkali dipatahkan dengan baik oleh Rizal dan Fitri walaupun beberapa kali Kedah terpaksa melakukan tactical fouls.Set piece demi set piece mereka akhirnya membuahkan hasil,sepakan penjuru Wan Zack Haikal sangat baik sebelum pemain gantian Hadin menanduk tepat.Kedah agak leka disitu kerana jika kita perhatikan,sepakan penjuru Felda kesemuanya mencari far post sebagai sasaran dan sedikit sahaja kecuaian kita membawa padah.

OVERALL PERFORMANCE
Kedah sebenarnya beraksi jauh lebih baik berbanding aksi di Kuching lalu.Bermula dengan backline pasukan,sistem zonal marking pasukan lebih tersusun rapi dan lebih bersedia.Penulis melihat backline antara faktor pasukan memperoleh keputusan positif malam tadi.Selepas agak terdedah babak pertama,percaturan NA mahukan Rizal dan Fitri maintain positioning amat berhasil.Wan Zack dan Ifeduyo dikunci rapi.Dibahagian tengah,Kedah juga beraksi baik namun kurang kreativiti dihasilkan.Mungkin tempo terganggu dengan sikap mentality sesetengah pemain namun secara keseluruhan masih baik.Bahagian sayap cuba memberi servis kepada Ken Ilso melalui gerakan crossing dan cut back namun boleh dipertingkan lagi.Ken agak isolated babak pertama walaupun ada 2 tembakan tepat dihasilkan.Penulis yakin,jika Double NO8 Kedah lebih kreatif generate serangan,Ken mampu memberi sesuatu kepada pasukan.Puncanya mudah,dia adalah goal poacher.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Syazwan Zainon

KESIMPULAN
Kedah mencapai 2 objektif utama dalam perlawanan semalam.
1- Mendapatkan away goal
2- Tidak tewas
Justeru,kita tidak perlu terlalu kecewa (kecuali react Liridon menyepak bola) kerana kita mencapai misi penting iaitu away goal.Kedah lebih berpeluang pada aksi timbal balik nanti namun masih perlu waspada ancaman lawan.Felda tiada option lain selain terpaksa 'membuka' kembali perlawanan dengan WAJIB menjaringkan gol nanti.Sudah tentu tekanan lebih kepada Felda berbanding Kedah.Harus kita ingat,ini KNOCKOUT STAGE.Apa saja advantage yang kita ada,kita akan gunakan sebagai senjata ke final.

Ayuh Kedah,kita muktamadkan 90 minit lagi di Darulaman.

Jumaat, 13 Oktober 2017

PREVIU SEPARUH AKHIR (1) PIALA MALAYSIA | FELDA vs KEDAH

SEPARUH AKHIR (1) | FELDA UNITED vs KEDAH FA

Selepas pertemuan 20/9/2017 bertemu Kedah,pasukan Felda United terus melangkah bergaya dalam 2 perlawanan.Menang 4-1 keatas PKNP FC dan menang 3-2 keatas JDT FC.Kedah pula mencatat kemenangan 1-0 keatas Selangor dan tewas 2-4 kepada Sarawak.Kita imbas sedikit H2H Felda-Kedah menjelang sepak mula malam esok.
_________
Kali terakhir Kedah mencatat kemenangan dilaman Felda adalah pada 06/06/2011 (6 tahun lalu).Ini pula berdasarkan 5 rekod kesemua pertemuan di Felda.

Felda United (1) Kedah (1)
Felda United (2) Kedah (0)
Felda United (2) Kedah (2)
Felda United (1) Kedah (0)
Felda United (2) Kedah (0)

*Kedah mencatat 2 seri dan 3 tewas

Bagi 5 rekod perlawanan terakhir kedua-dua pasukan dikedua-dua venue

Kedah (1) Felda United (3) | Darulaman
Felda United (1) Kedah (1) | Jengka
Kedah (1) Felda United (0) | Darulaman
Felda United (2) Kedah (0) | Jengka
Kedah (2) Felda United (1) | Darulaman

*Kedah menang 2,seri 1 dan tewas 2 perlawanan.
___________
Prestasi Semasa 5 perlawanan
Kedah - WWLWL
Menang - 3
Seri - Tiada
Kalah - 2
Gol - 9 gol
Bolos - 9 bolos

Felda United - LLWWW
Menang - 3
Seri - Tiada
Kalah - 2
Gol - 12 gol
Bolos - 9 bolos
_________
Trivia Penyerang Tumpuan
- Ken Ilso Larsen telah meledak 26 gol
- Merupakan Top Goalscorers Piala FA
- Hat-trick (1)

- Thiago Augusto telah meledak 15 gol
- Rekod terbaik 15 perlawanan 15 gol (Liga Super)
- Hat-trick (3)

#SemiFinale1 #FeldaKedah

Selasa, 26 September 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER KE 21 | SARAWAK vs KEDAH

Perlawanan Liga Super diteruskan untuk aksi ke-21 malam esok.Kedah berkunjung ke Stadium Utama Negeri,Kuching bertemu Sarawak.Kedua dua pasukan ternyata dalam misi tersendiri,Kedah cuba kembali bangkit merampas kedudukan ke-2 terbaik manakala Sarawak mengelak zon penyingkiran.

PREVIU PERLAWANAN
Head To Head Statik

Dalam 5 kunjungan terakhir pasukan Kedah,penulis simpulkan ia adalah tight battle untuk pasukan.Ini rekod 5 perlawanan di Stadium Utama Negeri,Kuching.
- 2 Menang
- 1 Seri
- 2 Kalah

Bagi catatan 10 perlawanan terakhir kedua dua pasukan pula,Kedah mencatat rekod agak baik berhadapan Sarawak.
- Kedah menang 6 pertemuan
- Sarawak menang 1 pertemuan
- Kedua dua pasukan seri 3 pertemuan

PRESTASI SEMASA (5 PERLAWANAN)
Kedah FA - KMMKM
Sarawak FA - KMMSK

PENJARING UTAMA PASUKAN
Kedah FA - Ken Ilso Larsen (25 gol)
Sarawak FA - Mateo Roskam (11 gol)

Perlawanan ini mungkin menjadi pemanas badan untuk Kedah menjelang aksi penting bertemu Felda dan bagi Sarawak,ia adalah misi hidup mati mengelak dari tersingkir ke Liga Perdana.

Ahad, 24 September 2017

LAPORAN PERLAWANAN SUKU AKHIR (2) PIALA MALAYSIA | KEDAH LAYAK KE SEPARUH AKHIR

Juara bertahan,Kedah berjaya layak ke Separuh Akhir selepas menang 1-0 keatas Selangor malam tadi.Kejayaan manis ini sekaligus kejayaan ke-4 berturut-turut Kedah dalam last four kejohanan Piala Malaysia.Ikuti sedikit sorotan laporan yang kami sediakan.

Kedah yang kembali diperkuat 7 pemain utama pasukan selepas mereka direhatkan pada perlawanan liga lalu.Nyata kehadiran mereka jelas mengubah permainan Kedah yang tampak lebih tersusun rapi berbanding perlawanan lalu.Kedah seperti biasa turun dengan 4-2-3-1 sebelum transisi bertukar 4-1-4-1.

Selangor pula masih mengekalkan formasi 3-5-2 pada awal permulaan.P Maniam lebih rela merehatkan Andik Virmansyah kerana mereka tidak bermain menggunakan pemain sayap atau penyerang sisi.

PERMAINAN INTENSITI TINGGI DIPAMERKAN
Jika dilihat dari sudut teknikal dan taktikal,kedua dua cukup ghairah memulakan permainan seperti diramalkan.Kedah cuba overloaded poket zon dengan gerakan dimulakan dari Liridon.Sandro merupakan penyambung atau penghubung dalam serangan Kedah.Kedah mungkin kurang flexible dalam mobiliti pemain namun dari sudut hantaran-hantaran Kedah lebih perfect berdasarkan accuracy passing berbanding Selangor.

Selangor bergerak lebih flexible berbanding Kedah.Dalam fasa serangan,mereka menukar transisi 3-4-3 dengan Amri akan segera mengisi halfspace.Rufino lebih kepada floating no9 pada babak pertama.Kelemahan pada sistem flexible ini adalah anda akan membuka space kepada lawan.Selangor terlalu exposed pada babak ini.Wingback mereka tidak lancar dan panik ketika closing down.

Perlawanan berlangsung pantas dengan Kedah menerapkan pressuring tinggi ketika Selangor menguasai bola.Ia menyebabkan Selangor terpaksa tergesa gesa melakukan hantaran.Kedah pula lebih selesa mencari pin point dalam hantaran.Sandro dan Liridon adalah pemain yang melakukan touches tertinggi bagi pasukan menunjukkan kombinasi mereka sebagai Box To Box menyerlah.Dibahagian pertahanan,Kedah seperti biasa menerapkan zonal-marking.Pujian kepada Fitri dan Rizal cukup efektif membantu serangan atau closing down.

Tidak banyak untuk diperkatakan mengenai gol pasukan Kedah melalui sepakan penalti.Situasi yang jelas selepas Ken Ilso dijatuhkan walaupun pada awal pengadil mengatakan ia hanya freekick sebelum menerima isyarat pembantu pengadil untuk mengesahkan bahawa ia sepakan penalti.Sandro yang merupakan penalti taker bagi Kedah tidak mengecewakan dengan satu rembatan padu.Possession bagi babak pertama penulis simpulkan - 50/50.

KEDAH KOMPAK DISETIAP POSISI,SELANGOR AGAK TERTEKAN
Dalam perlawanan semalam,Kedah beraksi sangat baik dan boleh simpulkan setiap posisi menjalankan tugas dengan baik.Ada beberapa part agak miscommunication sedikit tapi overall agak baik.Kemasukkan 2 speedy wingers bermakna Kedah sudah menukar tempo perlawanan.Kedah lebih selesa sit deep dan menggunakan kepantasan substitute dalam mengancam Selangor.

Selangor agak tertekan sejak wisel babak kedua berlangsung.Beberapa tactical fouls terpaksa dilakukan untuk menghalang Kedah menambah gol dalam usaha mereka merapatkan defisit.Percubaan mereka mengandingkan Rufino dan Doe sebagai NO9 berkembar juga tampak buntu biarpun ada peluang terhasil.Possession babak kedua penulis simpulkan 45/55.

IFWAT BUKTIKAN STATUS NO1
Ifwat Akmal membuktikan kenapa beliau adalah No1 goalkeeper bagi pasukan Kedah.Apabila berhadapan detik cemas atau crucial moment,Ifwat tetap tenang.Positioning beliau sangat baik malah reflect ditunjukkan sangat baik.No doubt beliau adalah terbaik ketika ini.

LAST FOUR IN THE FOURTH SEASON IN A ROW
Luar biasa.Kedah adalah pasukan kedua melakukannya selepas era Perak pada awal tahun 2000-2003.Sejak tahun 2014,Kedah menempatkan diri dalam 4 pasukan elit setiap tahun untuk kejohanan Piala Malaysia.Tahniah Kedah..kita bangkit bersama

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN
- Liridon Krasniqi

Nota - Penulis memohon maaf sekiranya ada beberapa fakta ada kesilapan kerana ia berdasarkan tontonan live streaming.

Jumaat, 22 September 2017

PREVIU SUKU AKHIR (2) PIALA MALAYSIA | KEDAH vs SELANGOR

Melangkah atau tersingkir.Kedah akan melayan kunjungan Selangor pada perlawanan Suku Akhir (2) pada Ahad untuk merebut slot Separuh Akhir.Diatas kertas,pasukan Kedah lebih berpeluang selepas menang aksi pertama 3-2 manakala Selangor perlu menang 2-0 atau 3-1 dalam menidakkan kemaraan Kedah.Ikuti sedikit previu perlawanan dari kami.

PEMAIN UTAMA PASUKAN KEMBALI
Kedua dua pasukan mengambil pendekatan sama iaitu merehatkan khidmat beberapa pemain utama (core players) menjelang aksi clasico kedua nanti.Dari percaturan itu,Kedah dan Selangor tewas pada perlawanan Liga Super ke-20 baru-baru ini.Kedah dikejutkan Felda United manakala Selangor tumbang kepada Pkns Fc.Penulis menjangkakan kedua dua pasukan pasti sudah memiliki barisan terbaik menjelang sepak mula dengan drama panas turut dijangka berlaku sepanjang 90 minit.

KEDUA PASUKAN KLINIKAL DEPAN GOL
Isu ini sengaja penulis highlightkan kerana sejak Julai sehingga kini,kedua dua pasukan tidak pernah gagal mencetak gol baik dilaman lawan atau laman sendiri.Ia fakta sangat menarik kerana kedua pasukan sudah pasti akan menampilkan aksi dalam intensiti tinggi semasa perlawanan nanti.

MELANGKAH ATAU TERSINGKIR
Kedua dua pasukan sudah pasti mensasarkan pencapaian tertinggi dalam kejohanan kali ini selepas mereka merupakan finalis 2 musim berturut-turut.Selangor juara edisi 2015 manakala Kedah edisi 2016.Pada penulis pasukan yang mrngurangkan kesilapan adalah pemenang pada perlawanan nanti.Kedah boleh belajar sesuatu dari kekalahan terbaru lalu apabila terlalu banyak silly error dan beberapa posisi dilihat 'mati' dan tak berfungsi.Bagi Selangor,mereka pasti akan all-out untuk perlawanan kedua ini kerana mereka perlukan gol.Mereka juga mempelajari sesuatu yang Kedah juga boleh bolos 3 gol dilaman sendiri buktinya Felda sudah lakukan.

Ayuh bangkit Hijau Kuning..selamat berjuang..

Selasa, 19 September 2017

TRIBUTE TO TAF9 | MENGAMIT MEMORI THIAGO BERSAMA KEDAH

Pada Julai 2016,Persatuan Bola Sepak Kedah - KFA mendapatkan khidmat 2 tonggak import untuk saingan pusingan ke-2 Liga Malaysia.Mereka adalah Shane Edward Smeltz dan Thiago Augusto bagi mengantikan khidmat Sandro (tidak didaftar) dan Carlos Kahe (terminated).

Thiago Augusto adalah penyerang Felda United ketika itu namun beliau diketepikan dari skuad utama The Fighters menjelang musim baru 2016 selepas ditimpa kecederaan panjang ACL sebelum sepak mula liga.Bermulanya musim juga,nama beliau tidak didaftarkan sebagai pemain utama pasukan namun masih memiliki kontrak bersama kelab berpengkalan di Jengka itu.

Thiago Augusto akhirnya dilepaskan secara pinjaman oleh Felda kepada Kedah pada Julai selepas kedua-dua persatuan mencapai kata sepakat.Dalam perjanjian itu juga,Kedah turut melakukan sistem swap dengan Fakri Saarani telah menyertai Felda United sehingga penghujung musim 2016.

DEBUT ACTION
Bermula perlawanan bertemu Sarawak FA di Stadium Darulaman,Thiago pantas mencuri tumpuan 35,000 penyokong setia Hijau Kuning dengan meledak gol kemenangan Kedah keatas Sarawak dalam perlawanan pembukaan TM Piala Malaysia.Pada perlawanan tersebut,Kedah menang 4-3 dalam aksi thriller di Darulaman.

BANTU KEDAH MENANG PIALA MALAYSIA
Thiago merupakan tonggak utama Tan Cheng Hoe dalam skuad yang muncul juara Piala Malaysia 2016 malah beliau merupakan penjaring gol kemenangan pada aksi Separuh Akhir pertama keatas PDRM FA.Dimedan perlawanan akhir,Thiago digandingan bersama Shane Smeltz dalam formasi 4-4-2 namun Thiago kurang menyerlah pada perlawanan itu dan dikeluarkan pada babak kedua.

Dari Julai sehingga Oktober,Thiago membantu Kedah dengan menjaringkan 9 gol secara keseluruhan half season bersama Kedah.

Terima Kasih TAF9..Biar Jasa Jadi Kenangan

Isnin, 18 September 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER KE 20 | KEDAH vs FELDA UNITED

Perlawanan Liga Super kembali bersambung pertengahan minggu ini dengan kini perebutan tangga ke-2 selaku naib juara menjadi tumpuan.Berbaki 3 perlawanan,Kedah ditangga ke-2 namun hanya dibezakan 1 mata bersama Pahang ditempat ke-3.Perlawanan ke-20 menyaksikan Kedah akan melayan kunjungan Felda United di Darulaman,Alor Setar.Ikuti previu perlawanan disediakan kami.

H2H STATISTIK
- Berdasarkan musim 2017,Kedah dan Felda telah bertemu sekali iaitu pada 4 Februari lalu di Stadium Jengka dengan perlawanan berkesudahan seri 1-1.Menerusi 5 perlawanan terdahulu diantara kedua dua pasukan,Kedah mempunyai rekod lebih baik berbanding Felda dengan meraih 2 menang,2 seri dan 1 tewas.

Felda United (1) Kedah (1)
Kedah (1) Felda United (0)
Felda United (2) Kedah (0)
Kedah (2) Felda United (1)
Felda United (2) Kedah (2)

BERITA PASUKAN
- Kedah mendapat tonik terbaik selepas mencatat kemenangan Jumaat lalu selepas mengatasi Selangor ditempat lawan untuk Suku Akhir (1) Piala Malaysia.Berbekalkan motivasi tinggi ditambah faktor kecergasaan pemain,Kedah mempunyai pilihan besar untuk perlawanan ini.Ketua jurulatih,Nidzam Adzha boleh merombak skuad selepas 2 aksi terakhir beliau mengunakan 18 pemain berbeza dalam pasukan Kedah.

- B.Sathianathan pasti runsing selepas 3 aksi terakhir mereka,Felda gagal mencatat kemenangan.Felda juga tewas pada Suku Akhir (1) lalu ditangan pasukan Liga Perdana.Diperingkat Liga Super juga,Felda juga tidak mempunyai tugasan khusus lagi selepas terkeluar persaingan mencabar kelompok 2 terbaik.Berkemungkinan juga mereka merehatkan tonggak utama untuk perlawanan ini.

PRESTASI SEMASA
- Seperti penulis nyatakan diatas,Kedah kembali bertenaga selepas Liga bersambung menerusi 2 kemenangan berbanding Felda masih mencari rentak tersendiri.Ini rekod prestasi semasa mereka.

KEDAH - M-M-K-M-M
FELDA - M-M-S-K-K

PEMAIN TUMPUAN
- Dikem Kedah,penulis meramalkan Sandro mungkin menjadi taruhan menjana serangan Kedah.Sangat efektif dalam serangan pasukan,Sandro merupakan senjata utama Kedah merangka plan pasukan.Berkemungkinan besar,Kedah mungkin memberi peluang beberapa pemain simpanan yang cergas.

- Dikem Felda,ayam tambatan mereka,Thiago Augusto menjadi taruhan mereka merobek kubu Kedah.12 gol serta 3 jaringan hatrick pada Julai membuktikan ketajaman bekas pengempur Kedah ini.

STRATEGI KEMUNGKINAN
- Nidzam Adzha dijangka mengekalkan formasi 4-2-3-1.Dibahagian tengah,sekiranya Liridon Krasniqi direhatkan,gandingan Amirul Hisyam dan Akram Mahinan mungkin dipertaruhkan bersama Sandro.Fakri Saarani dan Syafiq Ahmad dijangka diturunkan selepas kedua-dua tidak beraksi perlawanan lalu.2 pemain yang cemerlang ketika Kedah menewakan Kelantan,Syazuan Hazani dan Osman Yusoff mungkin advance kepada pasukan sekiranya pemain utama direhatkan.

Ramalan Penulis - 4-2-3-1

- B.Stahianathan pasti mahu mempelbagaikan mobiliti pasukan mereka selepas tewas 2 perlawanan terakhir.Stahianathan gemar menggunakan 4-2-3-1 dalam transisi pasukan sebelum ke 4-3-3.

Ramalan Penulis - 4-2-3-1

MENJELANG SEPAK MULA
- Kedah perlu meneruskan momentum kemenangan bagi mencerahkan peluang bergelar naib juara Liga Super.3 perlawanan dengan 2 dilaman sendiri merupakan kelebihan buat Helang Merah.

Jumaat, 15 September 2017

LAPORAN PERLAWANAN SUKU AKHIR (1) PIALA MALAYSIA | KEDAH BAWA BEKALAN SELESA KE DARULAMAN

Kedah berjaya membawa bekalan berharga menjelang aksi timbal balik selepas membenam cabaran musuh tradisi Selangor 3-2 di Stadium MP Selayang malam tadi.2 gol Ken Ilso Larsen dan 1 gol dari Syazwan Zainon mencerahkan laluan juara bertahan itu untuk ke slot separuh akhir.Ikuti sorotan laporan perlawanan disediakan kami.

PERMULAAN
- Kedah kembali membariskan kesebelasan terbaik skuad mereka selepas 5 dari 7 pemain kebangsaan dalam starting.Turun dengan formasi 4-2-3-1 pada awal permainan.
- Selangor kembali membariskan Khairul Azhan selaku penjaga gol utama namun merehatkan Andik Virmansyah.P Maniam mempertaruhkan 3-5-2 pada awal permainan.

KEDAH HIGH TEMPO,SELANGOR GAGAL SETTLE DOWN
- Jika dinilai persembahan Kedah,ianya persembahan mirip perlawanan akhir Piala FA dimana Kedah sangat dominan pada babak pertama.Kita boleh melihat fasa 15-20 minit pertama,Kedah mengawal pace permainan secara total berbanding lawan yang gagal mencari rentak.Selain fluiditi pasukan melalui penguasaan middle third,stabiliti pasukan sangat tersusun baik.Sistem build up pasukan yang mengatur serangan sangat berkesan.Pergerakkan pemain sangat lancar walaupun lawan menerapkan robust playing peringkat awal untuk disrupt tumpuan key player Liridon dan Sandro.Mereka cuba meletakkan 2 DM type destroyer untuk man marking duo Kedah dan mengakibatkan Amri Yahya berseorangan support ofensif mereka.Boleh penulis simpulkan Rufino dan Forkey Doe isolated dan hilang pada babak ini.

Dalam masa 5 minit,3 tactical fouls dilakukan lawan menunjukkan mereka terlalu fokus menganggu permainan Kedah sebaliknya Kedah bermain memburu gol awal.Ia membuahkan hasil selepas pemain Selangor tidak berjaya membina sistem kompak dibahagian midfield dan defensive,kredit larian solo Rizal sebelum through passes beliau disudahkan Ken Ilso dengan mudah.Walaupun mereka membariskan 5 pemain midfield,namun hanya 2 yang generate ofensif.Sistem wingback mereka juga rosak merencatkan sistem ofensif mereka.

Menerusi gol kedua,ia ternyata komunikasi pertahanan lawan yang melakukan kesilapan sendiri (ball watching) selepas clearance Ugo Ukah yang lemah.Sekali lagi Ken Ilso mudah menolak masuk bola muntah didepan gol.

KEDAH KEPADA LOW TEMPO,SELANGOR TWEAKS POSITIONING
- Seperti kenyataan diatas bahawa perlawanan ini ibarat Final FA lalu,penulis melihat Kedah mula menukar tempo selepas memiliki 2 gol awal.Kedah mula memperlahankan intensiti mereka melalui pembinaan structure diblok lebih rendah.Anda dapat lihat apabila duo Box To Box kita lack of vision walaupun kita masih bermain type penguasaan bola dikaki.Perubahan itu juga dipengaruhi pada babak kedua selepas pemain sayap Syazwan dan Baddrol diarah lebih deep in positioning berbanding babak pertama.Pemain sayap akan receive ball dan fall back.Ken Ilso juga daripada poacher kepada floating no9 untuk mengisi space kosong.Ia bermaksud Ken telah keluar dari zon 17 ketika pasukan Kedah mengatur serangan.

Membiarkan Selangor mengawal penguasaan sangat berisiko.Mereka meningkatkan intensiti mereka dengan baik menerusi susunan overload (memenuhkan) final third.Permainan direct football serta menerapkan high-pusher pada backline (pertahanan bermain digarisan tinggi) seolah menyentap pasukan Kedah.Kelemahan mereka adalah decision making dalam final third dan mengharapkan hantaran silang dalam serangan.

Kedah lebih klinikal dalam final third dan buktinya gol ke-3 oleh Syazwan Zainon.Ketika Kedah retain possession,mereka sama sekali tidak menyangka Liridon akan melakukan delivery disusuli penetrate dan finishing kemas dari Syazwan.Disinilah maksud penulis decision making oleh key player.Tenang tetapi pantas berfikir.

Pemain Kedah cuba membentuk composure serta concentration dalam fasa 20-15 minit terakhir namun masih bolos gol kedua lawan.Pujian juga kepada kecemerlangan Ifwat Akmal pada babak kedua yang menyelamatkan Kedah.Ia perlawanan sangat dramatik dan mendebarkan penonton.

KESIMPULAN LAPORAN
- Menang adalah satu perkara POSITIF untuk Kedah menjelang aksi kedua 24 September nanti.3 gol sangat berharga diperoleh selepas beberapa siri perlawanan menentang Selangor berakhir keputusan seri.Kita beraksi sangat baik terutama 45 minit pertama dan cuba mengekalkan kelebihan pada babak kedua dan ia berhasil.Penulis yakin aura Darulaman akan meniup semangat juang pasukan untuk ke Separuh Akhir buat kali ke-4 berturut-turut.Tahniah Hijau Kuning

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN
- Ifwat Akmal

Rabu, 13 September 2017

PREVIU PIALA MALAYSIA SUKU AKHIR (1) | SELANGOR vs KEDAH

Nostalgia musuh tradisi bertemu lagi.Selepas 2 musim pasukan lagenda ini bertemu di pentas akhir,musim ini mereka diundi disaingan lebih awal iaitu Suku Akhir.Kedah layak menerusi pencapaian juara kumpulan C manakala Selangor selaku naib juara kumpulan D.

PERTEMBUNGAN MUSIM 2017
- Kedah dan Selangor telah bertemu 2 pertemuaan musim ini dan kedua dua dalam saingan Liga Super.Pada pertemuaan pertama pada 1 Mac lalu,Kedah diikat Selangor 1-1 dalam aksi kontroversi selepas jaringan penyamaan Selangor disahkan walaupun jelas melanggar peraturan.Aksi timbal balik di Darulaman juga berakhir keputusan 1-1.Selangor didepan menerusi S Veenod sebelum penyerang berbisa Ken Ilso menyamakan kedudukan.

1 Mac 2017 | Std Selayang
Selangor (1) Kedah (1)
15 Julai 2017 | Std Darulaman
Kedah (1) Selangor (1)

BERITA SEMASA PASUKAN
- Pasukan Kedah kembali menerima khidmat 7 pemain skuad kebangsaan selepas mereka diberi kelepasan pada perlawanan lalu.Kesemua pemain juga bebas kecederaan serta pergantunggan kecuali Abd Halim Saari yang masih recovery.
- Selangor kembali mendapat sentuhan penjaga gol Khairul Azhan selepas beliau diketepikan pada perlawanan lalu.Seperti Kedah,Selangor dijangka mempertaruhkan barisan terkuat malam esok.

PRESTASI SEMASA
- Kedah dilihat lebih stabiliti berbanding Selangor untuk 5 perlawanan terdahulu (last 5 previous).Kedah merekodkan 4 menang dan 1 tewas manakala Selangor 2 menang dan 3 tewas.

KEDAH - M-M-M-K-M
SELANGOR - K-M-K-M-K

PEMAIN TUMPUAN
- Kedah semestinya menyandarkan sandaran kepada mesin gol mereka Ken Ilso Larsen yang sudah meledak 22 gol dalam semua kejohanan musim ini.Penjaring terbanyak Piala FA itu dimomentum terbaik dan turut meledak gol pada perlawanan terakhir lalu menentang Kelantan.

- Selangor pasti mengharapkan sentuhan Amri Yahya.Penyerang prolifik itu memiliki semangat luar biasa biarpun mencecah usia 35 tahun.Sejak menyertai Selangor pada perpindahan kedua lalu,Amri atau Wak Am telah meledak 4 gol untuk Red Giant.

STRATEGI KEMUNGKINAN
- Nidzam Adzha mungkin sekali lagi menggunakan plan kekuatan middle third battle.Diperkuatkan gandingan Liridon dan Sandro,Kedah mengharapkan gandingan itu dalam menjana serangan.Kembalinya duo pasukan kebangsaan,Baddrol dan Syazwan Zainon mengukuhkan pasukan terutama sumbangan ofensif pasukan dalam mencari gol tempat lawan.Dibahagian backline pasukan,Kedah memiliki kepelbagaian option.Memiliki Osman Yusoff,Zac Anderson,Syawal Nordin serta Khairul Helmi di center half sementara Rizal Ghazali,Ariff Farhan,Fitri Omar serta ST17 option bek sisi ofensif.

Ramalan Penulis - 4-1-4-1

- P.Maniam mempunyai 2 formasi utama musim ini.Ia cetusan sistem pertahanan bertiga (3-center half) dalam orientasi permainan mereka.P Maniam ada 2 option iaitu (3-4-3) dan (3-5-2).Sistem ini adalah sistem counter-attacking dalam bertahan.Mereka membentuk shape chain of 5 atau rangkaian bek berlima jika off ball dan bergerak formasi statik dalam kawalan bola.Dalam 2 perlawanan terakhir,beliau menggunakan 3-5-2 namun mereka struggle untuk menguasai permainan.Sistem mereka lebih selesa sit deep dan high pressing ketika lawan cuba memecahkan blok rendah pasukan.Dengan kehadiran Rufino-Amri serta Forkey Doe,P Maniam mungkin kembali membariskan serangan bertiga untuk mencari bekalan gol.

Ramalan Penulis - 3-4-3

Satu perlawanan epik dan sengit dijangka dipertontonkan malam esok.Siapa bakal membawa bekalan lebih selesa menjelang aksi kedua nanti?

Ahad, 10 September 2017

SYAZUAN HAZANI | DEBUT PERTAMA BOY

Syazuan Hazani melakukan debut pertama beliau malam tadi menentang Kelantan.Detik istimewa itu hadir cukup istimewa buat beliau selepas hampir 2 tahun menunggu peluang keemasan itu hadir.

Tarikh lahir : 27 Jun 1994 (23 tahun)
Asal: Langkawi, Kedah
Posisi : Penyerang
Bekas Kelab : ATM

Pemain berbakat ini memulakan karier bersama The Gladiator.Bermula dari Presiden ATM,Syazuan Hazani mula mengorak langkah besar dalam kariernya pada 2013.Mungkin ramai peminat tidak menyedari beliau adalah kelompok barisan pemain ATM yang menewaskan Kelantan pada perlawanan Piala Sumbangsih 2013.Syazuan Hazani atau mesra disapa panggilan Boy oleh rakan-rakan mula menyertai Kedah pada pada 2015/2016.

Biarpun jarang kita mendengar bakat Kedah datangnya dari Langkawi,tetapi kemunculan Syazuan Hazani adalah salah satunya.Ia juga sebab antara beliau menjadi kebanggaan Langkawi.Selepas dipromosi ke skuad utama Kedah,Boy sentiasa komited dalam sesi latihan dan beliau adalah pemain taruhan ketika pre season atau mid season break.Firasat Cheng Hoe mungkin betul kerana Syazuan membuktikannya dengan menjaringkan gol ketika perlawanan persahabatan Kedah menentang pasukan Chinese Super League Hebei Fortune.

AKSI MEMUKAU MENENTANG KELANTAN
Boy diturunkan sebagai flanker pasukan bersama Syafiq Ahmad.Kedah sebenarnya menurunkan 3 pure striker namun kebolehan Syafiq dan Syazuan occupy posisi berlainan adalah keuntungan kepada pasukan.Speedy forward ini mempamerkan aksi cukup mantap menerusi larian pantas serta keberanian melakukan percubaan kearah gol.Beliau juga hampir mencipta assist kepada Ken Ilso sebelum bola ditepis keluar Khairul Fahmi.

CIPTA KOMBINASI
Syazuan juga cepat trackback dan penulis memuji tindakan beliau.Beliau lebih tenang dan berdisplin dalam mengatur serangan atau membantu pertahanan.Ia juga menunjukkan Syazuan memiliki work-rate yang baik.8 hantaran lintang dilakukan menunjukkan Syazuan melakukan tugasan beliau sangat baik.

Penulis melihat Syazuan mempamerkan 4 karekter dalam 1 perlawanan adalah 1)Workrate 2)Displin 3)Hardworking 4)Confident

Tidak syak lagi Kedah sekali lagi beruntung memiliki pemain muda berbakat yang mampu mengisi posisi berlainan.Syazuan dan Syafiq adalah local forward yang kita miliki mampu pergi jauh dan mengekalkan depthness pasukan ditahap yang baik.

Dari BHK kepada Boy,teruskan perjuangan anda kerana anda memiliki bakat luar biasa yang mampu pergi lebih jauh.

PERSEMBAHAN SOLID ROCK | OSMAN MAMPU KETUK PINTU SKUAD UTAMA KEDAH

Beliau bukan baru bersama Kedah namun namanya sentiasa diingati peminat setia Hijau Kuning.Kerja keras didedikasikan sewaktu latihan serta sabar menanti 1 peluang keemasan hadir.Malam tadi,pemain berjersi 5 iaitu Osman Yusoff melakukan debut pertama musim ini selepas Liga Malaysia memasuki bulan September.

KRISIS DIBAYANGI
- Umum mengetahui di Kedah,kita memiliki lambakan pertahanan tengah iaitu seorang CB atau center half pasukan.Dengan kehadiran Zac Anderson sebagai kuota import,Kedah turut diperkuatkan kapten pasukan Khairul Helmi Johari,bekas kapten Harimau Muda A iaitu Syawal Nordin serta Syazwan Tajuddin dan Osman Yusoff.Bagi penulis ada beberapa SEBAB untuk dihuraikan kenapa Osman agak sukar menembusi skuad utama dalam tempoh yang lama.Jika dilihat kepada plan kepada Osman,beliau bukanlah core player samada dizaman TCH atau NA.Ini kerana Kedah sebenarnya memiliki 2 pemain sebaya Osman yang jauh lebih baik dari sudut teknikal atau taktikal.Disini penulis meletakkan 3 sebab utama

- Age Average
- Occupy Position
- Rate Performance Youth Talent

Namun demikian,Osman penulis simpulkan masih berada dalam 'POOL' yang sama seperti Syawal Nordin atau ST17.Penulis memanggil ia EARLY PEAK PERFORMANCE kepada mereka bertiga dalam pasukan Kedah (untuk bahagian defend).

Berbalik kepada sebab penulis huraikan diatas,kita olah satu per satu disini

AGE AVERAGE
- Baik Syawal,Syazwan serta Osman.Mereka dalam kelompok umur sebaya.Sebab itu penulis masih meletakkan Osman juga dalam pool selection bersama.Cuma kecenderungan Syawal dipilih adalah prestasi latihan dan perlawanan sebenar.Syawal sangat konsisten dan kita tidak menafikan hal itu.Beliau cemerlang ketika menjadi tonggak 2 final untuk Kedah.Begitu juga ST17,ketika menggalas tugas role DM atau RB..konsisten.

OCCUPY POSITION
- Syawal dan ST17 adalah pertahanan verstyle Kedah miliki.Mereka mampu mengisi ruang berlainan selain CB seperti bek sisi kanan atau pemain tengah bertahan.Mungkin ada mengatakan Osman juga mampu namun kita belum melihat KEMAMPUAN sebenar jika Osman mengisi posisi selain CB berbanding Syawal atau ST17 yang lebih 'experience'.Dan seorang jurulatih sangat menitik beratkan hal² risiko itu iaitu meletakkan pemain diposisi yang salah bakal mengundang masalah besar.

PERFORMANCES YOUTH TALENTS
- Ketika Syawal mahupun Syazwan Tajuddin beraksi,mereka amat sukar melakukan mistake atau silly error malah boleh disimpulkan sentiasa KONSISTEN dalam tugasan.Ia sekali gus menuntut Osman perlu terus bekerja keras dan bersaing secara sihat bagi mendapat kepercayaan NA untuk diturunkan.

OSMAN SEORANG YANG BERPOTENSI
- Penulis tidak pernah meragui kemampuan Osman Yusoff.Beliau hardworking player dan sentiasa sabar menunggu peluang.Kedah bukan lagi pasukan pembikinan untuk kerap melakukan rotation dalam lineup kerana Kedah adalah TITLE CONTENDER kepada apa jua gelaran dipertandingkan.Ia lebih bagus sekiranya kita memiliki 11 pemain yang sentiasa bersedia setiap perlawanan.Lihat pasukan eropah,pemain UTAMA mereka akan bermain sehingga 30-40 malah ada hampir 50 perlawanan semusim.Selain ratio per minit,kekerapan ini menuntut pasukan lebih serasi dalam permainan.

Namun Osman mengerti kerja keras serta usaha beliau PASTI ada imbuhannya.Buktinya beliau tampil kali pertama musim ini untuk perlawanan kompetitif pertama beliau.

3 SLIDING TACKLE
1 CRUCIAL BLOCKS

Osman juga mempamerkan aksi mantap dalam MARKING dan INTERCEPTION.Malah penulis berani mengatakan aksi Osman jauh lebih CONFIDENT berbanding Zac Anderson.Ya ia mungkin faktor keterujaan beliau mempamerkan kualiti beliau pada NA atau peminat.Ia jelas perkembangan terbaik dan waktu terbaik untuk Osman gunakan sebaik mungkin.Berani dalam decision making,kental mengemudi backline.Osman komited 100% pada persembahan malam tadi.Tambah manis pasukan Kedah juga merekodkan CLEAN SHEETS pada penampilan pertama Osman.Ia satu titik permulaan kepada The Tanker ini menuju masa hadapan.

Dari kami BHK,buat Osman Yusoff,teruskan perjuangan anda..jangan pernah kenal erti putus asa!!

Sabtu, 9 September 2017

CLASSY SANDRO | THE NATURAL BORN PLAYMAKER

CLASSY SANDRO | THE NATURAL BORN PLAYMAKER

Sandro Mendonca 2017
- 14 gol/7 assist

Jika kita mengembara bola sepak eropah hari ini,pemain yang bekerja sebagai BOX TO BOX merupakan pemain penting dalam setiap pasukan mereka.Mereka kesegenap pelusuk padang untuk melakukan kerja hybrid iaitu

- Possession
- Creativity

Lihat sahaja harga Paul Pogba mencecah US100 juta pounds.Bagaimana pula kehebatan Luka Modric?membantu Los Blancos merangkul banyak gelaran musim lalu.

SANDRO MENDONCA
Usianya mencecah 34 tahun namun aksi memukau KAPTEN Sandro sebagai 'midfield conductor' malam tadi kepada pasukan cukup berkelas.Gandingan bersama seorang lagi maestro Liridon Krasniqi.Pasangan ini cukup mengancam sebagai DOUBLE Box To Box pasukan Kedah dan mereka adalah pembekal utama PELURU kepada King Ken dibarisan hadapan.

Liridon Krasniqi (Box To Box Possession)
Sandro (Box To Box Creativity)

KELUAR DARI COMFORT ZONE
- Kita tahu Sandro merupakan pemain natural NO10 pasukan sebelum ini namun kerja keras beliau untuk mempersembahkan gaya permainan mantap harus dipuji.Beliau mungkin bukan pacey forward namun beliau ada magican yang melangkaui permikiran.Drop deep,pressing dan run with ball antara abilities unik Sandro dan tak lupa tahap kecergasaan beliau juga ditahap terbaik.

Keep it up Sandro Mendonca

LAPORAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA KE 6 | KEDAH MUDAH JINAKKAN KELANTAN

Kedah mencatat kemenangan 2-0 malam tadi keatas Kelantan di Darulaman.Gol dijaringkan oleh Sandro Mendonca dan Ken Ilso sudah cukup menamatkan saki baki perjuangan Red Warrior musim ini.

PERMULAAN PERLAWANAN
- Ketua jurulatih Kedah,Nidzam Adzha merehatkan kesemua 7 pemain Harimau Malaya malam tadi.Dengan menurunkan kesemua trio import pasukan,2 pemain muda Kedah Syazuan Hazani dan Osman Yusuf juga melakukan 'debut' pada malam tadi.Turut tersenarai dalam barisan 18 pemain adalah 2 pemain Presiden Kedah iaitu Loqman Hakim dan Hidhir Idris.N/A memulakan permainan dengan 4-2-3-1

- Kelantan kembali diperkuatkan Khairul Fahmi dipintu gol namun merehatkan 2 pemain import mereka Abou Bakr dan Celin.Hanya Gomis dan Danso diturunkan.Zahasmi Ismail menggunakan 4-4-2 sebagai permulaan.

FASA TEMPO PERMAINAN
- Kedua dua pasukan bermula perlahan (safely) untuk hampir 10-15 minit pertama.Kelantan lebih dahulu switch formasi mereka kepada 4-2-4 ketika menyerang.Menggunakan kaedah direct-football mereka menggunakan wide area sebagai titik serangan.Kedah memulakan perlawanan low tempo.Menerusi sistem build-up berpasukan,Kedah sabar menyusun strategi dalam mengatur gerakan.

Kemasukkan Amirul Hisyam mengubah tempo Kedah untuk meningkatkan intensiti permainan.Liridon mula keluar dari NO6 pasukan untuk bersama Sandro.Kedah telah tweaks kepada 4-1-4-1 pada fasa ini.Serangan Kedah dimulakan duo Box To Box ini,mereka berada disegenap padang sambil shielding yang dijalankan Amirul yang bertugas lone pivot.

Gerakan cut inside oleh Syafiq dan Syazuan beberapa kali memecah low backline pelawat.Liridon dan Sandro adalah spesis player yang mempunyai characteristic key passes yang sangat baik.Biarpun dicabar Double Pivot pelawat,mereka tetap tenang mengawal possession pasukan Kedah.Space diberikan sangat besar untuk mereka bergerak.

GOL PERTAMA KEDAH
- Turning point adalah silly error Khairul Fahmi yang cuba mengelecek Ken Ilso sebelum kehilangan bola.Ken merampas bola sebelum set-up kepada Sandro yang mudah merembat masuk gol pertama Kedah.

KEDAH DOMINASI BABAK KEDUA
- Kedah masih meneruskan intensiti tinggi pada babak kedua.Ia dimudahkan lagi apabila Kelantan melakukan perubahan kepada high defensive line.Ia mungkin untuk kompak dibahagian midfield mereka.Kita dapat lihat beberapa kali pasukan kita diperangkap offside dibabak kedua.Perlawanan agak berat sebelah apabila Kedah mudah menguasai permainan.Liridon dan Sandro menjadi nadi pasukan dalam penguasaan mahupun arkitek serangan cuma sayangnya jentera penyudah agak kurang menyengat dan kekebalan Khairul Fahmi yang melakukan 3 saves on target Kedah.

GOL KEDUA KEDAH
- Satu sepakan sudut pantas diambil sebelum Liridon bijak mengatasi pemain lawan untuk hantaran kepada Ken dan Ken melepaskan satu rembatan padu menerjah gol lawan.

DEBUT MENJADI SYAZUAN DAN OSMAN
- Kedah boleh berbangga dengan debut 2 pemain muda ini.Dibahagian pertahanan,Osman menjalankan tugasan dengan sangat baik.Interception serta crucial blocks right place right time.Osman melakukan hampir 3 sliding tackle cemerlang selain 1 crucial blocks mantap dalam D box.Walaupun agak weakness dalam aerial duel namun aksi 90 minit beliau wajar dipuji sebagai mantap.
- Syazuan Hazani adalah seorang lagi penyerang local berkualiti dimiliki Kedah selain Syafiq Ahmad.Beraksi sebagai pemain sayap pasukan,acceleration serta decision making beliau malam tadi harus mendapat pujian.Berani menyelusup (penetrate) dan cuba melakukan beberapa attempt kearah gol.Kemasukkan pemain senior Farhan Roslan tidak mampu menenggelamkan aksi mantap Syazuan Hazani sebelum itu.

KESIMPULAN PERLAWANAN
- Kedah nyata dalam kelas tersendiri dalam permainan ini berbanding lawan.Walaupun sudah layak ke fasa seterusnya,anak buah N/A menunjukkan permainan makin tenang dalam mengatur serangan.Ia mungkin bukan kegemaran penonton yang mahukan aksi serangan demi serangan namun ia juga sebenarnya mahu pemain lebih selesa dalam penguasaan.Harus ingat kita adalah pasukan build-up bukan counter-attackking.Dibahagian backline,penulis memberi pujian terutama kepada Osman Yusuf.Ariff dan ST17 juga baik,cepat closing down serta pantas memberi bantuan kepada pemain sayap terutama ketika pemain sayap cut inside.Zac Anderson agak struggle sedikit.Masih lemah dalam 1v1 situation.

3 trio Liridon-Sandro-Ken adalah watak penting pasukan.Mereka sebenarnya on peak performance ketika ini.Ken dengan 21 gol dan Sandro 13 gol serta Liridon dengan 14-15 assist.

Tahniah Kedah ke Suku Akhir!!

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Sandro Mendonca

Khamis, 7 September 2017

PREVIU PIALA MALAYSIA KE-6 | KEDAH vs KELANTAN

Selepas 34 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif kerana memberi laluan tugasan antarabangsa,kedua dua pasukan akan bertembung dalam aksi terakhir kumpulan C dalam saingan Piala Malaysia.Secara metamatiknya,Kedah sudah layak dengan status juara kumpulan,manakala Kelantan perlu menang jaringan besar di Darulaman sambil mengharapkan Melaka United tewas untuk layak.

PERTEMBUNGAN 2017
- Kedah dan Kelantan telah bertemu 3 kali dalam tahun ini melalui 2 perlawanan Liga Super dan 1 perlawanan Piala Malaysia.Saya senaraikan keputusan perlawanan disini

18/2/2017 - Kelantan 0 Kedah 1
18/7/2017 - Kelantan 3 Kedah 1
26/7/2017 - Kedah 5 Kelantan 0

Rekod disini Kedah mencatat 2 menang dan 1 tewas dalam 2 aksi di Kota Bharu dan 1 aksi di Darulaman.

BERITA PASUKAN
- Dikem Kedah,ketua jurulatih Nidzam Adzha kembali menarik nafas lega selepas tonggak import diketuai Ken Ilso Larsen,Sandro,Zac Anderson dan Liridon Krasniqi kesemuanya bebas kecederaan.7 pemain Harimau Malaya pula dijangka kembali bersama 4 pemain Malaysia B22.Disini N/A mempunyai pool selection besar untuk pasukan.Akhyar Rashid kekal diketepikan untuk tugasan antarabangsa Malaysia B18.

- Dikem Kelantan,Zahasmi Ismail juga masih buntu mencari jalan penyelesaian untuk pasukan.Kembali memangku jawatan pada 18/7/2017 lalu,Kelantan hanya mencatat 1 kemenangan iaitu ketas Kedah manakala baki tewas sebanyak 4 kali dan seri 1 kali sehingga Liga berehat bermula 6 Ogos.

PLAN KEMUNGKINAN
- Kedah dilihat memiliki depthness lebih baik berbanding Kelantan.Dengan kepulangan 7 pemain Harimau Malaya dan 5 pemain Malaysia B22,N/A mempunyai beberapa option terbaik untuk pasukan.Dibawah kendalian beliau,Kedah lebih banyak menggunakan formasi 4-1-4-1 namun ada juga menerapkan 4-2-3-1.Dengan kekuatan skuad yang ada sekarang,N/A memiliki option tersendiri menjelang perlawanan.Isu ketara sebelum rehat adalah mencari solution backline pasukan.

- Zahasmi Ismail masih cuba mencari identiti pasukan.Percubaan 4-3-3 mereka banyak exposed dengan ketumpulan jentera serangan mengecewakan Kelantan.Hanya Khairul Izuan yang mengumpul 5 gol selepas kehilangan penyerang prolifik mereka pada April lalu.Disebalik itu,Zahasmi ada option lain seperti 4-2-3-1 dan 4-4-2.Kelantan pasti cuba menyaingi middle third pasukan Kedah seperti mana mereka lakukan pada perlawanan yang dimenangi mereka 3-1 pada 18 Julai lalu.

DETIK SEPAK MULA
- Biarpun sudah automatik layak tanpa mengira keputusan perlawanan nanti,Kedah tetap waspada ancaman lawan.Kedah juga masih ada isu dalaman seperti permohonan lesen AFC yang masih belum diketahui.Bagi Kelantan,mereka tiada apa perlu dikorbankan dan akan all-out untuk perlawanan ini.Hanya menang dengan jaringan besar sambil mengharapkan Melaka tewas adalah jalan yang ada.

Sabtu, 26 Ogos 2017

STATISTIK GOL KEDAH DI LIGA SUPER 2017

Pasukan Kedah telah merekodkan jumlah 42 gol untuk Liga Super setakat 19 perlawanan.Jom kita lihat senarai penjaring gol pasukan Kedah setakat ini

Liga Super
Seramai 12 pemain berbeza mencatatkan nama selaku penjaring gol bagi pasukan Kedah.

Ken Ilso Larsen > 13 gol
Baddrol Bakhtiar > 8 gol
Sandro Mendonca > 8 gol
Syafiq Ahmad> 4 gol
Liridon Krasniqi> 2 gol
Akram Mahinan> 1 gol
Ariff Farhan > 1 gol
Asri Mardzuki> 1 gol
Farhan Roslan> 1 gol
Fitri Omar > 1 gol
Syazwan Zainon > 1 gol
Zac Anderson > 1 gol

MATCHDAY 1 | JDT (1) KEDAH (1)
- Baddrol Bakhtiar

MATCHDAY 2 | KEDAH (3) SARAWAK (2)
- Sandro
- Syazwan Zainon
- Baddrol Bakhtiar

MATCHDAY 3 | FELDA (1) KEDAH (1)
- Ken Ilso Larsen

MATCHDAY 4 | KEDAH (4) PAHANG (1)
- Ken Ilso Larsen (2)
- Farhan Roslan
- Baddrol Bakhtiar

MATCHDAY 5 | KELANTAN (0) KEDAH (1)
- Baddrol Bakhtiar

MATCHDAY 6 | KEDAH (3) PENANG (1)
- Fitri Omar
- Syafiq Ahmad
- Liridon Krasniqi

MATCHDAY 7 | SELANGOR (1) KEDAH (1)
- Sandro

MATCHDAY 8 | KEDAH (4) MELAKA (0)
- Ken Ilso Larsen (2)
- Sandro (2)

MATCHDAY 9 | PERAK (1) KEDAH (1)
- Baddrol Bakhtiar

MATCHDAY 10 | KEDAH (1) PKNS (1)
- Zac Anderson

MATCHDAY 11 | TTEAM (5) KEDAH (0)
- Tiada

MATCHDAY 12 | KEDAH (3) TTEAM (0)
- Ken Ilso Larsen (3)

MATCHDAY 13 | PKNS (4) KEDAH (4)
- Syafiq Ahmad (2)
- Ken Ilso Larsen
- Sandro

MATCHDAY 14 | KEDAH (2) PERAK (3)
- Sandro
- Liridon Krasniqi

MATCHDAY 15 | MELAKA (2) KEDAH (4)
- Baddrol Bakhtiar (2)
- Akram Mahinan
- Asri Mardzuki

MATCHDAY 16 | KEDAH (1) SELANGOR (1)
- Ken Ilso Larsen

MATCHDAY 17 | PENANG (0) KEDAH (2)
- Ken Ilso Larsen
- Baddrol Bakhtiar

MATCHDAY 18 | KEDAH (5) KELANTAN (0)
- Ken Ilso Larsen (2)
- Sandro (2)
- Ariff Farhan

MATCHDAY 19 | PAHANG (2) KEDAH (1)
- Syafiq Ahmad

Kedah menjaringkan dalam 18 perlawanan dari 19 perlawanan.Hanya gagal menjaringkan gol dalam 1 perlawanan sahaja.

Jumaat, 11 Ogos 2017

STATISTIK KEDAH PIALA MALAYSIA | MISI PERTAHAN GELARAN

Sementara menunggu saingan Liga Malaysia kembali bersambung pada 9-9-2017,mari kita lihat statistik semasa juara bertahan ini selepas 5 perlawanan berlangsung.Kedah kini telah layak ke suku akhir dan memimpin carta kumpulan C.

REKOD JARINGAN
- Kedah telah meledak 15 gol dalam 5 perlawanan kumpulan C.Bolos (5 gol)

Kedah (2) Melaka United (0)
Uitm Fc (0) Kedah (5)
Kelantan (3) Kedah (1)
Melaka United (2) Kedah (6)
Kedah (1) Uitm Fc (0)

Ini pula senarai penjaring gol
- Sandro - 4 gol
- Liridon Krasniqi - 3 gol
- Ken Ilso Larsen - 2 gol
- Akram Mahinan - 1 gol
- Baddrol Bakhtiar - 1 gol
- Syafiq Ahmad - 1 gol
- Akhyar Rashid - 1 gol
- Fakri Saarani - 1 gol

- Gol sendiri lawan - 1 gol

REKOD PENAMPILAN
Farhan Abu Bakar - 3 perlawanan
Ifwat Akmal - 2 perlawanan

Khairul Helmi - 4 perlawanan
Zac Anderson - 3 perlawanan
Syawal Nordin - 3 perlawanan
Fitri Omar - 4 perlawanan
Rizal Ghazali - 2 perlawanan
Ariff Farhan - 2 perlawanan
Syazwan Tajuddin - 2 perlawanan

Liridon Krasniqi - 5 perlawanan
Baddrol Bakhtiar - 5 perlawanan
Sandro - 4 perlawanan
Amirul Hisyam - 3 perlawanan
Syazwan Zainon - 3 perlawanan
Akram Mahinan - 2 perlawanan

Ken Ilso Larsen - 3 perlawanan
Syafiq Ahmad - 2 perlawanan
Fakri Saarani - 2 perlawanan

REKOD DISPLIN
Kad Kuning - 6
Kad Merah - 0

Khairul Helmi - 2 kad kuning
Syawal Nordin - 1
Liridon Krasniqi - 1
Ariff Farhan - 1
Akram Mahinan - 1

Khamis, 10 Ogos 2017

ROAMING PLAYMAKER | GENERAL PADANG GENERASI MODEN

Kami selalu menggunakan perkataan Roaming Playmaker dalam laporan perlawanan.Jadi apakah sebenarnya maksud roaming playmaker ini?dimanakah posisinya?dan apakah fungsinya?kami cuba kupas untuk kita memahami istilah seorang roaming playmaker.

Harini jika kita melihat konteks seorang pemain bola sepak terutama dibahagian tengah,terdapat berbagai jenis@type.Untuk pemain tengah atau dipanggil central midfielder sahaja terdapat 6 jenis dan jika pemain tengah bertahan (defensive) dicampur bersama pemain tengah menyerang (attacking) mengumpul 12 jenis kesemuanya.

ROAMING PLAYMAKER
- Roaming bermaksud perayauan dan playmaker bermaksud seorang pemain yang memulakan aktiviti serangan.Berbanding seorang playmaker klasik (orthodox),roaming playmaker lebih moden seiring kemajuan bola sepak.Pemain ini bukan sekadar menjadi soerang agen penyebaran bola tetapi beliau juga sangat baik dalam trackback membantu defensive ketika menerima ancaman.

Perbezaan roaming playmaker dengan role midfielder yang lain adalah beliau bertindak di 2 titik iaitu drop deep untuk mengutip bola seterusnya generate serangan dan beliau juga memandu pergerakkan ketika pasukan menyerang.Beliau akan roaming support terutama dipoket zon.Ini menjadikan seorang roaming playmaker melakukan sistem hybrid iaitu 2 tugasan dalam satu mobiliti.

GRAFTING ALL OVER THE PITCH
Dalam roaming palymaker,banyak aspek dicantumkan (grafting) untuk menjadi seorang roaming playmaker berjaya.

- Psychical Attributes
- Technical Attributes

Psychical Attributes
- Bekerja dalam konteks box to box dan tackling.Berada dimana kedudukan bola.Key decision terutama di kawasan penting (vital area).Stamina dan pantas.

Technical Attributes
- Fluid dan high intensity dalam menjana serangan menerusi precise passing (ketepatan hantaran) serta membuat setting tempo ketika serangan.Erti kata lain dominate the game.

- Beliau juga harus mempunyai vision yang baik untuk unlock backline dengan through pass,memiliki ketenangan dalam melakukan keputusan selain baik dalam work rate berpasukan.

PERBEZAAN DENGAN ROLE MIDFIELD LAIN
- Berbanding Deeplying Midfielder yang setup pergerakkan bermula dari bawah (zon 5),roaming pula turun ke ke zon 5 mengutip bola memasuki zon 8 atau zon 11 atau zon 14.Jadi roaming playmaker berada disetiap kotak dan ia tidak statik.Old version playmaker pula lebih berada di zon 8 atau zon 11.Mereka statik dan sangat lemah dalam duty defensive.Regista pula seakan roaming playmaker tetapi regista juga memulakan build up di sektor bawah.Regista juga tidak terlalu aktif di final third.Tiada roaming movement dari regista.

KESIMPULAN
- Role roaming playmaker merupakan role yang bukan mudah untuk dimiliki seorang pemain.Gabungan aspek² dalam konteks seorang midfielder boleh menjadikan seorang pemain tengah itu memikul beberapa role serentak.Tak hairan kini roaming playmaker dikenali sebagai general versi moden bola sepak kini.

Selasa, 8 Ogos 2017

KEDAH DAN AFC CUP | PERJUANGAN KEDAH TANPA IMPORT DIPENTAS ASEAN

KEDAH DAN AFC CUP | PERJUANGAN HIJAU KUNING TANPA IMPORT DI PENTAS ASEAN
_______________________________________
Tanggal 5/5/2009 Kedah bertemu kelab dari Vietnam iaitu Ha Noi ACB (dibubarkan 2012) untuk matchday 5 peringkat kumpulan G.Kedah hadir menerusi gelaran DOUBLE TREBLE (Juara Liga Super,Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia) pada tahun 2008 manakala pesaing pula menerusi tiket Juara Vietnam Cup juga pada 2008.Biarpun hadir dengan tiket juara treble,Kedah sebenarnya menghadapi saingan hanya menggunakan 100% tenaga anak tempatan berikutan pengharaman import oleh FAM kepada semua pasukan di Malaysia ketika itu.

Dalam perlawanan dikendalikan oleh pengadil dari Tajikistan itu,Kedah membenam cabaran Ha Noi ACB 7-0 menerusi gol oleh hatrick Azrul Ahmad dan 3 gol lagi masing-masing dari Farizal Rozali (Jai),Sabree Mat Abu dan Afif Aminuddin.Kejayaan besar itu menyaksikan Kedah melangkah ke pusingan ke-2.Kedah dan Eastern Sport Club (Hong Kong) berkongsi 7 mata namun Kedah layak menerusi kelebihan jaringan 14/7.

Pada perlawanan itu,kehadiran penonton di Darulaman hanya mencapai 2000 penonton sahaja ekoran kurang publisiti tentang kejohanan di Malaysia.

Sabtu, 5 Ogos 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER 19 | KEDAH TEWAS,POSISI KEDUA KEMBALI TERBUKA

Kedah mengalami kekalahan ke-3 dalam saingan Liga Super malam tadi selepas tewas 1-2 kepada Pahang.Dengan kekalahan tersebut,persaingan posisi kedua Liga kembali terbuka luas berbaki 3 perlawanan.Ikuti sorotan laporan perlawanan dari kami.

PERMULAAN PERLAWANAN
- N/A membuat 1 barisan lineup agak mengejutkan selepas meletakkan beberapa CORE player dibangku simpanan.Fitri Omar diletakkan sebagai pemain sayap bersama Akhyar Rashid.Ditengah N/A cuba meletakkan Akram lone pivot dan Hanif dan Sandro sebagai sistem DOUBLE NO8.Syafiq bertindak sebagai floating NO9 dibahagian serangan.

- Dikem Pahang,mereka juga mengekalkan formasi 4-1-4-1 sebagai permulaan.Agak mengejutkan Kiko Insa sebagai stopper berbanding posisi asalnya iaitu DM.Joseph Kallang bersama.Azam Asih juga berperanan DOUBLE NO8.Alves,Sumareh dan Wan Zahrulnizam kekal diposisi masing².

Kedua² formasi tepat seperti jangkaan penulis.

N/A CUBA BEREKPERIMEN,PAHANG LANCAR INTENSITI TINGGI
- Kedah memulakan perlawanan dengan begitu banyak kesilapan utama dibahagian middle third pasukan.Selama 30 minit permainan,Kedah langsung gagal memberi saingan kepada lawan.Pahang memberi masalah menerusi high pressing.Kedah ternyata loose dalam zon circle menyebabkan Pahang mengasak bertubi-tubi.Farhan menafikan salah satu clear cut chances Pahang menerusi crucial saves.Ia antara deretan peluang buat lawan dalam asakan ke kubu Kedah.Ternyata lineup EXPERIMENT N/A hampir memakan diri dek kerana kelemahan ketara dibahagian jentera tengah.Hanya Sandro cuba memperbaiki broken link dalam tempoh tersebut.Seperti kami nyatakan dalam previu perlawanan,Pahang akan bergerak 4-3-3 dalam sistem ofensif.Mereka memberikan pressing maksima sehingga Kedah tidak mampu menyimpan bola dikaki.Memiliki kepantasan duo sayap,Pahang bergerak pantas dan compactness dalam unit bertahan.

AMIRUL MASUK,KEDAH TWEAKS 4-2-3-1
- Kemasukkan Amirul sudah dapat diduga kerana Hanif totally out of positioning.Mungkin bukan hari baik buat seorang youth talent seperti beliau.Perjuangan diteruskan menerusi sistem DOUBLE PIVOT atau DOUBLE NO6.Ia kembali ke asas fluid football Kedah iaitu mengekuatkan teras bahagian tengah pasukan.Ia berkesan kerana Kedah secara tiba² mula settle down dan mula mengasak.Kedah menguasai permainan dalam tempoh berbaki 15 minit baki babak pertama.Larian deras Akhyar Rashid salah satu detik terbaik Kedah untuk didepan namun dinafikan Helmi Eliza Elias.

ERROR SUBSTITUTE,BALL WATCHING
- Backline Kedah agak kucar kacir pada babak kedua.Walaupun ada beberapa part mereka melakukan interception,closing down dengan baik namun masalah lama masih berulang iaitu ball watching dan silly mistake (mengenai gol lawan).Error substitute juga menjadi persoalan kepada peminat pasukan.3 substitute hanya dalam 45 minit mengambarkan pasukan Kedah cuba menukar drastik dari plan asal mereka.Baddrol dan Syazwan ternyata agak tenggelam.Tiada trickery running,cut inside sebaliknya hilang karakter sebagai role winger.

Syafiq sekali lagi membuktikan beliau adalah local player yang mampu mengalas role ditinggalkan Ken Ilso.Biarpun agak isolated pada babak pertama,Syafiq memperbaiki duel beliau menerusi keberkesan efektif dari Sandro.Sandro the top performance untuk Kedah.Brilliant footwork selain bijak layoff dan linkup.Namun agak berat buat beliau berseorangan untuk cover space dan pace pasukan selama 90 minit.

KESIMPULAN
- Kedah masih kekal diposisi ke-2 Liga namun kini hanya 1 mata dibezakan.Berbaki 3 perlawanan,Kedah perlu menang terutama 2 baki di laman sendiri nanti.Kekalahan malam tadi lebih kepada error selection dari Kedah.Mungkin percaturan Kedah mahu all out attack dibabak kedua tidak menjadi.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Sandro Mendonca

Jumaat, 4 Ogos 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER KE 19 | PAHANG vs KEDAH

Perlawanan Liga Super diteruskan malam ini memasuki perlawanan ke-19.Kedah akan berkunjung ke Stadium Darulmakmur menentang Pahang dalam misi perebutan tempat ke-2 Liga.Ikuti sedikit previu menjelang perlawanan malam ini.

ULANGAN FINAL
- Selepas tewas 4-1 dan tewas 3-2 kepada Kedah,Pahang nyata terdesak untuk menang keatas Kedah apatah perlawanan ini bukan sahaja perlawanan ulangan final malah menentukan pasukan yang akan menjadi naib juara Liga Super 2017.

4 MATA,4 PERLAWANAN
- Jurang 4 mata dan berbaki 4 perlawanan diantara pasukan Kedah dan Pahang bakal menjadi kayu pengukur buat kedua-dua pasukan.Dengan JDT hanya memerlukan 1 mata,agak mustahil bagi Kedah mengejar kejuaraan lagi namun agak selesa untuk menjadi pilihan sebagai naib juara manakala Pahang perlu menang dalam saki baki perjuangan mereka terutama menentang Kedah dilaman sendiri.

TEAM NEWS
KEDAH - Kedah mendapat perkhabaran gembira selepas penjaga gol utama pasukan Ifwat Akmal sudah mula menjalani latihan kecergasan dan turut serta adalah Farhan Roslan.Bagaimanapun kelibat Ken Ilso dan Fakri Saarani masih belum dapat diputuskan.Abd Halim Saari kekal diketepikan.

PAHANG - Dollah Salleh dijangka menurunkan barisan terkuat pasukan selepas pemain-pemain beliau dikatakan cergas sepenuhnya.Barisan yang sama ketika membelasah Pknp tempoh hari dijangka diturunkan malam ini.

FORM GUIDE

KEDAH - K-M-M-M-M
PAHANG - S-M-K-K-M

Menerusi prestasi 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan,Kedah berada dalam keadaan lebih baik berbanding Pahang dengan mencatat 4 menang dan 1 tewas manakala Pahang kembali mencatat kemenangan selepas 2 kekalahan dan 1 keputusan seri.

TACTICAL BRIEF
KEDAH - Prediction 4-1-4-1

Kedah dijangka mempertaruhkan Syafiq Ahmad sebagai pengempur utama pasukan.Baddrol dan Syazwan Zainon juga dijangka kekal dalam kesebelasan biarpun Akhyar Rashid kembali kedalam 18 pemain.Diposisi penjaga gol,Kedah mempunyai 2 pilihan terbaik iaitu penjaga gol Malaysia B22 (Ifwat) dan penjaga gol Harimau Malaya (Farhan).Kedua-dua berada dalam prestasi terbaik ketika ini.Kelebihan Kedah adalah workrate berpasukan yang baik serta flexible dalam gerakan serangan.

PAHANG - Prediction 4-1-4-1

Dollah Salleh masih utuh juga dengan formasi 4-1-4-1 beliau namun Dollah gemarkan pasukannya lebih offensive.Mereka mampu membentuk beberapa rangkaian seperti 4-3-2-1 atau 4-3-3.Dalam 2 perlawanan menentang Kedah,Dollah masih menggunakan method wing attacker sebagai titik fokal manakala Alves sebagai floating NO9.

DETIK SEPAK MULA
- Kedah dilihat lebih under pressure berbanding Pahang namun kedua-dua pasukan tampak seimbang disetiap posisi.Kedah mungkin akan sedikit struggle jika tanpa Liridon Krasniqi dijentera tengah manakala Pahang pasti meletakkan ramuan kepantasan bahagian sayap sebagai kunci mereka.

Selasa, 1 Ogos 2017

LAPORAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA KE 5 | JUARA BERTAHAN RAIH SLOT SUKU AKHIR

Kedah berjaya melayakkan diri ke Suku Akhir Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan 1-0 malam tadi keatas Uitm FC di Darulaman.Jaringan tunggal Liridon Krasniqi memastikan Helang Merah kini mengumpul 12 mata mengungguli carta kumpulan C.Ikuti sedikit laporan perlawanan disediakan.

PERMULAAN
Kedah memulakan perlawanan dengan merehatkan beberapa tonggak utama pasukan seperti Khairul Helmi,Sandro dan Ken Ilso.N/A mengekalkan formasi 4-1-4-1 beliau namun menerusi kekuatan berbeza kali ini.

Uitm FC memulakan perlawanan dengan mendapat kembali tenaga import dibahagian pertahanan termasuk kehadiran kembali kapten pasukan mereka.Wan Mustafa meletakkan rangkaian bek berlima dalam formasi 5-4-1.

LOW TEMPO DARI KEDAH,UITM CUBA SERANG BALAS
Menerusi kesebelasan utama pasukan Kedah,kita dapat melihat struktur positioning pemain masih sama seperti perlawanan menentang Kelantan atau Melaka tempoh hari namun yang membezakan permainan Kedah adalah kualiti dibeberapa posisi.Penulis melihat N/A cuba menguji kebolehan flexibility pemain menerusi Akram diletakkan sebagai Double NO8 bersama Liridon dan Fakri Saarrani menggalas role yang ditinggalkan Ken Ilso.Isu kualiti jelas memberi kesan persembahan Kedah yang agak low intensiti dalam menjana serangan kecuali mengharapkan influence Liridon yang merupakan pemain paling banyak mengerakkan bola kepelusuk padang.

Selain itu pasukan Kedah juga lack of space and pace dalam serangan melalui wide area.Jika perlawanan lalu Kedah menggunakan pacey wingers melakukan penetrate dan cut inside,kali ini pasukan lebih cenderung shielding terutama apabila Baddrol dan Syazwan lebih aktif di zon 10 dan zon 12 berbanding kebiasaan mereka di zon 13 dan zon 15.(Untuk pehaman zon bernombor anda boleh rujuk artikel pembahagian 18 zon).Kekurangan space support menjadikan pace pasukan menjadi sederhana.Penulis simpulkan mode serangan dan intensiti Kedah adalah berorientasikan moderate system.

Uitm seperti jangkaan,mereka akan cuba bermain direct football menerusi sistem berorientasi targetman dibahagian atas.Mereka akan tweaks 5-4-1 kepada 5-2-3 dalam generate serangan.Pergerakkan wide area mereka terhad kerana sistem rangkaian bertiga lebih menumpukan halfspace.Bahagian backline mereka agak low compactness namun cepat closing down ketika kehilangan penguasaan bola.

FARHAN WIRA KEDAH,UITM AKTIF MODE SERANGAN
Ketika Kedah selesa mendahului 1-0 dan terus mengekalkan corak permainan low tempo,pelawat garang mengasak kubu Kedah dan Kedah perlu berterima kasih kepada Farhan Abu Bakar yang melakukan aksi fingertips ' dalam usaha menyelamatkan kubu pasukan.Selain itu,usaha Kedah menambah gol juga dikecewakan penyudah hampa (mischance).Kemasukan substitute juga tidak mengubah apa-apa dari segi gol atau tempo perlawanan.

KEDAH KE SUKU AKHIR
Keputusan 1-0 sudah memadai buat juara bertahan ini layak ke slot Suku Akhir biarpun memiliki 1 lagi perlawanan.Isu moderate low tempo tidaklah memberi kesan besar kerana Kedah berjaya dalam misi utama iaitu mencapai 3 mata.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Farhan Abu Bakar

Ahad, 30 Julai 2017

PREVIU PIALA MALAYSIA KE-5 | KEDAH vs UiTM

Perlawanan Piala Malaysia untuk perlawanan ke-5 kumpulan C akan berlangsung esok menemukan Kedah menanti kunjungan pasukan Uitm FC di Stadium Darulaman,Alor Setar.Ikuti previu perlawanan disediakan kami.

KEDAH - UITM
- Mengimbau kembali perlawanan matchday 2 Piala Malaysia lalu dimana Kedah membelasah Uitm 5-0 di Stadium Uitm.Turun dengan reputasi gah sebagai gergasi Liga Super,Kedah ternyata tahap terbaik pada perlawanan itu.Mendominasi perlawanan sebelum memenangi perlawanan dengan agak mudah.Tapi itu merupakan cerita perlawanan kedua kumpulan,adakah kita akan berjaya melakar kemenangan besar lagi?

TEAM NEWS
KEDAH - Ketua jurulatih pasukan,Nidzam Adzha mungkin menarik nafas lega selepas kebanyakkan core player bebas dari kecederaan.N/A melalukan beberapa rotation sistem pada 2 perlawanan terdahulu namun pasukan masih mampu menanh dengan jumlah besar.Membelasah Kelantan 5-0 sebelum Melaka United 6-2.Jadi depthness pasukan Kedah agak mantap ketika ini.Berita baik lagi,Farhan Roslan juga telah kembali berlatih sementara Syafiq Ahmad juga fit untuk perlawanan ini.Bintang meningkat naik,Akhyar Rashid antara teenagers yang menjadi siulan peminat setia Kedah selepas aksi memberansangkan sewaktu membenam Melaka tempoh hari.

UITM FC - Pasukan kendalian Wan Mustafa ini melakukan kejutan selepas membenam Kelantan 2-0 tempoh hari.Uitm juga dijangka kembali menurunkan kapten pasukan mereka iaitu Afif Asyraf dan Onorionde Kugehegbe yang diketepikan pada perlawanan lalu.Uitm FC berada ditangga ke-6 Liga Premier setakat ini.Mereka menjaringkan 40 gol dalam semua pertandingan dan bolos 35 gol.

FORM GUIDE (LAST 5 PREVIOUS)
Ini adalah ratio prestasi semasa kedua-dua pasukan dalam 5 perlawanan terakhir dicatatkan.

Kedah - S-K-M-M-M
Uitm - K-K-K-M-M

TACTICAL BRIEF
KEDAH - Tidak banyak untuk diperkatakan mengenai taktikal N/A,jika anda sering ikuti previu kami,penulis ada menerangkan falsafah N/A dalam 4-1-4-1.Ia modus operasi menggunakan 2 box-to-box sebagai arkitek generate serangan pasukan.Kedah juga memiliki 2 pacey wingers yang begitu berbahaya ketika melancarkan serangan.Tugas menjaringkan gol pasukan tidak terarah kepada penyerang tunggal dan itu keunikkan pasukan Kedah.Ken (20 gol),Sandro(13 gol) dan Badd (11 gol).Purata gol Kedah telah mencecah 73 gol setakat ini.

UITM FC - Wan Mustafa gemar menggunakan 5-4-1 sebagai sistem teras mereka.Ia adalah taktikal defensive by units sambil menerapkan counter-attack sebagai senjata utama.Mereka akan mengerakkan 4 pemain midfielder sebagai sokongan kepada penyerang tunggal mereka Akani Sunday Wasiu yang setakat ini meledak 20 gol juga.Ketika kehilangan bola,mereka membentuk chain of 5 dalam sistem rangkaian bek berlima.

DETIK SEPAK MULA
- Penulis yakin Kedah mengambil pendekatan MENANG dalam misi kali ini kerana tiket Suku Akhir masih belum muktamad sepenuhnya walaupun mengumpul 9 mata.Berbaki 2 perlawanan,hanya kemenangan dapat menjamin slot 8 terbaik buat Kedah sekaligus menjuarai Kumpulan C.Uitm dijangka mengekalkan formasi bertahan apatah Kedah sudah meledak 11 gol dalam 2 perlawanan terakhir.

SANDRO MENDONCA | ANALISIS PERSEMBAHAN SANDRO SETAKAT INI

Sandro Mendonca kembali menjadi nadi utama pasukan Kedah dalam beberapa siri perlawanan terakhir ini.Selain bijak generate serangan bersama pasangan Liridon Krasniqi,Sandro juga dalam diam telah meledak 13 gol musim ini buat Kedah.

GOALS - 13
ASSIST - 7

Menerusi jumlah diatas,Sandro nyata diprestasi kemuncak ketika ini.Bagaimana Sandro boleh berubah mendadak?

SANDRO merupakan seorang breed (baka) pemain NO10 traditional dalam erti kata lain enghanche dalam bahasa latin.Enghanche adalah bermaksud seperti cangkuk.Namun dibawah acuan Nidzam Adzha,Sandro telah diberi kebebesan atau lebih free dalam tugasannya dengan bertindak sebagai roaming playmaker atau REGISTA.Ini menjadikan Kedah meletakkan 2 pemain berperanan dalam sistem NO8 iaitu Liridon dan Sandro dalam formasi 4-1-4-1.

APA PERBEZAAN ENGHANCHE KEPADA REGISTA
Seperti kita menyedari,Sandro agak isolated ketika beraksi sebagai role NO10 sejak dari acuan TCH lagi.Sebagai klasik NO10,Sandro sukar mencari space yang selesa buat dirinya kerana sistem bolasepak kini yang lebih gemar meletakkan sekurang-kurang seorang NO6 dalam pasukan. Ia mungkin tidak bermasalah kepada pemain yang memiliki pace yang baik atau seorang yang fix vision. Dengan Sandro menjangkau usia 34 tahun,agak sukar beliau adapatsi role itu selain beliau agak vulnerable berhadapan pemain jenis robust.

SANDRO MENJADI REGISTA
Dengan memiliki klinikal finishing terutama outside the box,N/A lebih gemarkan Sandro roaming dari hanya statik di zon 14.Anda lihat Sandro lebih drop deep dalam menrencanakan serangan dan itu dalam konteks Box To Box (role utk NO8).Mempunyai duel adalah idea terbaik dari N/A.Sandro di pair bersama Liridon sebagai Double NO8.Sandro ditugaskan menjadi regista iaitu beroperasi jauh dari pemain tengah defensif lawan.Sandro dan Liridon juga akan memastikan kawalan penguasaan bola akan sentiasa dimiliki pasukan Kedah.

Memiliki finishing yang baik.Hasilnya Sandro meledak 13 gol kebanyakkan dari outside D box.Tugasan lama Sandro pula masih enghanche iaitu ala-ala magnet menarik NO6 atau stopper keluar dari backline.Ia bertujuan membuka plan supaya playing width dan membiarkan halfspace kurang gangguan.Ia masih dilakukan terutama ketika Sandro telah melakukan running ke poket zon.

RUMUSAN
- Kredit harus diberikan kepada N/A yang mengambil pendekatan lebih secocok buat skuad Kedah.Masih mengutamakan possession dalam permainan nanun N/A mahukan plan lebih elaborate iaitu terperinci disetiap zon.

Sabtu, 29 Julai 2017

LAPORAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA KE-4 | KEDAH GARANG MEMBENAM MELAKA

Perlawanan Piala Malaysia kumpulan C malam tadi menyaksikan Kedah sekali lagi merakam kemenangan besar selepas mengatasi Melaka United 6-2 di Stadium Hang Jebat.Kedah kini mengumpul 9 mata berbaki 2 perlawanan kumpulan.Ikuti laporan perlawanan disediakan.

KEDAH TERLALU UNGGUL BUAT MELAKA,MELAKA LACK OF PACE
- Kedah menurunkan beberapa pemain 'fresh leg' untuk pertemuaan ini.Fakri Saarani,Syazwan Tajuddin,Akram Mahinan dan Fitri Omar kembali membarisi skuad utama pasukan.Nidzam Adzha Yusuf mempertaruhkan sekali lagi formasi 4-1-4-1 untuk Kedah.Pada babak pertama perlawanan,Kedah jelas menguasai sepenuhnya perlawanan ini.Percaturan Liridon dan Sandro sebagai double Box To Box pasukan amat berkesan sekali.Fakri dan Baddrol masih kekal sebagai wingers dan Akram sebagai lone pivot atau NO6 pasukan.Ken kekal sebagai role No9 moden.

Kedah memulakan tempo game dengan intensiti tinggi menerusi pace permainan tinggi serta fluiditi terutama di zon 14.Berbanding Kedah,Melaka mengalami masalah besar selepas mereka keluar dari sistem asal iaitu 4-3-3 dengan mencuba 4-4-1-1.Ia jelas mengundang bencana apabila pasukan Melaka kerap lack of pace dalam gameplay mereka.Mereka juga gagal mencipta kompak (compactness) padat serta lambat closing down ketika pasukan Kedah memiliki pacey winger di byline. Hanya 4 minit,Kedah sudah didepan menerusi Fakri Saarani yang bijak melakukan penetrate dari halfspace ke poket zon sebelum 1 rembatan padu menerjah jaring.

Kedah juga ada sedikit masalah miscommunication selepas 2 kali berlaku keadaan kelam kabut diantara backline dan goalie.Selepas gol terikat 1-1,Kedah mula memberi masalah kepada tuan rumah menerusi sistem gegenpressing dikiri dan kanan.Sandro meledak gol menerusi direct freekick sebelum gol ke-3 menerusi rembatan beliau yang reflection pemain lawan.Akram menambah derita tuan rumah menerusi half-volley lewat babak pertama.4-1.

KEDAH KENDURKAN ASAKAN,MELAKA CUBA DIRECT FOOTBALL
- Ia perkara biasa selepas selesa mendahului 4-1.Kedah mengendurkan intensiti permainan dengan lebih maintain possession dan gemar menunggu Melaka menyerang.Boleh dikatakan permainan fancy Kedah agak berbahaya kerana jelas 10 minit awal babak kedua,Melaka menekan Kedah sehingga gol ke-2 terhasil.

Namun selepas itu,Kedah tidak memberi sebarang ruang kepada tuan rumah lagi.Ken Ilso menambah derita tuan rumah menerusi gol ke-5 Kedah menerusi 1 rembatan deras kepenjuru gawang.Ia juga gol ke-20 of season bagi beliau.Kemasukkan Akhyar Rashid benar-benar memberi masalah kepada lawan selepas larian pantasnya sering kali menjadi sasaran lawan (tactical fouls).Akhyar meledak gol sulung (senior gol) selepas bijak membuat cut inside sebelum menerima umpanan Ken Ilso dan mudah menewaskan penjaga gol lawan untuk kemenangan mutlak Kedah 6-2 keatas Melaka.

KEDAH PIMPIN KUMPULAN C
Kemenangan ini jelas memberi amaran bahawa juara bertahan ini sudah bersedia melangkah keperingkat 8 terbaik selepas ini biarpun masih memiliki 2 perlawanan untuk ditamatkan.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- KEN ILSO

Jumaat, 28 Julai 2017

PREVIU PIALA MALAYSIA KE-4 | MELAKA vs KEDAH

Perlawanan Piala Malaysia berlangsung malam ini untuk perlawanan ke-4 peringkat kumpulan.Kedah bakal berkunjung ke Hang Jebat untuk bertemu Melaka United.Ini bakal menjadi pertemuaan ke-4 buat kedua dua pasukan.Ikuti previu perlawanan disediakan penulis.

HEAD TO HEAD 2017
- Penulis terus memulakan previu kali ini dengan rekod pertemuaan kedua-dua pasukan bagi musim 2017.3 pertemuan sebelum ini semuanya dimenangi Kedah.

Liga Super Pusingan Pertama
Kedah 4 Melaka United 0

Piala Malaysia Pusingan Pertama
Kedah 2 Melaka United 0

Liga Super Pusingan Kedua
Melaka United 2 Kedah 4

Kedah telah merekodkan 10 gol keatas Melaka dalam 3 pertemuan sebelum ini dan bolos 2 gol.

FORM GUIDE (LAST 5 PREVIOUS)
Ini pula prestasi semasa kedua dua pasukan setakat ini melalui 5 perlawanan terakhir mereka.

KEDAH - M-S-K-M-M
MELAKA - K-K-M-K-M

TEAM NEWS
KEDAH
- Kedah dijangka menurunkan kesebelasan terkuat selepas kesemua pemain dalam kondusi terbaik.Hanya Ifwat Akmal,Syafiq Ahmad (doubtful) manakala bintang meningkat naik Akhyar Rashid sudah kembali jalani latihan.

MELAKA UNITED
- Melaka pasti mengharapkan sentuhan Mario Simic selepas pemain yang sertai Melaka pada pintu perpindahan kedua itu sudah meledak 6 gol setakat ini.Tambah menarik kesemua gol beliau diledakkan di Stadium Hang Jebat.

TACTICAL BRIEF
KEDAH - N/A melakukan tactical tweaks yang sangat berkesan pada pertemuan menentang Kelantan tempoh hari.Menggunakan 2 roaming playmaker sebagai kunci serangan,Kedah juga mengharapkan ketajaman Ken Ilso untuk merobek kubu lawan selepas pemain itu sudah mengumpul 19 gol buat Kedah.

MELAKA - Eduardo Almeida masih meletakkan 4-3-3 sebagai teraju utama MU.Pada perlawanan terakhir mereka,pemain tengah Norhakim Isa antara watak utama kebangkitan mereka.Lincah dan kreatif,beliau pemain harus diawasi Kedah.Dibahagian serangan,Fauzi Roslan dan Felipe dijangka mengisi wing forward dan Simic sebagai targetman.

DETIK SEPAK MULA
- Kedah dan Melaka jelas mahukan 3 mata pada perhitungan ini.3 pasukan terikat dengan 6 mata selepas 3 perlawanan namun Kedah sedikit tanpa tekanan selepas agak selesa dicarta Liga Super manakala Melaka berhadapan ujian getir untuk kekal di Liga.

Rabu, 26 Julai 2017

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SUPER 18 | KEDAH BENAM KELANTAN

5-0 cerita di Darulaman malam tadi menyaksikan Kedah merakam kemenangan bergaya mengatasi Kelantan.Kemenangan ini menyaksikan Kedah kekal ditangga ke-2 manakala Kelantan hanya 3 mata dibezakan dengan zon penyingkiran.Ikuti sorotan laporan perlawanan disediakan.

PERMULAAN PASUKAN
- Kedah yang kembali diperkuatkan 2 dari 5 tonggak Malaysia B22 kelihatan ampuh dengan kesebelasan terbaik pilihan N/A.Ariff Farhan dan Amirul Hisyam kembali kedalam pasukan.Dibarisan simpanan,depthness pasukan Kedah juga mantap.Kedah memulakan permainan dengan formasi 4-1-4-1 menerusi gandingan Liridon dan Sandro (Double NO8) sementara Amirul lone pivot. Baddrol dan Syazwan sebagai wing attackers dan Ken Moden NO9.

- Kelantan memulakan aksi dengan formasi 4-2-3-1 dengan Sharizan dibahagian penjaga gol.Abou Bakr (SS) dan Khairul Izuan (CF).Menggunakan 2 wing forward dan 2 Double No6.

PERLAWANAN INTENSITI TINGGI
- Pada babak pertama perlawanan, Kedah memulakan rentak dengan intensiti tinggi terutama bahagian middle third pasukan. Nyata kehadiran Amirul memberi advance kepada sistem Kedah.Bertindak.sebagai deeplying midfielder, Amirul sangat aktif dikawasan paling bawah bagi posisi tengah.Lihat sahaja pergerakkan Liridon dan Sandro malam tadi yang sempurna.NO6 bukan hanya shielding tetapi mereka menstabilkan positioning pasukan. Kedah mengasak bertalu talu sebelum Ariff Farhan meledak gol hasil lorongan Liridon.Strategi Kedah menyegerakan hantaran sangat baik.Sayzwan betul-betul mengaktifkan zon halfspace dan hampir meledak 1 gol manakala Badddol agak terasing.Ken sangat baik sebagai NO9 baka moden dan adakala beliau switch kepada False 9.Lihat role beliau drop deep sehingga ke circle halfway.

Kelantan terlalu awal switch sistem mereka.Selain tidak kompak,mereka terlalu lambat turun kebawah.Mereka cuba menyaingi Kedah dengan menukar kepada 4-3-3 hasilnya mereka membuka space besar dan selesa buat Kedah.

KEDAH 2-3-5,KELANTAN TERKEDU
- Ini fasa menarik untuk ulasan.Kedah terlalu garang babak kedua.Tiada sedikit ruang dibenarkan kepada lawan.Dengan Kelantan membiarkan Gomis keseorangan dibahagian DM,Kedah mengaktifkan serangan kesusuk penjuru (diagonal). N/A mengarahkan Kedah menggunakan type long range passing yang membuatkan backline lawan lemas.Baddrol yang agak isolated (terasing) pada babak pertama mula menonjol walaupun hampir 3 kali clear cut chances dari beliau.

N/A SWICTH OFFENSIVE MODE

2 ofensif fullback dikerah menerusi byline (menerusi type Defensive Winger) dan 2 wing attackers diletakkan mengisi halfspace.2 box to box pula roaming poket zon iaitu zon 14.Ken berfalse 9.Overall Kedah overloaded zon 14 lawan dengan berjaya.Ia gerakan 2-3-5 sempurna pasukan Kedah.Asakan maksima memaksa Kelantan bertungkus lumus terutama penjaga gol mereka yang beraksi baik (7,8 saves).Deretan gol menerusi Ken Ilso (2 gol) dan Sandro (2 gol) melengkapkan malam gemilang Kedah.Kredit juga kepada barisan pertahanan Kedah yang mudah mematahkan serangan lawan.

KESIMPULAN
- Ia satu lagi keberkesanan taktikal N/A membawa Kedah meraih kemenangan besar menerusi persembahan memukau setiap pemain.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN BHK
- Ken Ilso Larsen

Selasa, 25 Julai 2017

PREVIU PERLAWANAN LIGA SUPER 18 | KEDAH vs KELANTAN

Liga Super diteruskan lagi memasuki perlawanan ke-18.Kedah akan menanti kunjungan Red Warrior di Darulaman.Ikuti previu perlawanan disediakan penulis kami.

Penulis - Don Krul Izham

THE RED EAGLE vs THE RED WARRIOR
- Pertembungan ini sangat menarik biarpun kedua-dua pasukan kelihatan agak selesa dikedudukan Liga.Kedah mahu menamatkan Liga diposisi kedua terbaik manakala Kelantan dilihat mungkin mengambil peluang untuk merehatkan beberapa pemain sebagai persiapan lebih kepada saingan Piala Malaysia.Musim 2017 kedua-dua pasukan telah bertemu 2 kali yang kedua-dua berlangsung di Kota Bharu.Kedah menang pada perlawanan pertama Liga Super dan tewas pada perlawanan pertama Piala Malaysia tempoh hari.

TEAM NEWS
KEDAH - Kedah mendapat berita baik selepas 5 tonggak Malaysia B22 kembali menyertai pasukan namun hanya 2 pemain menjalani latihan penuh iaitu Amirul Hisyam dan Ariff Farhan sementara Syafiq Ahmad,Ifwat Akmal dan Akhyar Rashid masih progress recovery.

KELANTAN - Selepas kembalinya Zahasmi Ismail kembali menerajui pasukan,ada impak positif dari kem pasukan.Abou Bakr adalah tonggak utama pasukan diserangan bersama Khairul Izuan yang bertindak dummy runners role.Khairul Izuan telah meledak 4 gol setakat ini manakala Abou Bakr dengan 3 gol.Khairul Fahmi atau Apek dijangka kekal diketepikan ekoran kecederaan selain Badri Radzi.Kelantan juga mendapat kembali sentuhan Daniel Asyraf.

FORM GUIDE (LAST 5 PREVIOUS)
- Pasukan Kedah berjaya mencatat kembali kemenangan moral selepas membenam cabaran Pulau Pinang tempoh hari.Ini prestasi semasa pasukan Kedah

Posisi - No 2
- M-M-S-K-M

- Pasukan Kelantan masih dalam proses kebangkitan selepas mengalami kejatuhan teruk selepas Liga bersambung.Ini prestasi semasa pasukan Kelantan

Posisi - No 9
- K-K-K-M-K

TAKTIKAL KEMUNGKINAN
KEDAH
- Kedah dijangka menurunkan kesebelasan terbaik selepas kesemua bebas kecederaan dan pergantungan.N/A mungkin meletakkan Sandro dan Liridon sebagai key pasukan.Amirul dijangka kembali sebagai No6 pasukan.Tiada perubahan ketara dijangka diserangan mahupun pertahanan. Khairul Helmi,Zac Anderson,Syawal Nordin serta Syazwan Tajuddin semuanya mampu occupy posisi CB pasukan.

KELANTAN
- Zahasmi Ismail mempunyai beberapa option seperti 4-3-3,4-2-3-1 atau 4-4-2.Gomis dijangka kekal sebagai destroyer no6 manakala Indra dan Ben 10 mungkin bergerak aktif di byline.Khairul Izuan adalah titik fokal mereka.Pacey forward itu menjalankan tugas dengan agak baik.Kepulangan Daniel Asyraf mungkin memberi Kelantan variasi serangan.

DETIK SEPAK MULA
Kedah memerlukan kemenangan untuk terus menekan JDT biarpun secara realistiknya agak mustahil namun kedudukan ke-2 adalah sasaran utama.Bagi Kelantan, mereka perlu mencari keserasian serta momentum terbaik sebagai persiapan kempen Piala Malaysia yang menjadi sasaran utama mereka.