Isnin, 31 Oktober 2016

PIALA MALAYSIA 2016 | KEDAH JUARA AKHIRNYA

ANALISIS PERLAWANAN KEDAH-SELANGOR (PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2016)

Sekalung tahniah buat pasukan Kedah Darul Aman yang berjaya muncul juara Piala Malaysia buat kali ke-5 selepas 8 tahun menanti.Lebih manis kejayaan ini melunaskan misi Kedah yang tersekat musim lalu ditangan lawan yang sama.Tahniah juga diucapkan kepada Selangor biarpun tewas namun kesungguhan kesemua pemain meraka wajar memdapat pujian kerana memberi tentangan habis habisan sehingga ke penentuan penalti.Syabas dari kami kepada kedua-dua pasukan kerana mempersembahkan satu perlawanan klasik dan penuh drama dihadapan 80,000 penyokong.

ANALISIS TAKTIKAL PASUKAN

KEDAH FA Seperti beberapa siri perlawanan sebelum ini,Tan Cheng Hoe menggunakan formasi klasik 4-4-2 diawal permainan.Boleh dikatakan itu barisan terkuat Kedah setakat ini.Kedah meletakkan Thiago dan Shane berpasangan sambil wingers meletakkan Baddrol dan Syazwan Zainon.Dibahagian midfield,Liridon dan Amirul sebagai "double pivot" dalam area middle third. Barisan pertahanan seperti diramal,Syawal dan Bang sebagai Center Back dan Rizal bersama Azmeer sebagai Fullback.
SELANGOR FA K.Gunalan lebih berdisplin dalam pertarungan taktikal dengan meletakkan formasi 4-4-1-1.Dibahagian hadapan,Ronaldinho sandaran utama dibantu Hazwan Bakri (Jack) sebagai second striker atau bayangan (Shadow). Andik Vermansyah dan R.Gopinathan diletakkan sebagai wings dan Saiful bergandingan bersama S.Veenod sebagai 'Holding midfielder' in deep area.Barisan pertahanan Ugo Ukah bersama Rizal Fahmi sebagai center back dan Bunyamin bersama Azmi Muslim sebagai fullback.Sistem "direct-football" diadaptasi untuk organisasi mereka.

SEPARUH MASA PERTAMA (0-0)
Perlawanan bermula dengan gerakan dari Kedah namun Selangor bijak menggunakan "Double Pivot" mereka mematikan langkah serangan Kedah sekaligus melakukan "counter attack" menggunakan kepantasan Andik dan Gopi.Bahagian tengah Kedah melakukan beberapa kesilapan pada peringkat awal.Liridon terlalu 'offensive' di Outside Box dan Amirul terlalu 'defensive' yang meninggalkan 'gap' terlalu besar.Veenod dan Saiful bertindak baik melakukan man-marking kepada Liridon dikawasan Outside Box mereka.Melakukan tackle,merampas bola dan melakukan direct passes kepada pemain sayap mereka jelas satu pencaturan menarik.Mereka juga membaca dengan bijak sistem pertahanan Kedah yang bermain 'garisan tinggi".Beberapa kali Selangor mudah memecah blok pertahanan Kedah menerusi rangkaian Andik-Gopi-Jack-Ronaldinho.Kredit kepada GK Kedah Ifwat Akmal yang bertindak cemerlang menyelamatkan serangan terutama percubaan Andik.Tidak dinafikan barisan hadapan Selangor juga agak ketandusan idea.Dikem Kedah,mereka banyak kehilangan bola dibahagian tengah.Mereka kerap terdedah akibat terlalu taksub memburu gol awal.Dua CF mereka pula agak "selfish" dan seperti tidak mempunyai keserasian seperti selalu.Peluang terbaik hadir menerusi larian wide area oleh Syazwan Zainon memecah bentang kanan Selangor dan melakukan crossing kedalam box (kira-kira 5 yards dari GK) namun kedua-dua CF hanya berada didepan GK Khairul Azhan membiarkan bola terlepas sebelum Baddrol melakukan percubaan liar dari luar kotak.Masalah "positioning" sepatutnya sudah tidak berlaku apatah dalam aksi 'final' namun itulah masalah yang terjadi kepada Thiago Augusto.Satu lagi peluang menerusi crossing sebelah kanan Kedah menyaksikan 3 pemain berebut menyempurnakan peluang.Sekali lagi Shane-Thiago berkonflik didepan gol.

SEPARUH MASA KEDUA (1-1)
Ia jelas misi pertarungan bertenaga.Asakan bertali arus kedua-dua pasukan mengamatkan aksi,Kedah berjaya merampas bola dari kaki Andik sebelum melakukan counter dengan Liridon menjadi arkitek gol pembukaan.Bola dikaki Shane dan beliau bijak mencari zon "half space" offensive dan dengan 1 rembatan kencang oleh Rizal mengenai Veenod untuk 'reflection' sebelum menewaskan Khairul Azhan.Namun gol tersebut tidak bertahan lama,Khairul Helmi yang masuk babak pertama menggantikan Syawal melakukan 1 hantaran kepada Baddrol namun mudah dirampas lawan sebelum melakukan direct passes kepada Jack.Jack bijak bermain 1-2 bersama Ronaldinho yang berjaya menarik 2 CB bersama sebelum melakukan 'thru' kepada Jack yang menewaskan Azmeer sebelum merembat kencang melepasi Ifwat menerusi "near post".Kedah menukar formasi 4-2-3-1.Taktikal kebiasaan mereka sebelum ini.Ia lebih balance kerana kemasukan Halim adalah untuk memberi space kepada Liridon sebagai #8.Halim pula banyak membantu Amirul yang agak gugup pada babak pertama untuk mendisplinkan "double pivot".Kedah memberi Selangor masalah menerusi gerakan Liridon yang selesa sebagai #8 untuk 'delivery' bola kepada Syazwan dan Baddrol.Mengeluarkan Thiago bererti Shane kini ditugaskan bertindak sebagai lone striker dan mengharapkan kepakaran beliau dalam penalti box dan aerial challenge.Selangor pula memasukkan Mauro Olivi dan Hafis Kamal dan mula menggunakan tradisi 4-4-2 mengasak Kedah.Kedudukan terikat sehingga ke penentuan penalti dan Kedah jelas pasukan lebih baik.Selepas kecewa sepakan Amirul diselamatkan,peluang Kedua hadir dan disempurnakan dengan baik oleh Rizal Ghazali.

RUMUSAN PERLAWANAN
Kedah nyata di form terbaik,hadir dengan rekod 10 perlawanan tanpa tewas dan semangat luar biasa mereka menjadikan semangat sepasukan mereka tinggi.Selangor harus kecewa dengan ketumpulan jentera serangan pada babak awal kerana skrip pasti berbeza sekiranya mereka berjaya menjaringkan gol awal untuk menekan barisan Kedah yang kelihatan agak gugup pada babak pertama.Apapun tahniah diucapakn kepada kedua-dua pasukan lagenda bola sepak Malaysia kerana kita tahu,pertarungan Kedah-Selangor ibarat 'el-clasicco' di Malaysia.Puluhan ribu penyokong terhibur dalam aksi mendebarkan mereka yang menjadi pengubat kekecewaan skuad kebangsaan.

Sabtu, 29 Oktober 2016

TAN CHENG HOE | AWAS SELANGOR,KAMI SUDAH BERSEDIA

SIDANG MEDIA PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2016

Ketua Jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe berkata "Adalah satu penghormatan untuk pasukan Kedah dapat beraksi sekali lagi dipentas akhir.Menjadi impian setiap pasukan untuk bermain di Perlawanan Akhir."

Tambah Cheng Hoe,"Pasukan Kedah telah menjalani latihan untuk keseluruhan minggu dan tahap motivasi pasukan Kedah sudah mencapai 100%."

Menurut Cheng Hoe lagi "Kedah sentiasa waspada ancaman Selangor seperti Patrick Ronaldinho,Hazwan Bakri dan R.Gopinathan namun menegaskan Kedah juga memiliki ramuan terbaik untuk menghalang trio Red Giant itu."

Mengenai status Khairul Helmi "Dia (Khairul) telah berlatih penuh bersama pasukan Kedah dan bersedia diturunkan.Masih ada 1 hari untuk saya menentukan barisan utama Kedah."

SUMBER : Goal.Malaysia.com
OLAHAN : Buletin Hijau Kuning

Jumaat, 28 Oktober 2016

SUKA DUKA SUPER DON 2016 | LIRIDON KRASNIQI

SUKA DUKA SUPER DON 2016 | LIRIDON KRASNIQI

Statistik Mat Don (Sehingga kini)

2015
Goal - 7 goal
Assist - 9 assist

2016
Goal - 10 goal
Assist - 6 assist

Liridon Krasniqi merupakan tonggak utama pasukan Kedah sejak 2015.Kehadiran beliau sekitar April 2015 telah mengubah permainan pasukan Kedah terutama jentera tengah Kedah.Tahun 2015,Liridon membantu Kedah layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia namun tewas kepada Selangor.Namun ia bukan titik pengakhiran beliau apabila sekali lagi membantu Kedah layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia tahun ini.Musim 2016 juga menyaksikan beberapa "moment" suka dan duka buat Liridon bersama Kedah.Kami menyingkap kembali antara kenangan beliau sepanjang musim 2016 ini.

27 February 2016 - Kereta milik Liridon Krasniqi dipecah masuk oleh penyamun

1 April 2016 - Dinobatkan COLA KEDAH - KFA PLAYER OF THE MONTH (MAC)

17 April 2016 - Kali pertama bertemu Ahmad Liridon selepas I/C bayi berkenaan menjadi "viral" dilaman sosial.

7 Ogos 2016 - Kematian sahabat baik beliau Alberto Maric.

Liridon Krasniqi juga pernah menyarung beberapa 'number jersey' sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak.Dari negara Republic Czech,Turkey dan Malaysia.

FAKTA LIRIDON NOMBOR JERSEY
Jersey 23 - Ketika mewakili FK Mladá Boleslav (Kelab Rep.Czech) pada 2011.

Jersey 92 - Ketika mewakili Fethiyespor (Kelab Turkey) pada 2013.

Jersey 49 - Ketika mula mewakili Kedah FA pada 2015.

Jersey 8 - Ketika mewakili Kedah FA pada 2016.

PENCAPAIAN BERSAMA KEDAH
-LIGA PREMIER 2015

Selasa, 25 Oktober 2016

PREVIEW PIALA MALAYSIA 2016 | PERTAHANAN KEDAH-SELANGOR

STATISTIK BOLOS DAN GOL BAGI PERTAHANAN KEDAH-SELANGOR

KEDAH FA
Barisan Kemungkinan Akhir (Rizal Ghazali-Khairul Helmi-Bang S.Hwan-Azmeer Yusuf)

Kedah merekodkan 43 bolos sepanjang musim setakat ini.Dipecahkan kepada Liga Super (29 bolos),Piala FA (7 bolos sehingga Separuh Akhir) dan Piala Malaysia (7 bolos sehingga Separuh Akhir).Bagi purata GOL,Kedah mencatat gol dari pertahanan.Bang S.Hwan mencetak 3 gol manakala 1 gol dari Azmeer Yusuf dan 1 gol dari Khairul Helmi.

SELANGOR FA
Barisan Kemungkinan Akhir (Razman Roslan-Shahrom Kalam-Ugo Ukah-Azmi Muslim)

Selangor melepaskan 39 bolos sepanjang musim setakat ini.Pada Liga Super (27 bolos) diikuti Piala FA (2 bolos sehingga Pusingan Ke-3) dan (10 bolos sehingga Separuh Akhir).Bagi purata GOL,Selangor turut mencetak 5 gol menerusi pertahanan.Ugo Ukah meledak 4 gol dan 1 gol dari Razman Roslan.

Ahad, 23 Oktober 2016

PREVIEW PIALA MALAYSIA 2016 | SIAPA MAESTRO PILIHAN

LIRIDON,NAZMI | BATTLE OF THE MAESTRO

LIRIDON KRASNIQI (LK8)

Liridon Krasniqi antara Deep-Lying Playmaker terbaik setakat ini di MSL.Nama beliau diangkat bersama Syafiq Rahim (JDT),Nazmi Faiz (Selangor) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah) antara "Best Playmaker" ketika ini.Bintang Kosovo ini menyertai Kedah musim lalu dan mula memberi impak besar pada pasukan Kedah.Kedah bangkit mengetepikan cabaran Pulau Pinang dan T-Team untuk merangkul gelaran Liga Perdana 2015.Musim 2015 juga menyaksikan Liridon meledak 7 gol serta 9 hantaran gol "assist" buat Kedah.Pengaruh beliau diatas padang musim ini tidak boleh dipertikaikan.Meledak 10 gol serta 6 hantaran gol membuktikan Liridon berada dikemuncak prestasi.Kebijaksanaan dalam melakukan "capable to producing" melakukan hantaran kepada barisan hadapan sangat baik dan beliau juga gemar bermain "positioning" dan menerusi skillful tinggi,Liridon juga mampu beraksi sebagai Box To Box dan dianggap terbaik di Liga M ketika ini.Final 30 Oktober ini adalah kedua dalam karier Liridon dan pastinya keghairahan beliau membuak-buak selepas tewas musim lalu ditangan lawan yang sama.Mampukah Liridon membantu Kedah benam Red Giant?

NAZMI FAIZ MANSOR (NF10)

Wonderkid Malaysia ini adalah aset buat Harimau Malaya.Walaupun sering dipalit kontroversi,Nazmi tetap dianggap "Playmaker" terbaik local selepas Syafiq Rahim.Identiti 'Budak Nakal' ditebus musim lalu dengan merealisasikan "Misi 33" dengan membantu Selangor juara.Nazmi turut menyumbat gol ketika Separuh Akhir menentang Pahang.Bekas pelatih SC Beira Mar ini antara pemain penting Gergasi Merah musim ini.Beraksi sejak 2014,Nazmi sudah 57 kali membuat penampilan dan meledak sekitar 10 gol.Musim ini Nazmi agak bergelut mencapai prestasi terbaik apabila hanya membuat 24 penampilan dan 2 gol dihasilkan.Baru pulih dari kecederaan,Nazmi pastinya harapan "caretaker" Selangor K.Gunalan untuk menguatkan Selangor.Pernah mencapai aksi terbaik 2011 dengan membantu Malaysia menang pingat emas Sukan Sea,ketenangan beliau dalam menrencanakan serangan adalah kunci kekuatan midfield Selangor.Mampukah Nazmi menyekat ketangkasan Liridon and The Geng?

PREVIEW PIALA MALAYSIA | BEST OF 7

BADDROL BAKHTIAR vs ANDIK VERMANSYAH

Ahad 30 Oktober mereka akan memimpin cabaran pasukan masing-masing kepadang untuk melunaskan hasrat.Edisi ke-90 ini memberi makna buat Kedah mahupun Selangor.Dua "rivalries" hebat di Malaysia akan membuat perhitungan "El-Clasicco Malaysia" di Shah Alam.

BADDROL DAN ANDIK

Dua watak utama pasukan.Bertindak sebagai kapten,mereka juga merupakan "icon" buat Hijau Kuning dan Merah Kuning.Ikuti kisah hebat "Best Of 7"

BADDROL BAKHTIAR (BADD7)
Tidak perlu diperkenalkan lagi.Bintang berusia 28 tahun yang digilap sejak tahun 2005 ini merupakan antara pemain paling disegani peminat Kedah sepanjang zaman.Rekod jaringan beliau yang hampir meledak sekitar 100 gol buat Kedah dari 2006-2016 menceritakan kehebatan beliau.Musim ini Baddrol yang mesra disapa Badd meledak 6 gol untuk Kedah (semua pertandingan) dan mencipta 6 assist "hantaran gol".Badd sentiasa konsisten dan mempunyai visi.Tidak hairan jika beliau dianggap pemain tempatan terbaik dalam skuad Kedah sejak beberapa musim ini.Kecekalan Badd juga dipuji semua pihak,beliau menolak perpindahan mewah semata mata mahu menabur bakti buat pasukan Kedah disaat sukar dan senang.Itu yang kita panggil "PRIDE".Badd akan turun untuk Final Piala Malaysia ke 4 secara peribadi dan Final ke 8 secara keseluruhan (termasuk pasukan kebangsaan).Mampukah Badd memimpin Kedah membalas dendam?

ANDIK VERMANSYAH (AV7)
Andik Vermansyah merupakan tonggak kebangsaan Indonesia.Mula menyertai Selangor 2014,Andik pantas memberi inspirasi buat Red Giant.Secara purata Andik telah beraksi hampir 70 perlawanan rasmi buat Selangor.Dalam angka bilangan itu,Andik yang dikenali "Messi Indonesia" telah menjaringkan sekitar 16 gol (catatan tidak rasmi).Andik juga antara pemain import terbaik dari Asia Tenggara selain Haris Harun (JDT).Musim ini Andik banyak terlepas perlawanan penting dan hanya mencetak 2 gol buat Red Giant namun sumbangan beliau sentiasa ditagih oleh penyokong setia Selangor.Final 2015 lalu adalah yang pertama dalam karier bola sepak Andik Vermansyah dan berakhir kegembiraan buat beliau apabila muncul juara.Untuk Final ke-2 beliau,mampukah Andik menyerlah berbanding Baddrol?

Selain dianggap "Key Player" menjelang Final,kedua-dua mereka memburu trofi bersejarah dengan gelaran lilitan kapten kali ini.

OLAHAN : BULETIN HIJAU KUNING

Sabtu, 22 Oktober 2016

MARLON ALEX JAMES | THE PHENOMENON KEDAH

MARLON ALEX JAMES " THE DESTROYER MACHINE" KEDAH SEPANJANG ZAMAN

Sebut sahaja Marlon Alex James kepada peminat tegar Hijau Kuning pasti akan tersenyum girang.Kehebatanya didalam padang tiada bandingan.Era kehebatan beliau merupakan zaman kemuncak pasukan Kedah di Malaysia.Marlon yang memakai jersi 9 merupakan penyerang paling berbisa dalam sejarah bola sepak Kedah.Jika The Phenomenon Brazil adalah Ronaldo 9..Kedah juga mempunyai The Phenomenon.. Marlon 9.

KARIER AWAL DI MALAYSIA

Marlon Alex James mula mengembangkan bakat bersama MK Land (Selangor).Beliau meledak 19 gol musim pertama sebelum musim kedua meledak 22 gol.

MEMYERTAI KEDAH

Musim 2006/2007,Marlon meledak 20 gol dalam Liga Super sebelum 20 gol lagi dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia termasuk 2 jaringan di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2007 menentang Perak.Keseluruhan Marlon meledak 40 gol semusim!!Sangat hebat.Marlon turut memenangi Anugerah Bintang Paling Bernilai 2007.Kedah membolot Treble musim itu.

Musim 2007/2008,Marlon terus mengganas di Malaysia.Beliau meledak 23 gol dan memenangi Kasut Emas pertamanya di Malaysia.Marlon turut meledak 10 gol dalam saingan Piala FA 2008 dan 13 gol dalam saingan Piala Malaysia 2008.Musim itu Marlon memcahkan rekod peribadi dengan meledak 46 gol secara keseluruhan.Luar Biasa!!!.Kedah melengkapkan era gemilang dengan memenangi "Double Treble".

Sehingga kini masih belum ada mana-mana pemain mampu memecahkan rekod Marlon Alex James.Biar Anugerah Kasut Emas Liga Super atau keseluruhan musim.Rekod 23 gol dalam Liga Super sahaja masih kebal bertahan sehingga hari ini.

Marlon turut merangkul Anugerah Kasut Emas Liga Perdana 2012 bersama ATM dengan 14 gol dan Anugerah Kasut Emas Liga Super 2013 bersama ATM dengan 16 gol.

The Only One..Marlon Alex James..

PENJARING GOL PASUKAN KEDAH MUSIM 2016 | TOP GOALSCORING

SENARAI PENJARING GOL UNTUK PASUKAN KEDAH (SEHINGGA PERLAWANAN SEMALAM)

Shane Edwards Smeltz muncul penjaring terbanyak pasukan Kedah dengan 11 gol diikuti Liridon Krasniqi 10 gol dan Thiago Augusto Fernandes 9 gol.

Carlos Kahe yang membantu Kedah ke Separuh Akhir Piala FA menjaringkan 8 gol diikuti Baddrol Bakhtiar 6 gol

Berikut senarai penuh penjaring gol termasuk 1 gol sendiri pihak lawan.Kedah merekodkan jumlah 63 gol dalam semua pertandingan.Liga Super (29 gol),Piala FA (15 gol) dan Piala Malaysia (19 gol).

OLAHAN : BULETIN HIJAU KUNING

Jumaat, 21 Oktober 2016

KEDAH SIMPAN KUKU MENJELANG FINAL | KE-3 TERBAIK LIGA SUPER

KEDAH PERTARUH TAKTIK BERLAINAN DENGAN BARISAN UTAMA

Biarpun tanpa ketua jurulatih Tan Cheng Hoe,Kedah nyata di momentum terbaik menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 30 Oktober ini.Ibarat sesi pemanas badan menjelang aksi "Final Malaysia-Clasicco",Kedah menurunkan hampir kesemua barisan utama kecuali Hanif Zahir dan Abd Halim Saari.Syawal Nordin dan Shane Smeltz direhatkan.Kedah tiada masalah menewaskan Felda United 1-0 hasil ledakan Shane pada babak kedua.Apa yang menjadi "point" peminat adalah 'caretaker' Nidzam Adha yang menurunkan 3 pertahanan dan 6 pemain tengah menyokong 1 penyerang.Sekali imbas Kedah seakan menggunakan formasi 3-6-1.Amirul betul-betul berada "deep area" dan banyak memulakan plan sambil memberi bantuan kepada 3 pertahanan Kedah. Liridon dan Halim sekali lagi membentuk gandingan (Double Pivot) sambil Badd dan Syazwan sebagai winger.Hanif lebih freedom sambil supply bola kepada Augusto.

Kedah beraksi tanpa tekanan biarpun baru menerima "hukuman" dari FAM.Organisasi Kedah nampak agak bercelaru pada babak pertama namun seimbang babak kedua sehinggalah Shane muncul wira menjaringkan gol pada minit ke-81.Gerakan Liridon yang bijak membuat "through pass" mengatasi pertahanan pelawat sebelum "clinical" finishing dari Shane.

Turun menggunakan hampir kekuatan penuh pasukan,Kedah seakan "menyukarkan" pihak lawan membaca di Final nanti dengan cuba menipu helah dari segi taktikal.Ia adalah satu langkah "bijak" dan membuahkan hasil.

Jadi formasi apa yang akan digunakan di Final?apakah taktikal yang dipakai?

Sama-sama kita tunggu Perlawanan Akhir Piala Malaysia..Ayuh Kedah.

TAN CHENG HOE BERSAMA KEDAH | PERINGKAT LIGA

PENCAPAIAN TCH BERSAMA KEDAH | PERINGKAT LIGA

Tan Cheng Hoe mula mengemudi Kedah sekitar April 2014 menggantikan David Mitchell.

2014 (Liga Perdana)
Ketika TCH menerima tawaran KFA,Kedah ketika itu agak terumbang ambing.Berada dikedudukan ke-5 Liga,Kedah agak jauh ketinggalan di belakang pasukan PDRM (Juara),Felda United (2nd) dan Pulau Pinang (3rd).Kedah mencatat 11 menang,5 seri dan 6 tewas.Mata keseluruhan 38 mata.Namun Kedah berjaya bangkit dan menamatkan Liga diposisi ke-4 serta layak ke Piala Malaysia (Separuh Akhir).2014 juga menyaksikan Kedah mencatat kemenangan terbesar ditempat lawan mrngatasi PBAPP 7-2.

2015 (Liga Perdana)
Kedah menjuarai Liga Perdana 2015 serta layak slot automatik ke Liga Super.Mengumpul 48 mata keseluruhan,Kedah mencatat 16 kemenangan,6 seri dan 4 tewas.Kedah turut layak ke Final Piala Malaysia 2015.

2016 (Liga Super)
Kedah kembali selepas 3 tahun di Liga Perdana.Bermula agak perlahan,Kedah berjaya mendaki kedudukan ke-3 Liga selepas agak konsisiten pada saingan separuh kedua Liga.Mengumpul 37 mata keseluruhan (22 perlawanan).Kedah mencatat 11 menang,7 seri dan 5 tewas.Kedah turut layak ke Final Piala Malaysia musim ini.

KRONOLOGI KES KEDAH DITOLAK 3 MATA DAN BEBERAPA PERSOALAN YANG SAMAR.

3 Ogos 2016 – Perlawanan Liga Super di antara Kedah melawan Pahang di Alor Setar.Kedah menang 1-0.
13 Oktober 2016 – Pahang menghantar surat bantahan kepada FAM
19 Oktober 2016 – JK Tatatertib bersidang dan jatuhkan hukuman KEMENANGAN PERCUMA 3-0 Pahang keatas Kedah ekoran Kedah menurunkan pemain yang digantung perlawanan.

P/S : Tarikh asal perlawanan Kedah vs Pahang pada asalnya 25 Mei 2016 dijadualkan pada bulan Mei kemudian ditunda ke 3 Ogos 2016.Penundaan ini atas permintaan Dato Ong Kim Swee dan dipersetujui Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Persoalannya Yang Kurang Jelas
Adakah status pemain yang digantung based on kepada jadual asal (tarikh asal sebelum game ditunda iaitu bulan Mei) atau pun based on kepada jadual baru selepas ditunda (3 Ogos 2016)?

Status Rizal Ghazali

1) Ketika jadual asal menentang Pahang pada bulan Mei - Rizal mengutip 3 kad kuning dan tidak layak diturunkan. Memandangkan game menetang Pahang ditunda ke tarikh baru pada 3 Ogos 2016, maka secara AUTOMATIKNYA perlawanan Kedah seterusnya menentang Selangor.Kedah tidak menurunkan Rizal kerana menanggap Rizal dalam status pergantunggan (Ban Suspended).

2) Ketika jadual baru menentang Pahang pada 3 Ogos 2016, Rizal sudah BEBAS dari penggantungan kad kuning.Hanya Liridon Krasniqi sahaja yang digantung selepas menerima kad merah ketika menentang Pulau Pinang dalam perlawanan Liga Super terdahulu.

Kekeliruan timbul kerana status pemain digantung bertindih dengan jadual baru perlawanan.Confused nak ikut status pada tarikh asal perlawanan atau pun tarikh baru perlawanan.

Persoalan Ke-2 Adakah sistem jawatankuasa pertandingan tidak mempunyai hitam putih berhubung status pemain yg digantung kerana ini melibatkan game yg ditunda ke satu tarikh baru?Adakah masih mengikut status pada tarikh baru atau status pada tarikh asal sebelum game ditunda?

Persoalan Ke-3 Semasa OTP meeting perkara ni adakah perkara ini dibincangkan?Apakah peranan pegawai pasukan dan match comissioner dalam OTP meeting?

Persoalan Ke-4,Adakah 2 bulan lebih selepas perlawanan baru ada bantahan dari pasukan Pahang?.Adakah FAM mengemukakan undang-undang mengenai segala berkaitan isu bantahan , bantahan boleh dibuat tidak lebih dari 48 jam selepas perlawanan atau adakah FAM mempunyai peraturan tersendiri.Semuanya tidak jelas.

Lagi satu, Pahang mengambil tempoh yang terlalu lama untuk mengemukakan bantahan kepada FAM. Mengapa tidak 2-3 hari selepas perlawanan.

GAMBAR DIBAWAH MENUNJUKKAN PERLAWANAN DITUNDA DARI TARIKH ASAL

Rabu, 19 Oktober 2016

MENGAMIT MEMORI 2008,KEDAH ADA MISI YANG PERLU DILUNASKAN TAHUN 2016

THROWBACK FINALE TM PIALA MALAYSIA 2008 | KEDAH "GENERASI EMAS"
Demam Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia kembali melanda bumi Kedah buat 2 musim berturut-turut (2015,2016).Menunggu detik sepak mula 30 Oktober ini,penulis mengajak penyokong Kedah menyelami detik bersejarah pasukan Kedah pada 23 Ogos 2008 dimana Kedah membolot Piala ke-6 dalam tempoh 2 tahun.Lebih manis kejayaan mempertahankan "Double Treble" merupakan hasil tuai pasukan yang dikenali Hijau Kuning sebagai The Incredible Team.

FINALE PIALA MALAYSIA 2008(CLASH OF TITANS) 23 Ogos 2008 | National Stadium,Bukit Jalil

Pertarungan Taktikal Dollah-Azraai

Di bawah kendalian Dollah Salleh, Selangor muncul sebagai pasukan yang gemar menyerang.Mentaliti menyerang mereka sangat tinggi sehinggakan Indra Putra Mahyudin bermain sebagai pemain tengah dalam sistem 4-4-2 (Diamond Style) dibawah pimpinan Dollah Salleh.Ketika itu jentera serangan Selangor diketuai oleh duo penyerang berbisa, Frank Seator dan Safee Sali.Turut membantu mereka berdua adalah Elie Aiboy di sayap kanan dan Amri Yahyah di sayap kiri.

Kedah yang dilatih oleh Azraai Khor Abdullah tampil dengan pelan permainan yang ringkas tetapi efektif juga praktikkan 4-4-2 untuk menangani bahaya jentera serangan Selangor – serap tekanan dan lancarkan serangan balas.

Azraai Khor The Mastermind.

Ketika Selangor sedang sibuk menyerang jentera pertahanan Kedah yang diketuai oleh Victor Andrag dan Cornelius ‘Outlaw’ Huggins, jentera tengah dan serangan Kedah sentiasa bersedia melancarkan serangan balas.Nelson Sam Martin mempunyai ruang yang besar di tengah untuk merancang serangan balas.Skil gelecekan dan kelajuan Khyril Muhymeen merupakan mimpi ngeri kepada Razman Roslan dan Evans Chisulo.Fizikaliti dan kebolehan Marlon Alex James menghubungkan jentera serangan dengan tengah sentiasa memberi masalah kepada Selangor.

MARLON ALEX JAMES "THE PHENOMENON"

Meskipun Selangor mendahului 1-0 melalui jaringan jarak dekat Frank Seator, pelan taktikal Kedah yang bijak memberi 3 gol pantas dalam tempoh 6 minit untuk Kedah menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan 3-1.Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Fadly Baharom mencatat nama sebagai penjaring gol Kedah. Meskipun tidak menjaringkan gol, Khyril Muhymeen memberikan servis cemerlang sebagai pasangan serangan Marlon (sebagai shadow).

Selangor bangkit pada separuh masa kedua melalui gol ke-2 jaringan Safee Sali,tetapi takdir seakan sudah menentukan malam itu adalah malam untuk pemain dan penyokong Kedah.

Kedah berjaya mempertahankan trofi Piala Malaysia edisi ke-82 (buat kali ke-4) dengan menewaskan Selangor 3-2 disaksikan hampir 60,000 penyokong.Kedah lebih dominasi dengan dianggarkan 40,000 penyokong manakala Selangor 20,000 penyokong.

KESEBELASAN PASUKAN KEDAH-SELANGOR FINALE PIALA MALAYSIA 2008

KEDAH: Mohd Helmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Baddrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Sabree Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James.

SELANGOR - Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari).

Pengadil: Rosdi Shaharul (Perak)

Olahan : Buletin Hijau Kuning

Selasa, 18 Oktober 2016

NOSTALGIA PIALA MALAYSIA | KEDAH-SELANGOR THE RIVALRIES (EPISOD 1)

NOSTALGIA PIALA MALAYSIA | KEDAH-SELANGOR THE RIVALRIES (EPISOD 1)

Kalau anda bertanya kepada orang-orang lama pasti mereka masih segar gegaran aura Piala Malaysia terutama membabitkan pasukan Kedah-Selangor.

PIALA MALAYSIA 1994 (Peringkat Kumpulan B)

Selangor VS Kedah | Shah Alam Stadium | Dengan jangkaan lebih 80,000 penyokong

Ia bukanlah perlawanan Akhir tetapi kedua-dua penyokong telah menimbulkan satu suasana luar biasa pada malam itu.Kedah dan Selangor dalam 1 kumpulan menentukan pasukan mana menjuarai Group B.Hampir 80,000 penyokong membanjiri SSA malam itu pada tarikh 2 Disember 1994 dimana kesesakan jalan raya hampir 2KM menuju ke SSA.Padat dan sendat kedua dua penyokong hadir menyaksikan dua gergasi bola sepak berentap biarpun bukan perlawanan Akhir.Kedah berjaya mencatat kemenangan 1-0 hasil ledakan penyerang berbisa ketika itu Jan Janostak.Ketika itu antara nama-nama terkenal seperti Nidzam Azdha,Faridzuan Che Hamid,Ahmad Sobri,Radhi Mat Din,Manja Man dan Kamal Idris Ali mewarnai Kedah manakala Selangor pimpinan Ken Worden dibarisi Rusdi Suparman,Malik Rahman,Anuar Abu Bakar,Sharil Arsat dan Azman Adnan.Tahun berkenaan juga menyaksikan Kedah melangkah ke saingan Kejohanan Kelab Asia (kini dikenali Liga Juara-Juara Asia-ACL) dan memenagi Piala Sumbangsih.

#Episod1KedahSelangor #BahangAuraFinal