Selasa, 13 Disember 2016

PIALA SUMBANGSIH | INFO PASUKAN KEDAH

PIALA SUMBANGSIH ATAU PIALA SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Kejohanan ini merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia. Perlawanan ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985, walaupun perlawanan diadakan pada 31 Disember 1984.Juara Piala Malaysia 1984 (Selangor) bertarung dengan Pahang,naib juara Piala Liga 1984 (Selangor juga juara Liga 1984).Sehingga musim 1992, juara Piala Malaysia akan bertemu dengan juara/naib juara Liga Malaysia

PERUBAHAN FORMAT PERTAMA
Format telah ditukar pada musim 1993, dimana juara PM akan berebut Piala Sumbangsih dengan juara piala FA pula (atau naib juara FA, jika pemenang Piala Malaysia juga adalah juara FA).

PERUBAHAN FORMAT KEDUA
Bermula musim Liga Malaysia 2011, format Piala Sumbangsih kembali ditukar.Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim ini.

Sehingga tahun 2015,sudah 16 pasukan pernah merasai nikmat sebagai juara dan Selangor paling berjaya dengan koleksi 8 kejuaraan.

KEDAH JUARA 2 KALI
Pasukan Kedah pernah muncul juara sebanyak 2 kali pada 1991 dan 1994.Pada 1991,Kedah sebagai juara Piala Malaysia 1990 menentang Selangor yang ketika itu Juara Liga Semi Pro 1.Perlawanan di Darulaman itu menyaksikan Kedah menang 2-1 mengatasi Selangor untuk meraih kejuaraan pertama Piala Sumbangsih.

Pada 1994,Kedah hadir selaku Juara Liga Semi Pro 1993 dan Juara Piala Malaysia 1993 bertemu musuh tradisi Kuala Lumpur yang hadir selaku Juara Piala FA 1993.Pertemuan di Darulaman itu menyaksikan Kedah menang 1-0.

Kedah merekodkan 5 kali beraksi perlawanan Piala Sumbangsih dengan 2 kali muncul juara dan 3 kali sebagai naib juara.

SENARAI BEKAS PEMENANG ABK | BEKAS PEMENANG ANUGERAH UTAMA ABK

PREVIOUS WINNER ABK AWARDS

Berikut Senarai Pemenang Lalu Mengikut Kategori

PEMAIN PALING BERHARGA (Valuable Players Award)

2015 
Mohd Safiq Rahim (JDT)
2014
Khairul Azhan Khalid(Pahang FA)
2013
Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan FA)
2012 
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA)
2011 
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA)
2010 
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA)
2009 
Indra Putra Mahayuddin (Kelantan FA)

2007-2008 Kategori Tempatan
Mohd Helmi Eliza Elias (Kedah FA)
Kategori Import
Marlon Alex James(Kedah FA)

2006-2007 Kategori Tempatan
Muhammad Shukor Adan (Selangor FA)
Kategori Import
Marlon Alex James(Kedah FA)

PENJAGA GOL TERBAIK ( Goalkeeper Award)

2005/2006
Syamsuri Mustapa (Terengganu FA)
2006/2007
Helmi Eliza Elias (Kedah FA)
2008
Helmi Eliza Elias (Kedah FA)
2009
Farizal Marlias (Perlis FA)
2010
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
2011
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
2012
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
2013
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
2014
Khairul Azhan (Pahang FA)
2015
Farizal Marlias (JDT)

PEMAIN TENGAH TERBAIK (Best Midfield Award)

2015
Mohd Safiq Rahim (JDT)
2014
Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan FA)
2013
Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan FA)
2012
Mohd Safiq Rahim (Selangor FA)
2011
Mohd Safiq Rahim (Selangor FA)
2010
Baddrol Bakhtiar (Kedah FA)
2009
Mohd Amri Yahyah(Selangor FA)
2007-2008
Khyril Muhymeen Zambri (Kedah FA)
2006-2007
Ahmad Fauzi Shaari (Kedah FA)
2005-2006
Mohammad Hardi Jaafar (TM FC)

PENYERANG TERBAIK (Best Striker Award)

2015
Mohd Amri Yahyah(JDT)
2014
Nor Farhan Muhammad(Terengganu FA)
2013
Nor Farhan Muhammad(Kelantan FA)
2012
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA)
2011
Norshahrul Idlan Talaha(Kelantan FA)
2010
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA)
2009
Indra Putra Mahayuddin (Kelantan FA)
2007-2008
Liew Kit Kong (Kuala Muda Naza FC)
2006-2007
Muhamad Khalid Jamlus (Perak FA)
2005-2006
Rudie Ramli(TM FC)

PEMAIN IMPORT TERBAIK (Best Foreign Award)

2015
Luciano Figueroa(JDT)
2014
Ali Ashfaq(PDRM FA)
2013
Marlon Alex James (ATM FA)
2012
Marlon Alex James(ATM FA)
2011
Tiada Penyertaan
2010
Tiada Penyertaan
2009
Tiada Penyertaan
2007-2008
Marlon Alex James (Kedah FA)
2005-2006
Christian Bekamenga (Negeri Sembilan)

PERTAHANAN TERBAIK (Best Defender Award)

2015
Aidil Zafuan Abdul Radzak (JDT)
2014
Mohd Razman Roslan (Pahang FA)
2013
Baihakki Khaizan(LionsXII)
2012
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)
2011
Norhafiz Zamani (Negeri Sembilan FA)
2010
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
(Negeri Sembilan FA)
2009
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak(Negeri Sembilan)
2007-08
Victor Andrag (Kedah FA)
2006-07
Victor Andrag (Kedah FA)
2005-06 Khairul Anuar Baharom
(Negeri Sembilan FA)

PEMAIN MUDA TERBAIK (Best Young Award)

2015
Matthew Davies(Pahang FA)
2014
Muhammad Farhan Roslan (Kedah FA)
2013
Junior Eldstål (Sarawak FA)
2012
Rozaimi Abdul Rahman (Sabah FA)
2011
Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda)
2010
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
2009
Mohd Muslim Ahmad (Harimau Muda)
2007-2008
Mohd Fadly Baharum (Kedah FA)
2006-2007
Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak(Negeri Sembilan FA)
2005-2006
Mohd Nor Farhan Muhammad (Terengganu FA)

PEMENANG KASUT EMAS (Golden Boot Award)

2015
Dramane Traoré 20 gol (PDRM FA)
2014
Paulo Rangel 16 gol (Selangor FA)
2013
Marlon Alex James 16 gol (ATM FA)
2012
Jean-Emmanuel Effa Owona 15 gol (Negeri Sembilan FA)
Francis Forkey Doe 15 gol (Terengganu FA)
2011
Abdul Hadi Yahya 20 gol (Terengganu FA)
2010
Mohd Ashaari Shamsuddin 18 gol (Terengganu FA)
2009
Mohd Nizaruddin Yusof 18 gol (Perlis FA)
2007-2008
Marlon Alex James 23 gol (Kedah FA)
2006-2007
Keita Mandjou 21 gol (Perak FA)
2005-2006
Keita Mandjou 17 gol (Perak FA)

ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN | INFO ANUGERAH ABK

ABK 2016 | ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2016

Walaupun tak segah Ballon D'or atau UEFA Award,penulis melihat ia tetap 1 pentas terbaik bagi meningkatkan motivasi pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia.Anugerah bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada pemenang malah memberi persaingan sihat dan kepada pasukan dan pemain.ABK juga memberi pemangkin kepada bakat-bakat baru yang dibentuk dan digilap untuk diketengahkan.

BIOGRAFI
Bermula dengan Anugerah Coca Cola Malaysia pada 2005/2006 kemudian mendapat penajaan 100plus,Anugerah ditukar kepada Anugerah 100plus Bola Sepak Kebangsaan.

KELOLAAN
ABK 2016 dibawah FAM,100plus,PFA Malaysia,Persatuan Penulis Sukan (SAM),Media Prima,Persatuan Jurulatih Malaysja dan wakil penyokong.

KRITERIA PEMILIHAN
Sebanyak 648 pemain didaftarkan untuk ABK 2016.Ia melibatkan 25 kategori dan 9 kategori baru diperkenalkan pada tahun 2016.Setiap pemain yang hendak dicalonkan mestilah membuat penampilan atau beraksi 50% diperingkat domestik secara keseluruhan.Ia diikuti 10 calon diadili oleh jawatankuasa ABK 2016.Selepas itu 5 calon akhir akan ditentukan oleh juri yang terdiri daripada 24 Ketua Jurulatih,24 Kapten Pasukan dan 24 Wakil Media.

KATEGORI ANUGERAH UTAMA
Sejak diperkenalkan di Liga Malaysia,ABK telah beberapa kali ditambah baik namun menerusi artikel ini penulis lebih menjurus kepada beberapa Anugerah Utama seperti
1) Pemain Paling Berharga
2) Jurulatih Terbaik
3) Pasukan Terbaik
4) Pemain Muda Terbaik (Bawah 21)
5) Pemain Import Terbaik
6) Pemain Penyerang Terbaik
7) Pemain Tengah Terbaik
8) Pemain Pertahanan Terbaik
9) Pemain Penjaga Gol Terbaik
10) Pemenang Kasut Emas

Selain itu ABK turut memperkenalkan beberapa lagi Anugerah untuk dinilai dan diberi pengiktirafan seperti

Penyokong Terbaik - Mula diperkenalkan pada tahun 2006/2007.
Pengadil Terbaik - Mula diperkenalkan pada tahun 2005/2006 sebelum kembali disertakan pada 2013.
Hall Of Fame ABK - Diperkenalkan pada 2012 namun pada 2014 tiada penerima untuk Anugerah Khas ini.
Pasukan "Fair Play" - Diperkenalkan pada 2013 dan dikekalkan sehingga kini.
Pemain Terbaik Wanita - Diperkenalkan pada 2015.
Pemain Terbaik Futsal Lelaki dan Perempuan - Diperkenalkan pada 2015.

Untuk Penjaring Terbanyak (Golden Boot) terbahagi kepada beberapa kriteria seperti

1) Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan)
2) Penjaring Terbanyak Liga Super (Import)
3) Penjaring Terbanyak Liga Premier (Tempatan)
4) Penjaring Terbanyak Liga Premier (Import)

ANUGERAH BARU 2016
Anugerah Media Sosial Terbaik, Laman Web Terbaik, Anugerah Komuniti, Anugerah Khas - Piala Presiden, Anugerah Khas - Piala Belia, Anugerah Selamat Datang - MISC MIFA, Anugerah Selamat Datang - PKNP FC, Penghargaan Khas dan Penghormatan KHAS


Sabtu, 12 November 2016

HELMI ELIZA | KECAPI ZAMAN GEMILANG BERSAMA KEDAH

Mohd Helmi Eliza Elias merupakan bekas pemain Kedah yang beraksi sebagai penjaga gol.Ketangkasan beliau ketika mewakili Kedah tidak boleh dinafikan.Selepas Ahmad Sobri Ismail dan Azmi Mahmud,Kedah terpaksa menunggu satu tempoh yang lama untuk mengeluarkan produk baru yang berpotensi seperti Helmi.Bekas produk Presiden Kedah ini antara generasi emas pasukan Kedah yang muncul juara 'Double Treble'.

BIODATA DAN KARIER AWAL
Mohd Helmi Eliza Elias dilahirkan pada (20 Januari 1983).Berasal dari Alor Setar,Kedah.Helmi merupakan produk pasukan Piala Presiden Kedah pada tahun 2001.Pada tahun 2002-2003 beliau diserapkan ke skuad utama pasukan Kedah.Namun Helmi terpaksa menanti kira-kira 3 tahun untuk menjadi penjaga gol utama Kedah kerana dibayangi oleh Megat Amir Faizal ketika itu.Selepas kecewa prestasi merudum Jamsari Sabian,Kedah tiada pilihan dengan memberi Helmi tempoh percubaan.Pada 20 Disember 2006,Helmi akhirnya membuat kemunculan pertama bersama Kedah.

KEMUNCAK KARIER SEBAGAI PENJAGA GOL.
Tahun 2007 menyaksikan Helmi Eliza menjadi penjaga gol Kedah.Helmi beraksi dengan baik termasuk ketika Perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Batu Kawan menentang Perlis.Perlawanan yang berlarutan sehingga 120 minit itu banyak menguji ketangkasan Helmi dipintu gol.Beberapa rembatan Philemon Chipeta (penyerang berbisa Singa Utara) berjaya dipatahkan.Ketika perlawanan diheret ke sepakan penalti,Helmi muncul wira Kedah dengan menyelamatkan 2 sepakan penalti pasukan Perlis.Helmi ditabalkan 'Man Of The Match' perlawanan akhir Piala FA 2007 sekaligus menjulang kejuaraan major pertama dalam karier beliau.

Tahun itu juga menyaksikan Helmi membantu Kedah muncul juara Liga Super buat pertama kali dan kejayaan membenam Perak di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2007.

HELMI DIKENALI TERBAIK MALAYSIA
Sebagai pemain bola sepak tidak kira lah dimana posisi kita bermain,pastinya kita mahu menjadi no1 sebagai choice dan yang terbaik.Itulah kemuncak karier Helmi Eliza,tahun 2008 menyaksikan tahun emas dalam kalendar bola sepak Helmi.Bukan sahaja muncul juara bersama Kedah malah turut mendapat panggilan Malaysia dan merampas posisi no 1 Malaysia.Helmi membantu Kedah mempertahankan kesemua piala yang dimenangi termasuk Liga Super,Piala FA (menewaskan Selangor) dan Piala Malaysia (menewaskan Selangor). Helmi turut memenangi Anugrerah Bola Sepak 100th Plus Kebangsaan sebagai Penjaga Gol Terbaik Liga M (2008) dan Pemain Paling Bernilai (2008).

KARIER ANTARABANGSA
Pada 29 Julai 2008,Helmi bersama Malaysia menentang gergasi bola sepak EPL,Chelsea.Walaupun Malaysia tewas 0-2,ketangkasan Helmi menyelamatkan asakan bertubi Chelsea mendapat pujian jurulatih Chelsea ketika itu,Luiz Felipe Scolari.Tahun 2008 juga menyaksikan Helmi terpilih mewakili Malaysia di kejohanan Pesta Bola Merdeka 2008.Helmi mencatat rekod clean sheets luar biasa selama 390 minit tanpa bolos.Malaysia muncul naib juara apabila tewas penalti kepada Vietnam.Helmi turut menggotai skuad negara pada Piala AFF Suzuki 2008.Namun Malaysia tewas diperingkat kumpulan.Helmi merekodkan 11 caps bersama Malaysia.

TROFI KEJAYAAN

2002
Juara Liga Perdana 2002
2006
Juara Liga Perdana 2006
2007
Liga Super 2007
Piala FA 2007
Piala Malaysia 2007
2008
Liga Super 2008
Piala FA 2008
Piala Malaysia 2008

Sebagai peminat Kedah,penulis berbesar hati menghasilkan nukilan untuk generasi masa kini mengenali salah seorang lagenda bola sepak Kedah Darul Aman.Terima Kasih Helmi Eliza Elias..

Biar Jasa Jadi Kenangan..

HASMAWI HASSAN | PENYERANG LICIK YANG BERJAYA

Nama Hasmawi Hassan pernah tercatat dalam lipatan sejarah bola sepak Pulau Pinang dan Kedah.Bekas penyerang Kedah ini antara pemain yang menikmati kemasyuran dalam karier bola sepak beliau.

KARIER AWAL
Hasmawi Hassan (lahir 4 Ogos 1980) adalah pemain yang sanggat berbakat,beliau bermain di bahagian penyerang walaupun badannya agak berisi beliau juga mempunyai penyudah yang sanggat baik sehingga digeruni pihak lawan .Beliau dikenali sebagai "Mawi" dikalangan rakan sepasukan dan juga digelarkan sebagai Michael Owen Pulau Pinang.

Penyerang kelahiran Pulau Pinang ini merupakan salah satu pemain terbaik di Pulau Pinang sejak di musim 1998 sehingga 2003.Dia mendapat beberapa panggilan dengan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia (3 caps) pada tahun 2002 termasuk ketika menentang Brazil.

KARIER GEMILANG HASMAWI
Hasmawi Hassan melebarkan kariernya dengan menandatangani kontrak dengan pasukan Kedah sejak tahun 2004.Beliau menjadi tunjang kekuatan untuk pasukan Kedah ketika itu,sehinggalah munculnya pemain muda kelahiran kedah iaitu Mohd Khyril Muhymeen yang mengambil alih tempatnya.Pada tahun 2006-2007 Hasmawi digandingkan dengan Marlon Alex James sebagai penyerang Kedah.Gandingan ini amat berkesan sehingga mereka membantu pasukan Kedah menjuarai Liga Super tahun 2007,Piala Malaysia tahun 2007 dan menjuarai Piala FA tahun 2007.Selepas 4 musim bersama Kedah,dia dilepaskan oleh Persatuan Kedah selepas tamat musim 2008.

KEMBALI BERSAMA AZRAII KHOR PADA 2011
Ketika itu kem Hobin Jang Hobin mengalami krisis kecederaan dan nama Hasmawi muncul dikatakan bakal sertai mereka.Akhirnya Negeri Sembilan berjaya mendapatkan Hasmawi.Biarpun tidak banyak beraksi,Hasmawi sekali lagi bertuah apabila menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-3.

PENCAPAIAN HASMAWI
- Juara Liga Perdana 1998
- Juara Liga Perdana 2001
- Juara Piala FA Tahun 2002
- Juara Piala Sumbangsih 2003
- Juara Liga Perdana 2006
- Juara Piala Malaysia 2007
- Juara Piala FA 2007
- Juara Liga Super 2007
- Juara Piala Malaysia 2008
- Juara Piala FA 2008
- Juara Liga Super 2008
- Juara Liga Perdana 2010
- Juara Piala Malaysia 2011

STEFANO IMPAGLIAZZO | FITNESS COACH KEDAH

Stefano Impagliazzo merupakan jurulatih kecergasan pasukan Kedah FA.Mula berkhidmat bermula 7 Mac 2016.Stefano juga pernah bersama Kedah pada tahun 2004.Semestinya hampa perasan kan,samada di Padang Peremba,latihan di Darulaman,sebelum perlawanan bermula dan ketika waktu rehat perlawanan,coach Stefano akan mengambil alih tugasan penuh dan memastikan kecergasan pemain tahap terbaik yakni 100%.Sebagai jurulatih fizikal dan kecergasan,Stefano juga akan memaklumkan kepada TCH condition pemain.Sebab itu kepentingan pakar fitness diperlukan dalam sesebuah pasukan.Sama juga tugas seperti kitman,physio,doktor,assistant,coach GK dan macam-macam lagi.Coach Stefano juga merupakan 'orang penting' dalam memastikan kesebelasan pilihan coach Tan dalam keadaan bersedia termasuklah jika perlawanan terpaksa diheret ke 120 minit.Selain itu,coach Stefano juga akan memantau mana-mana perkembangan pemulihan pemain yang mengalami kecederaan dan menjadi tugasnya memberi setiap inci perkhabaran kepada ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.

BIODATA STEFANO
Stefano Impagliazzo berusia 69 tahun dan berasal dari Brazil.Merupakan graduan di University Of Rio De Janeiro (UFRJ) pada tahun 2000.Stefano juga mendapat pengiktirafan sijil kursus fizikal di Castelo Branco University di Rio De Janeiro,Brazil.Stefano telah berkelana dari Brazil ke Asia dan pernah menjadi jurulatih kecergasan pada beberapa kelab negara seperti Saudi Arabia,Qatar,China dan Malaysia.Al Rhyadh Club,Al Ansar Club (Saudi Arabia),Al Arabi Club,Al Nassr Sports Club (Qatar),Chongqing Lifan Club (China),T-Team,Terengganu dan Kedah (Malaysia).

Secara detail penulis senaraikan

Stefano Coaching Career

Kedah FA - Malaysia / 2016
Terangganu FA - Malaysia / 2015
T-Team - Malaysia / 2014
Hatta Club - Arab Saudi / 2009-2010.
Tadamon - Kuwait / 2008-09
Al-Shamal Sports Club - Qatar / 2006-07.
Muharraq Club - Bahrain / 2005-06.
Al-Ansar - Saudi Arabia / 2004-05.
Kedah FA - Malaysia / 2004
Al-Arabi Sports Club - Qatar / 2003/04.
Al Nassr Sports Club - Qatar / 2002/03.
Chongqing Lifan F.C. - China / 2002.
Al Ansar Club - Saudi Arabia / 2000/01.
Al Najma Club - Saudi Arabia / 1999/00.
Al-Riyadh - Saudi Arabia / 1998/99.
Atletica Portuguesa - Brazil / 1994/96.
Botafogo Ribeirão Preto - Brazil / 1991/92.
Botafogo de Futebol e Regatas - Brazil / 1990/91.
America de São Jose do Rio Preto - Brazil / 1989/90.
Sport Club São Bento - Brazil / 1987/88.
Botafogo de Futebol e Regatas - Brazil / 1986/87.
Mesquita Futebol Clube - Brazil / 1984/86.
Atletica Portuguesa - Brazil / 1983/84.

KEJAYAAN BERSAMA KELAB
Stefano juga meraih beberapa gelaran sepanjang karier beliau menjadi jurulatih kecergasan untuk pasukan

Honors

Bahraini Premiere League Champion - (bersama kelab Al Muharraq Club - Bahrain).

Prince Cup Champion - (bersama Al Muharraq Club - Bahrain).

AFC Cup (Asian Cup) - (bersama Al Muharraq Club - Bahrain).

Rio de Janeiro State Championship B Champion - (bersama Mesquita F. Club - Brazil).

Rio de Janeiro State Youth League Champion - (bersama Botafogo F. R. - Brazil).

Piala Malaysia (Coppa Del Malesia) - (bersama Kedah FA)

Melihat pemain Kedah mencapai prestasi kecergasan yang mantap terutama selepas mengharungi 120 minit semasa perlawanan akhir lalu,penulis tertarik untuk membuat nukilan untuk kita lebih mengenali siapa Stefano Impagliazzo.Beliau juga akan kekal bersama Kedah untuk musim 2017!!..terika kasih coach Stefano.

NELSON SAN MARTIN | THE MAESTRO OF DARULAMAN

Nelson San Martin merupakan pemain import Kedah pada musim 2006-2008.Beliau membantu Kedah menjuarai 6 kejuaraan dalam tempoh 2 tahun.

KARIER AWAL
Nelson memulakan karier seawal usia 17 tahun bersama Unieversidad De Chile.Nelson beraksi selama 6 tahun untuk kelab Chile itu.Nelson turut meraih kejuaraan Liga Chile pada musim 1999/2000 serta pernah beraksi di kejohanan Copa Libertadores iaitu kejohanan kelab tertinggi di Amerika Selatan.Nelson turut pernah menyarung jersi kelab Mexico,Altamira FC pada tahun 2005.

SERTAI KEDAH
Selepas berakhir kempen Piala Malaysia tahun 2006 pada September, Kedah berjaya mendapatkan khidmat Nelson San Martin sekitar November 2006.Turut bersama menyertai Kedah ketika itu penyerang berbisa Kedah Marlon Alex James.Bermula kempen Liga Super 2007,Nelson yang beraksi sebagai attacking midfielder bersama Kedah membantu Kedah melalui umpanan-umpanan menarik beliau.Nelson memang dikenali pakar delivery terutama menerusi set piece atau corner kick.Beliau mencipta hantaran gol sekaligus menyumbang keberkesanan buat Marlon Alex James yang meledak 40 gol musim itu.

Pada musim pertama 2007,Nelson meraih kejuaraan Treble.Kedah memenangi Liga Super,Piala FA menewaskan Perlis dan Piala Malaysia menewaskan Perak.Musim seterusnya Nelson terus memperagakan aksi menakjubkan bersama Kedah.Nelson membantu Kedah mempertahankan kesemua piala yang dimenangi pada 2007.Liga Super,Piala FA menewaskan Selangor dan Piala Malaysia menewaskan Selangor,Nelson turut meledak jaringan half-volley pada perlawanan akhir tersebut.Nelson turut membantu Kedah layak ke Suku Akhir kejohanan Piala AFC.Nelson terpaksa akur pada badan induk bola sepak negara FAM yang mengharamkan penggunaan pemain import untuk musim 2009.

NELSON RETURN 2013
Pada November 2012,Nelson kembali menyarung jersi Kedah buat kali kedua sepanjang karier beliau.Untuk musim 2013,Kedah beraksi di Liga Perdana.Namun Nelson gagal membantu Kedah yang ketika itu dalam proses memperkenalkan bakat-bakat baru.Nelson hanya beraksi semusim sebelum dilepaskan oleh KFA.

DIBERI PENGHORMATAN OLEH KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH
Pada 25 Ogos 2008,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menganugerahkan pingat kebesaran Ahli Cemerlang Semangat Jerai kepada staf kejurulatihan dan pemain Kedah diatas kejayaan memenangi kesemua piala di Malaysia.Nelson antara penerima pingat (A.S.K).

Nelson San Martin antara nama yang dikenang peminat setia hijau kuning.Membantu Kedah merangkul Double Treble adalah kenangan indah untuk karier Nelson San Martin.

Jumaat, 11 November 2016

SWEEPER-KEEPER | SENI SEORANG PENJAGA GOL

APA YANG DIMAKSUDKAN SWEEPER KEEPER

SWEEPER-KEEPER | TEKNIK PENJAGA GOL YANG PENONTON TIDAK SEDAR

Anda mengenali Manuer Neuer?penjaga gol hebat Germany dan FC Bayern Munich?yang sudah memenangi pelbagai kejuaraan samaada Liga Domestik (Bundesliga),Uefa Champions League,DFB-Pokal,World Cup.Apa yang menarik tentang dia?dia hanyalah penjaga gol sahaja bukan?luangkan masa anda 2 minit untuk membaca dibawah 👇

Manuel Neuer merupakan GK no 1 terbaik didunia ketika ini.Mengapa beliau dianggap terbaik?mari kita melihat game style "style of play" beliau.Neuer merupakan contoh terbaik "Sweeper-Keeper".

BIOGRAFI SWEEPER-KEEPER
Pada era 1950an,penjaga gol Hungarian Gyula Grosisc antara penjaga gol terawal dalam sejarah sebagai Sweeper-Keeper.Beliau lebih gemar melakukan hantaran dari kawasan dalam dari melakukan sepakan terus ke upfield.Baginya memulakan hantaran bermula dari bawah lebih tepat.Penyerang hebat Hungary ketika itu,Ferenc Puskas juga turun kebawah untuk mengutip bola dari hantaran Grosisc sebelum mengatur plan.Seorang GK perlu mempunyai beberapa kelengkapan seperti :-

1)Memahami Plan/Taktikal

2)Tenang dan Komunikasi

3)Stamina 

4)Yakin Dalam Membendung Situasi

5)Latihan Kawalan 

PERANAN SWEEPER KEEPER
Berbalik kepada Neuer dan Sweeper-Keeper.Sweeper-Keeper bermaksud seorang penjaga gol + sweeper (seorang pertahanan terakhir).Beliau juga termasuk dalam plan taktikal pasukan.Mereka akan lebih fluid berada dibelakang barisan pertahanan.Erti kata lain beliau menjadi pertahanan ke-5 pasukan beliau.Neuer adalah GK yang mempunyai kelebihan dalam kawalan bola,dribble dan mampu menjadi seorang "permulaan" kepada sesuatu serangan (distribution).Sweeper-Keeper seseorang yang terlibat dalam serangan,menerima bola dan melakukan hantaran melepasi 'outside' kawasan 18 yards.

Perkara biasa jika anda melihat Neuer keluar dari zon selesa beliau (comfort zone) iaitu keluar dari garisan depan gol beliau (6 yards) dan bergegas menghalang mana-mana penyerang yang berjaya melepasi perangkap offside (offside trap).Sweeper-Keeper sentiasa berlegar perkarangan itu dan juga akan cuba menyapu ancaman,mengekalkan possession,melakukan hantaran ke halfway line (center cricle) atau "diagonal passes".

NEUER CONTOH TERBAIK
Pada World Cup 2010,Neuer mencipta 1 assist kepada Miroslav Klose untuk gol menentang England dan pada World Cup 2014,Neuer melengkapkan 244 passes.Untuk menjadi Sweeper-Keeper bukanlah satu perkara mudah dan ia juga bukan sekadar gimik persembahan diatas padang.Melihat Neuer diposisi tengah padang ketika pasukan beliau menyerang,beliau sebenarnya termasuk dalam plan atau strategi.Tak menghairankan beliau pernah berkata beliau mungkin boleh beraksi sebagai Center-Back di Division 3 dengan kebolehan unik beliau.

Salah satu punca kenapa Libero atau Sweeper (Stopper) sudah tidak diperlukan dalam bola sepak moden.Dengan keberkesanan dalam penggunaan Sweeper-Keeper ini,pasukan akan memiliki bukan 10 tetapi 11 pemain diatas padang.


KAKA | MAESTRO OF SAN SIRO,MILAN

Kaka atau nama sebenarnya Ricardo Izecson dos Santos Leite merupakan bintang sensasi Brazil yang meledak sekitar 2004-2007.Biarpun dibayangi Ronaldinho ketika itu,Kaka membuktikan usaha tanpa putus asa berhasil apabila menggondol Anugerah Pemain Terbaik Dunia 2007.

KARIER AWAL
Kaka memulakan karier seawal usia 8 tahun.Ketika berusia 15 tahun,Kaka menyertai Sao Paulo FC di Brazil.Beliau menonjol dengan membantu Sao Paulo menjuarai Copa De Juvenil iaitu kejohanan untuk akademi di Brazil.Kaka akhirnya membuat 'debut' bersama Sao Paulo pada usia 19 tahun.Musim pertama Kaka meledak 12 gol sebelum musim seterusnya 10 gol.Beliau mula menjadi perhatian kelab gergasi eropah selepas itu.

KEMUNCAK KARIER KAKA
Pada 2003,gergasi eropah dan Italy ketika itu merekrut Kaka dari Sao Paulo dengan yuran perpindahan £8.5M.Beliau pantas memperagakan aksi menakjubkan selepas itu.Pada musim pertama di Milan,beliau meledak 10 gol.Kaka turut membantu Milan menamatkan penantian 3 tahun meraih gelaran juara liga Italy (Scudetto).Selain itu Milan turut merangkul kejuaraan UEFA Super Cup.Pada musim pertama beliau disenaraikan dalam calon Ballon D'Or (tempat ke 15) dan Pemain Terbaik Dunia (tempat ke 9).Ketika itu Ballon D'Or dan Pemain Terbaik Dunia belum lagi disatukan seperti sekarang.Selepas penghijrahan Andriy Shevchenko ke Chelsea,bermula era emas buat Kaka.Jurulatih ketika itu Carlo Ancelotti telah meletakkan Kaka sebagai 'trequartista' dibelakang Pipo (Filippo Inzaghi).Hasilnya Kaka meledak 20 gol musim itu,lebih manis Milan meraih gelaran eropah.Musim itu menyaksikan Kaka akhirnya ditabalkan Pemain Terbaik Dunia 2007.

SERTAI REAL MADRID
8 Jun 2009,Kaka mencatat sejarah apabila menyertai gergasi Sepanyol Real Madrid dengan perpindahan €70 juta euro.Ia adalah rekod ke-2 tertinggi ketika itu dibelakang Cristiano Ronaldo yang juga menyertai Madrid pada 2009.Namun nasib berbeza dua bintang itu dimana Kaka dihimpit kecederaan sementara Ronaldo mula menyinar bersama Madrid.Kaka diketepikan 8 bulan selepas menjalani operation lutut beliau.Selepas Piala Dunia 2010,Kaka diketepikan dari skuad utama Madrid selepas mereka merekrut bintang baru German,Mesut Ozil.Ozil dan Kaka beraksi pada posisi yang sama di Madrid.2011 menyaksikan sekali lagi Kaka mengalami kecederaan lutut berulang (ITB).Bersama Madrid,Kaka beraksi 120 kali dalam tempoh 4 tahun dengan meledak 29 gol sahaja dan 32 hantaran gol.

KEMBALI KE MILAN KALI KE-2
2013/2014 menyaksikan Kaka kembali menyertai AC Milan.Mengikut rekod,Kaka menyertai Milan melalui perpindahan percuma dari Madrid.Namun berusia 31 tahun,aksi Kaka tidak lagi seperti 10 tahun lalu (2003).Kaka yang diberi jersi keramat number 22 dan sebagai vice captain hanya meledak 9 gol dalam 37 penampilan.Penghujung musim,Kaka dilaporkan diintai kelab bola sepak Amerika Syarikat Orlando City.

Kaka dianugerahkan AC MILAN HALL OF FAME 2010.Beliau meledak 104 gol sepanjang berada di Milan.Kaka dikedudukan ke-9 penjaring terbanyak sepanjang zaman Milan.Beliau turut merangkul 8 Anugerah individu sepanjang karier beliau termasuk Pemain Terbaik Dunia dan Golden Ball.

The Maestro Of San Siro

Khamis, 10 November 2016

PERTAHANAN TENGAH | 4 PERSONALITI DALAM 1 POSISI

PERTAHANAN TENGAH | 4 PILIHAN SEBAGAI PERTAHANAN TENGAH

Dalam bola sepak,pertahanan tengah merupakan benteng yang dikendalikan oleh 2 atau 3 pemain.Contoh formasi bagi 2 pemain pertahanan tengah adalah seperti 4-4-2,4-2-3-1.Bagi 3 pertahanan pula formasi seperti 3-4-3,3-5-2.Kebiasaannya pertahanan tengah atau CB akan berpasangan (2 pemain) atau trio (berpasangan 3 pemain).

Pertahanan tengah dalam kamus bola sepak terbahagi kepada 4 pilihan.Pertama,central defend.Kedua,ball-playing defend,ketiga,limited defend dan keempat Libero atau Sweeper

CENTRAL DEFEND

Juga dikenali center back (center half).Kedudukan mereka didepan penjaga gol.Tugas utama mereka adalah mencegah serangan,melakukan terjahan (tackling),blocking,kebolehan memenangi bola udara (aerial) dan kawalan bertanda keatas lawan terutama penyerang lawan (marking).Jika memegang bola,seorang Center-Back akan melakukan clearance,pinpoint passing atau long balls ke kawasan lebih selamat.Seorang center-back juga memerlukan ability specialist dalam tandukan.Ia digunakan untuk melakukan clearance atau ketika mahu menjaringkan gol menerusi set-piece,corner kick.Sistem yang sering digunakan oleh center back seperti zonal marking (kawalan specific area) dan man-to-man marking (kawalan khas kepada penyerang).Tidak seperti Ball-Playing dan Limited Defend,Center Back sesuai untuk.semua taktikal yang diterapkan.

BALL-PLAYING DEFEND

Ball playing defend adalah pertahanan tengah yang semakin mendapat tempat dalam bola sepak moden.Mereka lebih fluid (ubah-ubah) dan tidak terlalu statik seperti center back.Ball playing defend adalah seakan kelahiran semula posisi libero yang bermaksud (bebas) yang diguna pakai lagenda Jerman Franz Beckenbauer pada tahun 70an.Namun libero mula berputik era 1930an hasil seni jurulatih Austria ketika itu Karl Rappan.Selaras dengan kemajuan,bola sepak juga menuju kedepan dan atas sebab itu lahirnya ball playing defend.Seorang ball-playing akan berada digarisan pertahanan seperti center-back.Namun mereka lebih cenderung mengambil masa (delay possession) untuk mengawal bola sebelum melihat option untuk melakukan passing (seperti Libero).Mereka juga sering bertindak sebagai permulaan kepada serangan.Disini seorang ball playing memerlukan pace dan concentration.Selain itu keupayaan dalam melakukan passing juga perlu mahir kerana mereka lebih kerap melakukan hantaran risky passes dan mixed passes seperti diagonal passes.Mereka juga mendapat sokongan penuh dari defensive midfield seperti deep-lying midfield semasa build-up attack.Ball playing juga sesuai digunakan untuk taktik serang balas atau serang melalui sayap.

LIMITED DEFEND

Limited defend tidak banyak perbezaan dengan center-back.Namun jika anda memiliki seorang yang bertubuh sasa dan besar,maka Limited Defend adalah pilihan tepat.Fokus utama mereka adalah mengeluarkan bola dari kawasan terdedah secepat mungkin.Mereka juga lebih direct passes kepada penyerang atau pemain sayap.Contoh seperti pump ball into box atau clear to flanks.Mereka cenderung mencari target man.Formasi menggunakan sistem target man sesuai bersama limited defend.Selalunya seorang limited defend tidak mempunyai keupayaan mengawal bola dengan baik,jadi penyelesaian terbaik adalah melakukan clearance dan direct passing.Limited defend juga memerlukan strength yang padu dan kekuatan jumping yang kuat.

LIBERO/SWEEPER

Libero atau sweeper sudah jarang digunakan pada era masa kini cuma kelab Italy masih mengamalkan konsep ini.Sweeper sebenarnya terbahagi kepada 2 iaitu berada lebih dalam (deeper) dari pertahanan tengah (center defend) dan kedua lebih menyerang yang dikenali libero.Sweeper normal adalah stopper pertahanan dan bertugas mengawal serta membersihkan segala ancaman kearah gol beliau.Manakala Libero (ball-playing sweeper) pula lebih advance menyerang.Apabila Libero memegang bola,beliau akan membuka ruang sebelum melakukan umpanan kepada rakan.Libero lebih skill berbanding sweeper atau center atau limited.Sekali pandang,libero juga seperti ball-playing defend.Libero juga bertindak sebagai ketua didalam garisan pertahanan.Formasi sering digunakan seperti 5-3-2.

Secara ringkasan dari penulis,seorang pertahanan tidak hanya tertumpu kepada bertahan.Di era bola sepak moden kini,seorang pertahanan tengah juga mampu menjadi penyumbang kejayaan.Kekentalan dalam bertahan dan kebijaksanaan serta ketenangan dalam mengatur gerakan mungkin menjadi kunci utama.

PENJAGA GOL,KEEPER | ASAS PENJAGA GOL

DEFINISI PENJAGA GOL

Setiap pasukan bola sepak,futsal,hoki,bola baling,hoki ais,mesti dilengkapi seorang bertindak sebagai PENJAGA GOL.

Di dalam bola sepak,penjaga gol mengambil kedudukan yang mewakili garis akhir pertahanan antara serangan lawan dan gol pasukannya.Peranan utama penjaga gol adalah untuk mempertahankan gol pasukannya dan juga lawan daripada menjaringkan gol. Penjaga gol juga adalah satu-satunya pemain yang dibenarkan untuk memegang bola dengan tangan atau lengannya dalam permainan terbuka. Setiap pasukan diwajibkan mempunyai 1 penjaga gol dipadang pada semua ketika semasa suatu perlawanan berlangsung. Jika penjaga gol terpaksa keluar disebabkan kecederaan atau dibuang padang, pemain lain mesti mengambil peranan berkenaan,walaupun pasukan tersebut tidak mempunyai penjaga gol gantian/atau sudah menggunakan kesemua penggantian yang diuntukkan.

Penjaga gol sering disingkatkan kepada GK (bahasa Inggeris Goalkeeper) dalam kad barisan mula, laporan perlawanan, dan sari kata TV. Perkataan keeper dan goalie juga biasa digunakan.Posisi ini digunakan dalam percakapan dirujuk sebagai 'penjaga' atau 'orang di antara palang'.

KEPERLUAN PENJAGA GOL

Kalau mengikut teori buku bola sepak,ada bermacam dinyatakan untuk keperluan sebagai penjaga gol.Namun penulis ringkaskan kepada beberapa perkara penting.

1) Tindakan Reflex
Keperluan ini sangat penting kepada seorang peenjaga gol.Reflex adalah tindakan serta merta.Sebagai penjaga gol,tindakan pantas beliau amat diperlukan terutama menerima ancaman seperti rembatan diluar jangkaan.Bagaimana beliau cuba menyelamatkan cubaan itu (dive).

2) Komunikasi
Keperluan ini antara orang sering memandang remeh.Komunikasi penjaga gol dan pemain lain amat penting,terutama pertahanan.Tidak hairan ketika menonton perlawanan bola,kita melihat penjaga gol akan memekik kearah pemain untuk menutup bahagian yang terdedah.Jika komunikasi lemah,berkemungkinan akan berlaku salah faham seperti pertahanan lambat 'clear' bola kerana menganggap penjaga gol keluar.Atau berlaku pertembungan ketika penjaga gol dan pertahanan mahu selamatkan bola.

3) Mengawal
Penjaga gol bukan sahaja mengawal posisi beliau malah kebolehan mengawal dalam mengatur benteng.Contoh ketika pasukan menerima sepakan percuma lawan,penjaga gol akan mengawal selia benteng supaya kedudukan kepada beliau lebih jelas.Menyuruh benteng marking pemain lawan didalam kotak penalti.Tugas itu sepenuhnya dibahu penjaga gol.

4) Teknik
Keperluan ini termasuk cara sepakan,balingan,menyelamatkan atau kebolehan menggunakan kedua dua kaki.Seorang penjaga gol terbaik tidak akan mempunyai masalah dari segi teknik atau keperluan asas (fundamentals). Contoh untuk memulakan plan game atau semasa mengawal bola.Ada beberapa penjaga gol pernah menghasilkan "assist" untuk gol seperti Manuel Neuer.Ini menunjukkan kualiti serta teknik hantaran beliau dari cara sepakan beliau.

5) Kebolehan Udara

Kebolehan menangkap atau menumbuk bola ketika perebutan udara.Ia juga sebahagaian teknik namun penulis lebih tekankan disini kerana ia salah satu teknik lawan untuk menjaringkan gol.Lawan akan mengesan kelemahan dengan crossing,corner kick atau set piece.Dari situ kita dapat lihat,jika penjaga gol terbaik,beliau tidak mempunyai masalah untuk memenangi perebutan udara itu.

Ringkasannya seorang penjaga gol amat penting dalam pasukan.Sering dianggap 'unsung hero',penjaga gol merupakan satu posisi yang harus diangkat seiring posisi penyerang,pemain tengah atau pertahanan.

Selasa, 8 November 2016

VICTOR ANDRAG | PERTAHANAN LUAR BIASA

[UNSUNG HEROES]

Victor Andrag nama yang cukup dikenali dikalangan peminat Kedah.Tidak sepopular Marlon Alex James,Nelson Sam Martin yang sering diangkat pemain terhebat sepanjang zaman buat skuad Jelapang Padi.

KARIER AWAL
Victor bermula dari musim agak perlahan bersama Kedah.Dari kelab negeri (Kedah Ansell Fc) beliau menyertai Kedah FA pada 2002.Memegang lilitan kapten selepas perhijrahan Akmal Rizal dan Fauzi Nan,Victor mula mencipta gandingan serasi bersama Outlaw "Cornelius Bernard Huggins" bermula 2004,2005,2006,2007,2008,Victor mengemudi barisan pertahanan Kedah dengan begitu cemerlang sepanjang kerjaya beliau di Kedah.Memiliki kekuatan fizikal dan stamina ampuh,Victor diangkat sebagai pemain pertahanan local terbaik dizaman kemuncaknya.

KEJUARAAN
Sumbangan beliau diiktiraf apabila ditabal Pertahanan Terbaik Musim 2007/2008.Menjulang gelaran Double Treble bersama Hijau Kuning adalah pencapaian terbaik buat Victor selain kejuaraan Liga Premier 2006.Walaupun hanya mendapat international caps 2 kali,Victor tetap diingati sebagai salah satu lagenda bagi pasukan Kedah Darul Aman.

Biar Jasa Jadi Kenangan

#BHKhistory

20 TAHUN PEMBELIAN ZOLA | SIMBOLIK NO.25 PASUKAN CHELSEA

20 TAHUN MENGENANG PEMBELIAN |  GIANFRANCO ZOLA

Tarikh 8 November 1996,hadirnya seorang permata Italy mewarnai Chelsea dan dia adalah Gianfranco Zola.Memiliki rekod sebagai prospek besar eropah ketika itu (bersama Parma),ramai mengagumi kecekapan Chelsea yang berjaya memancing Zola dengan harga £4.5M.Ketika itu Ruud Gullit merupakan jurulatih Chelsea dan beliau lah berusaha keras membawa Zola sertai Chelsea (termasuk membawa Gianluca Vialli)

IMPAK ZOLA DI CHELSEA

Bermula debut menentang Blackburn Rovers,Zola pantas mencuri tumpuan bersama Chelsea.Sejak itu Zola merakam beberapa kenangan indah bersama Chelsea.Pada 1997 pertemuan menentang Manchester United,Zola menewaskan 4 pertahanan Man Utd sebelum merembat bola menewaskan Peter Schmeichel.Jaringan yang memukau mata Sir Alex Ferguson.Season 1997 juga menyaksikan Zola menjadi 'key player' Chelsea muncul juara FA Cup dengan menewaskan Middlesbrough 2-0.Dalam laluan ke Final,Zola turut meledak gol ketika menewaskan Liverpool 4-2.Kemenangan itu dianggap dramatik kerana selepas ketinggalan 2 gol,Zola menunjukkan kualiti luar biasa beliau dengan meledak gol 'curling shot' dari jarak 25 yards.Penghujung musim juga menyaksikan Zola dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik Pilihan Penulis dan menjadi pemain pertama Chelsea memenanginya.

Selepas itu Zola membantu Chelsea meraih 3 lagi gelaran termasuk UEFA Cup Winner's Cup,League Cup dan UEFA Super Cup.Selain itu Zola juga merupakan generasi pertama yang membantu Chelsea kali pertama layak ke saingan UEFA Champion League (1999/2000).

KESELURUHAN PENAMPILAN DAN GOL

Zola mencatat 312 penampilan bersama Chelsea dengan catatan rekod 80 gol sepanjang menyarung jersi The Blues. Di peringkat domestik,Zola merekodkan 59 gol dalam 229 penampilan.Musim terkahir Zola adalah pada 2003.Musim itu menyaksikan Zola merakam 16 gol malah turut dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan Chelsea.Zola turut diangkat sebagai Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Chelsea.

Kini selepas 20 tahun,jersi 25 masih lagi disimpan sebagai simbolik kepada Gianfranco Zola.

SELEPAS 6 BULAN BEROPERASI | 11,000 RIBU IKUTI BHK

6 BULAN OPERASI DI MEDIA SOSIAL,MATLAMAT KAMI SEMAKIN JELAS

Bermula sekitar Mei 2016,penulis mencipta satu 'page' bola sepak untuk menyokong pasukan Kedah FA.Sekali dilihat BHK sama juga seperti lambakan page-page yang menyokong pasukan Kedah tetapi semakin hari penulis mahu membuat sedikit kelainan dalam penulisan atau karya.Akhirnya kini penulis menarik nafas lega kerana nukilan-nukilan hari ini semakin diterima netizen.

BIODATA PENULIS

Penulis merupakan satu-satunya pengelola Buletin Hijau Kuning.Penulis berusia 28 tahun tapi bukanlah bekas pemain bola sepak professional.Cuma masa peringkat sekolah pernahlah penulis mewakili peringkat sekolah.Penulis merupakan anak jati Kedah berasal dari Alor Setar kini menetap di Negeri Sembilan sudah hampir 5 tahun.Selain BHK,penulis juga menjadi beberapa lagi 'admin' untuk 3 group dan 2 page.Kebanyakkan bola sepak eropah.Namun keutamaan penulis adalah kepada BHK kerana ia adalah own page.

PERMULAAN

Pada peringkat awal,penulis cuba membuat sedikit research dan lebih banyak share berikutan kesukaran mendapatkan berita bola sepak tempatan.Sama sekali berbeza jika penulis melakar berita untuk kelab bola sepak eropah.Namun selepas beberapa penyelidikan dijalankan,penulis mula mendapat rentak untuk sedikit demi sedikit.Tujuan utama penulis adalah untuk mempelbagai nukilan tanpa mencuri idea dari pihak lain.Namun fakta dalam kajian haruslah tepat sebelum penulis mencipta nukilan.

CARA PENULISAN

Penulis mengabungkan beberapa aspek untuk ditatap oleh penyokong seperti berita terkini skuad bola sepak Kedah,taktikal review,analisis pasukan,statistik pasukan,retro pasukan serta artikel bola.sepak khususnya pasukan Kedah.Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap perincian nukilan memerlukan masa dan kesabaran untuk mencari fakta dan kajian yang sahih.Pernah penulis menemu bual pemain sendiri untuk siapkan artikel,pernah juga penulis mencari beberapa arkib lama sehingga seminggu untuk mendapat fakta-fakta sahih dan pernah memasuki beratus website untuk mendapatkan statistik keseluruhan.Ia adalah sebahagian dari cara penulis menghasilkan ilham untuk dicoretkan.

TERIMA KASIH MEMBERI SOKONGAN

Penulis mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang memberi sokongan kepada kami.Penulis juga menerima apa jua kritikkan dan menganggap ia adalah asam garam kita sebagai pengelola sesebuah page.Kadang-kadang penulis juga terlepas pandang 'small mistake' dan memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang dengan coretan penulis.Penulis juga berbesar hati kerana beberapa pemain utama Kedah sudi memberi tanda sokongan kepada page Buletin Hijau Kuning.Ia merupakan penghargaan kepada penulis apabila pemain Kedah sendiri menyokong usaha penulis.

TERIMA KASIH 11K!!!..

PERLAWANAN DERBY PALING EPIK | DERBY DELA MADONNINA

Dalam bola sepak hari ini permusuhan bola sepak (diatas padang) adalah pertemuan yang dinantikan seluruh peminat serata dunia.Sebut sahaja pertembungan El-Clasicco diantara FC Barcelona menentang Real Madrid,pasti peminat bola sepak teruja dan sanggup bersengkang mata sehingga ke pagi untuk menonton perlawanan terhebat itu.

Namun hari ini kita bercerita mengenai satu lagi pertembungan dramatik melibatkan 2 pasukan di Bandaraya yang sama iaitu kota Milan.AC Milan vs Inter Milan dalam perlawanan Derby Della Madonnina

SEJARAH AWAL KOTA MILAN.

Pada 13 December 1899,Alfred Edward menubuhkan pasukan Milan Cricket and Football.Alfred Edward berketurunan British merupakan vice- consult di Kota Milan.Untuk pasukan Cricket,dipengerusikan oleh Edward Berra dan bola sepak dipengerusikan oleh David Allison.Pasukan Milan ketika itu mengecap kejuaraan pertama pada 1901 sekaligus menamatkan penguasaan Genoa (kelab Serie A) yang menguasai Liga 3 musim berturut turut.Milan turut merangkul kejuaraan pada 1906 1907.

KONFLIK KOTA MILAN,PENUBUHAN RASMI FC INTERNAZIONALE PADA 1908

Pada 9 Mac 1908 secara rasminya FC Internazionale ditubuhkan.Krisis perpecahan kesatuan Cricket dan Bola Sepak Milan tercetus apabila penubuhan mengambil pemain asing untuk digandingkan bersama pemain Italy.Disebabkan perpecahan itu tercetusnya gelaran Rossoneri dan Nerazurri.Perbalahan tersebut juga melahirkan FC Internazionale yang juga dikenali Inter Milan.Sejak tercetusnya perbalahan itu,AC Milan mengalami zaman gelap apabila ketandusan kejuaraan untuk tempoh 43 tahun.Di kem Inter Milan pula,mereka merangkul kejuaraan sulung pada 1910 sebelum 1920,1930,1938 dan 1940.

PERKONGSIAN STADIUM DAN SEBAB

Stadium pasukan ini adalah San Siro yang berkapasiti 82,955 tempat duduk, secara rasminya dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza sempena nama bekas pemain yang pernah bermain untuk Milan dan Internazionale iaitu Don Giuseppe Mezza.Nama San Siro diambil daripada daerah di mana ia terletak.Stadium ini dikongsi bersama Inter Milan,sebuah lagi kelab bola sepak yang besar di Milan.Stadium ini terkenal dengan suasananya yang hebat disebabkan oleh kedudukan yang dekat di antara tempat duduknya dengan padang.

DERBY DELLA MADONNINA

Perlawanan pertama 'Derby Della Madonnia' adalah pada 1908.Pada 18 Oktober 1908,AC Milan menewaskan Inter Milan 2-1 dalam perlawanan akhir Chiasso Cup yang berlangsung di Switzerland.Itu adalah permulaan kepada permusuhan paling dasyat dalam sejarah bola sepak Itali.Berbalik kepada nama derby ini 'Madonnina' bermaksud simbolik sebuah geraja yang menjadi tanda utama di Kota Milan.Dalam pertandingan rasmi,AC Milan dan Inter Milan telah bertarung sebanyak 216 kali (dalam catatan rekod).Inter mencatat 77 Menang manakala Milan 75 kali dan baki 64 perlawanan lagi berkesudahan seri.Bermula 1960an,bermula era permusuhan mereka.Dua pemain terkenal masing-masing mewakili AC Milan dan Inter Milan bertembung.Gianni Rivera 'The Golden Boy' vs Sandro Mazzola anak kepada legenda Torino (Velantino Mazzola).Semenjak pertembungan icon itu,kedua dua pasukan saling berusaha keras meraih kejayaan.AC Milan muncul juara eropah pada 1962-1963 diikuti Inter Milan pada 1968-1969.Permusuhan kelab berterusan sehingga ke peringkat pasukan kebangsaan.Pada 1970,Italy mara ke Perlawanan Akhir Piala Dunia namun tewas 1-4 kepada Brazil.Rivera dan Mazzola tidak boleh bermain mahupun berlatih sekali.Ia menyukarkan jurulatih dan terpaksa menurunkan salah seorang sahaja sebelum seorang lagi diturunkan pada babak kedua.Permusuhan AC Milan dan Inter berterusan sehingga tarikh titik hitam 12 April 2005 dimana AC Milan diundi bertemu Inter Milan pada peringkat Suku Akhir Liga Juara Juara.Penyokong Inter Milan melontarkan 'flare' keatas padang dan terkena penjaga gol Milan,Dida.Inter didenda €200,000k sementara AC Milan diberi kemenangan percuma 3-0.

TROFI YANG DIMENANGI OLEH MILAN DAN INTER

Untuk rekod,AC Milan lebih berjaya mengondol kejuaraan berbanding Inter.AC Milan mengumpul jumlah kejuaraan rasmi sebanyak 47 kali dan Inter Milan 39 kali.Peringkat domestik dibawah FIGC (Kesatuan Bola Sepak Italy),Inter berjaya memenangi 30 kejuaraan manakala AC Milan 29 kejuaraan.Inter Milan muncul juara Serie A (Liga Italy) sebanyak 18 kali,Coppa Italia 7 kali dan SuperCoppa Italiana 5 kali.AC Milan turut gah dengan 18 kejuaraan Serie A diikuti 5 Coppa Italia dan 6 kejuaraan SuperCoppa Italiana.Dalam pertandingan kelolaan UEFA Federation pula,AC Milan pula lebih menonjol dengan 18 kejuaraan.AC Milan muncul juara UCL (Uefa Champion League) sebanyak 7 kali diikuti UCWC (Uefa Cup Winner) 2 kali,USC (Uefa Super Cup) 5 kali dan FCWC (FIFA Club World Cup) sebanyak 4 kali.Inter Milan mengumpul 9 gelaran peringkat International.Dengan muncul juara UCL (3 kali),UEL (Uefa Europa League) 3 kali dan FCWC (3 kali).

PEMAIN YANG PERNAH BERMAIN UNTUK AC MILAN DAN INTER MILAN

Giuseppe Meazza,Luigi Cevenini,Aldo Cevenini,Francesco Soldera,Lorenzo Buffon,Victor Benitez,Roberto Baggio,Chritian Panucci,Edgar Davids,Patrick Viera,Antonio Cassano,Zlantan Ibrahimovic,Francesco Toldo,Andre Pirlo,Ronaldo,Christian Vieri antara nama yang pernah mewakili AC Milan dan Inter Milan.

JURULATIH PERNAH MELATIH AC MILAN DAN INTER MILAN

Jeosef Viola,Guisepe Bigogno,Luigi Radece,Givanni Trapattoni,Alberto Zaccheroni dan Leonardo

Untuk perlawanan seterusnya untuk 'Derby Della Madonina' adalah pada 20 November ini sebelum pusingan kedua April 2017.Kali terakhir Milan Derby adalah 30 January 2016 dimana AC Milan membenam Inter Milan 3-0.

ITALY BIGGEST RIVALRIES

Ia adalah pertembunga rivalries paling dasyat dalam sejarah bola sepak Italy dan antara terdasyat didunia.Berada dikota yang sama namun kedua-dua mempunyai identiti berbeza dan penyokong berbeza.Tradisi mereka lambang bola sepak Italy sehingga hari ini.

Isnin, 7 November 2016

PEMAIN BAWAH 21 TAHUN | KEDAH PLATFORM UNTUK MEREKA MUSIM 2016

KEDAH YOUTH DEVELOPMENT 2016
__________________________

Siapa Pemain Muda Paling Menyerlah Musim 2016 (Bawah 21 tahun)

1.Amirul Hisyam Awang Kechik (20 Tahun)
___________________________________
Beraksi 28 kali bersama Kedah,Amirul Hisyam adalah pemain muda paling menonjol untuk musim ini.Pemain Kebangsaan Bawah 22 tahun ini merupakan nadi utama bahagian tengah pasukan.Beraksi sebagai Defensive Holding Midfielder menjadikan Amirul aset besar buat pasukan Kedah.

2.Ifwat Akmal Che Kassim (20 tahun)
_____________________________________
Penjaga gol muda ini mula membuat kemunculan debut pada perlawanan menentang T-Team dalam saingan Piala Malaysia.Sejak detik itu,Ifwat mempamerkan aksi menakjubkan dengan membantu Kedah layak ke peringkat Suku Akhir,Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir.Ifwat turut cemerlang dengan menjadi penjaga gol paling banyak mencatat 'clean sheets' dalam saingan Piala Malaysia.Ketika ini Ifwat turur disenarai sebagai pemain yang menjalani latihan untuk skuad kebangsaan bawah 22 tahun.

3.Abd Halim Saari (21 tahun)
_____________________________
Adik kepada lagenda Kedah Ahmad Fauzi Saari (Paklong) ini boleh dilabel generasi akan datang pasukan Kedah.Walaupun beraksi sekitar 11 perlawanan (tidak termasuk sabagai gantian),Abd Halim banyak memainkan 'belakang tabir' terutama ketika ketiadaan Liridon Krasniqi.Mengikut rekod,Halim hanya meledak 1 gol (vs Kelantan) tetapi terlibat beberapa kali dalam hantaran gol.Penulis percaya 100% Halim mempunyai masa depan sangat cerah bersama Kedah sekiranya terus diberi kepercayaan.

4.Syafiq Ahmad (21 Tahun)
___________________________
Syafiq Ahmad merupakan seorang lagi penyerang tempatan dalam pembikinan.Syafiq mula diperkenalkan pada 2014 sebelum menjadi sebahagian dari kelompok yang menjuarai Liga Perdana 2015.Musim ini aksi Syafiq agak terhad namun ia tidak menghalang beliau menunjukkan bakat semula jadi beliau.5 hantaran gol serta 1 gol untuk musim ini.Bersama skuad bawah 22 tahun kebangsaan,penyerang berketinggian 1.75m ini telah meledak 3 gol dalam siri perlawanan jelajah persahabatan.

5.Farhan Roslan (19 Tahun)
___________________________
Farhan Roslan @Messi Kedah ini merupakan sebahagian tonggak utama diawal musim.Walaupun mengalami sedikit penurunan prestasi,Farhan masih dianggap pemain muda berbakat musim ini.Menyumbang 3 gol serta 5 hantaran gol,aksi licik Farhan diatas padang sentiasa mencuri perhatian dan memberi masalah kepada pertahanan lawan.Penulis yakin Farhan masih releven untuk diberi peluang pada masa akan datang.

6.Ariff Farhan Isa (20 tahun)
____________________________
Berkeyakinan tinggi dan semangat yang luar biasa.Ungkapan paling sesuai buat pertahanan serba boleh pasukan Kedah ini.Bermula sebagai seorang pemain sayap,Ariff kemudian diberi 'role' sebagai pertahanan kanan sebelum menyerlah disatu lagi posisi pertahanan kiri.Juga pemain utama untuk skuad kebangsaan bawah 22 tahun,Ariff meniti zaman kemuncak karier apabila membantu Kedah mara sehingga ke peringkat akhir Piala Malaysia.Namun kecederaan 'acl' penghujung musim telah mengakibatkan beliau terpaksa melupakan baki saingan musim ini.Penulis yakin jika Kedah kehilangan Rizal Ghazali,Ariff Farhan adalah pengganti paling sesuai sebagai pertahanan kanan.

Untuk musim 2016 juga,Kedah memiliki 3 lagi pemain dibawah usia 21 tahun

- Osman Yusuf (Pertahanan Tengah)
- Raphi Azizan (Pertahanan Kanan)
- Syazuan Hazani (Penyerang)

Penulis percaya produk-produk Kedah akan terus dilahirkan dan Kedah FA sentiasa menjadi platform terbaik dalam menggilap bakat mereka untuk menjadi pemain yang bakal menyinar dalam bola sepak Malaysia.

CORETAN MUSIM 2016 | 5 TERBAIK,5 TERBURUK PASUKAN KEDAH 2016

Melihat kembali keseluruhan musim 2016 pasukan Kedah,penulis menggambarkan 5 perkara TERBAIK dan 5 perkara TERBURUK untuk pasukan Kedah

5 TERBAIK SEPANJANG MUSIM 2016

1.Kemenangan TERBESAR untuk musim 2016.Mengatasi Megah Murni dengan jaringan 8-0.

2.Menjadi pasukan pertama meleburkan rekod tanpa kalah JDT dalam semua pertandingan.Piala FA Separuh Akhir (1).Menang 2-1.

3.Menjadi pasukan paling TINGGI meraih mata dalam saingan kumpulan Piala Malaysia dengan 13 mata.

4.Mengulangi pencapaian musim lalu dengan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

5.Muncul juara Piala Malaysia edisi ke 90.Dengan kini mengumpul 5 kejuaraan secara keseluruhan.

5 TERBURUK SEPANJANG MUSIM 2016

1.Kekalahan terbesar 0-5 ditangan JDT dalam aksi Liga Super.

2.Tewas kepada T-Team 0-1 di Darulaman.Satu-satunya KEKALAHAN di Darulaman sepanjang musim.

3.Tewas jaringan minit akhir pada Separuh Akhir Kedua Piala FA (minit ke 89).

4.Tewas 1-4 ditangan T-Team dalam saingan Liga Super.

5.Kesilapan teknikal menurunkan Rizal Ghazali mengakibatkan pasukan dipotong 3 mata dan Pahang diberi kemenangan percuma 3-0.

Apapun ia hanyalah coretan pasukan Kedah untuk musim 2016.Kita pasti mengharapkan Kedah memperbaiki kelemahan dan mengekalkan konsisten dalam perkara yang baik.Pulun Kedah Pulun

Ahad, 6 November 2016

MOHAMAD NABIL AHMAD LUTPI | PERMATA SKUAD PIALA EMAS RAJA-RAJA KEDAH

Terlebih dahulu penulis mahu mengucapkan tahniah kepada skuad PERR KEDAH 2016 yang berjaya melangkah ke Suku Akhir Piala Emas Raja Raja 2016.

Penulis berpeluang meluangkan masa bersama Mohamad Nabil Bin Ahmad Lutpi @ Mohd Nabil pemain sayap lincah pasukan Piala Emas Raja Raja Kedah.Pemain berasal dari Kampung Paya Sulaiman,Pendang,Kedah ini telah meledak 3 gol dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan.Berusia 24 tahun,Nabil memulakan karier awal bersama Kuala Muda Naza FC (KM Naza) pada tahun 2009 di saingan Liga Super.Selepas isu penarikan diri pasukan kelab berpengkalan di Gurun itu,Nabil meneruskan karier mewakili Kolej Komuniti Pulau Pinang dalam Liga IPT selama 3 tahun.

Bagi saingan Piala Emas Raja Raja 2016,ia merupakan penampilan pertama Nabil bersama PERR Kedah.Nabil juga telah mendapat beberapa tawaran dari kelab ternama Liga tempatan dan salah satunya pasukan yang baru beraksi pada Separuh Akhir Piala Malaysia baru-baru ini!..pasukan mana?biarlah rahsia terlebih dahulu.

Akhir kata sebelum mengundur diri ketika wawancara,penulis sempat mengucapkan selamat maju jaya buat Mohamad Nabil atau Nabil Mubin dalam saingan Piala Emas Raja Raja 2016 dan karier bola sepak beliau.Pulun Sang Keris Pulun!!

Jumaat, 4 November 2016

PROGRAM PEMBANGUNAN KEDAH | PRODUK KEDAH SERATA RATA

DEVELOPMENT PROGRAM | ANAK KEDAH DI PERANTAUAN HASIL KEBERKESANAN PROGRAM PEMBANGUNAN

Penulis BERTEGAS artikel ini bukan mengupas isu kenegerian tetapi mahu berkongsi anak Kedah yang pernah dihasilkan dari program pembangunan dan pernah memberi sumbangan kepada skuad Helang Merah suatu masa dulu.

FIRDAUS FAUZI
Kelab Kini (Felda United)

Pemain berusia 29 tahun ini kini bersama Felda United.Pada asalnya beliau adalah seorang pemain 'winger' namun kini selesa bermain sebagai fullback disebelah kanan.Pernah menyarung jersi Kedah pada 2011,Firdaus kini sudah menyarung jersi hampir 6 pasukan berbeza.

AL HAFIZ HAMZAH
Kelab Kini (JDT ll)

Pemain berusia 32 tahun ini adalah anak kelahiran Pendang,Kedah.Bekas penjaga gol Kedah selama 7 musim (2004-2011) ini kini merupakan GK no 1 pasukan JDT ll.Untuk rekod,Al Hafiz telah menyarung jersi hampir 4 pasukan berbeza.

BUNYAMIN UMAR
Kelab Kini (Selangor)

Pemain seangkatan Baddrol Bakhtiar ini kini berusia 28 tahun.Pernah mewakili Kedah pada (2005-2007),Bunyamin juga pernah diberi tempoh ujian bersama Baddrol di Chelsea Football Club pada 2007.Bekas pemain bek kanan dan tengah bertahan ini kemudianya menyertai Selangor sehingga kini.

FAZILIATA TAIB
Kelab Kini (Felcra FC)

Anak kelahiran Changlun,Kedah ini sudah berusia 30 tahun.Pernah menabur bakti selama 9 tahun bersama Kedah (2005-2014).Fazliata juga sebahagian dari pasukan yang muncul juara 'Double Treble' pada tahun 2007 dan 2008.Selepas menabur bakti bersama Kedah,Fazliata atau lebih mesra disapa Ustaz menyertai N.Sembilan.Kini bersama Yusri Che Lah di Felcra FC.

KHYRIL MUHYMEEN
Kelab Kini (Air Asia FC)

Antara penyerang tempatan terbaik pernah Kedah miliki.Rekod beliau selama 9 tahun bersama Kedah cukup menunjukkan kualiti anak jati Alor Setar ini.Merekodkan 62 gol sepanjang bersama Kedah.Sumbangan terbesar beliau pastinya membantu Kedah merangkul kejayaan 'Double Treble'.Selain itu KM juga memenangi medal kejuaraan Liga Perdana 2006 bersama Kedah.Sebelum menyertai Air Asia FC,KM sempat beraksi bersama Fazliata di Negeri Sembilan semusim.

HELMI ELIZA ELIAS
Kelab Kini (Pahang FC)

Penjaga gol berusia 33 tahun ini juga antara watak penting kejayaan gemilang Kedah bersama Khyril dan Fazliata.Helmi Eliza merupakan produk akademi Kedah pada tahun 2001 sebelum dinaikkan ke skuad utama pada 2002.Menabur bakti selama 10 tahun bersama Kedah,pelbagai kejuaraan pernah dicapai beliau seperti kejuaraan liga perdana,liga super,piala fa,piala malaysia.Kini beliau bersama Pahang FC.Helmi juga pernah bersama beberapa pasukan seperti Felda United,Negeri Sembilan dan PDRM.

AHMAD SHAKIR ALI
Kelab Kini (PKNS FC)

Pemain berusia 27 tahun ini merupakan anak kelahiran Jitra,Kedah.Produk akademi Kedah ini mula mendapat nama ketika bersama Harimau Muda,Syakir kemudian kembali ke Kedah untuk 2 musim pada (2010-2011).Selepas itu beliau berkelana ke beberapa negeri  seperti Negeri Sembilan dan Kelantan.Pada 2015 Syakir kembali bersama Kedah semusim sebelum kini bersama PKNS FC disaingan liga perdana.

FAIZAL ABU BAKAR
Kelab Kini (Kelantan FA)

Pemain berusia 26 tahun ini berasal dari Kuala Nerang,Kedah.Mula diperkenalkan seawal usia 17 tahun,Faizal pantas menjadi bualan penyokong Kedah kerana kepantasan beliau sebagai pemain sayap.Untuk rekod,beliau bersama Kedah selama 6 musim (2008-2014) dengan meledak 18 gol.Faizal menyertai PDRM FA sebelum kini bersama Kelantan FA di Liga Super.

ADAM AIDIL ISKANDAR
Kelab Kini (Felda United Presiden)

Pemain berusia 21 tahun ini antara prospek besar dari Kedah.Pernah menyertai Soccer Kids pada tahun 2008,Adam Aidil juga pernah bersama skuad MMS Kedah dan beraksi mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Premier Manchester United (MUPC) pada 2010.Pada 2014,Adam Aidil pernah mendapat percubaan bersama Songkla FC.

Terdapat beberapa lagi pemain kelahiran Kedah yang berkelanan diperantauan.Walaupun ada antara mereka masih belum pernah bersama Kedah,namun mereka membuktikan negeri Kedah sentiasa mencipta nama-nama baru untuk diketengahkan.Pemain seperti Akram Mainan,S.Chanturu,Helmi Rameli,Amar Saiful Badeli dan ramai lagi.Dalam misi menjadi pasukan elit,Kedah juga merupakan pasukan yang berjaya dalam proses "development".Semoga lebih ramai lagi bakal dihasilkan oleh akademi Kedah untuk masa depan.

SEJARAH KELAB-KELAB DALAM MALAYSIA | MEREKA PENCETUS REVOLUSI

KELAB-KELAB BOLA SEPAK MALAYSIA KINI - DAHULU

Kini pasukan Kelab merupakan legasi baru bola sepak di Malaysia.Pasukan seperti JDT (Johor Darul Ta'zim),Felda United,PDRM,PKNS,T-Team antara pasukan kelab yang sudah berjaya dari segi pengurusan.Mereka sudah ada 'Fans Base' sendiri selain menubuhkan akademi bola sepak pada peringkat akar umbi.Namun masihkah anda ingat beberapa kelab yang pernah 'mengemparkan' arena bola sepak Malaysia?

THROWBACK
Pada 2003 negara dikejutkan dengan kejuraan Piala Malaysia dimenangi Majlis Perbadanan Petaling Jaya (MPPJ).Masihkah anda ingat jaringan Juan Manuel Arostegui?detik yang mengubah lanskap bola sepak Malaysia.

Sebelum itu beberapa persatuan kelab telah berjaya mencipta kejayaan seperti TMFC yang muncul juara Piala FAM pada 1999 dan tahun 2000.Walaupun PKNS FC adalah paling lama dalam sejarah penubuhan iaitu 49 tahun,namun mereka juga dikira baru berkecimpung dalam arena Liga M bermula tahun 2003.Selepas itu lebih banyak kelab berjaya memecah 'tembok' persatuan negeri untuk masuk ke Liga utama di Malaysia.Penulis senaraikan kepada anda seperti dibawah.

Public Bank FC juga dikenali The Bankers.Pasukan berpengkalan di Selangor ini adalah pasukan kelab pertama menjuarai Liga Perdana (Divisyen 2) pada 2003.Ketika itu jurulatih yang membawa Public Bank FC muncul juara adalah E.Elavarasan.Pemain-pemain yang masih penulis ingati seperti Gustavo Fuentes dan Ivan Ziga.Tahun 2005 adalah tahun terakhir Public Bank beraksi di Liga M.

PENCAPAIAN
- Juara Liga Perdana 2003

MPPJ FC.Juga dikenali The Black Widows.Ketika itu MPPJ FC dibimbing oleh Dollah Salleh.Antara pemain yang penulis ingati seperti Nizaruddin Yusuf,Yuzaiman Zahari,Bruno,Arostegui,Kharil Zainal dan lain-lain lagi.Tahun 2006 adalah tahun terakhir MPPJ bersaing dalam Liga M.Tahun 2005-2006 juga merupakan tahun ngeri buat MPPJ,mereka memborong pemain-pemain ternama ketika itu seperti Yusri Che Lah,K.Nantakumar,Liew Kit Kong,Fauzi Nan,Khaironisam Shahabudin,Azmin Azram,Ilham Jaya Kusuma.Mereka turut digelar 'Chelsea Malaysia' ketika itu.Namun bebanan hutang teruk memaksa mereka dibubarkan.

PENCAPAIAN
- Juara Piala Malaysia 2003
- Juara Piala Sumbangsih 2004
- Juara Liga Perdana 2004
- Juara Piala Sultan Selangor 2004

Kuala Muda Naza FC.Nickname mereka (Budak Kereta) tidak sepopular yang lain namun KM Naza FC tetap memahat sejarah dalam bola sepak Malaysia.KM Naza muncul juara Liga Perdana pada 2008 sebelum layak ke Liga Super.Pemain-pemain seperti Akmal Rizal,Loew Kit Kong,Azrin Shah Zainal dan Azizi Mat Rose antara nama-nama yang pernah menyumbang kudrat bersama KM Naza FC.Mereka menarik diri dari saingan Liga Super 2010.

PENCAPAIAN
- Juara Liga Perdana 2008

Telekom Melaka FC.Dikenali TMFC,mereka antara kelab paling lama bertahan di Liga M.Mula ditubuhkan pada 1994 (mengikut rekod),TMFC telah muncul juara Piala FAM pada 1999 dan 2000.Selepas itu mereka terus bangkit sehingga muncul Naib Juara Liga Super pada 2006-2007.Mereka melahirkan ramai pemain berbakat seperti Hardi Jaafar,Farisham Ismail,Rudie Ramli,Munir Amran,Suffian Abd Rahman.

PENCAPAIAN
-Juara Piala FAM 1999,2000.

Beberapa kelab seperti TNB Kelantan,Proton FC,UPB My Team,MK Land,NS Cempaka,KL Plus turut dibubarkan kerana masalah-masalah seperti tiada fans base dan keutamaan dalam menjana objektif menghalang pasukan mempunyai bajet.Populariti yang diraih pasukan negeri juga antara faktor pasukan berstatus kelab gulung tikar.Yang nyata pengurusan perlu bersikap bijak dan sabar dalam menguruskan sesebuah kelab.Pada penulis,kelab-kelab terdahulu terlalu 'excited' kejayaan segera yang menyumbang mereka berbelanja besar untuk peroleh kejayaan.Selepas itu mereka mula mempunyai pelbagai masalah dalaman yang menjurus kemerosotan prestasi pasukan.Namun hari ini kita sudah dapat melihat perkembangan positif dari pasukan kelab,kesabaran dan pengurusan yang cekap dapat menjana kejayaan.Menjelang penswastaan Liga M,penulis berharap akan ada senario baru yang bukan sahaja memeriahkan sukan bola sepak tetapi memartabatkan mutu pasukan kebangsaan.

Khamis, 3 November 2016

AFF SUZUKI | PILIHAN BULETIN HIJAU KUNING

16 HARI MRNJELANG AFF SUZUKI,SENARAI BARISAN PERLU PERHATIAN

Olahan : Buletin Hijau Kuning
Follow FB : Buletin Hijau Kuning

Bertanda ✔ pilihan 25 pemain dari penulis

PENJAGA GOL
Pilihan Penulis Untuk AFF Suzuki
1.Izham Tarmizi (JDT)✔
2.Khairul Azhan (Selangor)✔
3.Hafizul Hakim (Perak)✔

Dalam Perhatian
1.Ifwat Akmal (Kedah)
2.Farizal Harun (Felda)

PERTAHANAN KANAN
Pilihan Penulis Untuk AFF Suzuki
1.Rizal Ghazali (Kedah)✔
2.Mathew Davies (Pahang)✔
3.Azrif Nasrulhaq (JDT)✔

Dalam Perhatian
1.Tuah Iskandar (Perak)
2.Ariff Farhan (Kedah)

PERTAHANAN KIRI
Pilihan Penulis Untuk AFF Suzuki
1.Fazly Mazlan (JDT)✔
2.Nazirul Naim (Perak)✔
3.Muhd Qayyum (Kelantan)

Dalam Perhatian
1.Azmeer Yusuf (Kedah)
2.Rafiuddin Rodin (Penang)

PERTAHANAN TENGAH
Pilihan Penulis Untuk AFF Suzuki
1.Shahrul Saad (Perak)✔
2.Shahrom Kalam (Selangor)✔
3.Khairul Helmi (Kedah)✔

Dalam Perhatian
1.Abd.Latif Suhaimi (PDRM)✔
2.Syawal Nordin (Kedah)

PEMAIN TENGAH KANAN
Pilihan Penulis Untuk AFF Suzuki
1.Baddrol Bakhtiar (Kedah)✔
2.Hadim Azman (Felda)✔
3.Azzamudin Akil (JDT)✔

Dalam Perhatian
1.Wan Zahrul Nizam (Kelantan)
2.Surendran Ravidran (Melaka Utd)

PEMAIN TENGAH KIRI
Pilihan Penulis Untuk AFF Suzuki
1.Safawi Rasid (T-Team)✔
2.Christie Jayaseelan (Felda)✔
3.Syazwan Zainon (Kedah)✔

Dalam Perhatian
1.Wan Zack Haikal (Kelantan)
2.R.Gopinanthan (Selangor)

PEMAIN TENGAH BERTAHAN
Pilihan Penulis Untuk AFF Suzuki
1.Brendan Gan (Kelantan)✔
2.S.Veenod (Selangor)✔
3.Amirul Hisyam (Kedah)

Dalam Perhatian
1.Nasir Basharuddin (Perak)
2.Solamon Raj (Pahang)

PEMAIN TENGAH MENYERANG
Pilihan Penulis Untuk AFF Suzuki
1.Amri Yahya (JDT)✔
2.Nazmi Faiz (Selangor)✔
3.Syukur Jusoh (Felda)

Dalam Perhatian
1.Syukur Saidin (Penang)
2.Asrol Ibrahim (T-Team)

PENYERANG
Pilihan Penulis Untuk AFF Suzuki
1.Hazwan Bakri (Selangor)✔
2.Norshahrul Idlan (Terengganu)✔
3.Fazrul Hazli (Perak)✔

Dalam Perhatian
1.Zaquan Razak (JDT ll)
2.Syahrul Azwari (Sarawak/CF)

WONDERKID
1.S.Kuumarahan (Penang/CF)
2.Nurshamil Abd Ghani (Melaka Utd/CF)
3.Syafiq Sharuddin (JDT ll/CF)
3.Syafiq Ahmad (Kedah/CF)
4.Kogileswaran (Pahang/CF)
5.Haziq Hazli (PDRM/GK)
6.Daniel Asyraf (Kelantan/CF)
7.Faris Shah (Kelantan/RB)
8.Hadi Fayyadh (JDT ll)
9.Dominic Tan (JDT/CB)
10.Abd Halim Saari (Kedah/CM)

PILIHAN MENUNGGU
1.Zubir Azmi (Terengganu/LB)
2.Dominic Lok (JDT ll/CF)
3.Safee Sali (JDT/CF)
4.Azinee Taib (JDT/LM)
5.S.Canturu (JDT/RM)
6.Nazrin Nawi (JDT/LM)
7.Fadli Shas (JDT/CB)
8.Hafiz Kamal (Selangor/CM)
9.Abd Latif Mat Arif (Kuantan FA)
10.Irfan Fazail (JDT ll/CM)
11.Azmi Muslim (Selangor/LB)
12.Joseph Kalang (Terengganu/RM)
13.Farizal Marlias (JDT/GK)
14.Mahali Jasuli (JDT/RB)
15.Razman Roslan (Selangor/CB)
16.Mafry Balang (Penang/CB)
17.Fakri Saarani (Kedah/LM)
18.Shahurain Abu Samah (PKNS/RM)
19.Faizal Muhammad (PDRM/CB)
20.Khair Jones (Melaka Utd/LB)

Rabu, 2 November 2016

BERAKHIR LIGA MALAYSIA MUSIM 2016 | TAHNIAH KEPADA YANG MUNCUL JUARA

LIGA MALAYSIA 2016

30 Oktober 2016 merupakan hari terakhir untuk kalendar bola sepak Liga Malaysia.Penulis mahu kita mengimbas kembali detik-detik sepak mula kalendar Liga Malaysia.

PIALA MALAYSIA 2016

2016 merupakan edisi ke-90 Piala Malaysia.Format pertandingan diubah sedikit dari segi permilihan pasukan untuk ke saingan kumpulan.11 pasukan dari Liga Super dipilih selepas tamat pusingan pertama Liga Super dan 5 pasukan dari Liga Premier juga dipilih selepas tamat pusingan pertama Liga Premier.16 pasukan ini akan dibahagi kepada 4 kumpulan A,B,C dan D.2 pasukan dari setiap kumpulan akan layak ke Suku Akhir.Setiap perlawanan kalah mati berlangsung timbal balik kecuali perlawanan akhir.

JUARA : KEDAH FA
Kedua : SELANGOR FA
Penjaring Terbanyak : Guilherme De Paula (PDRM FA/7 gol)
Pemain Terbaik : RIZAL GHAZALI (KEDAH FA)

PIALA FA 2016

Piala FA 2016 merupakan edisi ke-27.35 pasukan yang layak bertanding dalam kejohanan ini adalah dari Liga Super,Liga Premier dan Liga FAM.Pada 30 Januari sepak mula Piala FA diadakan untuk Pusingan Pertama (play-off) sebelum Pusingan Ke-2 dan Pusingan Ke-3 (berlangsung hanya 1 perlawanan diikuti Suku Akhir dan Separuh Akhir (berlangsung timbal balik) dan Akhir (berlangsung 1 perlawanan).

JUARA : JOHOR DARUL TA'ZIM FC
Kedua : PKNS FC
Penjaring Terbanyak : JORGE PERERYA DIAZ (JDT/8 gol)
Pemain Terbaik : JORGE PERERYA DIAZ (JDT)

PIALA SUMBANGSIH 2016 (13/2/2016)
JDT vs SELANGOR (Std Larkin)

Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 atau dikenali sebagai Piala Sumbangsih 2016 merupakan kejohanan Piala Sumbangsih yang ke-31,sebuah kejohanan perlawanan bola sepak Malaysia antara juara Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia. Perlawanan tersebut dimenangi JDT menerusi penentuan sepakan penalti 7-6 selepas terikat 120 minit (1-1).

JUARA : JOHOR DARUL TA'ZIM FC

LIGA SUPER 2016

Menyaksikan 12 pasukan berentap dalam Liga paling elit di Malaysia.2016 adalah edisi ke 13 Liga Super.Pada 30/1/2016 T-Team menewaskan ATM bagi penentuan slot play-off sekaligus melengkapkan 12 pasukan.Sepak mula Liga Super bermula juga pada 13/2/2016.

JUARA : JOHOR DARUL TA'ZIM FC
Kedua : FELDA UNITED FC
Penjaring Terbanyak LS: JORGE PEREYRA DIAZ (JDT/18 gol)
Tersingkir : PDRM FA,TERENGGANU FA

LIGA PREMIER 2016

Liga Premier adalah liga divisyen 2 Malaysia.2016 merupakan edisi ke 13 Liga Premier.Menyaksikan 12 pasukan berentap.Sepak mula Liga Premier serentak pada 12/2/2016.

JUARA : MELAKA UNITED FC
Kedua : PKNS FC
Penjaring Terbanyak LP : Llija Spasojevic (Melaka United /24 gol)
Tersingkir : ATM,SIME DARBY FC

PIALA FAM 2016

Liga FAM Malaysia 2016 (juga dikenali sebagai Piala FAM) merupakan edisi ke-64 Liga FAM di Malaysia iaitu liga divisyen ke-3 dalam bolasepak Malaysia yang akan bermula pada 28 Februari.Format dipertandingkan kepada 2 kumpulan A dan B.Kumpulan A 9 pasukan dan Kumpulan B 8 pasukan.Selepas 16 perlawanan Liga,4 pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan layak ke Suku Akhir.Setiap peringkat kalah-mati akan berlangsung timbal balik termasuk aksi perlawanan akhir.

JUARA : MISC-MIFA
Kedua : PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak)
Penjaring Terbanyak PF : Muhd Shahrel Fikri (PKNP FC/12 gol)

PIALA PRESIDEN 2016

Piala Presiden adalah pertandingan musim ke-30 Piala Presiden sejak penubuhannya pada tahun 1986.Liga ini kini adalah untuk liga bola sepak di Malaysia peringkat remaja (B21).20 pasukan dibahagi kepada A dan B.Selepas 18 perlawanan liga,4 pasukan dari A dan B akan layak ke suku akhir.Setiap perlawanan kalah-mati akan berlangsung timbal balik termasuk perlawanan akhir.

JUARA : KELANTAN FA
Kedua : T-TEAM FC
Penjaring Terbanyak PP : Mohd Daniel Asyraf (Kelantan FA /19 gol)

PIALA BELIA 2016

Piala Belia adalah Kejohanan Ke-6 daripada Piala Belia sejak penubuhannya pada tahun 2008.Kejohanan ini kini menjadi Kejohanan bola sepak Belia Malaysia untuk pemain berumur bawah 19 tahun.Format pertandingan adalah terbahagi 20 pasukan kepada kumpulan A dan B.Selepas 18 perlawanan,4 pasukan dari A dan B akan ke Suku Akhir.Setiap perlawanan kalah-mati akan berlangsung timbal balik termasuk perlawanan akhir.

JUARA : SSBJ-B17
Kedua : Selangor FA B-19
Penjaring Terbanyak PB : Nur Izzat (Pahang FA B-19/11 gol)

Selasa, 1 November 2016

PILIHAN TERBAIK DARI BULETIN HIJAU KUNING | 5 TERBAIK SEPANJANG MUSIM 2016

PILIHAN TERBAIK MUSIM 2016 (PASUKAN KEDAH)

1.RIZAL GHAZALI
Pemain berusia 24 tahun ini mencapai kemuncak prestasi bagi musim 2016.Rizal cukup konsisten dari awal musim sehingga muncul wira skuad jolokan Lang Merah menjulang Piala Malaysia.Prestasi Rizal ternyata ditahap terbaik selepas dipanggil menyertai pasukan kebangsaan dan membuat kemunculan 'debut' pada perlawanan menentang Singapore.Rizal membuat 30 penampilan bersama Kedah musim ini dengan purata 2790 per/minit termasuk aksi Perlawanan Akhir Piala Malaysia.

2.BADDROL BAKHTIAR
Pemain berusia 28 tahun ini merupakan 'icon' kepada bola sepak Kedah.Tidak menghairankan beliau menggunguli senarai Pemain Terbaik Tahunan - KFA.Badd membuat penampilan 34 kali dengan purata 3150 per/minit untuk musim 2016 dan meledak 6 gol serta 6 hantaran gol.Kesetiaan kepada pasukan dan komited yang tinggi menjadikan Badd bukan sahaja idola peminat tetapi rakan seperjuangan Kedah.Untuk rekod,Badd telah merangkul 3 kejuaraan Piala Malaysia (07,08,16),2 Piala FA (07,08),2 Liga Super (07,08),1 Liga Premier (15).

3.LIRIDON KRASNIQI
Pemain berusia 24 tahun kelahiran Kosovo ini antara aset kekuatan pasukan Kedah buat dua musim berturut-turut.Liridon Krasniqi dianggap arkitek kepada pasukan dan pakar 'delivery' kepada rakan sepasukan.Untuk musim 2016 ini,Liridon telah beraksi sebanyak 37 kali dengan purata 3420 per/minit.Liridon turut menyumbang 10 gol serta 6 hantaran gol sepanjang musim ini.Untuk rekod,Liridon telah memenangi medal kejuaraan Liga Premier (2015) dan medal Piala Malaysia (2016).Selain itu Liridon turut memenangi Anugerah Gol Terbaik Tahunan - KFA.

4.IFWAT AKMAL
Pemain berusia 20 tahun ini merupakan penjaga gol muda berpotensi dari development Kedah.Ifwat hadir ketika pasukan Kedah mengalami krisis diposisi benteng terakhir dengan 'debut' beliau semasa menentang T-Team.Dari situ Ifwat tidak lagi menoleh kebelakang,beliau terus mempamerkan aksi konsisten dan merampas posisi no1.Ifwat merekodkan ranking teratas 'clean sheets' pada saingan Piala Malaysia 2016.Beraksi 17 kali musim ini,Ifwat merekodkan 1620 per/minit termasuk perlawanan akhir.Ifwat turut merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan - KFA dan medal kejuaraan Piala Malaysia.Disamping itu,Ifwat juga diserapkan ke skuad bawah 22 tahun kebangsaan.

5.AMIRUL HISYAM
Pemain muda berusia 20 tahun ini prospek besar pasukan Kedah.Amatlah sukar di Malaysia ketika ini untuk seorang pemain beraksi di posisi Defensive Midfielder.Kehadiran Amirul Hisyam Awang Kechik pada musim ini cukup memberi impak positif kepada pasukan.Bintang Malaysia B-22 tahun ini juga turut silih berganti mewakilu Malaysia Senior.Kepintaran dan ketenangan beliau dalam mengawal situasi tengah bersama Liridon musim ini cukup mantap.Untuk musim pertama bersama Hijau Kuning,Amirul membuat penampilan 28 penampilan dengan purata 2610 per/minit termasuk perlawanan akhir.Pada bulan Mac,Amirul turut ditabalkan Pemain Pilihan Cola Kedah.

WATAK DISEBALIK TABIR KEJAYAAN KEDAH | DATUK SERI MUKHRIZ TUN MAHATHIR

DATUK SERI MUKHRIZ TUN MAHATHIR THE UNSUNG HERO

Tanggal 24 Julai 2013 merupakan tarikh PERMULAAN kepada KEJAYAAN hari ini.Pada tarikh keramat tersebut hadirnya seorang yang mencetuskan 1 wajah kebangkitan pada Persatuan Bola Sepak Kedah khususnya pasukan Kedah.Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir secara RASMINYA dilantik oleh perwakilan untuk menjadi PRESIDEN baru Persatuan Bola Sepak Kedah - KFA bagi menggantikan Tan Sri Dato Seri Ustaz Azizan B Abdul Razak (Allahyarhum Tan Sri Dato Seri Ustaz Azizan B Abdul Razak) yang ketika itu mengalami masalah kesihatan kronik.

BERMULANYA SINAR HARAPAN PASUKAN KEDAH

Dari detik itulah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mula merangka strategi dan plan dalam usaha kembali mermatabatkan pasukan Kedah dipersada Liga Malaysia.Datuk Seri Mukhriz atau lebih dikenali DSMM dikalangan peminat Hijau Kuning berjaya mengubah presepsi peminat yang seakan sudah berputus asa menyokong pasukan ketika itu.Kedah yang terjerumus ke Liga Perdana pada 2013 terlalu jauh untuk bersaing bersama pasukan kelompok elit ketika itu seperti Kelantan,Pahang,Selangor atau pasukan kelab kaya raya yang baru ditubuhkan ketika itu JDT.Namun atas dasar kepercayaan yang diamanahkan,DSMM mendalami isu satu persatu kerana sukan bola sepak di Kedah mendapat pandangan serius dari rakyat Kedah.Mempunyai minat serta keazaman,DSMM mula merealisasikan cita cita untuk melihat Kedah kembali digeruni seperti era Double Treble.

TRANSFORMASI KEATAS KEDAH

Petikan dari Sinar Harian bertarikh 24 Julai 2013
"Pendedahan dari segi kemahiran,cara pengurusan dan latihan merupakan penggerak utama kepada peningkatan mutu bola sepak negeri ini pada masa akan datang,".

-DSMM amat memetingkan struktur dalaman pengurusan dahulu untuk membina sesebuah empayar.

Petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 16 Ogos 2013
"Kerjasama ini akan dibuat dalam tempoh terdekat yang bukan sahaja untuk tempoh pendek sebaliknya dalam jangka masa panjang menerusi kerjasama yang menyeluruh berkaitan pengurusan bola sepak secara profesional."Cabaran Liga Malaysia semakin sengit dan kerjasama ini diharap dapat meningkatkan kualiti pemain, pengurusan pasukan yang lebih mantap dan kaedah latihan terkini,".

-KFA-Cardiff City jalin kerjasama untuk pembangunan bola sepak.Majlis perjanjian momerandum persefahaman (MOU) dilakukan oleh DSMM bersama Tan Sri Vincent Tan.Kerjasama itu membabitkan program akar umbi seperti akademi bola sepak sejurus dengan plan DSMM yang mahu program pembangunan bola sepak Kedah dikembangkan selain menwujudkan pengurusan yang lebih professional.

Petikan dari Bernama bertarikh 15 November 2013
"Kita akan melakukan transformasi dalam pelbagai bentuk bagi jangka masa 3 hingga 5 tahun.Namun saya rasa kita dapat melihat impaknya selepas 3 tahun"

-DSMM mahu plan yang dibangunkan selari dengan keupayaan pasukan ketika itu yang dibarisi banyak pemain muda.Kini selepas 3 tahun impaknya amat positif.Kedah muncul juara Piala Malaysia walaupun DSMM hanya mempu melihat dari jauh.Matlamatnya tercapai pada titik 30 Oktober 2016.

PENINGKATAN PASUKAN DARI TRANSFORMASI

Kedah berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia pada tahun 2014.Selain tempat ke-4 Liga Perdana.Tahun 2015 Kedah berjaya menjuarai Liga Perdana dan melayakkan diri ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia sebelum bergelar Naib Juara.Tahun 2016 biarpun tanpa DSMM,pasukan Helang Merah sebenarnya "diasuh" dibawah pentadbiran beliau.Kedah mendapat tempat Ke-3 Liga Super dan muncul Juara Piala Malaysia 2016.

DEMIMU HIJAU KUNING

Penulis ingin mengetepikan isu POLITIK.Bagi penulis,kebangkitan Kedah hari ini adalah dari plan dan startegi yang dirangka 3 tahun lalu dimana pasukan dalam keadaan suram.Untuk merealisasikan semua itu bukan sesuatu yang mudah kerana ia jelas memerlukan pengorbanan dari pucuk pimpinan itu sendiri.DSMM membuktikan beliau telah berjaya dan segala kajian,rangka plan,pengusahaan beliau kepada bola sepak Kedah akhirnya membuahkan hasil.Ibarat menanam padi dan menunggu padi masak.

Buat Datuk Seri Mukhriz Mahathir..BIAR JASA JADI KENANGAN

Isnin, 31 Oktober 2016

PIALA MALAYSIA 2016 | KEDAH JUARA AKHIRNYA

ANALISIS PERLAWANAN KEDAH-SELANGOR (PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2016)

Sekalung tahniah buat pasukan Kedah Darul Aman yang berjaya muncul juara Piala Malaysia buat kali ke-5 selepas 8 tahun menanti.Lebih manis kejayaan ini melunaskan misi Kedah yang tersekat musim lalu ditangan lawan yang sama.Tahniah juga diucapkan kepada Selangor biarpun tewas namun kesungguhan kesemua pemain meraka wajar memdapat pujian kerana memberi tentangan habis habisan sehingga ke penentuan penalti.Syabas dari kami kepada kedua-dua pasukan kerana mempersembahkan satu perlawanan klasik dan penuh drama dihadapan 80,000 penyokong.

ANALISIS TAKTIKAL PASUKAN

KEDAH FA Seperti beberapa siri perlawanan sebelum ini,Tan Cheng Hoe menggunakan formasi klasik 4-4-2 diawal permainan.Boleh dikatakan itu barisan terkuat Kedah setakat ini.Kedah meletakkan Thiago dan Shane berpasangan sambil wingers meletakkan Baddrol dan Syazwan Zainon.Dibahagian midfield,Liridon dan Amirul sebagai "double pivot" dalam area middle third. Barisan pertahanan seperti diramal,Syawal dan Bang sebagai Center Back dan Rizal bersama Azmeer sebagai Fullback.
SELANGOR FA K.Gunalan lebih berdisplin dalam pertarungan taktikal dengan meletakkan formasi 4-4-1-1.Dibahagian hadapan,Ronaldinho sandaran utama dibantu Hazwan Bakri (Jack) sebagai second striker atau bayangan (Shadow). Andik Vermansyah dan R.Gopinathan diletakkan sebagai wings dan Saiful bergandingan bersama S.Veenod sebagai 'Holding midfielder' in deep area.Barisan pertahanan Ugo Ukah bersama Rizal Fahmi sebagai center back dan Bunyamin bersama Azmi Muslim sebagai fullback.Sistem "direct-football" diadaptasi untuk organisasi mereka.

SEPARUH MASA PERTAMA (0-0)
Perlawanan bermula dengan gerakan dari Kedah namun Selangor bijak menggunakan "Double Pivot" mereka mematikan langkah serangan Kedah sekaligus melakukan "counter attack" menggunakan kepantasan Andik dan Gopi.Bahagian tengah Kedah melakukan beberapa kesilapan pada peringkat awal.Liridon terlalu 'offensive' di Outside Box dan Amirul terlalu 'defensive' yang meninggalkan 'gap' terlalu besar.Veenod dan Saiful bertindak baik melakukan man-marking kepada Liridon dikawasan Outside Box mereka.Melakukan tackle,merampas bola dan melakukan direct passes kepada pemain sayap mereka jelas satu pencaturan menarik.Mereka juga membaca dengan bijak sistem pertahanan Kedah yang bermain 'garisan tinggi".Beberapa kali Selangor mudah memecah blok pertahanan Kedah menerusi rangkaian Andik-Gopi-Jack-Ronaldinho.Kredit kepada GK Kedah Ifwat Akmal yang bertindak cemerlang menyelamatkan serangan terutama percubaan Andik.Tidak dinafikan barisan hadapan Selangor juga agak ketandusan idea.Dikem Kedah,mereka banyak kehilangan bola dibahagian tengah.Mereka kerap terdedah akibat terlalu taksub memburu gol awal.Dua CF mereka pula agak "selfish" dan seperti tidak mempunyai keserasian seperti selalu.Peluang terbaik hadir menerusi larian wide area oleh Syazwan Zainon memecah bentang kanan Selangor dan melakukan crossing kedalam box (kira-kira 5 yards dari GK) namun kedua-dua CF hanya berada didepan GK Khairul Azhan membiarkan bola terlepas sebelum Baddrol melakukan percubaan liar dari luar kotak.Masalah "positioning" sepatutnya sudah tidak berlaku apatah dalam aksi 'final' namun itulah masalah yang terjadi kepada Thiago Augusto.Satu lagi peluang menerusi crossing sebelah kanan Kedah menyaksikan 3 pemain berebut menyempurnakan peluang.Sekali lagi Shane-Thiago berkonflik didepan gol.

SEPARUH MASA KEDUA (1-1)
Ia jelas misi pertarungan bertenaga.Asakan bertali arus kedua-dua pasukan mengamatkan aksi,Kedah berjaya merampas bola dari kaki Andik sebelum melakukan counter dengan Liridon menjadi arkitek gol pembukaan.Bola dikaki Shane dan beliau bijak mencari zon "half space" offensive dan dengan 1 rembatan kencang oleh Rizal mengenai Veenod untuk 'reflection' sebelum menewaskan Khairul Azhan.Namun gol tersebut tidak bertahan lama,Khairul Helmi yang masuk babak pertama menggantikan Syawal melakukan 1 hantaran kepada Baddrol namun mudah dirampas lawan sebelum melakukan direct passes kepada Jack.Jack bijak bermain 1-2 bersama Ronaldinho yang berjaya menarik 2 CB bersama sebelum melakukan 'thru' kepada Jack yang menewaskan Azmeer sebelum merembat kencang melepasi Ifwat menerusi "near post".Kedah menukar formasi 4-2-3-1.Taktikal kebiasaan mereka sebelum ini.Ia lebih balance kerana kemasukan Halim adalah untuk memberi space kepada Liridon sebagai #8.Halim pula banyak membantu Amirul yang agak gugup pada babak pertama untuk mendisplinkan "double pivot".Kedah memberi Selangor masalah menerusi gerakan Liridon yang selesa sebagai #8 untuk 'delivery' bola kepada Syazwan dan Baddrol.Mengeluarkan Thiago bererti Shane kini ditugaskan bertindak sebagai lone striker dan mengharapkan kepakaran beliau dalam penalti box dan aerial challenge.Selangor pula memasukkan Mauro Olivi dan Hafis Kamal dan mula menggunakan tradisi 4-4-2 mengasak Kedah.Kedudukan terikat sehingga ke penentuan penalti dan Kedah jelas pasukan lebih baik.Selepas kecewa sepakan Amirul diselamatkan,peluang Kedua hadir dan disempurnakan dengan baik oleh Rizal Ghazali.

RUMUSAN PERLAWANAN
Kedah nyata di form terbaik,hadir dengan rekod 10 perlawanan tanpa tewas dan semangat luar biasa mereka menjadikan semangat sepasukan mereka tinggi.Selangor harus kecewa dengan ketumpulan jentera serangan pada babak awal kerana skrip pasti berbeza sekiranya mereka berjaya menjaringkan gol awal untuk menekan barisan Kedah yang kelihatan agak gugup pada babak pertama.Apapun tahniah diucapakn kepada kedua-dua pasukan lagenda bola sepak Malaysia kerana kita tahu,pertarungan Kedah-Selangor ibarat 'el-clasicco' di Malaysia.Puluhan ribu penyokong terhibur dalam aksi mendebarkan mereka yang menjadi pengubat kekecewaan skuad kebangsaan.